Popular Posts

Tuesday 2 July 2019

Lukis jea ... 'Buluh'

Lukis jea ... " Buluh"

Kelas PSV 4 Gigih
#Mengajar anak didik berkarya dengan mengaplikasikan prinsip rekaan imbangan dan harmoni.
Juga memberikan penekanan kepada unsur jalinan dan ruang.

Menjadi guru kelas2 begini memang kena sama naik dengan mereka.
Maksudnya?
Kau kena buat apa yang kau kata.
Jadi ... setiap kali aku memberikan mereka tugasan ... maka aku akan buat sama.
Tentunya akanku pastikan hasil tanganku lebih baik daripada hasil tangan mereka. Kalau tak cam mana nak dapat 'respect' dari mereka?
Dan cam mana aku nak pastikan mereka buat tugasan yang aku beri kalau aku tak buat 'muka confident'😉

Korang fikir ... senang ke nak suruh anak2 remaja ( lelaki terutamanya) , umur 16 tahun melukis?
Kalau tak iya2 ... alamatnya derang buat 'bodoh' je.
Lagi teruk derang buat pekak ... letak kepala atas meja n tidur!!!

Nak marah? ... salah! Melanggar SOP
Nak halau keluar kelas? ... salah! Melanggar SOP
Nak pukul atau rotan? ... salah! Melanggar SOP
Nak denda ketuk ketampi? ... salah! Melanggar SOP
Nak suruh berdiri? ... salah! Melanggar SOP
Camne lak boleh langgar SOP?
Semua benda yang cikgu buat kalau menyebabkan murid tersinggung, malu, dan 'stress' ... maka itu dikira melanggar SOP.

So apa pilihan yang cikgu ada?
Ambil positif ... bergerak dalam batas yang dibenarkan.
Cara aku ialah 'perkasa'kan diri dari segi ilmu dan perwatakan.

Dah tercapai atau belum?
Bukan aku yang nilai ... pada aku, kita cuba yang terbaik. Hasilnya kita serahkan kepada Allah.

Cam aktiviti melukis ni ...
Aku ajar sebab amanah dan minat.
Lebih utama ... Ia bantu aku mendekati anak didikku yang perlu didekati.

Akhir kalam ... stay strong n let's spread aura positif💪💪💪


-peace-
>__<

Lukis jea ... 'Jangan mudah putus asa'

Jangan mudah putus asa ...
Lukis jea ... baiki keadaan
Walau hanya sebuah lukisan ... terapkan nilai , "usah mudah putus asa, baiki keadaan...jangan musnahkannya!".
Kukuhkan nilai itu dalam jiwa sebab dalam hidup ini tentunya kita akan diuji ... dalam hubungan ... kerjaya ... keluarga dan sebagainya. Positifkan diri dan sentiasalah berusaha untuk.memperbaiki keadaan.
Namun ... dalam kita berusaha membaiki keadaan , ada ketikanya kita juga harus belajar dan tahu untuk 'melepaskan'. Apa saja di luar kuasa dan daya kita ... setelah berhempas pulas bertahan ... andai tidak juga mampu dicapai dan digenggam
Maka ... belajarlah untuk melepaskan🙂

Moga dengannya kita lebih tenang menghadapi hari muka.


Beberapa orang anak murid Pendidikan Seni Visual aku mudah sangat 'give up'.
Lukis sikit ... rasa2 tak cantik, konyokkan ... buang ... then buat baru. Tak cantik lagi ... konyok dan buang. Gitu lah , hinggakan masa peperiksaan pertengahan tahun hari tu, ada yang hantar kertas kosong yang penuh kesan padam dan ada juga yang langsung tak hantar kertas 2(lukisan) sebab asyik ... 'konyok dan buang'!!.
Terlalu nak yang ideal ... hinggakan tidak mampu menyelesaikan tugasan yang diberi.

Inilah lukisan yang hendak dibuang ... sayangkan. Bukannya cacatpun. Pada aku , lukisan ni cuma belum diselesaikan dengan sempurna. Sayang sangat jika dibuang.
"Jangan buang ... boleh dibaiki tu", kataku
"Takpelah cikgu ... saya tak nak. Tak cantikpun. Saya nak buat baru".
"Eh! Janganlah. Bukannya tak boleh dibaiki. Meh cikgu tolong ajarkan. Kita baiki".
"Takpelah ... tak nak. Saya nak buat baru. Ini dah rosak".
"Betul tak nak?"
"Betul!!!"

"Ok ... jangan buang, biar saya buktikan. Lukisan ni boleh diindahkan jadi sempurna!".
Maka aku mula tambah dan tolak mana yang patut ...

Ketika aku sedang 'mengharmonikan warna langit' ... muridku ini berkata, "Eh, lawalah pulak menyesal buang"

"Hahahahahaha ... baru nak menyesal, tadi orang cakap tak  nak percaya!".


-peace-
>__<