Popular Posts

Monday 20 May 2019

Lukis jea ... keakraban dan.kasih sayang

Jom melukis
Jom lukis ... inilah gambar anak2 saudaraku daripada adik.perempuan bongsu keluarga kami.
Afan ... Zinni ... dan Fateh
Moga mereka dewasa menjadi hamba Allah yang soleh dan diberkati hidup mereka dunia hingga akhirat.

Mula2 draf kan je ngan pensil biasa

Pastu ... bolehlah di"hidupkan" gambar mereka dengan menggunakan pigmen liner

Lukis jea ... tekun .... itu yang perlu ada utk melahirkan gambar ini ...

Moga menjadi halwa mata bagi yang memandang
Puasa2 ni ... mata asyik mengantuk kan?

-Peace-
>___<

P/s: hari ni puasa kita yang ke 16 hari.
Allah ... lapar.n.dahaga
+ mengantuk...
 Sebab sahur tadi aku telan ubat selsema n ubat batuk. Ngantuk tau sebenarnya.ni.
Tapi ....
Takkan nak tido lak ... kan?
Moga Allah.ampunkan segala dosa2ku dengan sakit ini.
Kalau sakit ini dapat menjauhkan aku dari neraka jahannam dan siksaan akhirat ..
 Maka
Aku rela Ya.Allah
Sesungguhnya Kau yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Monday 13 May 2019

Lukis jea ... kenangan, gambar kartun kita

Lukis jea ... Gambar kartun kita

Inilah antara kenangan yang tinggal.
Rumah kita ... pokok2 bunga arwah mama ... semuanya hanya tinggal dalam kenangan.

Mujur juga ada lukisan kartun ku ini masih kusimpan dalam koleksi kerja tanganku.
Photo asalnya pun entah dah ke mana ...

Inilah pandangan hadapan rumah tipikal melayu berpendapatan sederhana.
Depan rumah ... malah keliling rumah penuh dengan pokok2 bunga sebagai penyeri.

Lebih2 lagj arwah mama aku seorang yang sangat berseni. Keliling rumah aku dah macam taman rekreasi. Siap dengan gelongsor dan buaian buatan tangan abah den.

Itu belum cerita dalam rumah ... jambangan2 bunga gubahan arwah mama ... pokok2 bonsai hiasan ... semua mama buat sendiri.

Mama ke mak?
Hrmmm aku memang panggil arwah bondaku emak ... tapi adik2 aku panggil bondaku, mama.
Lama2 aku pun terikut2 ... mamapun boleh ... emak pun boleh.
Mama/emak memang seorang yang sangat kreatif.
Gubahan2 bunga ... (bunganya dibuat sendiri tau ... itu yang mahal. Semuanya hasil tangan sendiri) ... menjahit ... memasak aneka kuih muih. Semua arwah mama pandai. Malah arwah mama juga merupakan peniaga kecil2an yang berjaya. Kami tak kaya ... tapi mama tak pernah putus duit. Hebatkan bonda aku.

Kini, semua itu dah jadi kenangan. Kekadang tu rasa jealous jugak bila orang lebih tua daripada aku masih punya ayahbonda.
Untunglah ... mana nak cari doa tulus ikhlas melainkan doa seorang ibu.
Jadi ... bagi yang masih mempunyai ibu , bersyukurlah ... dan muliakan ibu anda.
Dalam dunia ni kita cuma ada seorang ibu kandung.
Hargai mereka selagi boleh.

-peace-
>___<

Wednesday 8 May 2019

Lukis jea ... wajah yang polos

Lukis jea ... Wajah polos dan bahagia

Bahagia seorang anak
Dilimpahi kasih sayang kedua orang tuanya
Tanpa rasa takut akan
... kelaparan ...
... ancaman keselamatan ...
dan
... gelap malam ...

Bertabahlah anak2 di bumi bergolak
Syria ... atas kejahatan dan kekejaman Basha laknatullah
Sunni Iraq ... angkara kerajaan boneka dan militia Syiah
Palestine ... kekejaman tak sudah Zoinis Israel
Penghapusan Etnik Islam Rohingya oleh tentera Myanmar dan Sami Budha
Islam Uighur ... kekejaman bermaharajalela

Belum lagi pergolakan di yaman,libya , Afrika Selatan ... bla ... bla bla ...
Rata2 Islam sunni tertindas...dizalimi...diperlakukan tanpa pembelaan ...

Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk terus mempertahankan islam dan iman di hati mereka hingga ke akhir hayat

Aaamiiinnnn


Impikan dunia yang aman
Islam yang mulia
Diletakkan ditempatnya

-peace-
>__<

Tuesday 7 May 2019

Lukisan jea ... " Aku ingin pulang"

Lukis jea ... "Aku ingin pulang"
Satu soalan utk semua ...
Apa yang kau cari dalam hidupmu?

Aku lihat ... hari ini, kita bercekau sesama sendiri
Aku lihat  ... semakin hari semakin agamaku diperleceh
Aku lihat ... bangsaku di hujung cenuram
Aku lihat ... satu persatu hilang
Dan aku bimbang ...

Aku lihat ... teman2 seperjuangan dahulu ...
Dahulu ...
Bersama membina kekuatan diri
Membentuk fikrah murni
Demi agama ini
Demi bangsa ini
Demi negara ini
Apa dikata pasti dikota
"Jangan sampai kita tercicir dari turut sama menaiki kapal perjuangan". Itu pesan ... masih kuingat.
"Kita bersama ... sebagai wadah utk berjuang"
"Bukan dunia yang kita kejar ... tapi nun di akhirat sana"

"Akhlak mulia itu pakaian kita"
"Jangan mencela"
"Doakan mereka yang berlainan fikrah dengan kita kerana matlamat kita semua tetap sama"
"Usah takut pada perbezaan kerana perbezaan itu menguatkan kita"
"Carilah persamaan dan kita bersatu dalam persamaan tersebut"
Tapi itu dulu ... bak kata pepatah melayu
Sekali air bah ... sekali pantai berubah.
...

Aku tidak mampu melihat lagi
Arah kalian
Gerak tindak kalian ...




Dan aku ingin pulang ... walau sendiri


-peace-
>__<

Pesanan utk semua;
"elakkan diri daripada terus berbicara ketika marah kerna seringkali bicara ketika marah pasti akan menghiris ...
Kau mungkin akan lupa ... tapi tidak bagi yang terhiris"


Thursday 2 May 2019

Jom berpuisi ... usah biar aku sendiri


Usah Biar Aku Sendiri

Hari ini ...
Aku merenung perjalanan hidup
Kiranya jauh sudah ku melangkah
Helaan nafas sudah tidak terhitung
Masih banyakkah yang tersisa?
Atau mungkin sudah mengontang usia?

Aku merenung lagi
Mengenangkan tiap episod hayatku
Jatuh dan bangun yang sudah berkali
Tawa dan tangis juga silih berganti
Bagai siang bergantian malam
Sungguh adakala malam kelam terasa panjang
Namun siang yang singkat itu mampu mengukir senyuman

Ku selongkar riwayat hidupku
Ku selak satu persatu
Kiranya ada helaian yang hilang
Tak kurang juga yang telah pudar tulisnya
Aku tak mampu mengimbau kisah semalam
Kerna 'lupa'  itu ada ketikanya perlu
Dan ada 'rasa' yang harus diam terkubur
Menjadi pendorong untuk terus melangkah
Menambak harapan mendakap hari muka

Dan hari ini ...
Aku belajar mensyukuri
Tiap helaan nafas dan denyut nadi
Tiap patah bicara yang ditutur
Tiap jiwa yang datang menyapa
Tiap rasa yang telah menyatu
Tiap kisah yang membawa cerita
Mengungkap sebuah makna tersurat
Dalam kerdipan mata yang melihat
Dan maksud sarat yang tersirat
Berbuah bicara dalam kebisuan
Buat ditaksir dalam diam

Alhamdulillah ... indah aturanMu
Menjadikan alam ini medan tarbiah
Seorang hamba berpayah menyusur sinar
Dalam mujahadah mengatur langkah
Menetapkan kaki di atas landasanMu
Yang telah Kau garis ... mencari arah menuju redha
Berbekal keyakinan yang membukit harapan
Kelak dengan rahmatMu tuhan
Kan bisa kukecap kebahagiaan abadi
...dan menikmati erti hamba yang merdeka

Bimbing aku Tuhan ... usah biar aku sendiri

                                   -peace-
                                    >__<