Popular Posts

Tuesday 7 May 2019

Lukisan jea ... " Aku ingin pulang"

Lukis jea ... "Aku ingin pulang"
Satu soalan utk semua ...
Apa yang kau cari dalam hidupmu?

Aku lihat ... hari ini, kita bercekau sesama sendiri
Aku lihat  ... semakin hari semakin agamaku diperleceh
Aku lihat ... bangsaku di hujung cenuram
Aku lihat ... satu persatu hilang
Dan aku bimbang ...

Aku lihat ... teman2 seperjuangan dahulu ...
Dahulu ...
Bersama membina kekuatan diri
Membentuk fikrah murni
Demi agama ini
Demi bangsa ini
Demi negara ini
Apa dikata pasti dikota
"Jangan sampai kita tercicir dari turut sama menaiki kapal perjuangan". Itu pesan ... masih kuingat.
"Kita bersama ... sebagai wadah utk berjuang"
"Bukan dunia yang kita kejar ... tapi nun di akhirat sana"

"Akhlak mulia itu pakaian kita"
"Jangan mencela"
"Doakan mereka yang berlainan fikrah dengan kita kerana matlamat kita semua tetap sama"
"Usah takut pada perbezaan kerana perbezaan itu menguatkan kita"
"Carilah persamaan dan kita bersatu dalam persamaan tersebut"
Tapi itu dulu ... bak kata pepatah melayu
Sekali air bah ... sekali pantai berubah.
...

Aku tidak mampu melihat lagi
Arah kalian
Gerak tindak kalian ...




Dan aku ingin pulang ... walau sendiri


-peace-
>__<

Pesanan utk semua;
"elakkan diri daripada terus berbicara ketika marah kerna seringkali bicara ketika marah pasti akan menghiris ...
Kau mungkin akan lupa ... tapi tidak bagi yang terhiris"