Popular Posts

Friday, 12 September 2014

Fikiranku - Soalan bocor

Bocor?
Seingat aku setiap tahun isu soalan upsr bocor ni dibicarakan.
Bezanya ... Selama ini lembaga peperiksaan sentiasa menafikannya-hanya gosip liar sahaja. Tiada bukti!
Kali ini ... Sudah terang lagikan bersuluh!. Soalan2 bocor ' melambak' di laman2 sosial.
Sudah tidak dapat dinafikan lagi!!!!

Siapa manusia yang membocorkannya?
Siapa manusia yang tiada integriti dalam melaksanakan tugas?
Jual soalan?. Kemaruk sangat nakkan keputusan cemerlang?. Takut sangat prestasi jatuh?

Dalam sekelip mata - semua persoalan itu terjawab. "Oh! Itu adalah angkara guru di sekolah pedalaman sebab tempat mereka jauh di pedalaman maka soalan harus dihantar lebih awal. Maka ada ruang untuk guru berkenaan membocorkan soalan!".
Hebat ... Dalam masa yang amat singkat jawapan dapat diberi!. (Tup-tup hari ni lain pula kisahnya .)

Persoalan demi persoalan bermain di mindaku. Semuanya membuatkan aku kecewa dengan ....
( Ulpss!! tak boleh telus sangat).

1. Sekolah pedalaman tu baru wujud tahun ini ke? (Apa selama ini sekolah di pedalaman itu tak           wujud?)

2. Longgarnya sistem yang diamalkan bertahun-tahun , semudah itu dibocorkan ... oleh seorang guru biasa?!

3. Bagaimana proses penghantaran kertas soalan?. Bukankah ianya di'seal' berlapis sebegitu rupa dan hanya dibuka di hadapan murid sebagai saksi pada hari peperiksaan. Diambil  oleh ketua pengawas     pada pagi-pagi buta di bilik kebal yang keluar masuk guru dikawal  dan direkodkan?

4. Di manakah ruang-ruang lompang yang mengizinkan kebocoran ini terjadi. Mari kita bayangkan     proses yang terlibat daripada awal.
i.  Soalan digubal oleh panel penggubal yang terdiri daripada kumpulan individu2 tertentu.
(melibatkan beberapa proses sehinggalah terbinanya soalan)
ii.  Soalan yang siap akan dihantar untuk percetakan dan diperbanyakkan (Bayangkan kos                   perbelanjaan yang terlibat untuk seisi murid tahun 6 seMalaysia dan berapa ramaikah individu             yang terlibat di sini)
iii. Pembungkusan (dengan  precaution agar perbuatan khianat seperti mengoyak atau membuka       bungkusan tersebut akan dapat dikesan). Bayangkan pula berapa ramaikah lagi individu lain yang terlibat dalam proses ini
iv. Pengagihan ke setiap negeri , proses2 di peringkat negeri sehinggalah kertas-kertas soalan yang     berbungkus itu sampai ke bilik - bilik  kebal  (Agak2 berapa orang lagi terlibat?)
v. Pagi hari peperiksaan , ketua pengawas (yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh             lembaga peperiksaan)dengan ditemani oleh pembantu pengawas (juga seorang guru) akan                   mengambil soalan di bilik-bilik kebal yang ditetapkan bagi kawasan masing-masing untuk                   dibawa ke pusat-pusat peperiksaan (sekolah).
(Perhatian: Proses di atas adalah secara umum dan tidak 100% mengikut proses yang sebenar dan mungkin yang sebenarnya melibatkan lebih ramai individu dan tahap pemprosesan yang lebih ketat)

Namun pada hemat aku setiap peringkat di atas ada peluang bagi individu-individu yang terlibat untuk membocorkan soalan dengan peratus kebarangkalian yang berbeza dan guru sebenarnya mempunyai peratus kebarangkalian yang paling kecil berdasarkan tempuh masa singkat yang guru ada sebelum peperiksaan dijalankan. (Cuba kita kaji dan analisa kembali , sejak bilakah soalan-soalan bocor itu sudah boleh didapati di laman-laman sosial).

Tapi seperti biasa , apa saja kepincangan yang melibatkan 'murid' atau 'sekolah' , kesalahan terlalu mudah diletakkan di atas bahu manusia yang dipanggil 'guru'! ... dan ini amat mengecewakan aku yang sudah 20 tahun menjadi guru dan sudah banyak kali aku menandatangani perjanjian dibawah 'akta kerahsiaan' setiap kali menjadi pengawas peperiksaan umum di Malaysia.

Aku bukan bias malah aku tak kesah kalau tuduhan itu berasas. Pada aku , yang salah tetap salah dan harus dihukum untuk menjadi pengajaran kepada yang lain. Asal saja proses siasatan itu dijalankan dengan sempurna dan hasil yang 'pasti' sahaja diwarkan kepada umum.

Apapun tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya - yang jelas , Lembaga peperiksaan harus mengkaji semula sistem pembikinan soalan dan semua proses yang terlibat dari awal pembikinan soalan sehinggalah murid selesai mengambil peperiksaan. Lebih-lebih lagi dengan teknologi pintar sekarang yang membolehkan maklumat disebarkan dalam sekelip mata.










-peace-
Bukan nak gaduh ... sekadar luahan rasa kecewa yang amat sangat