Popular Posts

Thursday 25 January 2018

Lukis jea ... Aku cikgu sekolah

                           Aku cikgu sekolah.
Lukis jea ... 'Bunga plastik atas meja cikgu'
Hrmmm ... aku.memang cikgu sekolah. Cikgu biasa di sekolah biasa ... dan aku memang 'biasa2 saja orangnya'😁

Dilatih sebagai guru biologi ... mengajar bio setakat tiga tahun sebelum beralih ke physics. Dah jadi macam opsyen aku mengajar fizik.

Tahun ni ... era baru dalam sejarah aku sebagai cikgu.
Era baru? ... cam gempak jea! >__<
Yelah ... bagi orang biasa yang terlalu biasa2 cam aku ni , kira gempaklah.
Apa yang gempaknya?
Citernya bermula sejak akhir tahun lepas ...
Aku dirisik dan dipinang utk mengajar matapelajaran Tasawwur islam ... Wow! Jadi ustazah aku 🀣
...dan macam biasa , aku selalu dan cuba lihat semua yang berlaku daripada sudut positif sesuatu itu terjadi dan aku menerima baik pinangan itu ... dan mulalah aku mencari maklumat , menggoogle sukatan pelajaran bagi matapelajaran tasawwur ini ... ambil positifkan. Nak mengajar mestilah kena lebih pandai daripada yang diajar.

Hinggalah tahun baru bermula. Jadual waktu pengajaran diedarkan ... wow! Sekali lagi, aku terlopong ... terkesima. Hilang kata2 ... tak jadi ajar tasawwur sebaliknya aku diberikan matapelajaran PJK.
(Haishhh ... apabila kaki bangku diminta mengajar PJKπŸ˜‚).
...dan aku ... tetap terima secara positif. Tengok sukatan...2 kali terkesima!!. Mana taknya ... sukatan Pend. Jasmani termasuklah gerakan berirama, lompat kijang, trampolin dan bla bla bla ... agak2 boleh ke nak ajar?. Haishhhh....

Mengajar PJK masuk 2 minggu, jadual baru dikeluarkan lagi dan kali ini ... aku mengajar matapelajaran PSV pula ... dan tentulah termasuk physics dan science.
PSV ... Apa tu? ... Pendidikan Seni Visual!! ... lukisanlah!

Dah hampir tamat 2 minggu aku memgajar PSV ... so hari ni aku nak kongsikan hasil lukisan , karya aku sendiri. Lukisan ini aku lukis dalam kelas lukisan atas permintaan anak2 muridku.

Mana taknya, selesai tugasan ; lukisan 1~ berdasarkan gambar 'mesin jahit' yang dipilihkan oleh ketua panitia PSV.
Maka seterusnya aku harus memilih tugasan  lukisan~2 utk anak2 muridku.
Garu2 kepala mencari idea, aku akhirnya menyusun bunga plastik  atas meja cikgu depan kelas, letakkan buku modul physics yang aku bawa dan adjust sikit lapik meja, biar berlapis2 n nampak beralun sikit.
Lalu aku arahkan anak2 muridku utk melukis model lukisan yang kususun kat depan kelas tu.

Oleh kerana anak2 didikku ini sukar benar nak melukis berdasarkan apa yang mereka lihat ...
"Cikgu! Susahlah. Tak tahu nak lukis cam mana".
"Awak lukis jea berdasarkan apa yang awak nampak".
"Alahh...susahlah cikgu. Cikgu lukislah dulu..."
Maka ... begitulah mulanya terhasil lukisan yang bertajuk, " Bunga plastik atas meja cikgu".
Aku share kan hasilnya di sini. Harap korang bisa menikmati hasilnya ... πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

q1

... dan melukislah aku ...
Dulu di sekolah lama , aku adalah guru physic yang mengajar Sivik. Tahun ni, aku adalah guru physics yang mengajar PSV🀣🀣🀣


                                        -peace-
                                           >__<
                               

Sunday 14 January 2018

Lukis jea...Jom melakar (2) bunga; Selepas hujan

Lukis jea ... Jom melakar (2) Bunga
Lukis jea ... 'Selepas hujan'

Selepas hujan ...

Tanah jadi basah
Dan jejak kian jelas ...

Ramai orang sukakan bunga.
Sebab apa ye?. Banyak dan pelbagai sebab ... mungkin kerana cantik, wangi, menenangkan , menceriakan dan bla bla bla ...

Akupun sukakan bunga. Bunga paling cantik di mata aku ialah bunga teratai ... entahlah kenapa, mungkin juga kerana banyak kenangan zaman kanak2ku ada kaitan dengan bunga teratai.

Sungguhpun begitu , hari ini bukan pasal bunga teratai ... tapi bunga ros.
Kenapa ros?
Sebab ramai orang sukakan ros. Akupun sukakan ros. Lagi pula, bunga ros seringkali dipilih untuk menzahirkan rasa cinta ... sayang ...

So, jom mula ...
Step 1: buat lakaran rupa dan kedudukan (Lakaran sahaja...tak payah nak sempurna sangat)

Step 2:
trace balik ngan pigmen liner atau seumpamanya untuk jelaskan lakaran tadi.


Taa daaa ... dah siap trace.
Kejap jea kanπŸ˜ƒ

Step 3 :
Ton kan warna terang gelapnya untuk menunjukkan kesan ruang.


Dah hampir siappun .
Dan akhirnya ...
Step 4.
Sempurnakan lukisan ... dan aku memilih untuk menambahkan titisan air yang masih tersisa di atas permukaan daun dan kelopak bunga ...

Lukis jea ..... dah siap!
Dan aku beri tajuk ... 'Selepas Hujan'

...Sekian...



-peace-
>__<






Wednesday 10 January 2018

Puisi: "Manusia yang manusia"

Lukis jea ... 'bila kita jatuh'


Bila kita jatuh...
Sedang kita merasa cukup gagah berdiri
Atas puncak paling tinggi sambil mata melirik
Memandang alam dengan senyuman melebar
Penuh yakin ... tangan mendepang luas
Segala bagai mampu didakap
Mencekup semahu nikmat hingga tiada tersisa
Tanpa resah ... tanpa gentar ... tanpa kesah

Tunggulah ketika...
Sakitnya jatuh itu menyentak
Merentap pergi bahagia
Senyuman membungkam
Wajah sirna memudar
Meranap tembuk keyakinan
Memisah realiti dan maya
Lalu kita termengadah
Mata tidak mampu lagi dibuka
Dan kaki tidak lagi kuat berdiri
Kepala tertunduk  hati berharap
Ini semua hanya mimpi!!!

Lalu kita berteriak seluruh tenaga
Mengapa harus ada derita!?
Mengapa harus ada air mata!?
Mengapa kecewa bermaharajalela!!!??
Mengapa harus pedih perit itu mencengkam jiwa? ...
Dan bayu senja itu bertiup lembut
Membelai hati yang gulana
Membisik bicara indah ...
"Allah biar kita jatuh
Agar kita rasa sakitnya jatuh
Allah biar kita kecewa
Agar kita tahu pedihnya kecewa
Allah biar kita sengsara
Agar kita bisa menghargai bahagia"

Berterimakasihlah atas segala rasa
Lalu menjadikan kita manusia yang manusia




    -peace-
    >__<


Monday 1 January 2018

Lukis jea ... Jom kita melakar ( 1 )

Jom kita melakar bersama-sama

Lukis jea ... Alam ini indah
Aku pasti, anda tentu setuju jika aku katakan bahawa setiap insan punya hobi dan minat masing-masing. Ia adalah satu anugerah kurniaan Yang Maha Esa buat kita hambaNya.
Memanafaatkan hobi dan minat sendiri akan memberikan rasa 'ria' dalam jiwa. Hobi dan minat juga boleh dimanipulasikan sebagai satu kaedah untuk meredakan tekanan.

Tekanan?
Ya lah ... hidup hari ini penuh dengan cabaran.

Kos hidup yang tinggi (lebih2 lagi sejak ada GST)... beban kerja yang tak pernah habis ( kalau tiada kerja, menganggur lah pulak. Lagi stress!!😁) ... masa rehat yang terlalu singkat(nak bersenam pun tak sempat...obes lah pulak!!. Haishhhh) dan pelbagai penyakit dengan kos rawatan yang amat tinggi. ( Contoh; cuci gigi pun paling murah RM120 ... mahalnya. Adoiiiilaaaa) dan pelbagai cabaran hidup yang lain.

Jadi ... ayuh kita jadikan 'hobi dan minat' kita bermanafaat ...

Siapa yang minat bercucuk tanam ... kita tanam pelbagai tanaman di sekeliling ruang rumah kita. Untung-untung kuranglah sikit belanja dapur.

Siapa yang minat menjahit ... apa kata gunakan kain2 perca atau kain2 terpakai sebagai bahan 'patch work'. Jahit... jadikan selimut... lapik meja... lap kaki dan sebagainya.

Siapa yang minat memasak ... belajar pelbagai resepi. Boleh gak buat ambil tempahan...kot lah ada orang nak buat kenduri kendara. Bolehlah tambah pendapatan.

... dan ... siapa yang minat melukis/melakar (itu geng aku😘)...boleh gak digunakan untuk menambah pendapatan ... cuma aku memanafaatkan minat dan hobi aku ni sebagai satu kaedah meredakan tekanan.

Makanya , hari ini aku nak ajak korang  join n ikut menyelami minat dan hobi aku ... melakar dan melukis.
Hari ini kita lukis pemandangan hutan ... erm ... taklah hutan sangat pun.

Jom ...

Langkah pertama: lakaran
Lakaran tak perlu sempurna. Sekadar menentukan apa yanb hendak dilukis dan kedudukan objek2 yang hendak  dilukis.

Lakaran ... tak perlu sempurna
Langkah kedua: Perincikan lakaran.
Jangan risau sangat...dan elakkan aktiviti memadam sana sini.




Senangkan...tinggal nak perincikan je lakaran objek tadi.
Langkah ketiga ... kira terakhir dah ni.
Part akhir ni kenalah teliti lebih sikit. Tona warna(kalau guna warna) atau terang gelap yang berbeza peratusannya untuk menimbulkan kesan ruang ... gerakan ... dan sebagainya.

Taa daaa ... dah siap!
Biasanya aku ... akan letakkan tanda pengenalan aku.
Aku cadangkan kalau korang melukis pun elok letakkan tanda pengenalan korang untuk setiap lukisan.
... dan aku suka letak tarikh lukisan tu~saja ... buat kukenang di kemudian hari. >__<

Sekian. Harap-harap korang yang rajin baca perkongsian ini akan terdorong untuk melukis ... atau sekurang2nya tidak menganggap minat dan hobi melukis ni sebagai sia2 dan buang masa.



                                      -peace-
                                        >__<