Popular Posts

Friday 6 March 2020

Biar ku lakar ...

Biar ku lakar ...
Sebuah coretan menjadi gambaran
Agar mudah ditafsir
Tiada yang tersirat melainkan tersurat




Lukis jea ....... bunga orkid

Lukis jea ... bunga orkid.
Bunga orkid selalu mengingatkan aku kepada arwah mama.
Arwah mama memang pencinta orkid.
Rumah orkid ... baja orkid dan pokok2 orkid yang bergantungan ... itu semua sebati di alam remajaku sehinggalah aku bergelar isteri orang.
Hmm...istimewanya mama di hatiku ... dulu, kini dan selamanya😊

Sebelum aku mewarnakan latarbelakang.
Masa ni konflik kejap ... warna apa nak dipilib. Sebenarnya aku nak gunakan warna hitam, nak timbulkan kesan kontra tapi ... tetiba rasa cam 'biasa' sangat hitam tu. Akhirnya warna biru yang aku pilih

Kali ni aku gunakan fully warna pensil.
Warna pensil ni kalau kena gaya olahannya, tetap cantik di pandang mata. Lagi pula ... sesuai digunakan bila ruang melukis dan mewarna tu tak sesuai guna air

Bila kita melukis ni perkara terpenting ialah kesabaran dan ketekunan. Sebab apa?.
Sebab ... memang biasanya kita akan repeat warna dan teknik yang sama berkali2.
Maksudnya?
Contohnya, dalam lukisan ni ada 6 kuntum bunga...maknanya aku kena gunakan warna dan teknik yang sama sebanyak 6 kali. Tiap satunya perlu diperindahkan sewajarnya. Tak bolehlah bunga pertama aku warnakan beria2 lepastu bunga kedua semakin kurang kualiti warnanya ... dan bayangkan nasib bunga yang ke enam ?. Mesti kesian ... kan😜😜😜

Sebenarnya 'bunga orkid' ini adalah tugasan yang aku berikan kepada anak2 didik kelas PSV yang aku ajar. Aku nak ajar mereka untuk menggunakan dan mengolah warna pensil dengan baik. Juga konsep 'lukisan' yang menggunakan media kering adalah berbeza dengan penghasilan karya 'catan'.

Oleh kerana anak2 didik zaman kini hanya akan respect gurunya jika dia yakin dengan 'ilmu' dan skill gurunya. Maka aku melaksanakan tugasan ini bersama2 mereka ...
Mereka dan aku masing2 menyelesaikan tugasan yang sama. Ops...pastinya dengan contoh daripada gambar2 'bunga orkid' yang berbeza2.

Bila kami kumpulkan ... nampak indah sekali kerana lukisan2 pelbagai jenis bunga orkid dengan pelbagai warna dapat dinikmati.

Ok cukuplah ye ... inilah lebih kurangnya step2 yang aku laksanakan sehinggalah siap sempurna lukisan ini.
Ok lah ... terasa kurang excited nak menulis panjang malam ni. Apapun semoga sahabat semua  sentiasa dalam lindungan Allah dan rahmat Allah. Aamiinnnn


-peace-
>__<