Popular Posts

Monday, 23 February 2015

Sekolahku Syurgaku...'Lelaki tak bertelur!'

Aku punya banyak impian....antaranya
'Mengubah anak2 bangsaku daripada malas berfikir kepada
bijak berfikir'




Lelaki tak bertelur!

Pengalaman mengajar kelas hujung untuk subject sains teras tingkatan 4 amat menghiburkan.
(Walaupun dalam kebanyakkan keadaan amat mencabar-mereka itu ku ibaratkan dalam bahasa mindaku umpama anak2 kambing bebiri yang comel dan nakal sedangkan aku adalah si gembalanya. Memanjang merayau dan pergi ke mana saja hinggakan acap kali aku berteriak ...
"Ba ba ba ba baaaa" memanggil dan mengarah mereka kepadaku!. - Ini kalau mereka tahulah aku mengumpamakan mereka bagai anak kambing bebiri! Ha ha ha ha ... nak buat macam mana , dah memang ini bahasa mindaku)

Hmmm...berbalik kepada kisah 'lelaki tak bertelur!'.
Mengajar mereka tajuk 'Koordinasi badan' menyebabkan aku perlu memperkenalkan kelenjar-kelenjar endokrin yang terdapat dalam tubuh seorang manusia lelaki dan perempuan. Bermula daripada Pituitari , Tiroid , Pankreas , Adrenal hinggalah kepada Ovari bagi perempuan dan Testis bagi lelaki.

Setiap fungsi kelenjar tersebut aku terang dan bincangkan bersama mereka (Kelas2 akhir ni memang takkan buat persediaan awal atau bacaan tambahan. Kalau boleh semua nak cikgu yang terangkan-anak2 terlebih vitamin M!). Hinggalah sampai giliran kelenjar Ovari.

Aku      : "Okey , kelenjar kelima bagi seorag perempuan adalah kelenjar Ovari"
               "Fungsi kelenjar ini antaranya adalah untuk mengawal ciri-ciri seks sekunder seorang                            perempuan"
Murid 1: "Cikgu , apa tu ciri-ciri seks sekunder seorang wanita?"
Aku      :  "Ciri-ciri yang kalau kamu tengok dia aje kamu tahu dia perempuan. Tak payah nak periksa                 , terus tahu dia perempuan".
Murid 2:  "Oh! Cikgu maknanya ........................" (Bisik seorang budak perempuan kepadaku)
                (Aku senyum dan mengiakan)
Murid 3:  "Bagi contoh cikgu!"
Aku      :  "Contohnya , perempuan suaranya tidak besar seperti lelaki , kaki dan tangannya tak                               banyak bulu ...
                 (Tak sempat aku nak menghabiskan ayat...)
Murid 4 : "Alah! macam perempuan takde bulu kaki. Bulu ketiak pun adalah cikgu , panjang lagi tu!"
                 (Diikuti gelak ketawa murid2 lelaki)
Aku       : "Memang lah ada tapi tak sebanyak lelaki. Tengok , perempuan takde janggut dan misai"
Murid 5 : "Adalah cikgu!. Ada juga perempuan yang ada janggut dan misai!!"
Aku       : "Itu kes2 terpencil. Kes istimewa. Contoh lain , perempuan takde halkum macam lelaki.                         Punggung perempuan juga lebih besar daripada lelaki".
Murid 6 : "Buah dada cikgu!"
Aku       : "Ya. Termasuklah jugatu. Ok , Fungsi lain ovari adalah untuk penghasilan telur. Telur ini
                  kita panggil ovum. Ingat , perempuan yang bertelur bukan lelaki. Lelaki tak ada telur".
Murid    : "Apa pulak cikgu!"
Murid    : "Siapa kata kitorang takde telur cikgu!"
                (Murid + Murid+Murid- keadaan jadi hinggar bingar sebab anak2 murid lelakiku rasa                             tercabar apabila aku kata , lelaki tidak bertelur!)
Aku       : "Iya , perempuan yang bertelur bukan lelaki. Awak dah salah konsep tu. Cuba tengok ayam                 , ayam jantan yang bertelur ke atau ayam betina?"
Murid    : "Habis tu yang dua biji ni apa cikgu?. Kalau cikgu tak percaya , saya boleh tunjuk!"
Aku       : "Takde maknanya saya nak tengok!. Itu yang dua biji tu bukannya telur. Itu Testis. Kelenjar                   endokrin kelima bagi lelaki. Testis bukan telur!"
Murid    : "Habis tu cikgu , kalau saya takut atau kena belasah ngan budak lain nanti mak saya marah                   , 'Kau ni nape penakut?. Takde telur ke?!'. Mak saya pun kata telur!!"
Murid   : " Itu maknanya mak kaupun salah konsep!!!"
                (Diikuti gelak ketawa murid-murid yang lain)


Itulah secebis kisah dan pengalaman aku bersama anak2 didikku.
Seronokkan menjadi seorang guru ... memang ini duniaku.
Cumanya , tugasan sampingan lain yang semakin menidakkan tugas sebenar pendidik yang menyebabkan profesion ini menjadi semakin hambar (Hanya luahan rasa yang tak mungkin ada siapa pun yang ambil peduli)


  -peace-
   >__<