Popular Posts

Sunday, 14 September 2014

Lukis jea ... tika hujan turun


Hujan ... Bawalah damai ...

Dari jendela ini ...
Aku memerhatikan hujan yang turun
Membingit suara  hujan yang kian melebat
Meow di sisiku diam tegak menikmati
Mungkin juga kagum melihat fenomena indah
Anugerah tuhan buat seisi alam

Dari jendela ini kususuri masa silam
Kian kelam ditelan detik yang berlalu
Lantas teringat olehku bicara indah ...

"Lupakan kisah lalu yang membuatkanmu menangis lalu tumpukan pada yang melengkapkan senyumanmu hari ini kerana Allah sentiasa tahu apa yang terbaik buatmu"

Ingatan buatku juga buatmu teman yang pastinya juga mempunyai masa silam ...







                             -peace-
Maaf jika masa silammu itu ada aku yang membuatkan kamu menangis , tidak kiralah kecil atau besar perananku kerana aku juga sepertimu , manusia biasa yang sering saja salah tindak walau bukan itu niatku.