Popular Posts

Wednesday, 1 October 2014

Lukis jea ... Nabil

Nabil Farish ... Anak muridku...
Moga cemerlang dalam SPM

Suatu petang ketika aku leka melakar wajah
anakku sambil menunggu suamiku datang
menjemput (keretaku masih di bengkel-accident di pagi raya), anak muridku ini yang baru nak ke kelas tambahan singgah di mejaku makanya sempat dia berselfie dan memintaku melakarkan gambarnya pula.

Nakku tolak tak sampai di hati ... Makanya terlakarlah sudah lakaran di atas.
(Hmm...lepas ni mesti ada anak muridku yang lain pula minta dilakarkan gambarnya .... Tapi aku akan kata ,  "Hanya yang pertama minta saja ku layan".
Bukan apa ... Melambak kerja menunggu.

Takpun , nanti ada pulak yang kata 'cikgu2 bukan ada kerja di skul, sempat lukis2 lagi!!!!'
Hahaha .... Kan ke sekarang banyak pihak dok menyalahkan guru.
Hmm...kalau nak tahu banyak kerja ke tak...marilah joint kami-jadi guru!!





-peace-
Ops!! Tarikh aku kat gambartu lambat sebulan...sah masa tu fikiran tak fokus!
>__<