Popular Posts
-
Jangan mudah putus asa ... Lukis jea ... baiki keadaan Walau hanya sebuah lukisan ... terapkan nilai , "usah mudah putus asa, baik...
-
Jom bermain warna ... Dinihari di rumah rakit Wak Sempuh Lukis jea ... menanti kemunculan sang mentari Inilah hasil lukisan aku kali ...
-
Puisi ... tika merenung Tika merenung ... tenangnya air di kali Ada anak-anak keli menjenguk melayang pandang Barangkali terpe...
-
Lukis jea ... Kembali membelek lukisan ku ini ... 14 Nov 2014 Lama dulu ... sebuah lukisan dan cerita disebaliknya. Ku tumpangkan di ...
-
Lukis jea ....melihat senyuman baby ni saja sudah cukup buat aku tergoda utk melukis wajahnya. Comelkan dia 😍 Saja aku gandin...
-
Lukis jea ... Tebarkan jala itu Jangan dibiar tergantung molek menadah mentari Kelak mereput tiada berguna... Maka 'Tebarlah jal...
-
Lukis jea ... lukiskan Ketika bunga ini kulakarkan Atas kertas putih ... Kuzahirkan sama ketulusan Lahir dari kalbu Lalu kuterjemah...
-
Hidup Harus Diteruskan Lukis jea ... Hidup harus diteruskan Hidup ini bukan untuk kita melakar mimpi Ianya perjalanan kisah y...
-
Novel 2 : "Selepas Hujan..." Dah lama ... dah lebih dua tahun jugalah novel ni siap. Tak lama selepas aku siapkan 'Keranamu ...
-
Anakanda2 ... Hari ini aku melihat mereka melukis watak2 kartun kegemaran mereka ... kartun jepun, Naruto?. Akupun kurang pasti :3) K...
Saturday 10 May 2014
Aku Puterimu Abah!
Resah gelisah abah menanti
Oh! Anak apa agaknya kali ini , harap-haraplah lelaki
Zuriat sebelum ini sudah sepasang kurniaan diberi
Alangkah baiknya jika berselang seli
Itupun jika Allah izinkan ... apapun kurniaNya pasti disyukuri
Apasallah belum lahir lagi?
Sinar mentari sudah semakin meninggi
Nanti kalau tegak di kepala , degil pulak budak ni!
Itu kata orang tua-tua , entah sesuai ke tidak diguna lagi
Zuriatku! Zuriatku! Ya Allah kurangkanlah kesakitan isteriku ini
Alhamdulillah ... seorang lagi puteri menjadi penyeri
Harap besar nanti jadi manusia berbudi tinggi
Besarlah segera wahai puteriku penyeri keluarga
Inilah dunia penuh pancaroba , hadapi dengan hati terbuka
Nanti pastinya kau kan diduga , itu sememangnya adat dunia
Tika itu jangan sesekali kau bersedih berduka
Ingatkan diri Allah sentiasa ada , takkan sendirian walau seketika
Masa berlalu mengikut janjinya
Onak ranjau mematangkan manusia
Hari berganti merubah segala
Dahulu kau anak kini telah dewasa
Sayang abahku puterimu ini sudah berkeluarga
Harinya kini sibuk sentiasa , berjumpamu sekali sekala
Apapun harapnya abah bahagia , tak pernah dilupa
Riang hatinya bila bersua walaupun hanya sesekali sahaja
Itulah adat seorang puteri , taatnya hanya seketika
Fahamlah abahku sayang , puterimu ini harus patuh segala
Fahamlah abahku sayang , sayang buatmu sentiasa ada
Terima kasih abah atas nama indah yang kau berikan - Rozai Asnizah Binti Mohd Shariff
Terima kasih abah ...aku sayang abah dan aku puterimu selamanya.
Labels:
puisi
Hijau-biru : Dua warna yang sentiasa cantik di mataku. Seindah warna alam - lelangit dan lautan yang membiru dan pepohonan yang menghijau. Esanya Tuhan yang Maha mencipta!.
Amat menghargai ketulusan dalam semua urusan hidup dan percaya apa saja dari hati akan sampai ke hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ni pe kes ?. balik kampung ada la abah komplen ye. rumput dan pokok ketapang dah tebang bagi senang anak nak balik parking kereta. hehe
ReplyDeleteHmm ... takdelah berkes-kes cuma ... den rindu kat abah den je.
DeleteKot den ni burung , den tobang balik malam , pagi kat sini smula.