Popular Posts

Sunday, 8 March 2015

Sekolahku syurgaku ... "Pagi-pagi dah membebel!"


Lukis jea ... bunga kektus.
anak2 muridku seindah bunga kektus
tapi selalu juga menjadi duri yang menyucuk jari...
Hmmm.....

Kelas masa pertama-"cikgu , pagi2 dah membebel!"

Kelas yang selalu saja menjadi bahan fikiran aku  ialah kelas  4 ....
Mengajar mereka matapelajaran sains teras memang amat mencabar dan menguji kesabaran.
Bayangkan, setiap kali masuk kelas waktu pertama pasti sampah penuh bertaburan dilantai , malangnya masing2 buat bodoh dan buat tidak nampak je. Mereka lagi tega berborak dan berbuat bising daripada membersihkan kelas!
Antara dialog yang biasa terjadi...

Aku   : Ya Allah , bersepahnya kelas kamu ni. Ok sekarang cikgu nak semua orang bangun dan kutip             sampah sekeliling meja awak termasuklah sampah dilaci meja awak sekali. Selagi tak bersih               jangan ada yang duduk.
Murid 1: Mana ada sampah cikgu. Oklah ni!
Aku :  Apa ?, awak tak nampak sampah yang bersepah ni Haziq? Hah! Mari sini cikgu tunjuk
           (Sambil menunjukkan tiap satu sampah dan menyuruhnya mengutipnya).
Aku:  Dah nampak sampah sekarang?
Murid 1: Dah cikgu (sambil tersengih dan tentunya aku membalas sengihannya itu...^__^)
Murid 2: Apa pulak cikgu, orang yang bertugaslah kena sapu sampah. Apasal lak kitorang?
Aku :  Betullah tu. Tapi mana kawan awak yang bertugas tu?. Tak naik2 lagi kan?. Kalau awak nak                tunggu dia , alamat tak belajarlah kita hari ni. Lagipun apa salahnya awak yang dah masuk                  awal ni ringan tulang sikit. Daripada duduk berborak kosong , kan lebih baik tolong bersihkan            kelas  awak yang bersepah ni.
Murid : Tapi tak acilah cikgu. Dia yang bertugas
Aku :  Awak! Sampah keliling meja awak pun nak berkira sangat?. Kalau perangai macam ni bilanya            kita nak start belajar?
          (Jawabku dengan nada suara yang mulai tinggi- mana taknya, mengajar satu masa-35 minit                 sahaja.
       
Pecahan masa untuk kelas 4 ..... ini;
Tunggu dorang masuk kelas sampai 10-15 minit.
Suruh kemaskan kelas ambil lagi 10 minit (sebab masing2 bukan main pemalas!).
Lepas tu kami akan sama2 baca al-qur'an selama 5 minit
(sekolah aku ada program-'Qur'an dihatiku,bagus program ini-Hmm...lain kali aku cerita).
Dan akhirnya masa yang tinggal untuk belajar hanyalah 5-10 minit sahaja).

Itu belum ditolak dengan gangguan lain-seperti ....
Aku  : "Aqmal! Yang awak ni keluar masuk - keluar masuk kelas sesuka hati tu kenapa?"
Aqmal :"Apa lak cikgu , tu kawan saya kat luar tu"
Aku  : "Awak nampak saya kat depan ni kan?. Kalau dia nak bercakap ngan awak , ketuk pintu ,                  minta izin cikgu dulu. Itu baru beradab namanya.  Bukan main suka-suka hati panggil dan
           cakap dari luar. Awak pula , mana adab awak ngan saya , main suka je keluar masuk                      macam ni"
Aqmal:" Aduh cikgu ni ... , pagi-pagi dah membebel!!"
             ( Jawab Aqmal sambil membuat muka)
Aku  : " Tahu tak suka bila cikgu membebel. Lain kali kalau tak nak kasi cikgu membebel pagi-pagi              hari macam ni. Sebelum cikgu sampai , bersihkan kelas dulu. Lepas tu ,bila nak keluar
             masuk kelas , minta izin cikgu dulu ... bla bla bla..."
             ( Langsung aku betul-betul membebel!...  :D Dah macam mak nenek aku ni!!)

So pengajaran hari ini ... bertajuk - Membebel!
Alah , bukan lamapun. Tak sampai 5 minit. Tolak masa menegur sikap Aqmal yang kurang sopan itu , baki masa yang tinggal hanya cukup untuk aku memberikan sedikit nasihat yang mereka anggap sebagai membebel itu.

Akhirnya aku meninggalkan kelas 4 ... sambil berkata dalam hati , "Hmm...macam manalaha nak habiskan sukatan ni?!"



-peace-
Kelas ni istimewa
Makanya aku harus bermain tarik tali ngan mereka
Kebanyakkan  masa tersengih dan bergelak ketawa bersama mereka
Tapi ... juga harus boleh bertukar serius dan garang dalam sekeli mata.