Popular Posts

Thursday, 21 August 2014

lukis je ... bunga mawar

Kisah bunga mawar ... ada orang panggil  bunga ros , ada orang panggil bunga mawar ...  aku?.
Aku lebih suka panggil bunga jenis ini sebagai bunga mawar.


Aku suka gak bunga mawar ni sebab ianya cantik ... tak jemu mata memandang , lagi pula ianya terdapat dalam pelbagai warna. Warna yang aku suka ada dua ... Merah hati dan putih kekuningan. Bila digandingkan keduanya - Wow!! Kombinasi warna contra yang sangat harmoni.

Cerita pasal bunga mawar ...
Dulu ... Semasa mengajar di BBGS (sekolah ni dah tak wujud lagi sekarang) aku akan dapat 'banyak' bunga mawar tiap tiba hari guru-mungkin kerana muridnya semua perempuan dan kebanyakkan perempuan memang sukakan bunga mawar.

Kemudian ... Tiga bulan pertama aku bergelar isteri aku menerima setangkai bunga mawar merah pada setiap hari jumaat iaitu setiap kali suamiku menjemput aku di hentian bas pudu. Masa ni aku masih tinggal di Paloh hinai, Pekan, Pahang (tempat yang terlalu banyak mengajar aku erti rindu, sepi , sunyi dan pasrah hingga aku akhirnya ditakdirkan bertemu dengan suamiku. Aku terima dia sebagai suami kerana dia terlalu bersungguh dan tidak mungkin membiarkan aku terlepas-dua minggu usia perkenalan , kami bertunang dan bernikah 5 bulan kemudiannya dan hanya tiga kali pertemuan (itupun berteman) sepanjang usia perkenalan sehinggalah kami diijabkabulkan.  Mudah- Alhamdulillah).

Selepas tiga bulan tersebut aku tidak lagi pernah menerima bunga mawar dari suamiku sehinggalah aku melahirkan anak sulung kami. Sebagai penghargaan , suamiku menghadiahkan aku sejambak mawar putih. Itulah bunga mawar terakhir darinya hingga kini ...mungkin kesibukan hidup menyebabkan 'bunga mawar' itu sudah tidak penting lagi ...
(Hmm...akupun tak kesah cuma aku masih tetap menggemari bunga jenis ini).

Sekarang , sesekali aku menerimanya bila tiba hari guru ... Itupun hanya setangkai dua kerana ramai daripada murid sekarang sudah tidak pandai menghargai guru ... Buktinya, bila sekolah menyambut hari guru , ramai antara  mereka memilih untuk tidak hadir ke sekolah.

Salah siapa?
Yang pasti bukan salah anak2 murid itu. Sejujurnya, padaku ... Kesibukan guru dengan tugas
 'sampingan' yang terlalu banyak dan dibesarkan melebihi kepentingan melayan dan membina hubungan guru-murid adalah punca utama anak2 kini (terutamanya di sekolah menengah) kurang menghargai guru.

Mari ku ceritakan sebuah kisah benar yang mengajak kamu ( sesiapa saja yang membaca coretanku ini) berfikir ...
Semalam aku dihadapkan dengan kes buli. Pelajar yang membuli dan dibuli kedua2nya aku panggil. (Tentunya aku mempamerkan version aku yang 'garang'-walhal aku hanya bermain kata2 sahaja). Hinggakan sipembuli menangis berlinangan air mata. Pendekkan cerita, mereka berdua dapatku damaikan namun sebelum sipembuli keluar aku bertanya,
"Adi, ayah kamu garang ye?".(Adi-bukan nama sebenar).
"Ya cikgu".
Mengapa aku tanyakan soalan itu, pengalaman ku mengajar- jika murid itu pembawaannya seperti samseng tetapi mudah sangat menangis bila didesak maka tentu ada yang tak beres di rumah.
Selesai di situ , aku  merisik khabar latarbelakang keluarganya - murid ini ayahnya kaki pukul anak isteri. Tidak bekerja dan lebih teruk lagi kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah yang kronik.
Kasihankan? ...

So apa kaitannya?.
Kaitannya ialah .... Aku dan mungkin guru kelasnya ,  juga guru2 lain tidak pernah tahu kisah hidupnya yang amat menyedihkan itu,  sekiranya tiada kes buli dilakukannya, sampai bilapun kami mungkin tidak akan tahu.
Mengapa?
Jawapannya ; sekarang ni - masa itu lebih berharga dari emas!!! Dan semua orang sangat .sibuk!!!!!

Mengapa aku harus kecoh tentang semua ini?
Jawabku - mestilah kerana aku seorang guru dan tugasku adalah mendidik anak bangsa bukan saja dari segi akademik malah sahsiah dan nilai2 positif kehidupan.

 Bagaimana mungkin aku dapat mendidik mereka dengan ' approach' yang betul kiranya aku gagal mengenali mereka ( kenal latarbelakang dan keunikan hidup mereka). Jika isi rumah sendiri merupakan ancaman buat mereka , ke mana lagi mereka harus mengadu nasib kalau bukan guru-guru di sekolah kerana selain rumah , sekolah adalah tempat kedua terbanyak seorang murid menghabiskan masa hariannya.
Dan bagaimana mungkin para guru mampu menawarkan 'keluarga' kedua buat muridnya jika kebanyakan masa perlu dihabiskan dengan benda2 yang tidak bernyawa - 'kertas kerja , laporan , pelbagai borang , pelbagai fail atau mengadap laptop berjam-jam.

Kata hatiku : 'Kalaulah mereka mengerti dan dapat melihat dari sudut mataku...'







-peace-

 Hanya cerita biasa ... daripada aku yang terlalu 'biasa' ... cumanya sekali hatiku disentuh , akan kekal       selamanya ...







No comments:

Post a Comment