BAB 26 : BERAT
HATI BERPISAH
Bahtera kitaPunah dipukul gelora sedang pantai masih belum kelihatanSedang kita sama-sama mencungap cuba menggapai ... dan jarak yang semakin jauh ... |
“Bang, Ziah
sebenarnya berat hati nak tinggalkan abang ... tapi,
“Abang , benarkah abang izinkan Ziah
pergi?”. Tanya Ziah. Hatinya berbelah bahagi.
“Pergilah. Dia memerlukan Ziah
sekarang ni ... jangan dirisaukan abang di sini , abangpun sudah hampir pulih
sepenuhnya. Mak , Abah , Miahkan ada. Lagipun bukannya lama , dua hari je kan”.
Abang Anip menenangkan hati Ziah. Sejak menerima panggilan telepon daripada
Diah petang semalam , Ziah menjadi tidak senang duduk. Sahabatnya itu sedang
menghadapi konflik yang maha berat dalam
hidupnya. Konflik antara anak menantu dan mertua , antara suami dan isteri. Konflik
seumpama ini memang terlalu biasa didengar namun sekali menimpa banyak sekali
hati yang terjerut rasa.
Kes Diah dan mertuanya ,
juga Diah dan suaminya menjadi semakin parah apabila kepercayaan antara satu
sama lain semakin pudar dan syak wasangka semakin menyubur.
“Diah dan suaminya?. Suaminya ,
Zuraimie!”. Bergetar hati Ziah menyebut nama itu. Sudah terlalu lama dia
membuang jauh-jauh nama itu dari hatinya.
“Ah! Dia itu bukan siapa-siapa
denganku. Dia itu hanyalah masa laluku, suami kepada sahabat baikku sendiri.
Lagi pula aku kini sedang berbahagia dengan abang Anip , satu-satunya lelaki
yang bertahta di hatiku kini”. Ziah bermonolog , seperti cuba menyakinkan
dirinya sendiri!.
Ingatan
Ziah kembali bertandang kepada tangisan Diah yang tiada hentinya petang semalam.
Tangisan itu membayangkan betapa beratnya tanggungan jiwanya. Ziah seolah-olah
dapat menjangka yang jiwa sahabatnya itu akan punah patah dek pergolakan
hubungan antaranya dengan mertua dan suami. Semua itu menyebabkan Ziah tidak senang duduk dan menjadi teramat risau.
Risaukan kiranya bebanan perasaan yang tidak tertanggung akan menyebabkan
sahabatnya itu mengambil tindakan di luar jangkaan. Tindakan di luar jangkaan? …
tidak mustahil bagi Diah yang tidak habis-habis dirundung malang!!
Terbayang oleh Ziah akan beberapa
kejadian yang pernah dibacanya di dada akhbar
, ’seorang gadis gantung diri gara-gara putus cinta’ , ‘seorang ibu
mengelar leher anaknya sebelum menikam diri sendiri gara-gara kecewa dengan
suami yang curang’ ,’seorang isteri
teruk dibelasah suaminya apabila meminta cerai’ , ‘anak dan isteri cedera
disimbah asid oleh suami yang mengamuk’ dan pelbagai ‘hot line’ lagi yang
menyebabkan Ziah menjadi kecut perut. Ziah tidak mahu peristiwa seperti itu
berlaku kepada sahabat baiknya Diah. Ziah sedar sahabatnya ini perlu dibantu ,
dia harus berkorban meninggalkan abang Anip sendirian , dia juga harus
berkorban melanggar janjinya kepada diri sendiri bahawa dia tidak akan pernah
lagi bersua muka dengan Zuraimie , lelaki yang pernah memberikan harapan palsu
dan memainkan perasaannya suatu ketika dahulu. “Aku akan berkorban demimu
sahabat”. Kata hati Ziah.
Ziah mengimbau kembali
sejarah dan liku hidup sahabatnya itu. Semuanya mengundang rasa sendu di jiwa …
perjalanan hidup Diah yang begitu berliku.
“Huh!!” Keluhnya , sahabatnya ini
tidak sudah-sudah dirundung malang ... bermula dari salah tindaknya juga , mengandungkan
anak luar nikah! lalu ditinggalkan kekasih hati buat selamanya , dibuang
keluarga sendiri dalam keadaan hilang ingatan dan perut yang semakin membuyung.
Dibuang dengan penuh penghinaan yang mungkin tidak akan tertanggung oleh orang
lain. Kini hidup atas belas ihsan lelaki yang tidak pernah dicintainya , menjadi
isteri kepada seorang pak sanggup yang tulus cintanya namun kebahagian masih
belum juga menjadi milik Diah. Lebih-lebih lagi apabila kehadirannya tidak
diterima baik oleh keluarga mertuanya kini. Dia dianggap sebagai racun yang memusnahkan
hidup satu-satunya anak lelaki keluarga itu.
Aku yang ternoda
Aku yang ternoda
Kan hinakah hidupku
selamanya?
Umpama puing-puing yang
tidak pernah berharga
Yang tersasar dari
landasan kebenaran
Angin taufan
menggoncang ranap keamanan
Ngeri mata memandang
penuh jijik syaitan
Ganasnya kalam tanpa belas dan pengertian
Tuhan , bukankah masih
ada pintu taubat?
Engkau janjikan selagi
nyawa belum disekat
Raungan hatiku yang
semakin sendat
Naluriku yang semakin
sarat memberat
Omongan para ustaz yang
kian berkarat
Dek engkarnya manusia
keparat
Aku bertaubat namun deritaku melarat
Ratapan hati Diah …
|
“Bukan
salah mereka. Siapalah yang mahu bermenantukan perempuan yang sudah ‘ditebuk
tupai ini’. Huhh … mungkin inilah balasan atas dosa yang pernah aku lakukan.
Terlajak perahu boleh diundur … tapi sekarang tiada apa yang dapat kulakukan. Benih
yang terus subur dalam rahimku ini adalah bukti kebiadapan yang pernah aku
lakukan”. Ziah masih terngiang-ngiang akan kata-kata Diah kepadanya suatu
ketika dulu.
Ziah berat
meninggalkan abang Anip
“Ziah , nanti abang tak dapat nak
hantar Ziah ke stesen bas. Abah akan hantar tapi nanti bila dah sampai sana jangan
lupa telepon ye. Lagi satu , nanti bila nak bertolak balik ke mari , pun jangan
lupa telepon. Nanti abang minta tolong abah ambik Ziah kat Kuantan”. Pesan
abang Anip.
Kata-kata abang Anip itu menyedarkan Ziah dari lamunannya. Ziah segera mengangguk , terharu mendengar kata-kata suaminya itu.
Wajah polos suaminya itu ditatap.
“Bang , Ziah sebenarnya berat hati nak
tinggalkan abang ... tapi , Diah tu dah macam adik Ziah sendiri. Kami
mengharungi suka duka bersama sejak dari matrikulasi lagi sampailah ke
universiti. Hidupnya tak sudah dirundung malang. Sekarang ni dia betul-betul
tengah ‘down’. Ziah rasa bertanggungjawab pula untuk membantunya.
Sekurang-kurangnya kehadiran Ziah nanti dapat melegakan dan meringankan sedikit
bebanan perasaannya itu” . Ziah menelenggu di hadapan suaminya sambil memegang
lutut abang Anip yang sedia duduk di sofa hadapan ruang tamu rumah itu .
“Ziah , tak mengapa. Abang faham.
Pergilah , abang izinkan ...”. Balas abang Anip penuh pengertian namun jauh di
sudut hatinya mahu saja dia menegah Ziah dari meninggalkannya.
“Abang , jaga diri semasa ketiadaan
Ziah. Ingatlah bahawa Ziah sangat sayangkan abang. Jangan lupa makan ubat bila
tiba masanya”. Ziah mengucup tangan abang Anip. Menitis air matanya untuk
meninggalkan suami tercinta , lebih-lebih lagi dalam keadaan abang Anip
sekarang. ‘Ditelan mati emak , diluah mati ayah’ itulah umpama perasaannya
kini.
“Ya. Janganlah risau , niat yang baik
pasti akan dibantu olehNya. Abang akan setia menanti Ziah di sini”. Balas abang
Anip , cuba berlagak biasa walaupun sebenarnya hatinya amat berat melepaskan
Ziah pergi.
Dengan perasaan yang amat
berat , Ziah akhirnya melambaikan tangan dari dalam kereta milik cikgu Karim ,
bapa mertuanya. Cikgu Karim diam sahaja di sepanjang perjalanan. Dia sebenarnya
tidak setuju dengan tindakan Ziah meninggalkan suami yang masih sakit . “Masakan kawan lebih penting daripada suami sendiri”. Itu fikirnya.
Namun , rasa hatinya itu tidak
diluahkan kerana memang sudah menjadi
pendiriannya untuk tidak campur tangan dalam urusan hidup anak dan menantunya
itu. Apa yang dilakukan Ziah terhadap anaknya selama ini pun sudah lebih dari
yang sepatutnya.
Ziah sudah banyak berkorban tenaga
dan rasa demi memastikan anaknya itu kembali pulih.
“Abah , Ziah pergi untuk dua hari ini
sahaja. Ahad ni ... Ziah balik. Ziah minta maaf sangat kerana terpaksa
tinggalkan abang Anip. Ziah terpaksa ... Diah tu dah macam adik Ziah sendiri. Keadaan
emosinya terganggu teruk. Ziah terpaksa juga pergi” . Ziah mohon pengertian
daripada bapa mertuanya itu.
Setelah sekian lama diam ...
“Huhmmm ... yelah. Buatlah apa yang patut”. Kata cikgu
Karim lalu menghulurkan tangannya kepada Ziah. Ziah bersalaman dan mencium
penuh hormat tangan bapa mertuanya itu.
“Abah , tolong tengok-tengokkan abang
Anip tu. Ziah sebenarnya berat hati sangat nak tinggalkan dia”. Pinta Ziah.
“Huh! Tak usahlah kau risau. Dia tu
anak aku. Takkan aku biarkan dia ... Sudahlah tu ... pergilah. Nanti tertinggal
bas pulak. Tuu ... bas dah hidupkan enjin. Kejap lagi bergeraklah tu”. Cikgu
Karim menudingkan jarinya ke arah bas ekspress ‘Senandung Malam’. Konduktor bas
sedang riuh memanggil penumpang.
“KL!!
KL!! ... bas dah nak gerak!”, jerit konduktor bas itu.
“Ziah pergi dulu abah” . Ziah mencium
tangan bapa mertuanya itu sekali lagi lalu bergegas masuk ke dalam perut bas.
Ziah
memejamkan matanya. Perjalanan yang panjang ini pastinya memenatkan dan lebih
memberatkan perasaannya apabila Ziah asyik terkenangkan suami tercinta yang
ditinggalkan dalam kepayahan. Inilah kali pertama mereka berpisah setelah
bergelar suami isteri.
“ Ya Allah , bantulah urusanku agar
segera selesai dan kami kan segera kembali bersatu”. Doanya dalam hati.
Tinggallah sayang
Tinggallah kasih tinggallah sayang
Ingat aku jangan dilupa
Nyanyian rindu menyapa di lubuk hati
Galasan beban di jiwa kapan kan menghilang
Gelora meronta bila kan reda
Andai bahtera terumbang ambing mencari pantai
Laksana menanti sitembelang menetas di sarang
Lipatan masa sudah pastinya menggoda
Akan terjulangkah janji nan termeterai
Harapan kita mengulit kasih dan sayang
Sakinya jiwa menahan rasa
merindu
Apakan daya semuanya
perlu
Yang merana dia sudahlah tentu
Agah kita sahabatnya sedia membantu
Nanti tidaklah kita perit diburu
Gelisah meraja dek tak mengendah tak ingin tahu
Ziah diulit rasa
|
Kisah Diah
dan kekecewaannya
Tak pernah Diah sangka
perkara ini akan terjadi juga. Bukan
saja Diah ... malah siapapun tidak akan pernah menyangka , lelaki yang kononnya
benar-benar menyintainya kini menekan jiwanya!. Pagi itu Diah seperti biasa
mengambil baju-baju kotor yang dilonggok
di dalam bakul di bilik tidurnya. Kemeja
kerja Zuraimie dibeleknya. Saku nya diseluk , kot ada kad business yang
tertinggal di situ. Habis baju , seluar yang dipakai Zuraimie semalam juga
diperiksa. Lepas satu – satu saku seluar
diseluk. Tiba-tiba tangannya merasai sesuatu , sekeping kertas kecil yang elok
terlipat. Setelah dikeluarkan , Diah membuka lipatan kertas kecil itu. Matanya
tertangkap sekeping resit pembayaran , terbeliak matanya melihat jumlah
pembayaran yang dibuat. Lebih terkejut lagi apabila Diah meneliti tujuan
pembayaran itu dibuat. Resit lawatan ke ‘dance club’!. RM 2850! Itu jumlah yang
perlu dibayar. ‘GRO booking’ sahaja mencecah RM1500!. Apa yang dilihatnya itu
benar-benar mengecewakan Diah. Tandatangan dan nama yang tertera di sudut bawah
resit itu sudah sah milik Zuraimie , suaminya!
“Mengapa Zuraimie pergi ke
tempat-tempat sebegitu?. What kind of services that these ‘girls’ gave him?. Ya
Allah , benarkah apa yang ku lihat ini?”. Diah bagaikan tidak percaya , resit
pembayaran itu masih kemas di genggaman.
… dan Diah tambah sakit hatinya, bila
perkara itu diajukan pada Zuraimie usai suaminya makan malam itu …
“Diah , sebenarnya ... abang tak pergipun
tempat tu . Abang cuma tolong bayarkan bill saja. Itupun di kaunter pembayaran
sahaja ...”. Zuraimie cuba menipu.
“Tolong bayar?”. Diah tidak percaya ,
dia tersenyum sinis. Senyuman yang menghiris luka jantung hati Zuraimie.
“Ingat aku ni bodoh sangat ke?!”. Kata Diah di dalam hatinya.
“Orang lain seronok main perempuan ,
awak pula tukang bayar. Ceh!! Orang bodohpun tahu yang dirinya sedang
diperbodohkan!!”. Fikir Diah lagi.
“Diah pun tahukan ... abang terpaksa
melayan kerenah ‘client’ , nak puaskan hati mereka. Tapi abang tak pergipun. Abang
cuma masuk untuk bayar bill itu!”. Kata Zuraimie bersungguh-sungguh , cuba
mendapatkan kepercayaan isterinya itu. Namun begitu egonya betul-betul tercabar.
Tidak puas hatinya apabila isterinya sendiri sudah mulai curiga terhadapnya
walaupun dia sememangnya membuat onar.
“Macam mana Diah nak tahu sama ada
abang pergi atau tidak?”. Tanya Diah , juga masih tidak berpuas-hati.
“Terpulanglah pada Diah ...”. Zuraimie
menutup perbualan lalu berbaring di sofa panjang sambil memalingkan mukanya dari memandang Diah… dan
Diah benar-benar sakit hati!!!.
Perasaan
tidak percaya
Sudah lebih sebulan
peristiwa itu berlalu ... namun perasaan ditipu dan curiga di hati Diah tidak juga hilang. Keadaan
ini benar-benar telah menjejaskan hubungan mereka berdua. Lebih parah lagi , Zuraimie sendiri sekarang hampir tiap-tiap malam pulang lewat.
“Abang sibuk minggu ni ... esok ada
closing tender... ada presentation ... ”. Dan macam-macam lagi tugasan berat
yang harus diselesaikannya.
Diah menjadi semakin curiga ... syaitan
sentiasa membisik-bisikkan pelbagai perkara buruk dilakukan Zuraimie
menyebabkan Diah tidak senang duduk setiap kali Zuraimie keluar bekerja.
“Ahhh ... apa patut aku lakukan?”.
Fikir Diah.
“Takkanlah aku nak berterus terang ,
beritahu Zuraimie yang aku sekarang sudah tidak lagi
mempercayainya? ... Eeeee ... cari
nahas!”. Diah memerah otaknya mencari jalan terbaik yang patut dilakukan. Suka
atau tidak , Diah cukup sedar Zuraimie sajalah tempat dia bergantung dan
menumpang teduh. Diah tidak pernah menyangkal bahawa Zuraimie sahajalah lelaki
yang sanggup memulihkan dan menaikkan harga dirinya. Jauh di sudut hatinya ,
dia terhutang budi dengan lelaki ini. Hutang yang tidak akan pernah mampu
dibayarnya di sepanjang hayat.
“Aku perlukan bantuan!”. Diah
akhirnya membuat keputusan. Diah perlukan bantuan dan pendapat dari orang lain. Terus wajah Ziah , sahabatnya itu
terbayang di ruang matanya. Telepon bimbitnya dicapai dan nombor telepon Ziah
didailnya.
No comments:
Post a Comment