Popular Posts

Tuesday, 29 September 2015

Lukis jea ... I Lov U !!!

Lukis jea ... I lov U!!

Saja merepek pagi2 buta nie


-peace-
>__<

Tiada org tahu apa yg ada dlm hati n kepala org lain
Yang penting ... sangka baik.

Monday, 28 September 2015

Lukis jea ... inginku jadi sehebat rerama

Lukis jea ... sehebat rama-rama

Rerama itu ... Biar hayatnya seketika namun indahnya menyeri bumi membekas kekal di sanubari

dan ingatan itu kian pudar dimamah masa melarut bersama detakan waktu kian lenyap satu persatu







-peace-
>__<

 ... dan aku ingin menabur bakti menyebar kasih seisi bumi bersama mencari redha Ilahi ...
agar jadi amal buat dibawa mati

Monday, 21 September 2015

Lukis jea ...synchronous soul

Lukis jea ... synchronous soul

...need positive synchronic soul to hold my intent ...





-peace-
>__<
Up 2 U 2 interpret it in ur own way

Saturday, 19 September 2015

Cerpen : '...dan akupun terluka'


Lukis jea ...'dan akupun terluka'
***ojaiSiapa kata Matriks senang?
Suasana tengahari itu agak kelam kabut. Tamat saja kelas Dila terus kembali ke asrama, bergegas mendirikan solat zohor lantas tanpa lengah , membuka semula buku nota matematik yang masih belum dicerna hingga khatam.
"Adoiii ... mati aku petang ni!" Keluh Dila.
"Bab matriks ni sepatutnya senang jea. Tapi napelah aku ni ... memanjang cuai!". Bebelnya seorang diri.
Tidak lama selepas itu ...
"Eh Dila , tak gi makan ke tadi?". Tanya Wai yang baru habis mengisi perutnya di dewan makan.
"Tak sempatlah Wai. Aku cuak ni. Bab matriks ni tak habis lagi ulang. Ujian hari tu , banyak sangat yang aku cuai. Takutlah peksa petang ni". Balas Dila tanpa memandang wajah Wai.
"Hmm ... marilah aku ajar. Apa yang susah sangatnya. Laa...matriks identiti ni kau kena faham konsepnya jea ... bla bla bla". Lalu Wai meluangkan masa dalam sepuluh minit membantu Dila yang masih terkial-kial. Wai yang sempoi tu memang tak kedekut ilmu. Baik , pandai malah sangat perihatin orangnya.

(Alam Matrikulasi memang amat mencabar. Bukan saja mental mesti kuat malah fizikal juga. Hampir keseluruhan waktu berjaga dimanafaatkan untuk belajar. Sungguhpun begitu , alam remaja tetap indah. Penuh dengan warna warni).                      
                                                                     ......bersambung sebab aku mengantuk 18 September 2015


Adib...Adib...Adib
Habis periksa petang tu , Dila terus ke library. Bukannya nak study ... lepas periksakan, kepala tengah berasap!. Sebab tulah kena ke library , kasi sejuk sikit!! (Library lan ada aircond)

Dila ke ruangan akhbar , saja nak relaks sambil membaca isu-isu semasa. Dila leka membaca tentang pergolakan politik yang berlaku di negara ini. "Hmm...tak habis-habis mengutuk satu sama lain. Rasuah, korup, pecah amanah. Macamanalah nasib rakyat nak dibela. Orang tak cukup makan masih melambak. Rumah besar skit je dari reban ayam. Mak, ayah, abang , adik semua tidur bergelimpangan. Lagi teruk bila takde iman ... berlaku sumbang mahram. Allahu akbar , apa  nak jawab depan Allah nanti. Tu...kat kampung-kampung, melambak ladang ternakan haram berdekatan dengan rumah orang-orang kampung. Tak jaga kebersihan sampaikan lalat bermaharajalela. Orang kampung belajar bukannya tinggi ... pasrah je. Paling-paling sekadar mengeluh dan jadi bahan bercerita di kedai kopi. Ketua kampung pun tak terfikir nak buat aduan dan ambil tindakan. Kasihan mereka ....
Itu belum lagi cakap pasal anak-anak yang keciciran, malas je langsung tak payah gi sekolah. Lepak .... mak ayah sibuk kerja. Tak kerja tak cukup makan. Mana taknya barang2 mahal gila. Beras pun melambung harga. Tak kerja tak berasablah dapur!
Ini belun aku ungkit pasal bersepahnya remaja yang terlibat ngan dadah. Menagih, mengedar kecil2an, ayah , pakcik serumah dok ambil dadah depan mata anak bini. Allahu akbar ... macam manalah nasib bangsaku!. Punya banyaklah kepincangan dalam masyarakat , pemimpin dok buat apa?. Jemaah2 dok buat apa?. Ngo2 , parti2 yang bersepah dok buat apa?. Hisshhhh!!!...aku dok buat apa?!".
"Hmm .... sejak bila lak awak ni suka cakap sorang2 ye?". Tiba-tiba Dila ditegur oleh Adib, budak lelaki sekelas Dila. Manis senyumannya. Mana taknya, dua gigi taringnya yang sebesar kapak tu pasti terkeluar tiap kali dia tersenyum.
"Hmm...sweetnya". Kata Dila dalam hati. Dila memang suka orang yang senyumnya bertaring.
"Boleh saya duduk sini?"
"Ni tempat awam. Duduk jelah Dib. Macam tak biasa pulak". Jawab Dila acuh tidak acuh.
Begitulah selalunya , tiap kali Dila ke library, pasti ada saja Adib yang akan mengendeng untuk duduk semeja dengannya.
Asalnya Dila tidak selesa dengan Adib yang dianggapnya senagai 'pengganggu' masa rehat atau waktu fokusnya di library. Namun 'alah bisa tegal biasa' , kehadiran Adib yang tidak putus-putus itu mampu menukar persepsi Dila terhadapnya.
Dila akhirnya suka dan selesa setiap kali Adib datang menyebuk. Mereka bukannya banyak berbual , sekadar berkongsi meja untuk sama-sama mengulangkaji. Begitulah setiap hari ...

Apahal lak dak Marz ni?
"Eh, Dila ... apa pendapat kau pasal Adib?". Tanya Marz tiba-tiba. Dila yng sedang menyiapkan laporan Fizik cikgu Suffian agak terkejut dengan soalan itu.
"Apa kena minah ni?" Fikirnya.
"Err...apa maksud kau. Aku fak faham".
"Yelah Dila, aku suka tengok dia senyum. Sweet sangat". Marz menyatakan pendapatnya.
"Betul tak Dila?". Tanya Marz lagi
"Betul!" Jawab Dila sepatah.
"Apalah motif minah ni sebenarnya". Fikir Dila.   

Errghhh!!!              
Kini dah bertambah lagi satu tugas Dila. Melayan pertanyaan2 Marz tentang Adib.
"Kau ni dah kenapa Marz?. Memanjang tanya aku pasal Adib". Rungut Dila
"Hmm...nape, tak boleh ke?"
"Kau marah .... err kau jealous?" Balas Marz.
"Hishhh tak payah merepeklah!". Balas Dila bengang lalu berlalu meninggalkan Marz.  Tetiba Dila rasa amat tidak selesa dengan pertanyaan itu.
"Apsal lak aku nak bengang?. Marz suka Adib?. So what?!. Eeee....Dila, awat hang ni?. Adib tu bukannya sape2 ngan hang. Kawan je kot. Awatnya nak bengang?". Dila berkata2 sendirian, keliru dengan perasaannya.
"Hoiiii!!" Sergah Adib dari belakang.
"Eeee...apa kau ni Dib. Main sergah2 orang!". Marah Dila, dia takde mood nak bergurau.
"Er sorry!. Aku tengok kau macam stress je. Aku jalan belakang kau pun kau tak perasan. Kau kenapa?. Ada masalah ke?". Tanya Adib.
"Ada! Nak tahu?". Jawab Dila geram.
"Nak. Cakaplah". Balas Adib serius , memandang terus ke mata Dila. Langsung buat Dila resah!
"Eeeee....kaulah penyebabnya!!!". Bentak Dila lalu berjalan laju meninggalkan Adib terpinga-pinga.                  
 (Bersambung sebab aku nak bersiap2, hari ni adik bungsu aku nak nikah)

Hari ini Adib memandang kosong meja yang biasa digunakan Dila.
"Eee...mana makcik ni. Dari semalam tak datang library. Demam ke ... sakit?. Hmm ... tadi ada je kat kelas. Tak sempat bertanya khabar dah lesap. Kenapa dengan makcik ni agaknya?". Giliran Adib pula untuk berkata2 sendiri.
Sementara itu Dila duduk termenung di varanda asrama memandang kosong pokok2 nangka yang sengaja di tanam di sekeliling kawasan asrama yang berbukit itu.
"Hmm...mesti kau cari aku kat library kan. Haishhh...maaflah Dib. Aku malas nak layan kau lagi. Hishhh ... tapi napelah aku rasa tak selesa sangat ni. Adib ... Adib ... ". Keluh Dila.
                                  ...bersambung ... Azan maghrib di homestay kat Jementah ni ... masa utk bersiap

Adib serabut...Dila?
"Dila! Dila! Tunggulah!!". Jerit Adib sambil berlari anak mendapatkan Dila yang berjalan laju meninggalkannya , menghampiri Dila lalu tangan Dila direntap.
"Dila!! Kenapa ni?!". Soalnya serius.
"Eh! Apa ni main tarik-tarik tangan orang?!". Bentak Dila.
"Okey...sorry!. Tapi boleh tak awak tunggu kejap. Ada perkara saya nak tanya ni". Pinta Adib
"Hmmpphhh!! Okey. Apa yang awak nak tanyakan?". Keluh Dila , langsung tidak memandang wajah Adib.
"Pandang saya boleh?". Pinta Adib lagi. Dila yang asyik mengelak daripada memandang Adib akhirnya mengalah.
"Ya. Aku pandang. Apa yang awak nak beritahu?". Tanya Dila.
"Kenapa awak mengelak dari saya?". Tanya Adib serius , langsung tiada manis di wajahnya.
Dila diam ... "Apa ya nak jawab?". Fikirnya.
"Kenapa awak diam?. Dila , kalau saya ada buat salah awak bagitahulah. Berhari-hari saya cari peluang nak bercakap dengan awak. Library awak dah tak pergi. Habis kuliah saja awak cabut lari. Kenapa ni?. Apa yang berlaku sebenarnya?". Tanya Adib.
Dila diam ... "Dia ni tanya aku macam tu , macamlah aku ni awek dia. Kawan je kot!. Lagipun , tak pernahpun dia kata yang dia sukakan aku. Tapi ikut cara dia ni ... sah! Dia memang sukakan aku!!". Fikir Dila dengan panjang lebar.
"Hello Dila?!. Kenapa diam?". Pertanyaan Adib mengejutkan Dila.
"Err ... Dib , Dila minta maaf kalau sikap Dila menyinggung hati awak. Dila cuma tak mahu kita jadi terlalu rapat. Itu saja".Jawab bernas Dila ... akhirnya!
"Tapi kenapa?. Salahkah kita berkawan.Selama ni saya amat selesa dengan awak. Boleh ajak berbincang , belajar bersama. Kalau kita jadi rapatpun apa salahnya?. Saya tak nampak apa-apa masalah di situ". Adib tidak setuju dengan pendapat Dila , walhal itu cuma alasan Dila untuk menjauhi Adib.
"Maaf Adib ... Dila tak boleh. Dila ada alassan Dila sendiri. Maaf ...". Tiada lain yang dapat Dila katakan lagi...

Cinta monyetkan?!
Dila termenung di bangku bawah pokok nangka berhampiran asramanya. Rambutnya yang panjang mencecah pinggang dah menjadi kontot!. Tadi baru saja Dila minta Wai memotongnya.
"Eeee ... sayanglah Dila. Kenapa nak potong?". Wai keberatan mahu memotong rambut Dila.
"Alah Wai ... aku tengah serabut ni. Potong ajalah!!". Rayu Dila. mahu tidak mahu Wai terpaksa akur. Memang , sejak dua menjak ni , wajah Dila memang berserabut!!
"Pendek mana?" Tanya Wai.
"Sependek yang boleh. Selagi tak menyerupai lelaki". Jawab Dila.

"Heii! Dila , menung apa tu?". Tanya Wai , lalu sama duduk di bangku.
"Entahlah Wai ...aku dok teringatkan Adib". Jawab Dila jujur.
"Ingat Adib?. Kenapa?. Kau ada apa-apa ke dengan dia?". TanyaWai
"Taklah sampai ada apa-apa. Tapi aku dah kecewakan dia. Aku tahu dia suka aku. Tapi Marz tu sukakan dia. hari-hari tanya pasal dia kat aku. Lemaslah aku Wai". Terang Dila.
"Habis kau suka Adib tak?". Tanya Wai.
"Hmm ... suka. Aku suka gigi taring dia. Sweet sangat bila dia senyum. Itu yang buat aku tak boleh lupa tu".Jawab Dila jujur.
"Habis tu , kalau dah suka kenapa nak fikir pasal Marz?. Suka sama suka. Apa masalahnya?".
"Eee  gila?. Kau tak kenal Marz?. mau dia melolong kat aku macam serigala nanti!!". Jawab Dila sambil tersengih panjang.
"Dah tahu macam tu , lupakan sajalah Adib tu. Senang ... tak payah terlibat dalam konflik cinta tiga segi". Nasihat Wai , ikhlas.
"Itulah yang aku buat ni. Tapi tadi aku teserempak dengan Adib. Kesian aku tengok dia , serabut gilerr!!. Aku rasa bersalah lak pada dia". Cerita Dila.
"Hmm ... betullah. Lagipun sekarang heboh pasal gosip kononnya Adib ada awek budak Taiping. Kau budak Taipingkan?". Tanya Wai dan Dila hanya mengangguk.
"Tapi bila lak aku jadi awek dia?. Kitorang kawan jelah". Balas Dila
"Kawan konon. Padahal suka sama suka. Hmm ... Habis tu apa kau nak buat sekarang?". Tanya Wai.
"Buat bodoh ajelah Wai. Kau doakan aku dapat lupakan gigi taring dia yang sweet tu". kata Dila sambil tersengih.
"Eee ... main-mainlah kau ni Dila. Betul itu keputusan kau?. Adib macammana? ". Tanya Wai
"Betullah ... alah nikan cinta monyet jea. Lambat lagi aku nak kahwin kot!. Adib pun akan lupakan aku gak nanti. Masa akan merawat kecewa di hatinya ... dan aku?. Dan akhirnya akupun terluka". Jawab Dila.
"Huh! Ayat poyo!". Balas Wai
"Takpalah Wai ... poyo pun poyolah. Tapi memang betul aku terluka ni". jawab Dila sambil merenyih.

Lalu mereka sama-sama tertawa***ojai


Tamat
Cerita suka-suka , untuk dikenang
Maaf gaya bahasa santai


-peace-
>__<

Thursday, 17 September 2015

Lukis jea ... selagi ada kamu

Lukis jea ... bersama-selagi ada kamu

Ke mana pun kita tercampak atau sebesar mana juga ujian pasti segalanya mampu diharungi andai kita punya teman sejiwa yang penuh pengertian

-Berbahagia bagi yang memiliki-

(Terpanggil melukisnya setelah melihat gambar  sepasang ikan yang sangat comel beberapa hari lepas-nampak intim dan mesra)



-peace-
>__<

Lukisan ni aku lukis semasa taklimat SKT, VLE da Solat Hajat Sekolah
Sambil2 supaya masa berlalu tidak terasa panjang , lebih2 lagi waktu tengahari begini (sejuk , lapar ...)
Hmm ... itupun setelah faham tindakan yang harus kubuat bagi tiap taklimat di atas.


Tuesday, 15 September 2015

Fikiranku ... yang tidak sempurna

Lukis jea ... yang tidak sempurna...

Inilah lukisanku yang tidak sempurna...pudar...sepudar rasaku sekarang ni.
Hilang mood aku untuk menyempurnakannya ... biar ia kekal dalam ketidaksempurnaan itu. Biar aku ingat setiap kali melihatnya.

Tiap kita punya keunikan sendiri. Cara, pembawaan , pemikiran dan segalanya. Tidak perlu menjadi orang lain untuk menggembirakan sesiapapun. Jadi diri sendiri dan inilah sebahagian aku ... melukis bila aku penat,  bila aku marah,  bila aku sedih,  bila aku rindu, bila aku bosan dan bila2 saja aku terasa mahu melukis.

Pada aku tiap lukisan itu punya cerita.
Cerita apa atau cantik ke tidak di mata orang lain itu bukan urusan aku



-peace-
>__<

-aku bukan manusia sempurna-
Cuma cuba menyempurnakan
Dan hanya mahu menjadi aku...walaupun
tidak sempurna.









Monday, 14 September 2015

Lukis jea ... terbanglah bersamaku

Lukis jea ... terbanglah bersamaku...

Hari ini ruang atmosfera dikuasai jerebu.
KPM telah mengarahkan agar murid2 negeri Selangor , Putrajaya, Kuala Lumpur dan Melaka tidak perlu hadir ke sekolah.
Hmm...guru2 pula?
Arahan 1: guru2 semua wajib hadir seperti biasa dan dikehendaki menguruskan murid2 yang tidak dapat maklumat untuk pulang dengan selamat. Sekiranya segalanya selesai, guru2 bolehlah balik. Namun segala meeting dan taklimat perlu berjalan seperti yang dirancang.  Oleh kerana murid2 tiada, pihak pentadbiran sekolah mengarahkan  kantin sekolah ditutup.

Arahan 2: tetiba keluar arahan kedua, hari ini adalah hari bertugas guru. Semua guru tidak boleh balik sehingga tamat sesi persekolahan.
Kami .... okey aje tapi .... 'kebulurnya'!
Mana tidaknya, majoriti guru tidak akan sempat mengambil sarapan pagi di rumah. Biasanya kami akan makan nasi di kantin (sarapan pagi merangkap makan tengahari terus). Malangnya hari ini kantin diarah tutup!.
Mujur juga aku ada bawa sebuku roti gardenia coklat 70sen ke sekolah.
"Makan nantilah bila dah lapar sangat",fikirku lalu roti tu aku letakkan di tepi meja.
Tetiba ... "eh! Ada sesiapa ada kudapan?. Lapar sangat ni. Takut gastrik lak kang". Terdengar suara seorang teman. "Hmm...saya ada roti. Jomlah kita kongsi".
Tetiba roti gardenia 70sen ini menjadi amat bermakna. Maka makanlah kami berdua....^__^

Arahan 3: Oleh kerana kantin ditutup, guru2 boleh keluar sekolah secara bergilir2 untuk makan. Tulis nama di pondok jaga. Hmm ... itu berita baik....
"Siapa nak keluar makan, nak kirim beli!". Tetiba semua orang sibuk bertanya sana sini siapa yang hendak keluar. Malangnya tiada siapa yang menyahut.
Hmm ... memang cam ginilah cikgu. Selalu sangat terperap kat sekolah (sekurang2nya dari pukul 7:20hingga 2:00 petang) ,tiap hari makan mesti di  kantin sekolah. Di beri peluang lepak n makan di luarpun hampir tiada yang pergi.

Jam dah pukul 10:00 pagi...perut makin lapar. Kepala mulalah nak pening. Aku yang sedang menyiapkan laporan kajian tindakan 'iqra' untuk kelas 4 Harmoni dah tak mampu nak fokus. Sejak umur semakin meningkat ni, perut memang tak boleh kosong ... lambat makan mulalah kepala pening. Nak hilangkan rasa lapar ni akupun mengambil sehelai kertas A4 lalu mula melukis.
Tu ... gambar burung terbang kat atas tu ... dan mulalah berangan...."kalaulah aku boleh terbang...mesti best. Lagi best kalau terbang dengan orang yang sejiwa ngan aku". Sejiwa bagaimana?. Sama2 ingin terbang! Sama2 ingin lihat dunia dari atas dengan sayap sendiri-tak aci kalau naik kapal terbang!

Tetiba...terdengar suatu suara yang amat menggembirakan. "Saya nak order domino pizza, ada sesiapa nak order sama?!"
Hahaha...gembiranya. Makan pizza hari ini!
"Sesungguhnya rezeki itu memang telah tertulis"
Alhamdulillah.


Corat coret hari ini.
Inilah secebis daripada kehidupan kami...para guru.



-peace-
>__<



Saturday, 12 September 2015

Lukis jea ... merapu boleh?

Lukis jea ... merapu boleh?

Rasa nak merapu
Paling senang n tipikal lukisan untuk merapu ... bunga ros



-peace-
>__<
Ngeh ngeh ngeh

Friday, 11 September 2015

Cerpen : Dongeng ... Si Bayan yang patah sayap

Lukis jea ... cerita dongeng

Mari aku dongengkan kisah seekor burung yang patah sayapnya …

***ojai Pada zaman dahulu , di sebuah  kampung , tinggal seorang gadis di sebuah pondok kecil bersama  seekor kucing kesayangannya  , Meow.  Ayah dan ibunya telah lama tiada. Dahulu ada nenek yang sentiasa menemaninya namun sejak setahun lepas nenek telah pergi selamanya akibat sakit tua.

“Lia , bangunlah! Matahari dah meninggi!!”. Meow memekakkan suasana pagi itu dengan ngiauan yang membingitkan telinga.
“Hisshhh diamlah meow!. Lia ngantuk sangat ni. Kan semalam kita tidur lewat”. Balas Lia sambil menolak meow jauh dari tilam kekabunya. Meow tidak berputus asa , semakin giat Lia menyepaknya jauh semakin gigih meow datang menyondol-nyondol muka Lia.
“Hisshhh!!! Yalah! Lia bangunlah ni!!!” Jerit Lia geram lalu meow didakapnya erat. Hidungnya dan hidung meow dilaga-lagakan.
“Suka kacau orang tidurkan” Kata Lia lagi sambil mengetuk lembut kepala meow.

Setelah selesai bersiap , Lia membuka pintu pondok seluas-luasnya. “Hah! Segarnya udara pagi ni”. Kata Lia sendiri. Lia mengangkat kedua-dua tangan ke atas beberapa kali diikuti regangan-regangan lain tubuhnya. Setelah selesai …”Jom meow! Kita jalankan tugas kita hari ini”.
Mendengar namanya dipanggil , meow tanpa bertangguh terus berlari keluar mendahului Lia. Lia menutup rapat-rapat pintu pondoknya sebelum mengendung guni kecil yang siap tersangkut di paku dinding luar pondoknya.

Pagi yang indah
Lia dan meow kawan setia
Meredah hutan yang kian tebal
Mencari akar buat ditukar
segenggam beras…segenggam beras
Lalalala    lalalala   lalalala

Pagi yang indahhhh
Lia dan meow
Pagi yang indahhh
Lia dan meow
Kawan yang setia
Segenggam beras
Lalalalalalalalala
Lalalalalalalalala

Lia dan meow meredah hutan sambil bernyanyi riang.
(Nak tahu bagaimana irama melodinya? …. Ia adalah apa saja yang terlintas di fikiranmu sekarang ^__^)

Mereka berjalan laju tanpa risau sesat kerana  hutan ini adalah tempat bermain buat mereka sejak arwah nenek Lia masih hidup lagi. Tika itu , Lia dan meow selalu mengikut nenek mancari daun dan akar-akar kayu yang boleh dibuat ubat. Nenek banyak mengajar Lia , mengecam dan mengenal jenis-jenis daun herba dan akar-akar kayu yang tinggi nilainya dalam bidang perubatan.
Setelah mengumpul daun-daun dan akar-akar kayu tersebut , nenek , lia dan meow akan membawanya ke Pekan. Di situ tinggal seorang bidan yang juga pandai mengubat. Dialah yang akan membeli segala hasilan yang dibawa mereka.
Kini , keadaan dah berbeda. Nenek sudah tiada. Tugas membekalkan bahan-bahan ubatan hutan itu sudah menjadi tanggung jawab Lia dan meow sepenuhnya.

Sedang Lia sibuk memetk daun-daun herba , meow datang kepadanya dalam keadaan yang cemas.
“Lia! Lia! Cepat! Ada sesuatu di sana. Cepat!!”. Ngiau meow dengan kuat sekali.
“Kau dah kenapa meow?”. Tanya Lia acuh tidak acuh melihat meow yang sedang cemas itu.
“Lia! Cepatlah. Ada sesuatu di sana!!”. Bising meow lagi. Kali ini kain Lia digigit dan cuba ditarik ke suatu arah.
“Eeeei! Nape kau ni meow?. Lia tengah sibuk ni. Kejap lagi matahari dah di atas kepala. Tentu terik panasnya!”. Lia jengkel lalu menguis meow dengan kakinya.
Meow tidak putus asa , tetap juga memaksa Lia mengikutnya.
“Yalah! Yalah! Kau ni dari pagi tadi asyik main paksa orang jelah meow”. Rungut Lia namun kakinya tetap menjejaki meow yang mendahuluinya di hadapan.

“Eh! Kesiannya!!” Jerit Lia sambil berlari anak mendapatkan meow yang sudah tegak berdiri sambil menggoyang-goyangkan ekornya.
“Hah! Taupun kesian. Tadi aku suruh datang cepat taknak. Nilah sebabnya!”. Meow memulangkan paku buah keras.
“Yalah! Yalah! Kaulah yang pandai meow!”. Lia mengusap kepala meow. Meow bangga.


(Apa yang mereka temui?)


“Eh meow , kesianlah. Sayap dia patah ni. Tak boleh terbang. Kita kena bawa dia balik dan rawat di rumah”. Kata Lia.
“Okey … jomlah kita bawa dia balik sekarang”. Jawab Meow , teruja.
“Jap meow!”. Balas Lia lalu mengambil beberapa helai daun ketapang yang lebar. Daun-daun itu  dilipat berbentuk mangkuk dan dikemaskan dengan ranting kecil. Seekor burung  bayan hutan yang  patah sayap diangkat dan diletakkan di dalamnya.
“Jom meow!”. Ajak Lia dan meow seperti biasa akan mendahului langkah Lia.

Bertambahlah ahli baru dalam hidup Lia dan Meow. Seekor bayan hutan kini tinggal bersama mereka. Lia menumbuk daun ubat hingga lumat lalu ditepekkan pada bahagian sayap bayan yang patah. Kemudian sayap itu dibalut dengan kain. Setiap petang , Lia dan meow akan membawa bayan menikmati angin petang di luar pondok mereka … dan setiap kali itu jugalah Lia dan meow dapat melihat  seekor  bayan liar  akan bertenggek di pohon beringin  tidak jauh dari pondok mereka.
“Bayan , itu keluarga kau ke?. Ke itu isteri kau?” Tanya Lia. Bayan diam tidak menjawab.
“Dia tak faham kitalah Lia” Sampuk meow.
“Takpe meow , nanti lama-lama dia mesti faham apa yang kita katakan”. Balas Lia sambil mengusap-ngusap badan meow. Bayan yang ada di ribaan Lia mulai berkicau.
“Hmm … sedap suara kau bayan” Puji meow
“Ya Bayan , sedap suara kau” Lia mengiakan.

Hari berganti minggu…minggu berganti bulan. Sudah cukup satu bulan bayan tinggal bersama Lia dan meow. Sayap bayan juga sudah kembali kuat. Setiap hari bayan juga sama seperti  meow akan mengikut Lia mencari daun-daun herba dan akar-akar kayu di hutan. Bayan akan bertenggek di bahu Lia atau terbang mengelilingi Lia dan meow dan tiap kali itu jugalah akan ada seekor bayan liar terbang mengekori jejak mereka bertiga.

Pagi yang indah
Lia dan meow kawan setia
Kini bayan datang menjelma
Meredah hutan yang kian tebal
Mencari akar buat ditukar
segenggam beras…segenggam beras
Lalalala    lalalala   lalalala

Pagi yang indahhhh
Lia , meow dan bayan
Pagi yang indahhh
Lia , meow dan bayan
Kawan yang setia
Segenggam beras
Lalalalalalalalala
Lalalalalalalalala

“Bayan … itu keluarga kau ke?” Tanya Lia lagi.
Bayan tidak menjawab , sebaliknya hanya terbang pergi dan balik ke bahu Lia.
“Kalau itu keluarga kau , aku rasa dia mahu kau kembali bersamanya bayan”. Ujar Lia lagi.
“Kenapa kau tak terbang saja bersama dia bayan?. Kesian dia … dah hampir sebulan dia mengekori kita tanpa jemu. Aku rasa kau patut terbang pulang bersamanya bayan”. Kata Lia lagi.
“Lia , bayan tak faham apa yang kita kata. Kita selamatkan dia dan kini dia mahu bersama kita”. Meow memberikan pendapat.
“Hmm … betullah tu meow. Tapi sampai bila keluarganya itu akan terus mengekori kita?. Lagi pula bayan ini tidak akan pernah faham kita. Sudah sebulan bersama  tapi dia masih tidak faham apa yang kita katakana”. Balas Lia
“Tapi bayan sayang kita. Biar sajalah dia bersama kita”. Meow menyatakan pendapatnya.
“Tapi Lia kasihankan keluarganya itu. Lia rasa itu adalah isteri atau kekasihnya. Setia betul dia”. Keluh Lia. Rasa bersalah pula memisahkan bayan dari kekasihnya.

Keadaan berlarutan selama seminggu lagi. Bayan liar yang sama masih mengekori jejak mereka. Lia semakin diserang rasa bersalah sedangkan bayan semakin hari semakin mesra dengan lia dan meow.
“Hmm … sesuatu perlu dilakukan”. Fikir Lia

Petang itu seperti biasa Lia , meow dan bayan menikmati angin petang di luar pondok mereka. Lia mengusap-ngusap kepala bayan yang leka bertenggek di ribaannya. Meow yang duduk disebelahnya pula menggesel-geselkan kepalanya ke kaki Lia.
“Meow , Lia sudah buat keputusan”. Lia memberitahu meow. Meow yang sedang asyik menggesel mengangkat kepalanya memandang Lia.
“Keputusan?”. Tanyanya minta kepastian.
“Tentang bayan”. Bisik Lia
“Jom! Ikut aku”. Kata Lia tegas dan kuat kepada meow lalu berdiri. Meow tersentak namun meow faham arahan lia itu.
Lia berjalan menuju ke pintu pondok  dan seperti biasa meow mendahuluinya masuk ke dalam pondok. Bayan pula terpinga-pinga lalu segera terbang dan bertenggek di bahu Lia. Sebaik sahaja Lia masuk ke dalam pondok , Lia memegang bayan dengan tangan kanannya lalu mencampaknya ke luar sebelum menutup pintu pondok dengan segera.
Meow terkejut dengan perbuatan Lia itu … “Lia! Kenapa buat begitu kepada bayan?”. Meow mengiau kuat tanda protes.
“Sshhhh…diamlah meow!”. Arah Lia tegas.
Meow masih tidak berpuashati , meow cuba membuka pintu pondok.
“Hishh meow! Jangan dibuka pintu itu. Biarkan bayan di luar. Lia mahu dia kembali kepada ke asalnya” Tengking Lia dan meow terpaksa mengalah.

Maka malam itu Lia dan meow tidur tanpa bayan di sisi mereka.
Sesekali tergerak di hati Lia untuk menjenguk keluar , kalau-kalau bayan masih ada di situ …
“Hmm … agak-agak bayan dah kembali ke keluarganya ke meow?”. Lia memecahkan kesunyian malam. Meow diam tidak menjawab. Meow masih tidak setuju dengan perbuatan Lia mencampak bayan keluar dan memaksa bayan kembali kepada keluarganya.
“Hmm … suka hati kaulah meow. Nak protes sangat. Tidurlah kau sendiri!”. Kata Lia sebelum berpaling membelakangkan meow.

Keesokan paginya , seperti biasa meow mengejutkan lia dan mereka kembali berdua mencari daun-daun herba dan akar-akar kayu di hutan.
Sesekali kedengaran lia mengeluh apabila teringatkan bayan. Meow juga rasa kurang bersemangat hari ini. Meow juga terkenangkan bayan. Acapkali  matanya memandang ke pepohonan melihat-lihat kalau-kalau bayan ada berhampiran.
Setelah guni kecil yang dibawa hampir penuh , mereka melangkah pulang. Hari ini tiada nyanyian , tiada keriangan…

Petang itu , tika lia dan meow berehat di luar pondok …
“Eh! Lia, tengok itu…bayan pulang!!”. Kata meow riang sambil menggoyang-goyangkan ekornya.
Lia melihat ke arah yang dimaksudkan meow. Kelihatan bayan sedang terbang laju menuju ke arah mereka.
Tanpa berlengah , “Meow! Cepat!!!”. Jerit Lia lalu berlari laju masuk ke dalam pondok sebelum  menghempas pintu pondok dengan kuat. Mujur tidak tersepit ekor meow yang panjang!
“Lia!!!” Jerit meow , tidak faham mengapa lia perlu berbuat begitu sedangkan meow dan lia sendiri rindukan bayan.
Dari rekahan pintu yang telah lama ada , Lia dan meow mengintai keluar. Mereka melihat bayan berdiri lama memandang pintu pondok. Bagai nak luluh hati lia dan meow melihatnya.
Setelah lama dibiarkan menunggu di luar , bayan akhirnya terbang ke dalam hutan.
“Lia…”Keluh Meow lalu lia mendakap dan memeluknya erat.

Keadaan berterusan beberapa lama dan bayan masih tetap mencuba.
“Meow , hari ini kita jangan lari menutup pintu. Kita hadapi bayan ya”. Lia memberitahu meow.
“Apa lagi yang lia nak buat?” Tanya meow
“Hmm … adalah”. Jawab Lia sambil tersenyum.
Petang itu seperti biasa , lia dan meow ke luar pondok. Kali ini lia bawa bersama penyapu lidi yang selalu digunakan untuk membersihkan lantai pondok.
“Nak buat apa?”. Tanya meow cuak.
“Adalah”. Jawab Lia sambil mengusap kepala meow.
Seperti yang dijangka lia , petang ini juga bayan datang lagi. Kali ini Lia sudah bersedia menghadapinya.
Sebaik sahaja bayan terbang menghampirinya , lia mencapai penyapu lidi yang disandarkan pada dinding luar pondok lalu menghayun-hayunkannya ke arah bayan.
“Syuhhhh! Syuuhhhh!!! Syyuuuhhhh!!!! Pergi kau dari sini. Kami tidak mengingini kau lagi. Pergi!! Pergi!!!!!” Jerit lia sekuat hati. Jeritannya itu memeranjatkan meow dan bayan. Bayan yang ingin hinggap di bahu lia terkejut dan ketakutan yang amat sangat lalu terbang laju menjauhi lia dan kembali ke hutan.

Setelah kelibat bayan sudah tidak kelihatan , Lia mengeluh … “Pergilah bayan , jangan kembali lagi”
“Lia , kenapa mesti sampai berbuat begitu?. Kasihan bayan”. Tanya meow.
“Tidak meow , itulah yang sememangnya harus dibuat” jawab Lia
“Mengapa sampai begitu?” Tanya meow lagi , masih tidak berpuas hati.
“Meow , lia mahu bayan ingat yang buruk saja tentang lia , tentang kita” Terang Lia
“Mengapa?”. Tanya lagi meow.
“Biar bayan pergi tanpa kesal di hati” Balas Lia sebelum melangkah masuk. Seperti biasa meow pasti mendahuluinya…***ojai






Sekian …. Moga terhibur!!

-peace-
>__<

Monday, 7 September 2015

Lukis jea ... adoiii!!!! Jangan marah aku

Lukis jea .... adoiiii!!!! Jangan marah aku

Hmm.... manusia biasa
Kalau ada yang rasa hati / marah n rasa aku tak sensitif dengan perasaan orang lain ... maafkanlah.
Jangan simpan dalam hati
^__^



-peace-
Aku ni bukan baik mana pun
....tapi berusaha utk jadi baik....
>__<

Tuesday, 1 September 2015

Lukisan dan fikiranku ... kita bukan melukut di tepi gantang


Lukis jea ... kita bukan melukut di tepi gantang




Jangan jadi melukut di tepi gantang ...

Suatu waktu dahulu , ditakdirkan Allah aku bertemu kembali secara maya dengan seorang teman lama yang sudah puluhan tahun terpisah. Kami berbalas pesanan , banyak juga yang dibualkan dan ternyata temanku ini terlalu suka menyamakan dirinya dengan melukut di tepi gantang.

Bagai melukut di tepi gantang?
Ya!
'Hadir tak menambah , pergi tak mengurang'

Mengapa perlu begitu merendah diri?
Bukankah tiap kita punya keunikan tersendiri yang membezakan kita dengan yang lain?
Padaku , peribahasa ini tidak sesuai digunakan oleh sesiapa pun yang hidup di bumi Allah ini kerana tiap kita punya tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan.
'Bagai melukut di tepi gantang' itu hanya melambangkan sifat seseorang yang kurang keyakinan  dan rendah jati diri. Bagaimana mungkin amanah yang tergalas di bahu itu dapat kita tunaikan jika kita sendiri tidak nampak dan yakin dengan kemampuan dan kekuatan dalam diri kita?
(Hmm ... bagimu teman lamaku , jangan tesinggung dengan tulisanku ini kerana aku amat faham kamu, padamu peribahasa itu hanyalah sebagai indikator yang kamu bukanlah seorang yang angkuh dan besar diri)

Apa yang ingin aku tekankan di sini ialah tentang tugas dan amanah kita sebagai Khalifah di muka bumi. Amanah yang harus ditunaikan agar kita berpeluang meraih cinta Allah. Cinta yang memberi ketenangan dan membawa kita kepada syurgaNya.
Apakah amanah itu?
Mari kita renungkan sebentar maksud kalam Allah di bawah;

Maka apakah kamu mengira, bahwa Sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"(QS Al-Mukminun ayat 115)

"Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu" (QS Adz-Dzariyat ayat 56)

Makanya , menjadi tugas kita untuk berusaha bersungguh-sungguh agar seisi alam ini tunduk patuh dan memberikan sepenuh ketaatan kepada Allah (swt). Ini adalah amanah dan tanggung-jawab yang tidak boleh dibuat sambil lewa atau ala kadar sahaja.

Bangkitlah saudara saudari seagamaku.
Anak bangsa kita amat tenat ... tugasku sebagai seorang pendidik, mencelikkan mata hatiku untuk melihat bagaimana anak bangsa seagamaku semakin lesu dan tenggelam dalam gejala sosial yang mengundang kepada keruntuhan akhlak yang maha dahsyat.

                                   -peace-
                                     >__<