Popular Posts

Sunday 20 October 2019

Lukis jea ... penutup PSV 2019


Lukis jea ... inilah muka depan koleksi muka depan semua hasil kerjaku sepanjang mengajar PSV pada tahun ini.
PSV ... apa tu?
PSV tu adalah pendidikan seni visual.
Bahasa mudahnya ... ajar kelas lukisan.
Tapi bukan setakat melukis ... ianya termasuklah segala tok nenek teori yang berkaitan. Ada antara istilahnya , aku sendiri pun tak berapa nak faham. Maklumlah ... aku bukan belajar aliran seni.
Tapi tak susah ... sekarang, semua maklumat di hujung jari.

Aku terus terang je ngan anak2 murid ku ..
 Cikgu tak belajar seni lukisanni. "Jom kita google sama2", ini ayat biasaku bila mengajar bab teori.
Ada kalanya anak2 didik kita ni lebih suka kita berterus terang daripada kita try 'merepek dan merekacipta jawapan' tak tentu pasal😄

Tak timbul soal anak murid tak respect aku sebab mereka tahu dan lihat ... aku akan sama2 'google', sama2 cuba fahamkan ... dan aku juga melukis dan buat hampir semua tugasan yang ku berikan kepada mereka bersama2.
Dalam banyak perkara ... anak2 didik ini mahukan "kebersamaan" kita dan mereka.
Sama2 faham susah senang sesuatu tugasan. Ada kita untuk membimbing dan ada kita untuk menjadi tempat rujukan.
Gitue lah cara aku mengajar PSV.

Kaedah yang aku guna itu bukanlah kaedah yang terbaik cuma ... kaedah ini berkesan buat aku. Aku tak perlu jadi yang terbaik ... cukup menjadi diri sendiri. Dalam masa yang sama terus memperbaiki dan mempertingkatkan kemahiran diri. Bersungguh mengajar mereka ... menghargai dan menyayangi mereka.

Aku percaya ... sangat percaya, 'Apa saja dari hati akan sampai ke hati'.😊


Kalau orang tanya ... aku sayang tak anak2 didik aku. Jawapan aku ... 'mestilah sayang'. Sebab , setahun bersama ... kita pasti kenal mereka. Baik buruknya mereka. Tambahan pula , memang kelas pilihan aku adalah kelas2 hujung. Anak2 didik yang punya pelbagai cerita dan berjuang untuk hidup. Aku mengajar mereka ... dan aku juga belajar  daripada mereka.

Harapan aku buat mereka ...
"Sebagaimana aku mengimpikan kejayaan buat anak2 ku sendiri ... begitu jugalah aku mengimpikan dan mengharapkan kejayaan buat mereka.
Cuma, impian dan.harapan itu harus berpijak di bumi nyata.
Maksudnya ... kena fikirlah sendiri 😉

Oklah ... aku berhenti ber'pokpek' di sini.
Semoga sahabat sekelian dan kita semua sentiasa dalam lindungan Allah dan diberkatinya di sepanjang kehidupan dunia hingga akhirat. Aamiinnnn

-peace-
>__<



Friday 18 October 2019

Lukis jea ... jom bermain warna

Lukis jea ... mengisi waktu

Mengisi waktu ... atau lebih tepatnya mengisi emosi.
Kat luar tu hujan renyai2 ... sejuk. Terasa malas sangat nak berkebun. Jadi aku habiskan masa petang ni dengan bermain warna.
Kenapa tak tidur je?
Aku ada satu prinsip ... sebolehnya nak elakkan diri daripada tidur di siang hari. Esok2 dah tua ... tak larat nak buat apa , masa tu boleh tidur. Barangkali masa tu, tidur bukan lagi satu pilihan ... maknanya?.
Maknanya ... tahap kesihatan dan kudrat yang tersisa masa tu memang menuntut kita utk tidur.
Lama2 lepas tu ... kita pun akan tidur selamanya.
Apa tu?
Maknanya ... matilah😁

Sampai waktunya ... kita semua akan mati.
"Ya Allah ... matikanlah aku dalam semulia2 kematian"
Bagaimana?
Aku ingin sekali mati sebagai syuhada' dalam memperjuangkan agama ini.
Bila ... bagaimana ... biar Allah sahaja yang tentukan.
Tapi akukan seorang perempuan ... cam mana nak mati sebagai syuhada'?
Macam aku katakan tadilah ... bila dan bagaimana , biar Allah sahaja yang tentukan.
Tugas aku ... berdoa ... berdoa ... dan terus berdoa.
Doakan aku ya sahabat.

Melukis ni betul ke kena ada bakat?
Pada pendapat aku ... taklah betul seratus peratus.
Ada orang takde bakat langsung tapi ada minat. Masuk.kelas ...practice bebanyak, lama2 pasti boleh.
Aku?
Aku berbakat tak?
Aku rasa ya ... (perasannya! Hahahaha)
Sebab apa aku rasa aku berbakat ... sebab sejak sekolah rendah lagi lukisan aku sering ditampal cikgu di dinding belakang kelas.
Sekolah menengah ... poster aku di frame kan dan di gantung di dinding bilik sakit. Bilik sakit?. Yalah ... poster tu pasal kesihatan...rokok ke dadah. Lupa lah😁

Alhamdulillah...sedikit bakat yang Allah kurniakan ...mungkin juga kuwarisi daripada arwah bonda. Arwah bondaku seorang yang sangat kreatif ... tapi kekreatifannya disalurkan dalam gubahan bunga ... sulam menyulam ... rekaan taman ... banyaklah kalau nak aku senaraikan. Hebatnya arwah bonda😘😘😘
Sedikit bakat  kurniaan Allah ditambah dengan minat yang menenangkan bagiku.
Itu saja ... taklah sehebat mana. Tapi cukuplah utk mengisi emosi dan perasaan aku.

Melukis ni tak payah nak sempurna sangat. Prinsip aku dalam melukis ... lukis je. Lukis je apa yang kita nak ... pilih je warna ikut rasa dan pemikiran kita. Tak kesah kalau orang kata cantik atau tidak. Yang penting, kita gembira.

Mungkin juga sebab aku melukis sekadar minat n suka2 maka aku tak terasa bebannya.
Barangkali kalau pelukis yang menjadikan 'melukis' itu sebagai kerjaya dan sumber rezeki, mungkin lain kisahnya.
Apapun ... kita jadilah apapun yang kita mahu. Asal dalam hati dan tindakkan kita sentiasa sayang Allah ... sayang islam ... dan sayang sesama kita. Hormati sesama kita ... hormati makhluk lain yang sama2 menumpang hidup di bumi Allah ini.
Jadi hamba Allah yang baik dan jangan menzalimi.
Jom sahabat ... kita sebarkan kasih sayang dan jadi warga yang peduli.


-peace-
^__^

Sunday 13 October 2019

Lukisan dan puisi ..."Izinkan aku"

Lukis jea ... Izinkan aku

Izinkan aku ...
Berbicara dalam diam
Meluahkan rasa yang lama terpendam

Izinkan aku ...
Melihat dalam gelap malam
Mencari sinar di limpahan cahaya

Izinkan aku ...
Mengisi di ruangan hampa
Memenuhinya dengan impian
Walau hanya kupinjam
Senaskah dari pustaka riwayat hidup
Yang datangnya sebagai dongengan
Buat yang walang menerjah arah
Merangkak di denai yang kian kelam
Diselubungi kabut ... kian memekat

Izinkan aku ...
Berbisik dalam sepinya malam
Ketawa di keriuhan siang
Menari di atas pentas kehidupan
Dalam tarikan nafas yang dihela
Dan saat yang berdetik
Sedangkan deringan waktu bertempik kuat
Sayangnya seorang aku
Masih lagi terpesona dalam keizinan yang menyia



Aku melukis ketika ini ... dalam kereta sambil menanti seseorang berbelanja. Lama benar terasa penantian ini andai tidak diisi ...

Lukisan tidak seberapa ini cukup untuk mengisi emosiku yang barangkali bergolak akibat lamanya menunggu🤣

Dan pastinya semuanya ada permulaan.


Doaku ...
"Ya Allah , ya tuhanku ...
Anugerahkan aku kekuatan untuk terus istiqomah dalam apa jua amal kebaikan yang pernah kulakukan walaupun dalam sekecil2 amal perbuatan"

Aamiinnnnn

-peace-
>__<

Friday 11 October 2019

Lukis jea ... jom melukis~"Bunga buat kakak"

Jom melukis ...

Lukis jea ... "Bunga buat kakak"


Selalunya bila aku mahu melukiskan bunga ros atau sedang melukiskannya, dia pasti hadir dalam ingatanku.
'Dia' ... sepertinya aku tidak peduli lagi ... sedang 'dia' yang sering hadir dalam doa2ku.

Dan 'dia' yang memendamkan sesal di sudut hatiku yang diam membisu.
'Dia' yang mungkin menjadi fitnah duniaku sedang aku bagai takkan pernah mengubahnya.
(Mengapa? ... pasti kerana aku punya alasanku sendiri)

Dan untuk 'dia', kupanjatkan doa buatnya, "Ya Allah yang Maha Adil ... Maha Pengasih ... , kiranya dunia ini bukan miliknya, maka jadikanlah akhirat itu kebahagiaan buatnya" Aamiinnnn





Kalau boleh kusampaikan pesan
"Bersangka baiklah dengan takdir Allah"
Moga kita semua dikurniakan Allah hati yang tenang menerima apa jua yang datang

-Selagi Allah ada-
... dan Allah yang kekal abadi.


-peace-
>__<