Popular Posts

Wednesday, 6 August 2014

Lukis jea - Rindu ...


Rindu ...


Rindu ... rindu pada masakan arwah mak - ikan keli goreng belada ( Sejak arwah emak pergi , tekak aku langsung tak boleh
terima apa jua masakan ikan keli , ikan sembilang atau ikan2 yang seumpamanya) , popia basah mak , kuih pau kacang mak, gubahan bunga mak (yang terlampau sangat kreatif) , rindu pada taman-taman bunga mak , rindu pada rumah orkid mak yang penuh bunga (Malangnya aku kurang berbakat dalam gubahan dan hiasan taman) dan rindu segala-galanya tentang arwah mak.

Sungguhpun patah tumbuh hilang berganti namun tak mungkin sama kerana tiap manusia itu unik dan tersendiri. Arwah mak memang tersendiri dan teramat unik ... tiada duanya ... dan aku ingin sekali mewarisi segala bakat kreatifnya ... 


Rindu juga pada banyak perkara lain ...
1. Rindu pada kak Lin di zaman kanak-kanak dulu ( Kak Lin yang suka memasak)
2. Rindu pada abang tatan sewaktu bujangnya ( Seorang abang yang sentiasa mendahulukan adik-             adiknya -dulu!)
3. Rindu pada sungai tempat aku curi-curi belajar berenang dan abah yang merambat kami (aku ,               kak lin dan ima) dengan motor vespanya sambil memegang kayu di tangan! ( Hahaha kenangan      
    terindah-malu gilerrr...)
4. Rindu pada gelongsor dan buaian abah buat masa kecil dulu dan kak Lin yang menyanyi kuat        
    sambil berbuai.
5. Rindu pada buah limau bali yang penuh pokoknya di keliling rumah- sampai aku tak larat nak        
    makan.
6. Rindu pada sahabat baikku di sekolah rendah - Anita Bahari yang sangat kuat berlari ( sentiasa        
    nombor 1 sedangkan aku selalu di belakang!)
7. Rindu pada masa laluku dan semua yang hadir di masa itu ... rindu juga pada teman yang              
    menghilang.
8. Rindu ... rindu pada semua.
Doaku dan harapku agar Allah sentiasa memberkati hidup kalian ... "Ya Allah , berkatilah mereka yang telah membahagiakan hidupku ... Amiiinnnn"