Popular Posts

Wednesday 27 November 2019

Lukis jea ... tunaikan permintaan

Jom melukis .... tunaikan permintaan sahabat.


Lukis jea .... Sahabat ini ku kenali ketika sama2  berkhidmat di SMK Cyberjaya. Baik ... lembut dan amat bersopan orangnya . Jauh lebih muda dariku ... anak2 masih kecil.
Lama jugalah dia meminta aku melukiskan gambarnya ni. Alhamdulillah ... tertunai sudah.

Biasalah ... part melukis potret ni aku memang agak 'bercinta' sikit sebab aktiviti ini memerlukan konsentrasi dan ketenangan. Kalau tak ... sendiri fahamlah. Lukis gambar A ... nanti jadi gambar B🤣

Kali ni aku follow sekali gambar latar belakang sahabat aku ni. Selalunya aku lukiskan potret sahaja dan latarbelakangku biarkan kosong. Tapi yang ini ... latarbelakangnya menarik hatiku ... ada seni tersendiri di situ.

Sebenarnya part yang paling susah bagiku adalah part ini ... nak jelmakan air muka dan wajah tuan empunya gambar. Kena cari 'kekuatan' pada wajah. Macam sahabatku jni kekuatan pada wajahnya adalah senyuman...tarik bibirnya dan lesung pipit di hujung bibir.
Bahagian 'kekuatan' ni kena fokus lebih ... sebab bila 'kekuatan' menyimpang, alamatnya air muka akan lari jauh ... payah lak nak kejar🤣🤣🤣


Ini adalah peringkat2 awal melukis...masa ni sekadar nak dapatkan bentuk dan posisi (nisbah saiz ... mata ... mulut ... lentuk kepala dan ciri2 lainnya). Taklah mencabar sangat tapi tak boleh dipandang remeh kerana ...
Pernah tak anda melukis tetiba kertas lukisan tu jadi tak muat atau  .... habis melukis nampak hidung atau mata dia nampak macam terlebih besar ..
 Atau senget😁
Jadi ... itulah kepentingan part ini. Tentukan nisbah saiznya betul sesuai.

Sekianlah celoteh aku kali ini.
Selamat bercuti sahabat2 guru semalaysia.
Selamat menamatkan paper last spm hari ni ... sekolah aku, hari ini ,budak2 prinsip akaun sedang bertarung di dewan peperiksaan manakala majoritinya dah merdeka semalam.

Cuti2 panjang ni rancang dan manafaatkan masa dengan baik ye ...
Aku sendiri merancang ... nak membaca sekurang2nya 3 buah buku ilmiah ... nak gemburkan tanah2 pasu2 sayur aku ... nak tambah hafalan dan zikir harian ... nak tunaikan permintaan lukisan2 yang tertangguh ... teringin juga nak bermain warna ... nak selesaikan jahitan2 yang juga tertangguh dan yang paling penting ... nak luangkan masa berkualiti untuk keluarga.
Haishhhh ... banyaknya rancangan.
So .... kenalah tulis on paper ... rancang schedule harian ... letak target tiap aktiviti ... laksanakan mengikut perancangan  ... ingatkan diri sendiri, hari cuti bukan hari utk bangun lambat😅
ATAU
Semuanya akan jadi angan2!!!
Jom sahabat sekelian ... kita manafaatkan masa anugerah Allah ini sebaiknya💪💪💪

Ops ....jangan lupa doakan kebaikan buat kita semua di dunia dan akhirat ... dan negara kita, Malaysia.

Juga saudara2 kita yg dizalimi dan dalam sengsara ... di Gaza, Syria, Kashmir , Xinjiang ... dan di seluruh bumi Allah ini. Ayuh kita sama2 doakan agar mereka tabah dan teguh mempertahankan islam dan iman dlm diri mereka dan dipelihara keturunan2 mereka drp menjadi kufur (sedihnya teringatkan anak2 di Xinjiang yang dipisahkan dari ibubapa masing2 dan diasuh oleh musuh islam)
Lindungi mereka Ya Allah.

-peace-
^__^


Wednesday 20 November 2019

Lukis jea ... "Mensyukuri Kurnia"

Lukis jea ... mensyukuri kurnia

Bersyukurlah kita atas kurniaan segala nikmat yang telah dianugerahkan Allah utk  kita kecapi.

Hari ini ... aku ditakdirkan bersama beberapa orang sahabat menyelami ... memahami ... simpati dan empati akan nasib seorang anak murid kami.

Memahami dia  menginsaf kan aku akan betapa kurangnya aku bersyukur atas segala yang kumiliki ... kehidupan ... keluarga ... keriangan dan segalanya.
Sedang anak ini hidup dalam air mata ... terkapai2 mencari tempat berpaut dengan segala kezaliman yang melingkari.

... dan betapa aku merasai , tiap satu perkara diatur Allah dan betapa kita manusia ini terlalu kerdil.
Benarlah ...
'Kita merancang dan Allah juga merancang ... dan perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan'

Biar aku belanja kalian sebuah cerpen dan puisi yang pernah kutulis  lama dulu ... moga terhibur membacanya ^__^

Cerpen: Ibrah Sebuah Kehidupan
***ojai“Waalaikumussalam. Maaf atas setiap kesalahan. Semoga awak berbahagia sentiasa dan itu memang sudah pasti kerana itu adalah pilihan awak. Terus pandang ke hadapan. Saya bukan orang yang istimewa untuk dirindui. Terima kasih atas segala”.
Dilaila memandang kosong pesanan terakhir yang diterima dari  seorang teman yang telah terlalu lama bertapa dalam hatinya. Untuk hari ini sahaja , sudah lebih lima kali Dilaila membaca pesanan ringkas itu.
Dilaila memejamkan mata , “Terima kasih atas segalanya?. Terima kasih untuk apa?. Apa yang pernah kuberikan untuknya hingga dia harus berterima kasih?. Tiada yang pernah kuberikan melainkan kenangan luka yang sentiasa menusuk tiap kali dikenang. Huh!!” Keluh Dilaila
“Maafkan aku awak … maafkan aku kerana melorek sejarah hitam dalam hidup awak. Aku juga telah maafkan awak atas apa jua warna rasa yang pernah terhimpun dan masih kekal dalam sanubariku ini. Hingga kini … dan tak mungkin kulontar”.

“ Dilaila … sayang?”. Tegur Amri , sengaja bahu Dilaila yang membelakangkannya itu disentuh.
“Eh! Abang”. Balas Dilaila , lantas dengan segera telepon bimbitnya dimatikan.
“Kenapa termenung panjang, fikir apa?”.
“Err… takde apa. Teringatkan zaman muda-muda dulu…zaman sekolah”. Dilaila berdalih.
“Hmm … sekarang ni dah tua sangatlah ya?”. Usik Amri sambil menyelak rambut isterinya yang jatuh menutupi mata.
“Heee…”Dilaila membalas dengan senyuman.
“Err…abang cari Dilaila sebab apa ye?”
“Laa…cari isteri sendiri pun kena ada sebab?. Ni…sekarang dah masuk waktu isya’ , jom kita solat”
“Oh!...ingatkan apa tadi. Hmm… abang pergilah ambil wuduk dulu. Lepas tu baru Dilaila”.

Sementara , Amri membersihkan diri dan berwuduk , Dilaila termenung lagi. Terimbau kenangan saat mula-mula bertemu Amri.
“Hmm … saya Amri. Saya betul-betul nak berkawan dengan awak. Malah, kalau awak sudi , saya ingin segera menikahi awak”. Begitu telus dan mudahnya Amri menyatakan hasratnya.
“Err … saya tak tahu. Itu bergantung pada penerimaan orang tua saya. Lagi pula , sejauh mana awak mengenali saya?. Nama saya … awak tahuke?”.
“Tidak , saya memang tidak tahu nama awak. Tapi , kali pertama saya nampak awak , saya sangat yakin...saya sukakan awak dan awak memiliki ciri-ciri wanita idaman saya”.
Bagai terpukau Dilaila mendengar jawapan pemuda di hadapannya ini. Inilah kali pertama dalam hidupnya , seorang pemuda dengan yakin dan berani mengetuk pintu hatinya tanpa silu.
“Err … entah. Saya serahkan segalanya pada mak dan abah saya. Kalau awak serius , awak jumpalah mereka”.
“Maknanya , kalau mereka setuju , awak akan setuju?”. Tanya Amri , bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. “Masakan begitu mudah?”. Fikirnya.
Dilaila diam , sukar baginya untuk menjawab soalan itu. Mana tidaknya , wajah ‘dia’ yang ditinggalkannya masih segar dalam ingatan. Malah beban rindu yang ditanggungnya tidak pernah berakhir.
“Awak?...betul ni. Kalau saya jumpa mak dan abah awak dan mereka setuju , maknanya awak pun akan setuju, begitu?”.
“Ya. Rasanya betullah”. Jawab Dilaila ragu-ragu.
“Err…bas saya dah nak gerak, saya pergi dulu”.
“Eh, nanti!. Beri saya alamat atau nombor telepon awak. Saya akan hubungi awak lagi lepas ni dan saya pasti akan jumpa mak dan abah awak dalam masa terdekat”. Kata Amri penuh yakin.
Tanpa berfikir panjang , Dilaila menuliskan nombor telepon rumahnya pada sehelai kertas lalu dihulurkan pada  Amri sebelum berlari anak menaiki bas yang sudahpun dihidupkan enjinnya.

“Hei! Berangan ya?”. Sergah Amri.
Dilaila tersentak lalu memberikan senyuman manis buat suaminya itu.
“Adalah sikit … berangan”. Balasnya sebelum masuk ke bilik air untuk berwuduk.

Lewat solat hari itu , Dilaila berdoa … “Ya Allah , bantulah aku untuk menjadi hambamu yang pasrah dengan segala ketentuan takdir yang telah Kau corakkan untukku. Bantulah aku untuk melepaskan apa yang patutku lepaskan sejak lama dulu. Kurniakan aku ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi ujianMu ini.
Ya Tuhanku , diriku  … hatiku  seluruhnya adalah milikMu yang kau pinjamkan padaku untuk hayat ini. Kau amanahkan kepadaku buat mencari redhoMu … maka ampunkanlah aku atas kelancangan tindakku hingga aku melukakan hati insan lain sedangkan hak diriku sendiri tidakku tunai. Sesungguhnya  aku amat sedar bahawa syurga dan neraka itu benar.
Ya Allah , tiada yang terselindung dariMu … maka maafkanlah aku , ampuni aku.
Ya Allah dari lubuk hatiku kupohon , simpulkanlah hatiku dengan sifat seorang hamba hingga redhaMu menjadi matlamat hidupku. Amiinnn…”


Ibrah sebuah kehidupan …

Tika hening menghentak jiwa resah
Gerangan apa mengocak jenjam sukma
Menyendal  tersumpal mengundang gundah
Mencengkam nadi membunga lara

Tika hening menghentak jiwa resah
Ku harap biar alah diri ini membawa bungkam
Ke suatu arah yang tak kunjung
Tika pangkalnya kian menjauh
Tenggelam dek pandangan
Diselaputi kabus bergalas amanah
Memberat lalu memasung tangan menjangkau

Kiranya aku sudah terlalu lama faham
Akan ditarik songsang rasa itu
Lalu kukaut segala biar tersisip rapi
Hingga menjadi untaian sejarah nan tak terlepas
Kupasak pada sudut paling diam
Dalam sukma diri bagai ukiran terpahat mati***ojai


-peace-
>__<

Monday 4 November 2019

Lukis jea ... belajar memahami ... menghargai

Lukis jea ~ belajarlah memahami ... menghargai

Hari ini , peperiksaan spm fasa 2 bermula. Anakandaku, juga salah seorang calon spm tahun ini.
Jauh dr mataku, tapi jujur...debaran hari pertama peperiksaannya terasa dalam hatiku.
Mungkin kerana aku amat 'kenal' anakku ... debar di dadanya juga menjadi debar di dadaku.

Pagi ini aku sama2 meraikan anak2 sekolahku yang turut mengambil spm. Aku mengharapkan kejayaan buat mereka seperti juga aku amat mengharapkan kejayaan buat anakku sendiri.
Tersentuh hati ... bila ada sorang anak sekolahku ini , menitiskan air mata sedih dan sebak kerana hadir ke sekolah dengan.pakaian seragam.yang kurang sempurna.
Lagi ditanya...lagi merembes air matanya. Seorang teman memegang tanganku , memberi isyarat kepadaku agar jangan teruskan pertanyaan.
Dia lalu membisikkan kepadaku akan masalah yang dihadapi anak ini.
Hatiku tersentuh ... lalu dalam diam aku mendoakan agar dia tabah dan tenang menduduki peperiksaan spm hari ini dan.hari2 seterusnya.

Selalu ingat ... dalam kesempitan, pasti ada kesempatan.
Terpulang pada kita bagaimana mahu mencari kesempataan itu.

Semoga Allah sentiasa menjadikan kita semua, hamba2Nya yang sentìasa tabah dan sabar, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Doaku ...
"Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur dan gantikanlah setiap kehilangan itu dengan yang lebih baik.

Aamiiinnn

-peace-
>__<