![]() |
Lukis jea...aku sabar menunggu Dah 4 jam aku tunggu Tapi yang di tunggu tak kunjung tiba Hmm....sabar itu indah Dan Jangan marah -peace- >__< |
Popular Posts
-
Lukisan jea ... 5 Disember 2015 Puisi: Usah disanggah Kujejaki denai-denai nan kian menghilang Dek suburnya rerumput yang menjalar...
-
Kisah bunga mawar ... ada orang panggil bunga ros , ada orang panggil bunga mawar ... aku?. Aku lebih suka panggil bunga jenis ini seba...
-
Lukis jea ... Oh teratai... Dalam banyak2 jenis bunga yang ku tahu , teratai juga yang tercantik di mataku 2. Lalu aku 'trace...
-
Bagai nangka busuk jatuh! ... itulah keadaanku apabila cuba mengemaskan atas almari pakaian anakku Sabtu lepas. Dek kerana malas nak meno...
-
Lukis jea ... Keluarlah melihat dunia Buka matamu luas- luas dan tinggalkan sarung telur itu. Ayuh!! Terokai dunia ... Hmm ... Aku pili...
-
Lukis jea...teratai oh teratai... Hari ini aku lukis teratai lagi Sebab? Teratai bunga indah Dan Aku suka bunga teratai Menghiasi kolam d...
-
Lukis jea ... Apa nilai 'sahabat' bagimu? ... Petang itu Dilaila masih perlu ke kelas 'Lukisan da...
-
Lukis jea ... Kembali membelek lukisan ku ini ... 14 Nov 2014 Lama dulu ... sebuah lukisan dan cerita disebaliknya. Ku tumpangkan di ruan...
-
Lukis jea ... selami ia ... Lukis jea ... Jom lukis ... kerana melukis itu merupakan cara mudah mengekspresi rasa diri ... juga boleh...
-
Sekolahku syurgaku ... Merekalah yang mengisi dan merupakan satu daripada taman-taman 'syurgaku' di sekolah ... anak2 muridku (Physi...

Friday, 30 January 2015
Lukis jea...aku sabar menunggu
Labels:
Lukisan jea

Thursday, 29 January 2015
Lukis jea...gerun d hatiku
Labels:
Lukisan jea dan puisi

Wednesday, 28 January 2015
Lukis jea...si re'ndang
![]() |
Lukis jea...siren'dang Aku teringin jadu si ren'dang Buar ramai yang dapat menumpang teduh Kenapa? Sebab bumi dipijak ini milik Allah. dan aku hamba yang tercari2 redhoNya. -peace- >__< |
Labels:
Lukisan jea

Friday, 23 January 2015
Lukis jea...menunggu
Labels:
Lukisan jea

Thursday, 22 January 2015
Lukis jea...Amanah
![]() |
Lukis jea ... Amanah Atas dasar tanggung jawab sebagai apa saja... Makanya sering kali kita 'harus' melakukan atau 'akan' mampu melangsaikan Terpulang bagaimana mahu mentafsir -peace- |
Labels:
Lukisan jea

Saturday, 17 January 2015
Lukis jea...Semuanya pinjaman
Labels:
Lukisan jea

Friday, 9 January 2015
Lukis jea ... tika mata tak mahu pejam
![]() |
Lukis jea...tika mata tak mahu pejam Sudah menjelang pagi dan mata tak mahu juga pejam... Lagi pula rindu nak bermain warna _peace- >__< |
Labels:
Lukisan jea

Tuesday, 6 January 2015
Lukis jea...Air terjun dari kacamataku
Lukis jea...air terjun dari kacamataku Rasa lama tak melukis Rindu.... 'Moga mampu mengundang damai pada yang melihat' -peace- >__< |
Labels:
Lukisan jea ...

Friday, 2 January 2015
Lukis jea...selangit mimpi 2015
Lukis jea... selangit mimpi Menjelang 2015 Moga 2015 menjadikan.kita lebih dewasa Dalam menghadapi dugaann |
Maka berbungalah harapan
Dengan tona2 kehidupan
Pada banjaran impian yang berbukitkan cabaran
Mencecah awan buat menggapai selangt mimpi
Labels:
Lukisan jea ...

Thursday, 1 January 2015
Fikiranku...'Pohonku sempena hari lahirku'
![]() |
Hajatku |
***Selamat ulang tahun ojai...***
Dalam ingatan jelas terbayang
Mengusik rasa yang lama tenggelam
Bukan dek banjir bah yang mendatang
Tapi dek putaran waktu siang dan malam
Sebiji kek sebagai pembayang
Sebatang lilin membakar usia semalam
Mak...abah...adik-adik tercinta
Kali pertama kejutan buatku teruja
Aku yang selalu keras susah nak kata
Keras hati dan keras kepala
Juga keras kaku bila dimanja...
Senyum bagai sumbing bila mereka tertawa
"Selamat hari lahir anakanda tercinta!"
Tersipu aku hilang gaya
Memotong kek tanpa suara
Cerita itu cerita lama
Mak pun kini berdekad dah tiada
Menjadi kenangan di laluan masa
Tersimpul kemas sepanjang usia
Hari ini aku bermunajat
Sempena setahun lagi umurku panjat
Izinkan aku menyata hasrat
***Buatmu teman sepanjang hayat***
"Sempena hari lahir aku tahun ini , aku bermohon kepadaMu ya Allah yang Maha Pemurah agar menunaikan segala hajatku buat diriku dan temanku"
Ya Allah, aku bersyukur kerana masih bernafas hingga kini dan aku amat bersyukur atas kurniaanMu yang telah menemukan dan menganugerahkan kepadaku teman yang banyak mengajarku erti cinta dan kasih sayang sesama insan.
Sakit menyakiti, singgung menyinggung, marah dan benci yang silih berganti mendewasakan aku hingga menjadikan aku lebih menghargai erti dan persahabatan yang disandarkan kepadaMu.
Hingga keikhlasan itu timbul buat melihat satu sama lain sentiasa berada dalam redhaMu di dunia ini hingga ke akhirat.
Ya Allah...
Terlalu banyak kepahitan yang pernah kuwarnakan dalam hidupnya maka izinkan aku memaniskannya dengan ketulusan ukhuwah tanpa berhajat akan sebarang balasan dan syarat.
Gantikanlah kepahitan yang pernah mengelamkan warna-warna hidupnya dengan tawa bahagia yang mengundang damai dalam jiwanya.
Ya Allah...
Aku bersyukur atas keluarga yang Kau kurniakan kepada ku dan kepadanya masing-masing. Campakkanlah mawaddah wa rahmah yang berkekalan dalam tiap hati-hati kami. Hingga keluarga yang Kau kurniakan ini akan lebih mendekatkan kami kepadaMu.
Bantulah aku dan temanku ini dalam melaksanakan tanggung jawab kami sebaik mungkin dan dalam menjalankan peranan kami agar setiap ahli keluarga kurniaanMu ini sentiasa dalam keberkatan dan redhoMu.
Ya Allah...
Hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran hingga ada masanya kami menjadi lemah dan kecewa.
Malah lebih parah bila kesenangan dan kesibukan dunia melalaikan kami daripada mengingatiMu.
Maka ampunkanlah kami dan janganlah ya Allah Kau biarkan kami terus-terusan lalai dan leka, tertipu dengan keinginan kami sendiri atau terpedaya dengan seribu alasan yang kami cipta.
Tetapkanlah kami atas jalan yang Kau redhoi dengan cita-cita menegakkan daulah islamiah yang terus subur di hati.
Bantulah kami untuk menyandarkan segalanya kepada yang haq-diriMu ya Allah.
Ya Allah, akhir permintaanku...
Jika satu hari nanti Kau takdirkan aku dan temanku ini mati maka matikanlah kami sebagai syuhada' dalam memperjuangkan agamaMu.
Bagaimana , di mana dan bila waktunya ku serahkan padaMu ya Allah. Mohonku agar kau tabahkan kami dalam mengharungi laluan ke situ yang pastinya bukan mudah dan mungkin tak pernah kami jangka atau bayangkan ... Aminnnn ...
Perkenankanlah dan tunaikanlah hajatku ini Ya Allah.
-pohonku sempena hari lahirku-
-peace-
>__<
2-1-2015
2-1-2015
Labels:
Fikiranku

Subscribe to:
Posts (Atom)