Popular Posts

Friday, 24 February 2017

Sekolahku syurgaku ...." afiq qusairy"

Lukisan lama dengan cerita baru ...

Hari ini waktu mengajar agak senggang ... ada 2 kelas sahaja untuk subject Sains. 2 waktu untuk setiap kelas.

Penuh semangat ... hari ni aku agak tergesa2 ke kelas pertama , memanjat tangga blok 2 ini hingga ke tingkat 4. Haishhhh ..... penatlah gak. Nak wat camne ... demi menunaikan tugas. Semoga Allah menerimanya sebagai amal kebajikanku.

Sampai di kelas ...1ń£ddz
"Mana salam untuk cikgu?"
"Woii!!! bangunlah .... Assalamuaikum cikgu!"
"Waalaikumussalam ... baca doa"
Maka doa belajarpun dibaca dan aku akan mengaminkannya ... lalu kusambung ,
"Ya Allah permudahkanlah , jangan dipersulitkan dan akhirkanlah segalanya dengan kebaikan.
Ya Allah ... bukalah pintu hati kami untuk menerima cahaya ilmumu. Pandai dan bijakkanlah kami. Muliakanlah kami dengan ilmu pengetahuan dan hidup dan matikanlah kami dalam iman dan islam".

Okey ... semua. Ni cikgu dah tanda buku korang. Malangnya masa cikgu tanda rasa kecewa sangat.
Sebab apa?
Sebab banyak sangat kerja2 yang tak siap. Walhal semuanya telah kita bincangkan sama2 dalam kelas. cikgu masa tanda tu rasa nak marah.
Tetiba ... "cikgu! mana boleh marah2 ... nanti cepat tua. tak comel!"
"Hrmm ... takde makna comel awak tu halim!. Awak lagi teruk ... langsung tak hantar buku!!".
"Cikgu ... cikgu ... kalau cikgu nak saya buat kerja cikgu jangan panggil saya halim, cikgu panggillah saya Afiq". permintaan bukan2 halim. Anak murid aku yang tak habis2 nakkan perhatian.
"Apa?. Afiq?". tanyaku.
"Cikgu ... kalau semua cikgu panggil saya Afiq Qusairy , baru saya nak jadi rajin dan baik".
"Betul?". tanyaku meminta kepastian.
"Betul...tapi semua cikgu kena panggil saya Afiq Qusairy. Tak mau halim".
"Okey ... cikgu bagitahu sekarang jugak kat group whtsapp rasmi cikgu2. cikgu minta semua guru panggil awak afiq qusairy. Macam tu boleh?".
"Okey. cikgu hantarlah...".

Maka akupun melayan lah permintaan anak muridku ini .

... dan akhirnya Afiq Qusairy melengkapkan kerja2nya yang tertangguh ... dan aku keluar dari kelas sebaik sahaja loceng berbunyi sambil kepalaku ligat berfikir ....
"Siapa Afiq Qusairy?"
"Selebriti?
"Atau ... "

Mana2lah afiq .... asal saja kau mahu berubah ke arah kebaikan.
Moga Allah jadikan kamu istiqomah dlm kebaikan


-peace-
>__<

Thursday, 23 February 2017

Sekolahku syurgaku ... " ayam Kahwin"

Lukis jea ... lama dah lukis  lukisan ni ... 9 Disember 2015
Tiap lukisan pasti punya cerita tersendiri ...
Tapi hari ini aku guna lukisan lama ini untuk cerita yang baru ...
"Sekolahku Syurgaku"
Hmm ... kisah 'ayam kahwin'!

Jam 10:35 aku bergegas ke kelas 4Y.
Buku rekod , beg marker dan peralatan tulisku bimbit sama. Berjalan laju menuju ke blok 2.

"Assalamualaikum ustazah!"
"Assalamualaikum ustazah!"
"Assalamualaikum ustazah!"

Sepanjang laluan dari bilik UPSM(Unit Pembangunan Sahsiah Murid) hingga ke kelas 4Y ucap salam kuterima bertubi-tubi. Alhamdulillah ... anak2 didik di sini tidak lokek membuat 'pahala cara mudah' menyebarkan salam sambil melemparkan senyuman. ^__^
Ironinya ... mereka memanggil aku , seorang guru sains dan fizik sebagai ustazah!.  Sering saja rakan2 ustaz mahupun ustazah sekolahku ini senyum2 simpul mendengar panggilan itu ditujukan kepadaku ... dan aku ... sering saja membalas senyuman itu dengan ungkapan yang sama ...
"Nak buat cam mana , aura kebaikan tu terpancar pada wajah" dan pastinya selorohku itu disambut dengan senyum tawa dari mereka.

Sampai di kelas...
"Mana salam untuk cikgu?". tanyaku hampir setiap kali masuk ke kelas 4Y. Aku sedia maklum 4Y ni kelas hujung...benda senang seperti memberi salam pun harus dipinta dan aku ... tak kesah meminta2 diberi salam oleh mereka. ^__^

Hana: " Assalamualaikum cikgu!". Kata Hana, ketua kelas 4Y setelah semua rakan2 sekelasnya bangun.
"Waalaikumussalam. Baca doa". Balasku sambil mengangkat tangan untuk berdoa ... maka beramai2 anak2 4Y membaca doa belajar. Aku hanya mengaminkan doa mereka. Selesai mereka membaca doa lalu segera kusambung dengan doa ...
"Ya Allah,   bukalah pintu hati kami untuk menerima cahaya ilmumu. Pandai dan bijakkanlah kami. Muliakanlah akhlak kami dan hidup dam matikanlah kami dalam islam dan iman".
"Aamiiinnnn"

"Okey ... siapa ingat semalam kita belajar pasal apa?"
.... Senyap ....
"Kita belajar pasal apa ye?"
... senyap ...
Lama ... baru ada yang jawab.
'Gen cikgu' ... jawab Wani.
"Ya Allah ... bagusnya anak murid cikgu ni. Dia ingat lagi apa yang kita belajar semalam". Sengaja aku memuji2 Wani berlebih2an. Anak2 kelas hujung ni bukan selalu terima pujian.
'Jangan kedekut memberi pujian kiranya pujian itu mampu menambahkan keyakinan dan jatidiri anak2 kita.
Sedikit yang kuberi ... akhirnya kelas mulai riuh. Ada saja yang cuba menjawab tiap kali soalan diaju.

"Okey ... harini kita akan mulakan bab baru ... keturunan dan variasi.

Maka mulalah sesi pembelajaran hari ini ...
Gen ... DNA ... Kromosom ... nukleus ... mitosis ... meiosis hinggalah persenyawaan antara sperma dan ovum yang kromosomnya membawa maklumat genotip yang akan diterjemahkan secara fenotip pada jasad anak yang dilahirkan ... bla ... bla ... bla ....

Cerita pasal pewarisan ciri dan sifat daripada ayah ibu  membuatkan anak2 kelas 4Y ini sunggud teruja.
... kebolehan menggulung lidah ...
(Terjelir2 derang menunjukkan skill masing2)
...jenis cuping telinga ... bebas atau melekap...
(Jenuh nak suruh derang berhenti usha telinga kawan2)
...jenis rambut ... warna kulit ... bla ... bla ... bla...

Akhir sesi pembelajaran ...
"Okey , ada sesiapa nak tanya soalan?"
"Saya!!!". jawab Isya , mengangkat tangan sambil terus berdiri.
"Ya Isha..."
'Cikgu , macam mana ayam kahwin?"
(Nak tersembur gelak aku memdengar pertanyaan itu)
Pantas aku menahannya dengan bertanyakan soalan ...
"Awak tak pernah tengok ayam kahwain?"
'Tak!!!"
"Betul?...tak pernah tengok ayam kahwin?" aku mengulang pertanyaan yang sama.
'Betul cikgu. saya pun tak tahu macammana ayam kahwin'. kata sorang lagi.
'Cikgu jawablah ... macam mana ayam kahwin?"
"Ayam kahwin tu bila ayam jantan duduk atas ayam betina ... tu ayam tengah kahwinlah tu"

'Duduk macam mana cikgu?"
"Haishhh kamu ni ... mari sinilah cikgu tunjuk". jawabku sambil mengeluarkan tphon bimbitku. lantas segera aku menggoogle 'ayam kahwin' ... dan hasilnya, mangagumkan.!!! Siap lengkap daripada proses mengoratnya sampailah habis 'aktiviti ayam2tu'
"Erggg...kejap je cikgu?".
"Ya ... kejap je"!. Jawabku sambil melengkapkan buku kawalan kelas sebelum keluar meninggalkan kelas pada hari itu....




-peace-
>__<


Saturday, 18 February 2017

Lukis jea ... buat kamu cahaya




Lukis jea ... anakanda

Lukisan pensil

Anakanda ...
Tiada  seberapa lukisanku. Wajah asalmu jauh lebih indah di mata ini. Pun begitu terimalah ianya seadanya , tulus dariku buat kau kenang kelak di suatu ketika.

Anakanda ...
Ingat pesananku ... tunaikan janjiku pada yang Esa.
Kau kupinta dariNya buat menjadi penegak agama. Menjadi pembela mereka yang dianiaya. Penentang kebatilan yang bermaharajalela.
Bermatlamatkan satu ... redhoNya demi kasihNya agar kita dijauhkan dari nerakaNya. Atas kasih sayangNya ... kupohon syurga buat kita.

Anakanda ...
Aku bukanlah yang sempurna. Malah terlalu jauh dari itu. Pun tak pernah lepas dari berbuat dosa. Namun ingatlah putraku ... walau seburuk manapun aku , selagi ada hayat ini ... doa pasti kutitip buatmu, agar perjalanan hidupmu sentiasa diberkatiNya
Dan tiada satu dosamupadaku yang tidakku maafkan. aku redha padamu selagi kau mengEsakan Dia yang satu.

Ingatlah ... segalanya ...
"Demi islam kerana Allah"

Salam sayang yang abadi dariku buatmu.

-peace-
>__<


Tuesday, 14 February 2017

Lukis jea ... 'tempat jatuh ini ...'

Lukis jea ... tempat jatuh - 13 februari 2017
(Minda luar sedar telah mengheret tangan ini silap mentarikhkan lukisan 'tempat jatuh' , sebulan lebih lambat dari tarikh sebenar. Haishhh ... hakikat aku insan biasa. seringkali silap dlm serba serbi.

Lama sangat tak melukis.
Terlalu sibuk atau mungkin juga menyibukkan diri ...
Bila malam menjelma, mata terlalu berat dan minda sudah lelah mahu memikirkan apapun.
Tidak perlu menunggu lama ... seketika sudah hanyut dibuai mimpi.

Apapun bentuk mimpinya ... indah , buruk atau mungkin angan yang tidakkan pernah kesampaian tidak perlu digusar kerana sudah pasti dunia ini bukan syurga.

Bak kata bijak pandai ...
"Dunia ini suatu persinggahan".
... dan hakikatnya ...
Banyak persinggahan yang antaranya punyai makna yang mencorak warna kekal dalam mengukir erti sebuah kehidupan.

Doaku ... walau apapun makna yang terukir biarlah ianya mampu menzahirkan ketenangan dan redha dlm jiwa akan suatu ketentuan yang menjadi takdir perjalanan dalam persinggahan yang singkat di dunia ini.




-peace-
>__<

-kuatkan aku Tuhan-