Popular Posts

Monday, 31 March 2014

Cerpen : Yang Terindah ...

Yang terindah


Lambat lagi ...
Perhimpunan pagi itu sama saja seperti perhimpunan pada pagi-pagi yang lain , Wadi masih juga lambat. Sekali lagi dia terpaksa berbaris  di barisan pelajar yang lambat. Berbaris dengan wajah masam mencuka , mendengar segala teguran dan nasihat daripada guru bertugas. Tidak cukup dengan guru bertugas , guru disiplin , kaunselor dan kekadang PK HEM pun nak bercakap juga. Sayangnya usaha dan niat baik warga pendidik ni umpama ‘mencurahkan air di daun keladi’. ‘Bicara’ mereka tidak ubah seperti ‘leteran makcik-makcik’ yang pada pendengaran Wadi tiada bezanya seperti bertih jagung  meletup-letup apabila dipanaskan!
“Baiklah , sekian sahaja perhimpunan pada pagi ini. Pelajar yang lambat diminta tunggu manakala pelajar lain boleh naik ke kelas dalam barisan dengan diiringi oleh pengawas. Terima Kasih”. Ucap pengawas bertugas mengakhiri perhimpunan  pagi itu.  Maka bergeraklah barisan pelajar kelas demi kelas hingga akhirnya yang tinggal di tapak perhimpunan adalah satu barisan pelajar  yang lambat.
Guru disiplin , cikgu Halim memandang seorang demi seorang wajah pelajar yang masih berdiri dengan wajah tertunduk memandang lantai. “Janganlah cari pasal nak ‘buat muka’  ngan cikgu ni. Tak pasal-pasal kang kena berdiri kat sini sepanjang hari. Mau garing dibakar matahari!”. Fikir mereka.
“Hari-hari , muka yang sama!. Awak tak serik-serik jugakan. Ok , hari ni siapa ada alasan yang membolehkan saya lepaskan dia. Cakap sekarang!!”. Herdik cikgu Halim.
Perlahan-lahan satu tangan diangkat lurus ke atas , “Saya cikgu”. Kata Ashyraf ragu-ragu.
“Hah! Kamu Ashyraf. Apa alasan kamu?!”. Sergah cikgu Halim.
“Err ... err  hari ni saya sakit-sakit perut cikgu. Pagi ni saja sudah tiga kali saya ke toilet. Ni pun perut saya tengah sakit. Kalau cikgu izinkan saya nak ke tandas sekarang jugak!!”. Belumpun sempat habis sempurna jawapannya , Ashyraf sudah tidak tertahan lagi – dia terus berlari ke arah toilet .
“Maaf cikgu Halim , tak tahan sangat ni. Dah nak bertabur!!!” Jeritnya sambil terus memecut langkah.
“Hmm ... ada-ada saja kamu orang ni. Baiklah yang lain , sinsing seluar dan pergi cuci tandas!!”. Cikgu Halim telahpun menjatuhkan hukuman. Maka bergeraklah Wadi dan  dan yang lain menuju ke tandas.
“Sial!! Ni kang kejap lagi mesti kena ngan cikgu Hasiah pulak!”. Rungut Wadi perlahan. (Pn Hasiah adalah guru matapelajaran Sivik dan Ketatanegaraan Wadi , orangnya memang kuat ‘membebel’. Bukan sebab benci tapi ‘atas rasa sayang’ , maka mulutnya tidak penat-penat memberi nasihat!. “Biar jadi orang!!”. Itulah ayat popularnya).

Ponteng ke tidak ponteng ...
Selesai mencuci tandas , Wadi mencuci tangannya lalu bersegera  untuk ke kelas 5 Usaha.
“Sekarang pukul 8:20. Kelas sivik habis 8:50 , ada 30 minit lagi. Huh! Mau bernanah telinga aku ni kang mendengar khutbah. Pok pek pok pek entah bila nak berhentinya. Huh! Apa nak buat ni?. Arrgghhh ... ponteng jelah. Malas aku nak mengadap muka dia.  Alamakkk ... tapi ... kang tak pasal-pasal masuk bilik disiplin lagi. Ah! Selagi tak kantoi  tak apa. Hmm ... ponteng ... tak ponteng ... ponteng ... tak ponteng ...”.
Dalam Wadi berkira-kira  itu , tiba-tiba ...
“Hai Wadi! Cikgu yang besar nipun awak nak langgar?”. Tegur cikgu Maisarah  dengan senyuman manis terukir di bibir.
“Err ... cikgu. Maaf saya tak perasan”. Jawab Wadi spontan.
“Hmm ... awak dari mana?. Mana pas keluar awak?”. Tanya lagi cikgu Maisarah setelah dilihatnya tiada pas keluar yang dibawa oleh Wadi.
“Heee ... saya sebenarnya baru lepas kena denda cuci tandas cikgu. Ni baru nak balik ke kelas. Kalau cikgu tak percaya , cuba tenguk kaki seluar saya ni. Habis basah masa cuci tandas tadi”. Jawab Wadi.
“Laa ... bila pulak cikgu cakap tak percaya. Hmm ... awak kena denda sebab datang lambat lagi ye?”.
Wadi hanya menganggukkan kepalanya.
“Hai... Wadi  Wadi. Cikgu pun tak tahu nak nasihat macam mana lagi ngan awak ni. Dah terlalu kerap sangat awak datang lambat ke sekolah malah ada hari-harinya awak lewat sampai jam lapan ,  jam sembilan baru nak sampai. Kalah orang kerja pejabat.  Itu dah kira ‘lewat melampau’ tu namanya Wadi. Hmm ... ginilah Wadi , awak fikir baik-baik. Awak sebenarnya nak bersekolah ke tidak ...”.
“Nak cikgu ...”
“Nanti!. Biar cikgu habis cakap dulu. Kalau awak nak bersekolah , kenalah sungguh-sungguh. Pastikan awak tidur awal , bangun awal dan datang awal ke sekolah. Peraturan sekolah kenalah ikut. Cikgu tak nak awak terus-terusan ketinggalan dan didenda begini”. Sambung cikgu Maisarah , guru kelas Wadi.
“Maaf cikgu. Saya cuba untuk datang awal”. Balas Wadi sambil menundukkan kepalanya. Sedih benar hatinya apabila ‘soal kesungguhannya’ bersekolah dipertikai. Kalau guru kelasnya sendiri sudah ragu terhadap kesungguhannya ... siapa lagi yang akan mempercayainya ...
“Wadi , cikgu nak awak cemerlang. Cikgu nak awak jadi anak kebanggaan ibu awak. Ibu awak tu ibu tunggal.  Kasihan dia ,  bersusah payah membesarkan awak dua beradik. Hargai pengorbanannya ya. Hmm ... sudahlah. Pergi lekas masuk ke kelas. Sekarang ni waktu Sivik kan?. Kang bising pulak cikgu awak”. Cikgu Maisarah  mengakhiri nasihatnya dan terjawablah  sudah dilema Wadi tadi sama ada mahu ponteng kelas Sivik atau tidak. Termakan dengan nasihat dan pujukan cikgu Maisarah , Wadi akhirnya melangkah laju menuju ke kelas 5 Usaha. Malangnya seperti yang telah dijangkakan , dia terpaksa berdiri lebih 20 minit sambil menadah telinga mendengar ‘nasihat’ panjang lebar daripada cikgu Hasiah!.



Hidup Wadi
Begitulah kehidupan Wadi , seorang pelajar yang di’cop’ sebagai pelajar bermasalah di sekolah itu. Rekod disiplinnya sudah berderet ... lambat ke sekolah , ponteng , merokok , biadap terhadap guru ...  Sudah banyak kali Wadi keluar masuk bilik disiplin dan sudah banyak kali juga dia dipanggil oleh kaunselor sekolah. Tapi sikapnya yang lebih suka mendiamkan diri daripada membuka mulut menyebabkan keadaan tetap tidak berubah. Wadi tetap juga mengulangi salahlaku disiplin dan guru-guru tetap juga tidak faham punca Wadi bersikap begitu.
“Ini hidup aku. Biar aku yang urus. Mereka hanya tahu menyalahkan aku saja!. Susah senang hidupku hanya aku yang tahu”. Itulah dialog yang sering terjadi di benak hati Wadi.

Pergaduhan
Waktu rehat hari itu digemparkan dengan keriuhan bunyi sorakan sekumpulan pelajar lelaki yang berkerumun mengelilingi dua orang pelajar yang sedang beradu kekuatan. Masing-masing tidak mahu mengaku kalah , lebih-lebih lagi pergaduhan mereka hari ini disaksi ramai. Sorakan demi sorakan seakan mendorong  mereka untuk terus menjadi juwara. Juwara ‘kaki gaduh’!. Wah!! Hebat gelaran itu.
“Bersurai! Bersurai!”. Suara cikgu Halim menjerit memberikan arahan kepada semua pelajar untuk bersurai. Sementelahan waktu rehat sudahpun berakhir dan mereka sepatutnya sudah kembali ke kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran.
Bergegaslah seorang demi seorang meninggalkan ‘drama sebabak’ itu. ”Tidak sempat hendak tahu apa kesudahannya , sudah disuruh pergi!” Rungut mereka.
“Kacaulah cikgu ni!!”. Rungut yang lain pula.
“Hah awak!! Wadi! Muaz!! Tak reti-reti nak berhenti?!. Nak aku terajang korang berdua baru nak berhenti?!”. Jerkah cikgu Halim sambil menarik Muaz ke tepi , menghalangnya daripada terus menumbuk Wadi yang sudah berdarah hidung dan tepi bibir. Bukan itu saja , bahagian sikunya juga ada kesan luka dicakar, mungkin terkena kuku jari kelingking Muaz yang sengaja dibela panjang. Sebaik saja Muaz dapat dileraikan , beberapa orang pengawas terus memegang Muaz dan Wadi , takut-takut kalau kedua-duanya masih nekad mahu bertumbuk.
Sekonyong-konyong itu cikgu Maisarah berlari anak ke lokasi pergaduhan. “Cikgu Halim , mereka ni nampaknya masih berangin. Baik dipisahkan keduanya. Biar saya bawa Wadi ke bilik kaunseling , cikgu bawa Muaz ke bilik disiplin dulu. Nanti dah ‘sejuk’ saya hantarkan Wadi ke bilik disiplin”. Kata cikgu Maisarah. Cikgu Halim mengangguk tanda setuju.



Di bilik Kaunseling
Kebetulan pada ketika itu , kaunselor sekolah tiada di sekolah kerana bertugas rasmi diluar. Cikgu Maisarah mendahului Wadi masuk ke bilik kaunseling  lalu terus mengambil peti ubat yang sedia tersimpan di bilik itu lalu membawa dan meletakkannya di atas meja.
“Wadi , duduk sini”. Arah cikgu Maisarah sambil menunjuk ke arah sebuah kerusi.
“Sini , mari cikgu tolong bersihkan luka awak”. Arah cikgu Maisarah lagi.
“Tak palah cikgu. Sikit saja ni. Nanti saya basuh di tandas”. Jawab Wadi , kekok rasanya  apabila dilayan  baik begitu.
“Laa apasal pulak macam tu. Ni ubat kuning semua ada di sini . Plaster pun ada. Dah sini , biar cikgu tolong”. Balas cikgu Maisarah lalu tanpa memperdulikan reaksi Wadi , cikgu Maisarah membersihkan luka di siku Wadi. Kemudian cikgu Maisarah menyapukan ‘ubat kuning’ pada luka tersebut.
Selesai membersihkan dan menaruh ubat pada luka di siku Wadi , cikgu Maisarah membasahkan tisu lalu dihulurkan kepada Wadi , “Nah , ambil ini. Bersihkan darah dari hidung dan tepi bibir awak yang luka tu”.Kata cikgu Maisarah. Wadi akur , tisu basah itu diambilnya lalu disapunya kesan darah yang masih ada di bawah hidung dan di tepi bibirnya. Cikgu Maisarah memerhatikan gelagat Wadi membersihkan kesan darah yang masih bersisa diwajahnya di hadapan cermin besar bilik kaunseling itu.
“Kalau sudah , mari ke mari. Duduk di sini dan cerita pada cikgu apa yang telah terjadi”. Kata cikgu Maisarah.
“Ah! Tak ada apalah cikgu. Salah faham sikit je”. Balas Wadi , malas membesarkan soal pergaduhannya.
“Salah faham sikit?. Sampai bertumbuk dan cedera begini?. Wadi ... cikgu kenal awak. Awak takkan bertumbuk kalau sebab salah faham yang sedikit. Sudah , berterus terang dengan cikgu. Cikgu ni nak tolong awak , ceritakan pada cikgu apa yang terjadi”.
“Taklah cikgu , salah saya . Saya yang hilang sabar tadi”. Jawab Wadi.
“Kenapa sampai jadi macam tu . Muaz tu kan ke kawan baik awak?”. Tanya cikgu Maisarah.
“Entahlah cikgu , Muaz tu hari ni dok sedap jea mengutuk mak saya. Mana saya tak angin”. Jawab Wadi.
“Dia kutuk apa?”.
“Dia kata mak saya perempuan dot ... dot ... dot ... sebabtulah cepat jadi janda. Kalau cikgu jadi sayapun tentu cikgu akan marahkan?”. Terang Wadi.
“Hmm ... betul. Tak patut dia kata mak awak begitu. Dia sepatutnya menghormati mak awak sebab awak ni kan kawan baik dia juga. Cumanya Wadi , kekerasan bukan jalan penyelesaian yang baik. Cikgu  rasa , lain kali awak  tegur dia kalau dia cakap yang bukan-bukan. Tentu dia akan dengar dan taklah sampai bertumbuk begini. Tengok sekarang , siapa yang susah. Tak pasal-pasal lepas ni awak kena mengadap cikgu Halim”. Tegur dan nasihat cikgu Maisarah.
“Ya cikgu. Maafkan saya sebab dah susahkan cikgu”. Balas Wadi.
“Bukan susahkan diri saya Wadi tapi diri awak tu. Jangan susahkan diri awak dengan perkara-perkara seperti ini ya. Cikgu nak awak jadikan ini sebagai kes terakhir awak , boleh?”. Tanya cikgu Maisarah.
“Ya cikgu ...”

Pulang dari sekolah
Teriknya matahari petang itu. Wadi membawa motornya dengan agak laju. Mana tidaknya , sedari pagi tadi perutnya langsung tidak berisi. Sudah lama ber’dondang sayang’ perutnya itu.
“Harap-harap balik ni adalah rezeki aku. Lapar sangat ni”. Kata hatinya sambil terus memecut ... dan akhirnya Wadi tersenyum sendiri apabila terlihat dari jauh rumah tempat dia sekeluarga berteduh.
“Alhamdulillah , dah sampaipun”. Ucapnya perlahan. Terbayang-bayang di wajahnya kemungkinan rezekinya  petang itu. “Dapat nasi panas , telur mata kerbau taruh kicap pun dah cukup baik”. Fikirnya sambil bibirnya yang luka tadi terus mengukir senyuman.

Namun harapan hanya tinggal harapan ...
Sebaik sahaja motorsikalnya menghampiri tangga rumah , dari bawah lagi Wadi sudah mendengar suara ibunya menjerit-jerit marah diselang seli dengan suara adiknya , Mira menangis meminta ampun.
“Ampun bu! Ampun ... sakit bu. Cukuplah. Sakit bu!!”. Esak dan rayu Mira kepada ibunya yang sudah bagaikan hilang akal , memukulnya semahunya dengan batang penyapu tanpa belas kasihan.
“Ya Allah! , Ibu!!. Cukup!!!”. Jerit Wadi sambil menarik batang penyapu dari tangan ibunya.
“Tepi!! Tepi!!! Jangan kau masuk campur!!. Aku memang dah lama geram dengan budak ni. Kecik-kecik dulu tak nak mampus. Dah besar menyusahkan orang aje!”. Jerit ibu Wadi sekuat hati , masih lagi mahu memukul anak perempuannya itu.
“Ibu! Cukuplah , kasihanlah Mira ni bu. Dia ni anak ibu juga. Ibu yang lahirkan dia ke dunia ni. Kenapa ibu tergamak buat begini pada dia?!”. Wadi cuba memujuk dan meredakan marah ibunya.
“Anak?. Anak pembawa sial!!. Tu , cuba kau tengok muka dia. Sebijik macam muka lelaki sial tu. Sebab dialah aku menjanda begini. Sebab dialah aku kena bermati-matian membesarkan korang berdua. Lelaki tu buat apa hah?!. Dia senang-senang je tinggalkan korang ngan aku. Dia sedap-sedap je berbini baru!!”. Jerit ibu Wadi , keadaannya sudah bagaikan tidak terkawal lagi. Habis diluah semua yang terbuku di hatinya selama ini.
“Ibu , yang tinggalkan ibu itu ayah bukan Mira. Yang susahkan ibu itu ayah , lelaki yang tidak berguna itu. Bukan Mira ... Mira ni anak ibu. Adik Wadi. Dia juga derita seperti kita ibu. Ibu , cukuplah. Cukup cukuplah ibu siksa hidup Mira. Kasihanlah dia ibu ... Janganlah ibu lepaskan kemarahan ibu pada Mira. Dia tidak bersalah bu...” Rayu Wadi sambil memeluk adiknya yang sudah separuh lembik dikerjakan ibunyan. Jelas kesan-kesan merah di tangan dan anggota badannya yang kelihatan akibat dihentam dengan batang penyapu.
“Apa?. Tidak bersalah kata kau. Lelaki sial tu tinggalkan aku masa aku mengandungkan budak sial nilah!. Lelaki tak sedar diri tu cari perempuan lain masa aku mengandungkan budak nilah. Budak ni sama sialnya dengan bapak dia!”. Serentak dengan itu , ibu Wadi merampas semula batang penyapu lalu dihayunkan dengan kuat ke arah Mira. Ibu Wadi betul-betul mahu melepaskan kemarahannya pada Mira. Melihatkan keadaan yang mencemaskan itu , Wadi tanpa ragu terus melindungi adiknya lalu hayunan kuat itu menghentam belakangnya.
“Aduh!. Cukuplah ibu!!”. Jerit Wadi sekuat hati. Tersentak ibu Wadi melihat anak kesayangannya , satu-satunya jantung hatinya menggelupur kesakitan.
“Wadi! Wadi! ...”. Ibu Wadi cuba membantu anaknya itu. Sebaik saja tangannya menyentuh belakang Wadi yang kesakitan , Wadi segera menepisnya lalu berkata . “Puas hati ibu sekarang?. Sudah puaskan hati ibu siksa Mira?. Sudah puas ke hati ibu siksa perasaan kami anak-anak ibu ini?”. Ucap Wadi dengan linangan air mata , sedih benar dia dengan keadaan mereka sekeluarga. Hidup huru hara semata-mata kerana ibunya gagal menerima ketentuan takdir dan kehancuran rumahtangganya.
“Ibu , Wadi sudah tak tahan lagi dengan keadaan kita ini. Kalau ibu terus juga begini dan tetap juga nak menyiksa Mira , Wadi akan pergi. Wadi takkan jejak lagi kaki ke rumah ini!”. Serentak dengan itu , Wadi melangkah laju meninggalkan ibu dan adiknya Mira.
“Abang!!”. Jerit Mira.
“Wadi!!”. Jerit ibunya.
Belumpun sempat mereka mengejarnya , Wadi sudah memecut laju motorsikalnya meninggalkan kedua insan yang sangat disayanginya itu. Niatnya hanya satu ... mahu ibunya berubah. Wadi hanya ingin mengugut ibunya agar segera sedar dan berubah. Mira dahagakan kasih sayang ibunya malah dia juga sangat rindukan ibunya yang dahulu ... seorang ibu yang penyayang!.
Air mata Wadi jatuh bercucuran mengenangkan nasib malang yang menimpa mereka sekeluarga.
“Kenapa?! Kenapa?!”. Ucapnya sambil mengelap air mata yang terus mengalir ... sehinggalah ...
“PEEENNNNNN!!!!”. Bunyi hon yang panjang dan serentak dengan itu sebuah lori pasir menghentam kuat motor Wadi yang tiba-tiba keluar dari simpang. Wadi tercampak ke tengah jalan ...



...mengenang nasib diri ...
Ibu Wadi menangis teresak-esak di birai katil. Hancur luluh hatinya melihatkan keadaan Wadi sekarang. Seluruh tubuhnya dipenuhi luka dan calar balar akibat kemalangan itu. Lebih malang lagi , termasuk hari ini sudah tiga hari Wadi tidak sedarkan diri.
Sedangkan Mira , sudah bengkak matanya. Sejak tiga hari lepas air matanya tidak putus-putus mengalir. Matanya terus memandang Wadi , abangnya yang telah terlalu banyak berkorban untuknya , pembelanya dan segala-galanya bagi dirinya ... Mira terus memandang kosong abangnya yang bagaikan tidak mahu bangun-bangun lagi itu sambil hatinya terus-terusan mengalunkan lagu kegemaran mereka berdua ...  ‘Kau yang terindah’

Aku di sini mengalunkan rindu yang resah
Aku disini memuja bayangmu
Setiap detik degup nadiku hanya untukmu
Cinta membara jiwa gelora

Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi menyintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya

Ku di sini menantikan janji yang hilang
Aku di sini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang ...

(Lirik lagu : Kau yang terindah-Alyah)


“Abang ... bangunlah abang. Tunaikanlah janji abang untuk jaga Mira. Mira tak ada sesiapa abang. Bangunlah ... kasihankanlah Mira ini ...”

-Tamat-



Cerpen ini ku tulis bersandarkan cebisan kisah yang menimpa nasib seorang anak muridku yang pernah ku kenal suatu ketika dahulu. Cuma kisahnya yang sebenar jauh lebih tragis daripada kisah ini. Sengaja tidakku tulis sebegitu atas alasanku sendiri ...
Buat anak muridku ini , “Maafkan cikgu kerana gagal memahamimu dan membantu meringankan bebanan perasaanmu. Semoga matahari akan bersinar buat kamu sekeluarga ... sesungguhnya mengalir air mata cikgu ketika  menuliskan kisah ini dek rasa terkilan yang mendalam . Salam ingatan yang berkekalan”.

Saturday, 29 March 2014

Hentikan Kegilaan Ini - nasi dan kerak nasi!



Hei! ...  leka?
Apa sudah lupa?
Payah senang untuk apa?
Usaha itu mahu disia?
Sungguh?
Kenapa?
Apa?
Nasiblah?. Nasiblah itu membawa ke mana?

Kerak nasi itu duduknya di bawah sekali
Enak ke jika dimakan sama?
Gerutu rasa dilidah pahit rasa ditekak
Inikan tentunya bukan menu idaman
Lantas?
Apa?
Ada-ada saja 
Nasiblah?. Nasiblah itu membawa ke mana?

Inikan dunia , dah tentu-tentu bukan syurga.
'Nasiblah' itu bukan jawapannya
Ingat !! Akal diberi untuk apa?

Sinis?
Elokkah?
Kerak nasi itu masih tetap ada rasa
Air masih boleh melembutkannya
Rimas atau cemas?
Ada-ada saja
'Nasiblah' itu tetap bukan jawapannya
Gusar itu juga bukan alasannya

Jawapan?
Untung kalau ada jawapan
Gusar itu mainan rasa
Allah juga penentu segala

Wah!
Ada saja alasan!
Harus bagaimana ?
Apapun harus selama ingat
Inikan hanya soal nasi dan kerak nasi

Jangan jadikannya kompleks
Ia sumber yang sama kini sudah tak serupa
Wajar disapih keduanya
Agar menu lebih bermakna

----ddddddd----






"Keranamu DIAH" : Bab 15

BAB 15 :        KASIHAN DIAH ...

... kita hadapinya bersama .........
Seperti yang dijanjikan ,  Ziah masih berada di hospital Kajang semalaman menjaga Diah sendirian. Ba’ie sudahpun kembali ke Kuala Kubu , tempat di mana dia bertugas.
“Aku dah rindu sangat dengan sidia”. Itulah kata-kata gurauan Ba’ie ketika Ziah turut menghantarnya ke Perhentian Bas Puduraya semalam.
“Eeeuuuu ... geli aku dengar!”. Balas Ziah sambil mencebik. Tertawa Ba’ie melihatkan reaksi Ziah itu.“Alahh ... geli konon!”. Balas Ba’ie.
Ziah tersenyum-senyum mengenangkan sahabatnya yang seorang ini.
“Punyalah sampai sanggup menampar aku bagai , akhirnya sibuk bercinta dengan budak pelik!”. Fikir Ziah sambil terus tersenyum sendirian. Pagi itu Ziah ke kafe hospital untuk bersarapan pagi .  Setelah habis bersarapan  , Ziah segera kembali ke wad di mana Diah ditempatkan.
“Assalamualaikum”. Ziah memberi  salam sambil menolak daun pintu bilik.  Sebaik sahaja pintu terbuka , dia dapat melihat Zuraimie telah sedia duduk di atas kerusi bersebelahan katil pesakit manakala  Diah pula masih nyenyak tidur.
“Awalnya dah sampai”. Fikir Ziah.
“Eh Ziah , masuklah”. Pelawa Zuraimie. Berkata dengan suara yang diperlahankan lalu membetulkan duduknya..
“Ya”.  Ziah melangkah masuk.
“Sudah sarapan?”. Tanya Zuraimie dan Ziah hanya menganggukkan kepalanya.
“Bagaimana keadaan Diah?”. Tanya Ziah separuh berbisik. Khuatir jika suaranya akan membangunkan Diah.
“Keliru. Tadi dia terbangun. Dia asyik bertanyakan pasal Raziq. Saya tetap memberikan jawapan yang sama. Dia seakan tidak percaya. Malah dia tanyakan saya sejauh mana hubungan kami berdua”. Jawab Zuraimie. Ada kekesalan di wajahnya.
“Habis apa yang awak jawab?”. Tanya pula Ziah , cemas sedikit nada suaranya.
“Saya tunjukkan ini”.  Zuraimie mengeluarkan kotak baldu merah berisi sebentuk cincin berbatu satu kepada Ziah.
“Maksudnya?”. Tanya Ziah , tidak faham.
“Saya katakan padanya yang kami hampir bertunang . Kami telah merancang untuk segera bernikah iaitu sebulan selepas bertunang , malangnya kemalangan itu telah merosakkan semua rancangan”. Jawab Zuraimie penuh yakin. Tersenyum memandang Ziah. Ziah keliru.
“Ziah , awak harus tolong saya untuk yakinkan Diah. Kita kena bertindak cepat” . Pinta Zuraimie. Jelas  dia juga risau jika ingatan Diah tiba-tiba kembali pulih. Jika itu sampaikan terjadi maka rosaklah rancangannya dan punahlah harapan.
 “Huhh ...  aku sedang cubalah ni”.  Keluh Ziah.
“Suka atau tidak ,  Diah harus menerima Zuraimie. Kalau tidak bagaimana nasib bayi dalam kandungannya itu. Tentu akan dipandang hina oleh masyarakat jika lahirnya tanpa bapa!”. Fikir Ziah.
“Eh! Duduklah ...” . Zuraimie segera bangun untuk memberi  tempat kepada Ziah. Malangnya , bunyi keriokan kerusi ditolak itu mengejutkan Diah dari tidurnya.
“Eh , Ziah. Bagusnya kau datang. Kau kena tolong aku Ziah. Kau kena tolong aku”. Diah terus menarik dan menggenggam erat tangan Ziah. Ziah membalas genggamannya sambil memandang Diah dengan penuh tanda tanya. Pandangannya beralih kepada Zuraimie. Zuraimie hanya mengangkat keningnya , membalas pandangan Ziah penuh makna.
“Eh , kenapa kelang kabut jea ni Diah?. Aku memang sedari semalam berada di sini. Takkan kau dah lupa?. Err ... aku kena tolong kau?. Tolong apa?. Aku tak faham. Boleh kau terangkan?”. Tanya Ziah.
“Errr ... aku keluar dulu. Korang berdua berboraklah ya”.  Zuraimie segera meminta diri setelah merasakan kehadirannya tidak diperlukan buat masa ini. Lagipun dia mahu Diah sendiri yang menyatakan keinginannya kepada Ziah. “Pastinya kau tidak akan menolak”. Fikirnya sambil terus membuka langkah untuk melangkah keluar.
“Err ... bukan ke lebih baik kau ada sama. Biar semua kemusykilan Diah dapat diurai satu persatu”. Kata Ziah , dia tidak mahu dihujani dengan soalan-soalan  Diah sendirian.
“Tidak . Lebih baik saya keluar dulu. Sekurang-kurangnya korang ada ‘privacy’ untuk bercerita. Jangan risau. Saya ada di luar sana saja. Kalau ada apa-apa atau jika sudah selesai  nanti bolehlah panggil saya”. Zuraimie tersenyum sambil mengenyitkan matanya , memberi isyarat  kepada Ziah.
“Lagipun tentu lebih real kau berlakon tanpa kehadiranku”. Fikir Zuraimie lalu keluar meninggalkan Ziah dan Diah.

... aku yang menconteng arang ...
“Ziah , kau tahu ... esok aku dah boleh keluar. Tapi aku tak tahu mana nak pergi. Tadi baru sekejap  aku telepon ayah aku”.  Diah membuka bicara.
“Ayah kau?!”. Tanya Ziah agak terperanjat. Setahunya Encik Amir telah berpatah arang berkerat rotan dengan anaknya itu. Lagi pula adakah ingatan Diah sudah pulih?. Sudah boleh mengingat semula ayah dan ibunya?. Ziah bingung.
“Ya.  Zuraimie yang memberikan nombornya”. Jawab Diah , bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Bukannya Zuraimie tidak tahu yang Diah itu sudah dibuang oleh keluarganya. “Apa rancangan kau kali ini Mie?”. Fikirnya.
“Zuraimie yang memberikan nombornya. Err ... maknanya kau dah ingat akan mak dan ayah kau?”. Tanya Ziah. Entah mengapa hatinya berdebar-debar menanti jawapan Diah.
“Ya. Eh tidak!. Ah entahlah. Akupun tak pasti. Semuanya masih samar dalam ingatan aku. Cuma tadi Zuraimie ada menceritakan tentang emak dan ayah aku. Menurut kata Zuraimie , mereka pernah datang ke mari sewaktu aku mula-mula di masukkan ke hospital ini ... cumanya mereka tidak pernah datang lagi selepas itu. Mungkin sangat kecewa setelah tahu yang aku sedang mengandungkan anak luar taraf”. Kata Diah , sedih. Air liurnmya ditelan berkali-kali sebelum dapat meneruskan kata.
“Tapi walau macam manapun teruknya aku , aku tetap anak mereka kan?. Jadi tadi aku nekad hubungi ayah aku , guna telepon bimbit Zuraimie. Kau tahu apa ayah aku kata?”.  Diah berkata sedih sambil memandang Ziah. Ziah tunduk ... boleh mengagak jawapannya.
“Ayah aku kata , dia tak ada anak macam aku yang menconteng arang di muka orang tuanya!” . Kata Diah , bergenang air di matanya!. Ziah hanya mampu memandang dan kemudiannya memeluk sahabatnya itu. Dia turut merasakan bebanan perasaan  yang ditanggung oleh Diah ketika ini.
“Ziah , kalau mak dan ayah aku sendiri sudah tidak mahu mendengar suaraku apatah lagi memandang wajahku , ke mana lagi harus ku bawa diri ini Ziah?. Anak dalam kandungan ini?. Aku bingung Ziah. Aku bingung. Aku ini betul-betul anak yang tidak berguna!”. Diah meluahkan kerisauan hatinya. Suaranya sudah tenggelam timbul menahan rasa.
“Huusshhh ... janganlah kata begitu. Kau masih ada aku dan Zuraimie. Kami tak akan membiarkan kau sendiri. Kita akan cari jalan menyelesaikan masalah ini”. Kata Ziah , memujuk. Rambut Diah yang dibiarkan terurai diusap perlahan.
“Ziah , aku ini mengandung! Aku mengandungkan anak luar taraf , anak luar nikah!. Anak aku dan Zuraimiekan?. Betulkan  Ziah?. Betulkan yang ini adalah anak aku dan Zuraimie?”. Diah bertanya sambil menunjuk ke arah perutnya yang semakin memboyot. Ziah hanya mampu menganggukkan kepala.
“Kalau bukan anak dia , siapa lagi?. Setahu aku hanya dia saja kekasih kau”. Ziah berkata perlahan. Kepalanya tetap tunduk. Tidak berani untuk menentang pandangan mata Diah.
“Jadi benarlah Zuraimie itu kekasih aku?. Kami terlanjur?”. Tanya Diah , masih tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya. Sukar baginya untuk menerima kenyataan bahawa dia telah berbuat sumbang , mengandungkan anak luar nikah. Memang patut keluarganya membuangnya!. Perbuatannya memang tidak patut dimaafkan.

... ku cuba mencari rasa cinta itu.
Ziah sedih melihat Diah begitu. Perlahan-lahan tangan Diah digenggam.
“Diah  , dengar!. Kalian telah melakukan kesilapan dalam hidup . Tetapi itu tidak bermakna tiada ruang untuk membaikinya. Kau masih beruntung kerana Zuraimie itu tidak pernah meninggalkan kau. Perbetulkan kesilapan kalian ...  demi anak kau ini”. Ziah mengusap-ngusap perut Diah. Diah menangis ... Ziah juga ... mereka sama-sama menangis. Setelah reda , kedua sahabat itu kembali bercerita.
“Sebenarnya Ziah , aku masih tidak faham akan perasaanku ini. Walaupun Zuraimie itu adalah bapa kepada anak ini , mengapa perasaanku kepadanya terlalu asing?. Puas sudah ku cuba mencari rasa cinta itu. Tapi di mana?. Aku tak jumpa!”.  Diah melahirkan rasa hatinya. Ziah diam ... “Maafkan aku sahabat!”. Keluhnya di dalam hati.
 “ Sebenarnya  sesekali ada ketikanya  aku terbayangkan cebisan-cebisan peristiwa kemalangan malam tu ... aku terbayangkan Raziq. Wajahnya ... kesakitannya  ... aku dan Raziq , kami sama-sama tersepit. Darahnya banyak mengalir daripada kepalanya. Dia seperti sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Tapi kau tahu apa yang dia buat?” . Diah berhenti sebentar sambil memandang Ziah. Ziah hanya mendiamkan diri. Menanti kata-kata Diah seterusnya dengan debaran di dada.
“Langsung tidak dihiraunya darah dan kesakitan yang dialaminya sebaliknya , aku! Aku yang dikisahkannya. Susah payah dia menghulurkan tangannya dan  cuba mencapai aku. Dia cuba mnecapai aku sambil memanggil namaku , Diah! Diah!  ... tapi masa tu tangan aku ni kaku. Tak boleh angkat. Aku hanya mampu memandangnya. Tangannya itu langsung tidak dapat aku sambut. Ziah , apa maknanya semua itu?. Sepertinya aku ini amat bermakna padanya? “. Tanya Diah sambil memandang Ziah meminta jawapan.
Ziah diam , terharu dan tergamam mendengar cerita Diah. “Ya Allah ,  apa yang harus kujawab untuk menenangkan hati Diah”. Fikir Ziah dalam hati hinggalah akhirnya , “Err ... Keliru! Ya kau keliru Diah. Kau sebenarnya ...”, Ziah akhirnya mendapat jawapan yang sesuai namun belumpun sempat dia menghabiskan ayatnya ...
“Sebenarnya kalau boleh aku nak capai tangan dia. Hati aku benar-benar nak sambut tangan dia. Tapi tak boleh!. Tanganku ini bagaikan tidak boleh diangkat ... Huh!  Dan lepastu  aku  sudah tak ingat apa-apa ... mungkin  dah pengsan. Tak sangka aku akan pengsan berbulan-bulan begini”. Diah meneruskan cerita ... air matanya kembali bergenang.
“Syukurlah , kau sudah mulai ingat ...  aku tumpang gembira tapi janganlah kau terlalu dipengaruhi dengan serpihan-serpihan ingatan itu. Diah ... kisah lalu hanyalah kenangan ,  hari esok harus kau hadapi. Lebih baik kau bersedia daripada terus-terusan mencari kisah lalumu”. Nasihat Ziah penuh makna.
“Diah , kau tahu siapa yang menjaga dan menguruskan segala keperluan kau sepanjang kau koma lebih dua bulan ini?”.  Ziah menyambung kata.
Diah mengangguk. “ Zuraimiekan?. Siapa lagi kalau bukan dia?. Lelaki yang benihnya tertanam dalam rahimku ini!”. Diah menjawab dalam nada kecewa.

Pembohongan ...
“Ya ... ditakdirkan Allah , malam itu sebaik saja kau dan Raziq bergerak pergi , pendrive aku terus boleh dibuka. Kami terus saja print bahan kumpulan kita itu. Habis saja kerja , aku pulak tukar rancangan , minta diri untuk terus balik ke rumah. Entah kenapa kepala aku tiba-tiba pening , penat sangat agaknya. Zuraimie pula terus menurut kalian ke Kajang. Dalam perjalanan itulah dia menemui kalian yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri”. Ziah berhenti seketika. Berdoa di dalam hatinya agar Diah akan mempercayai tiap butir kata-katanya.
“Dia terus mendapatkan kalian tapi tak dapat nak berbuat apa-apa. kau dan Raziq tersepit teruk. Terpaksa tunggu bantuan bomba. Masa tu Zuraimie dah macam orang gila. Tak tentu arah. Dia telepon aku sambil menangis!. Dari cara percakapannya , dia itu sudah seperti orang hilang akal melihatkan keadaan kau orang berdua”. Cerita Ziah lagi.
“Apa? ... sampai begitu sekali. Huhh ... dia itu memang benar-benar mengasihiku.  Cuma kasihan ... aku kini tidak mampu untuk mencintainya seperti dulu”. Diah sedih.
“Kenapa ya Ziah. Nasibku jadi begini?. Sudahlah hilang ingatan , dibuang keluarga pula. Dan ini ... mengapa mesti dia hadir dalam keadaan aku begini?”. Tanya Diah sambil menuding jarinya ke arah perutnya yang memboyot.
“Hushhh , jangan salahkan takdir!”. Tegur Ziah.
“Diah , pada aku yang penting sekarang ini ialah kau patut segera berkahwin dengan Zuraimie. Demi anak dalam kandungan kau itu. Aku yakin , cinta  itu akan muncul kembali. Kau pasti akan menemukan kembali cinta itu. Sekarang ini fikirlah masa depanmu Diah. Masa depan anakmu itu!”. Pujuk Ziah.
“Ya . Aku rasa memang itulah yang patut aku lakukan”. Ucap Diah. Akhirnya terpaksa akur dengan realiti yang harus dihadapinya kini , dirinya kini umpama pengemis yang menagih simpati , tidak mampu memilih. Terima saja apa yang diberi orang.
Tiba-tiba pintu diketuk perlahan , Ziah dan Diah berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum. Mereka sudah boleh mengagak siapa yang berada di luar itu.Seketika kemudian pintu terbuka , Zuraimie tersenyum manis sebelum  melangkah masuk  menghampiri kedua gadis itu.
“Err ... kehadiran saya sudah diperlukan?”. Tanya Zuraimie. Kedua sahabat itu menganggukkan kepala serentak.
“Hmm  ... ada apa-apa yang  patut saya tahu?”. Tanya Zuraimie lagi .
“Err ... aku rasa sekarang ni giliran aku pula mengundurkan diri. Kalian berdua berbincanglah dari hati ke hati. Aku rasa ada perkara yang harus korang  selesaikan dan cari kata sepakat”. Ziah berkata sebelum melangkah keluar. Zuraimie memandang Ziah sambil mengangkat keningnya. Ziah hanya tersenyum sebelum melangkah keluar. “Harap itu petanda baik”. Fikir Zuraimie.

“Saya juga tidak mahu anak kita lahir tanpa berbapa!”
“Diah , saya tahu awak masih keliru. Tapi percayalah saya memang mencintai awak sejak dahulu lagi. Cinta ini tidak pernah berubah ... kalau awak telah bersedia , saya ingin kita segera bernikah. Sama-sama mengharungi dan menanti saat-saat kelahiran anak kita ini”. Kata Zuraimie memujuk sambil mengusap lembut perut Diah. Diah membiarkan Zuraimie berbuat begitu. “Dia adalah ayahnya”. Fikirnya.
“Saya juga tidak mahu anak kita ini lahir tanpa bapa!. Kalau boleh , kalau awak sudah sedia  sekarang juga saya uruskan pernikahan kita. Tak guna bertangguh lagi. Saya dah tak sanggup lihat awak begini. Saya mahu kita ada ikatan yang sah dan halal agar saya boleh memberi sepenuh kasih sayang saya pada awak dan anak kita ini”.  Zuraimie berterus terang. Baginya tiada gunanya terus berdiam.
Diah tergamam. Tidak tahu apakah yang patut dijawabnya.
“Namun Diah , segalanya terpulang kepada awak. Saya tidak mahu memaksa. Saya faham , awak baru saja sedar dan masih belum begitu sihat. Tapi tolonglah pertimbangkan apa yang telah saya katakan. Demi masa depan awak. Masa depan anak dalam kandungan awak dan demi cinta saya kepada awak”. Rayu Zuraimie.
“Mie ... awak terlalu baik ... beri saya sedikit masa!”. Diah terharu dan  hiba melihat keluhuran hati Zuraimie. Dia sungguh bersyukur kerana memiliki cinta Zuraimie. Cinta yang sungguh  besar terhadapnya.
“Zuraimie , mengapa kita boleh sampai terlanjur?”. Tanya Diah tiba-tiba. Pertanyaannya itu membuatkan Zuraimie tergamam. Kelu seketika ... persoalan itu jugalah yang bermain dibenaknya , mengapa Diah dan Raziq sampai boleh terlanjur?. Bukankah mereka berdua orang yang budiman?!.
“Aku yang sepatutnya bertanyakan hal itu Diah , kenapa kau dan Raziq boleh sampai  terlanjur?. Kini aku yang terpaksa menanggung bebannya. Bodohkah aku?. Permainan apa yang sedang aku mainkan? Watak apa yang sedang aku lakonkan ini?”. Zuraimie berperang dengan perasaannya sendiri.
“Mie , kenapa awak diam?”. Pertanyaan Diah mengembalikan Zuraimie ke alam realiti.
“ Diah ... bumi mana yang tidak ditimpa hujan ... “. Zuraimie seperti memujuk hatinya sendiri.
“Usahlah diungkit kisah itu lagi. Ianya sudah menjadi titik hitam dalam sejarah hubungan kita. Apa yang penting sekarang ini  ialah kita harus perbetulkan kesilapan lalu. Percayalah ... cinta ini tidak akan pernah berubah walau apapun terjadi.  Malah semenjak  menjaga awak di sini , cinta ini jadi lebih mendalam”. Jawab Zuraimie , jujur.
“Saya sangat yakin kita saling memerlukan. Anak ini juga ... memerlukan kita. Kita bertiga pasti bahagia bersama”.  Zuraimie melahirkan rasa hatinya dan tangannya diletakkan di atas perut Diah semula. Diah memejamkan matanya , merelakan perbuatan Zuraimie malah tangannya pula diletakkan di atas tangan Zuraimie.
 “Ya Allah , ampunilah kami!. Ampunilah keterlanjuran kami” . Ucap Diah perlahan. Ada kekesalan yang mendalam ...
“Ya Allah berkatilah hubungan ini ...”. Doa Zuraimie pula.

... aku masih perlu pertolongan kau ...
Lebih dua puluh minit  Ziah berada di luar pintu. “Mungkin mereka sudah tidak memerlukan aku. Baik aku ke cafe , rehat sambil membasahkan tekakku yang kering ni”. Kata Ziah kepada dirinya sendiri.  Namun sebaik sahaja kakinya mahu melangkah pergi ...
“Ziah , takkanlah awak nak pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada kami?”. Sergah Zuraimie dari belakang. Ziah terkejut mendengar sergahan itu lalu segera memusingkan badannya.
“Heee ... aku sebenarnya tak mahu mengganggu kau orang berdua. Lagipun aku rasa tugas aku dah selesai dan aku boleh balik ke Pagan Sena bila-bila masa sekarang , bertugas dengan hati yang tenang”. Jawab Ziah sambil tersenyum lega.
“Tidak , kau salah. Khidmat kau masih diperlukan di sini”. Jawab Zuraimie dalam gurauan. Ziah mengerutkan dahinya.
“Marilah , Diah menanti tu”. Zuraimie mengajak Ziah masuk.
“Apa hal?. Macam ada sesuatu je ...”. Tanya Diah. Zuraimie hanya tersenyum lalu mengarahkan tangannya agar Ziah segera masuk mendapatkan Diah.
“Ziah , marilah ke mari. Aku tak puas bercakap dengan kau lagi. Lagi pula aku masih perlu pertolongan kau”. Pinta Diah. Ziah mengerutkan dahinya sekali lagi.
“Pertolongan aku?. Korang ni janganlah berteka-teki , berterus terang sajakan lebih baik”. Jawab Ziah.
“Pertolongan apa yang kau perlu wahai sahabat?. Cakaplah. Selagi mampu aku akan tolong”. Kata Ziah sambil melabuhkan punggungnya di tepi katil Diah. Segera tangannya digenggam oleh Diah.
“ Teman aku balik ke rumah mak bapak aku esok” . Pinta Diah. Spontan Ziah memandang Zuraimie minta kepastian dan Zuraimie menganggukkan kepalanya. Terbeliak biji matanya!
“Err ... rumah bapak kau?. Betul ke ni?”. Tanya Ziah kembali. Ragu-ragu. Diah dan Zuraimie menganggukkan kepala mereka serentak.
“ Huhh!”. Keluh Ziah. Berat benar rasa hatinya untuk bersemuka semula dengan ibubapa Diah. Cerita yang didengarnya daripada Zuraimie tentang kemarahan Uncle Karim  amat menakutkannya.
“Pasti ribut nanti!”. Fikirnya.
“Ziah? ...”. Diah memegang tangan Ziah , penuh harap.
“Err ... kau pasti mahu berjumpa mereka?”. Tanya Ziah.
“Kenapa?. Kau takut?. Ziah , mereka itu orang tua aku. Suka atau tidak , lambat atau cepat , aku pasti akan mengadap mereka juga. Aku tidak mahu bertangguh. Biarlah perkara ini selesai segera. Lagipun mereka itu sajalah yang aku ada. Aku harap sangat mereka akan menerimaku semula. Demi anak ini , aku mahu mereka menerimaku semula”. Jawab Diah.
“Huh!  baiklah ... demi kau sahabatku dan demi anak dalam kandungan kau itu!. Tapi kenalah  bergerak pagi-pagi sebab aku kena naik bas pukul 1:30 tengahari. Lagi pulak Jumaat ni aku dah kena bertugas”. Ziah memberi syarat.
“Bolehlah . Nanti aku uruskan Diah keluar esok pagi-pagi ... dan seawal pukul 9:00 pagi kita dah boleh bertolak dari sini”. Janji Zuraimie.
“Lagipun bukannya  jauh sangat , ‘Setapak’  jekan?” . Kata Zuraimie , cuba bergurau.
“Taman Seri Rampai , Setapak. Ya ... setapak je!”. Ziah berkata sambil tersenyum. Mana mungkin Ziah lupa ... dia dah Diah pernah sama-sama ‘shopping’ di pasaraya Jaya Jusco berhampiran dengan kediaman Diah itu. Malah mereka juga pernah sama-sama  menjadi jurujual sambilan di situ semasa cuti semester tahun lepas.
“Tempat jatuh lagikan dikenang , kan Diah?”.  Ziah berkata girang  apabila teringatkan kenangan mereka berdua. Terlupa pula dia yang Diah itu sudah hilang ingatan. Diah hanya mendiamkan diri.
“Diah?”. Tanya Ziah , hairan melihat reaksi Diah.
“Ziah , aku sendiri sebenarnya tak berapa ingat tempat tinggalku itu. Cuma wajah kedua orang tuaku saja yang  masih lekat dalam kepala ini. Lagipun ... aku sebenarnya takut. Takut. Takut sangat. Takut untuk mengetahui reaksi mereka nanti bila kami berjumpa nanti. Kau kan tahu , mereka itu telah membuangku?” . Kata Diah. Mula berasa sedih dan ragu.
“Heii ... apapun yang terjadi , kita hadapinya bersama-sama!”. Janji Zuraimie. Ziah hanya menganggukkan kepalanya.
“Terima kasih. Kalian berdua adalah kekuatanku”. Balas Diah.

Tidak , aku tak benarkan kau jejak kaki di rumah ini !!! ...
Seperti yang dijanjikan , pagi itu tiga sahabat ini berangkat ke Taman Sri Rampai , Setapak  Kuala Lumpur. Kereta Kenari milik Zuraimie meluncur laju membelah kesibukan pagi.
“Ah , takkanlah dah pukul sepuluh pagi pun jalan masih sesak!”. Rungut Zuraimie apabila kereta yang dipandunya sampai di jalan Sungai Besi.
“Kita patut ikut terowonglah ... cepat skit”. Ziah mencadangkan.
“Yelah ... tapi dah terlepas pulak. Takpalah kita teruskan saja ...” . Kata Zuraimie. Terowong ‘SMART’ , terowong yang dibuat oleh ahli bijak pandai dengan dua tujuan iaitu  pertama , untuk mengelakkan banjir dan kedua , untuk mempercepatkan perjalanan , boleh terus sampai ke jalan Tun Razak , Kuala Lumpur.
“Eh Mie , dah telepon mak dan abah Diah?”. Tanya Ziah kepada Zuraimie. Zuraimie menggelengkan kepala.
“Tak perlu!”. Jawab Zuraimie ringkas.
“Kenapa?”. Tanya Ziah ,  hairan dengan tindakan Zuraimie.
“Aku tak mahu mereka bersedia untuk pertemuan ini”. Jawab Zuraimie.
“Kenapa?”.  Tanya Diah dan Ziah serentak.
“ Awak takut ke?”. Tanya Diah , memandang Zuraimie dengan kening yang dikedutkan.
“Kata lautan api sanggup direnang”. Fikirnya lantas mulutnya yang mongel itu dimuncungkan.
“Tak. Bukan begitu  ...  aku cuma khuatir mereka akan sengaja keluar jika kita maklumkan kedatangan kita ini. Kitakan maklum tentang penerimaan mereka pada kita”. Jawab Zuraimie.
“Maksud awak?”. Tanya Diah. Tidak faham.
“Mereka tidak dapat menerima keterlanjuran kita!”.  Zuraimie terpaksa menyedarkan Diah tentang situasi mereka.
“Ya. Mengapalah aku ini terlalu mengharap!”.  Diah mengeluh. Sedih dan bimbang dengan reaksi kedua orang tuanya nanti.
“Diah , dengar!. Saya tak mahu awak patah hati jika penerimaan mereka tidak seperti yang kita harapkan. Tapi saya juga tidak mahu awak menyalahkan mereka. Kita telah menconteng arang di muka mereka jadi kita harus berlapang dada  dengan apapun reaksi mereka nanti”. Pesan Zuraimie. Diah hanya mengangguk lemah manakala Ziah kagum melihatkan kesungguhan dan kesanggupan Zuraimie memikul beban yang ditinggalkan Raziq!.
“Beruntung kau Diah kerana dia benar-benar mencintaimu. Sanggup mencemarkan maruahnya demi cintamu!” . Bisik hati kecil Ziah. Matanya terus memandang kagum Zuraimie yang serius memandu. “Huhhh!”. Keluhnya.
“Mengapa Ziah?”. Tanya Diah. “ Berat benar keluhanmu!”. Sambung Diah.
“Hmm ... tak ada apalah Diah. Aku cuma risaukan kau dan aku setuju dengan Zuraimie , biarlah kedatangan kita ini jadi kejutan buat mereka!”. Ziah berdalih , cuba menyembunyikan perasaannya.
“Tapi bagaimana kalau kita sampai nanti ...  tak ada orang di rumah?” . Diah menyatakan kemungkinan yang boleh berlaku.
“Takpalah ...  itu tandanya tak ada rezki . Kita datang lain kali” . Jawab Zuraimie selamba , sengaja tidak mahu menambah beratkan kerisauan Diah.
Kenari terus meluncur laju ... kini mereka berada di jalan Jelatek. Diah semakin resah. Rasanya dia kenal benar dengan jalan ini.  Ziah menggenggam tangan Diah.
“Sabarlah Diah. Sama-samalah kita berdoa agar segalanya berjalan dengan baik ... kami sentiasa menyokong kau Diah”. Ziah cuba untuk menenangkan sahabatnya itu.
“Ye Diah , kami sentiasa bersama awak!”. Zuraimie cuba memberikan kekuatan kepada Diah untuk mengharungi detik-detik yang mencemaskan ini. Sebenarnya , dia sendiri amat cemas sekarang. Mana tidaknya , hari ini dia terpaksa mengaku di hadapan kedua orang tua Diah bahawa dialah lelaki yang telah menghancurkan maruah anak gadis mereka.
“Silap-silap hari bulan , bermalam di hospital aku hari ini. Tahan juga , kot dibuatnya hari ini menjadi hari terakhir bagiku?”. Zuraimie mengesat peluh dingin yang memercik di dahinya.
“Ya Allah , bantulah kami!”. Doanya di dalam hati.
Akhirnya Kenari membelok ke kanan memasuki lorong ke arah rumah Diah.
“Ziah , tolong beri ‘direction’. Rumah yang mana satu?”. Pinta Zuraimie.
“Ya , jalan terus. Lorong pertama tu belok kiri. Hah ... lorong ni. Terus ... ni lepas kedai mamak ni belok kanan. Pas ni belok kiri ... ok , berhenti! ... nilah rumah Diah”. Ziah menunjukkan sebuah rumah teres dua tingkat di bahagian ‘end lot’ yang telah diubahsuai  ala-ala banglo.
“Wah , besar betul rumah awak Diah ... cantik!”. Puji Zuraimie , ikhlas. Namun pujian tersebut tidak membawa sebarang makna buat Diah sekarang. Diah terus diam didalam kereta. Jantungnya berdebar kencang. Mukanya pucat lesi. Takut benar untuk menghadapi situasi ini.
“Diah ... kenapa tak keluar lagi ... marilah!”. Ajak Ziah. Diah diam tidak menjawab.
“Ya Allah , kau bantulah hambamu  ini. Lembutkanlah hati kedua orang tuaku untuk menerima kedatangan kami ini dengan baik”. Doanya.
“Anakku , kita di rumah atuk dan nenek ni. Ibu sangat cemas sekarang ini. Beri ibu kekuatan. Tolong doakan agar mereka sudi menerima kita ya”. Katanya perlahan sambil menepuk-nepuk perlahan perutnya itu.

Pertemuan ini memilukan!
Zuraimie menekan loceng rumah berkali-kali sehinggalah Ziah memberi isyarat untuk berhenti. “Sabarlah”. Kata Ziah sepatah. Zuraimie akur , berdiri tegak dengan wajah yang cemas. Mahu tidak , datang ke rumah orang tua gadis yang kononnya telah direnggut mahkotanya. Apa saja boleh terjadi.
“Semoga aku masih hidup selepas hari ini”. Katanya perlahan. Ziah mengangkat keningnya , Zuraimie hanya menggeleng sambil mempamerkan senyum yang dibuat-buat.
Tidak lama kemudian pintu rumah besar itu dibuka. Puan Norlina terperanjat melihat kehadiran Zuraimie dan Ziah. Dia berlari anak mendapatkan mereka. Zuraimie dan Ziah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan puan Norlina.
“Mie , kenapa? Apa yang telah terjadi kepada Diah?”. Tanya Puan Norlina cemas. Sudah lebih seminggu dia tidak mendapat khabar tentang perkembangan anaknya itu. 
“Apa khabar makcik?”. Tanya Ziah hormat.
“Baik , Ziah awakpun ada ...  Diah?. Mana Diah?. Apa yang telah terjadi pada Diah?”. Puan Norlina tidak sabar untuk mengetahui khabar satu-satunya anak yang pernah dimilikinya!. Dia  khuatir jika kedatangan Zuraimie dan Ziah hanyalah untuk menyampaikan berita yang tidak baik tentang anaknya itu.
“Ya Allah , tolonglah jangan ...” Doanya di dalam hati.
Diah membatukan diri di dalam kereta. Dia hanya memerhatikan reaksi dan ekspresi wajah ibunya itu. Wajah yang amat dirinduinya. Semua kenangan lalu kembali menjengah. Diah teringat semula betapa dia telah ditatang bagai minyak yang penuh , dimanjakan dengan pelbagai kemewahan. Tidak ada pernah permintaannya yang tidak ditunaikan. Encik Amir dan Puan Norlina tidak pernah berkira dengan anaknya itu. “Kita kerja dan kumpul kekayaan inipun untuk anak”. Itulah prinsip mereka.
Kenangan kisah hidupnya yang dilimpahi kasih sayang dan kemewahan telah menyebabkan Diah jadi  lupa diri. Diah lupa bahawa dia adalah si pesalah yang menanti hukuman dijatuhkan ke atasnya. Tanpa ragu Diah melangkah keluar dari kereta , berjalan laju sambil mendepangkan tangannya untuk memeluk ibunya itu.
“Mak!!”.  Panggilnya. Segala memori tentang kedua ibubapanya menjadi benar-benar jelas dalam  ingatannya kini. Ayahnya , seorang yang tegas tetapi penyayang. Ibunya ini pula sangat memanjakannya.
Tiba-tiba ... “Berhenti!!! Jangan berani kau memeluk isteri aku!”. Suara keras Encik Amir menghentikan langkah Diah. Encik Amir tiba-tiba terpacul di muka pintu.
“Ooo ... inilah lelaki yang telah merosakkan kau ya?!”. Marah betul encik Amir apabila terpandangkan Zuraimie.
“Betul? Kau yang merosakkan anak aku?!”. Tanya Encik Amir sambil mencekak leher  kemeja Zuraimie. Zuraimie terdorong ke arah Encik Amir.
“Maafkan kami pakcik. Maafkan saya!”. Kata Zuraimie. Jawapan Zuraimie itu telah memarakkan lagi api kemarahan Encik Amir . Bukannya kemaafan yang diberinya tetapi satu tumbukan padu yang kena tepat ke muka Zuraimie. Zuraimie jatuh terpelanting ke tanah. Hidungnya berdarah.
“Ooo ... sekarang baru berani mengaku!. Hari tu masa dekat hospital kenapa diam menikus?!  Apa? Takut? ...  Dah kau rosakkan anak dara orang , takut nak mengaku?. Huhh!!! Dasar jantan tak ada telor!! Pengecut!!  Bacul!. Berambus kau dari sini!!!!”.  Jerit Encik Amir sambil terus menendang dan membelasah Zuraimie. Ziah dan Diah terjerit-jerit melihat Zuraimie diperlakukan begitu.
 “Abang  ... cukuplah. Dah cukup malang nasib kita ni bang. Janganlah sampai abang menjadi pembunuh pula!”.  Puan Norlina cuba menghalang suaminya daripada terus membelasah Zuraimie.  Malangnya kata-kata isterinya itu langsung tidak memberi kesan. Badan Zuraimie terus-terusan menjadi tempat dia melepaskan geram.
“Janganlah begini bang ...  Cukuplah tu!!!”. Jerit Puan Norlina sekuat hatinya. Dia sendiri sudah hilang arah melihatkan kegilaan suaminya. Diah dan Ziah pula hanya mampu menjerit dan menangis memohon agar Zuraimie tidak terus dibelasah.
“Abang!! Cukuplah!!!!”. Jerit Puan Norlina sekuat hati. Mendengar jeritan isterinya itu , barulah Encik Amir menghentilkan perlakuannya. Termengah-mengah dengan nafas yang turun naik , marah dan sangat penat membelasah!
 “Sudahlah bang , apapun Diah ni satu-satunya anak kita. Sebusuk-busuk daging dibasuh dimamah jua bang ... tolonglah bang. Lagipun yang dikandungkannya itu adalah cucu kita. Sudahlah bang. Maafkanlah mereka”. Rayu puan Norlina sambil memegang lengan suaminya.
“Aku tidak mungkin menerima kembali orang yang telah  menconteng arang ke muka kita. Madu yang kita beri , tuba pula yang dibalasnya!”. Jawab encik Amir keras , langsung tidak memandang wajah Diah , hatinya benar-benar terluka.
“Perbuatan mereka berdua ini benar-benar telah menjatuhkan maruah keluarga kita . Aku malu punya anak seperti dia. Buat apalah kita nak bersengkokol dengan manusia yang bertuhankan nafsu!”. Tegas Encik Amir .
“Abah ... maafkanlah Diah. Diah benar-benar menyesal. Kasihanilah Diah ... ke mana lagi Diah nak pergi. Diah cuma ada mak dan abah ... tolonglah abah , maafkanlah Diah!!”.  Diah merayu , cuba melangkah menghampiri encik Amir.
“Pang!”. Satu tamparan berat dihayunkan ke pipi Diah. Diah jatuh . Terjelepuk ke tanah.
“Diahhh!!!”. Jerit Zuraimie dan Ziah serentak.
“Abang!. Itu anak kita bang!!. Dalam perutnya itu adalah cucu kita bang!!!” Jerit Puan Norlina. Berlari , cuba mendapatkan Diah yang masih terjelepuk jatuh. Tamparan ayahnya tadi begitu berat untuk ditanggung. Sakit pipinya tidak terkata , sakit lagi hatinya diperlakukan begitu.
“Abah , sampai hati abah perlakukan Diah begini”. Esak tangisnya tiada henti.
Sepantas kilat Encik Amir menahan  dan menarik tangan isterinya dari menghampiri Diah.
“Abang , maafkanlah mereka. Hentikanlah persengketaan ini. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan bang”. Rayu Puan Norlina , memandang suaminya penuh harap.
“Tidak! Berkerat rotan berpatah arang , aku tak akan benarkan dia jejakkan kaki di rumah ini
 lagi !. Bagi aku , anak aku sudah lama mati!! ...pergi! ... pergi!!. Berambus kalian dari sini! . Jangan kau ke mari lagi . Berambus!!!”. Jerit encik Amir sambil melepaskan tangan isterinya. Dia kemudiannya berjalan dengan garang sebelum menyeret Diah dengan kasar lalu menolaknya ke arah kereta. Diah hampir tersungkur , mujur segera disambut oleh Zuraimie. Puan Norlina meraung , tidak sanggup melihat Diah diperlakukan begitu.
“Mak! Abah! Kasihankanlah Diah!!”. Rayu Diah.
“Abang  ...  mengucaplah bang .  Janganlah diturut rasa marah. Terimalah kembali anak kita bang. Itulah satu-satunya anak kita bang!!”. Puan Norlina merayu dalam tangisan.
“Tidak!!!”. Jerit encik Amir lantas menggenggam tangan isterinya semula sebelum menariknya masuk ke dalam rumah. Puan Norlina tidak mampu berbuat apa lagi , hanya sempat mencuri  pandang wajah Diah sebelum ....
“Bannggg!!!”. Daun pintu dihempas kuat.

Maka hancurlah harapan Diah untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta
Maka hancurlah harapan Diah untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Lebih luluh hatinya melihatkan kepedihan dan penderitaan ibunya. Ibu yang terpaksa membuang anaknya sendiri!. Diah menangis. Diah menangis semahunya di bahu Zuraimie. Zuraimie diam ...  menahan sakit akibat luka berdarah dibelasah!.
 Ziah tergamam menyaksikan segalanya. Dia sedih melihat nasib yang diterima Diah tetapi entah mengapa hatinya lebih terasa  pedih melihatkan  keadaan Zuraimie.
“Sanggup kau hadapi semua ini ... demi dia”. Sedu hati Ziah sedang matanya terus memandang Zuraimie yang luka-luka dibelasah tadi.
“Sudahlah Diah ... hari ini kita gagal memujuk mereka. Hari lain kita cuba lagi ...” . Pujuk Zuraimie. “Diah ...” . Zuraimie memegang bahu Diah ,  memandangnya lalu menggenggam kedua tangannya.
“Awan hitam akan berarak juga ... percayalah. Hari ini mereka tidak menerima kita , janganlah sedih  kerana  kita yang telah dulu melukai mereka. Bersabarlah ... sekurang-kurangnya kita masih punya satu sama lain. Kita akan mengharungi semua ini bersama”.  Kata-kata Zuraimie itu membuatkan Diah lebih berasa sedih. Lantas , tanpa sedar Zuraimie dipeluknya ... “Awak terlalu baik”. Diah bersuara perlahan.
Ziah terharu melihat semua itu. “Diah ... “.
“Sudahlah , mari kita pergi dari sini!”. Kata Zuraimie sambil membantu Diah masuk ke dalam kereta semula. Diah memegang perutnya ... sakit!.

Luka perlu dirawat
Kenari meluncur perlahan meninggalkan perkarangan rumah encik Amir yang indah tersergam itu. Tiada siapa yang bersuara. Masing-masing melayan fikiran dan perasaan ... sehinggalah ...
“Mie , aku rasa kita patut ke klinik sekarang. Luka kau tu perlu dirawat”. Ziah bersuara setelah lama diam. Dahi , bibir dan hidung Zuraimie masih berdarah. Zuraimie hanya melekapkan darah di hidungnya dengan saputangan. Kata-kata Ziah itu tidak dihirau.
“Luka di badan nampak di mata , luka di hati siapa yang tahu!”. Bisik hati kecil Zuraimie. Sungguhpun dia rela memikul kesalahan Raziq namun jauh disudut hatinya tersimpan dendam yang tidak tahu harus dilontarkan ke arah mana. Dia sendiri merasa terbeban dengan dosa yang ditinggalkan Raziq!. Hancur maruahnya dihenyak orang semahunya ...
Ziah memandangnya dengan penuh pengertian , diam-diam hatinya mengalun sayu  sebuah puisi sedih buat lelaki malang  ini. Puisi yang lahir dari kesedihan , kesengsaraan dan pembohongan yang melingkari kehidupan mereka bertiga!



Ingin ku lakarkan sebuah puisi yang puitis
Di atas kajang putih suci dengan pena cinta
Agar dapat didendang mengalun  memujuk tangis
Moga kian sirna kesumat lara hati nan derita


“Mie ,  Diah ... mengapa kita harus terjebak dalam konflik perasaan seperti ini?. Mengapa aku sanggup menghadapinya bersama kalian?. Demi siapa?. Demi kau Diah?. Zuraimie atau ... demi diriku sendiri?”. Ziah terbawa-bawa dengan perasaannya. Hatinya kini mengalun lagu syahdu.

Pedihnya hati tiada terperi
Entah siapa tempat mengadu
Merasa kini mencengkam diri
Beban dijiwa meruntun kalbu           
Oh! Sakitnya aku tiada yang tahu

            Hancur punah kasih kubina
            Onar ini  dilontar ke mana?               
            Nasib dagang kini kelana
Gurisan luka dibawa bersama
Apakan daya kerna pesona
Namun cinta tetap di sana

Kerana kamu lidahku kelu
Impian   kamu diselubungi sembilu
Tahukah kamu aku keliru
Angkara kamu datang merayu

Gurisan luka di garis wajah!!!!











                      

Tuesday, 25 March 2014

Gotong royong bilik disiplin ...

Hari Jumaat lepas - 21 Mac 2014 : Seawal sehabis sahaja solat Jumaat maka kami guru-guru disiplin yang masih tinggal di skul-Noris , Prem , Yatie , Saniah  and aku mula bersama mengangkut keluar barangan yang boleh diangkut daripada bilik disiplin.(Sebelum itu ... beberapa guru disiplin yang memang dah rancang nak balik awal atas pelbagai urusan dah mula mengangkut dahulu sofa n barangan lain keluar . Terima kasih bebanyak diucapkan).

Pasalnya?
Bos Disiplin (PK HEM lah) minta tukar tikar getah sebab dah buruk sangat katanya. Kalau ikutkan aku ... pakai jea pasal aku part-part menyusun atur benda-benda berat macam nie sememangnya tidak termasuk dalam kamus hidupku. Kalau di rumah ... ini kerja suamiku. Aku-sememangnya tak minat. Padaku sekali susun cukup!)

Mujur ada hero-hero skul yang sudi membantu ... anak-anak murid yang ringan tulang. Maka semua yang berat-berat merekalah yang tolong angkat. Kalau harapkan kami alamat patah dualah pinggang nie ...

Ni dia ... bebudak rajin SMK Cyber
Syafiq , Nabil , Emir , Mustaqim and Adam

Beraksi comel ... Heeee



Angkat bang ... jangan tak angkat



Adam ... posture badan kena betulkan.
 Kang tak pasal2 sakit pinggang













Okey ... atas kebaikan kamu semua membantu kami guru-guru kalian  , cikgu dedikasikan puisi ini buat kamu semua ...

Muridku ...
Umur itu modal hidup
Rasai lalui perjalanan usiamu
Ingat dan sematkan dihati
Dunia ini hanya persinggahan semata
Kelak kitakan pasti pergi
Untuk dinilai syurga atau neraka

Muridku
Omongan orang tua dijadikan sempadan
Genggam erat kalamullah menjadi panduan
Asuh diri menjadi manusia beriman

Kekadang dalam mengharungi usia
Ada tikanya badai datang menduga
Lalu janganlah kecewa meratap menghiba
Ingat tiap ketika Allah itu ada
Apapun gelombang yang datang melanda
Nanti pasti ada tikanya reda

Bak kata pujangga
Esok mentari kan tetap bersinar jua
Raungan itu sudah jadi kisah semalam
Bangun dan corakkan hari ini
Apapun warna yang kau pilih
Harus berpasak pada yang hak
Allah itu tuhan yang Esa
Gegarkan dunia dengan kuasaNya
Impikan hidup yang aman sentosa
Apapun 'syurga' lah matlamat utama 

...Semoga cemerlang dalam SPM nanti ...