Lukis jea ...
Kisah semalam ...
Lama juga masa yang kuambil bagi menyiapkan sebuah surat rasmi yang harus kutujukan kepada yang berkenaan , kerana telah membuat keputusan yang menentang arus dan berlawanan dengan keputusan rakan2 sekerja yang lain.
Perkara : Penolakan pemberian 'smartphone' / telepon pintar.
Empat alasan kuberikan atas penolakan tersebut :
Pertama,
Saya memerlukan aplikasi ....... ( lebih baik tidak kutuliskan namanya) yang mesra pengguna.
Saya memerlukan aplikasi ......... yang mesra pengguna dan bukannya sebuah telepon pintar.
Aplikasi seperti whatsapp , telegram , facebook dan lain2 boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat dengan mudah tanpa mengira had umur atau tahap pendedahan terhadap kemahiran dan dunia ICT. Malah pengguna tidak perlu menghadiri mana2 kursus utk menguasai atau menggunakannya kerana aplikasi ini amar mesra pengguna.
Aktiviti perkongsian bahan seperti video , gambar , artikel dan sebagainya boleh dilakukan dengan mudah. Ahli dlm group/ friends boleh berbincang , bertukar idea , berbual atau 'chating' secara maya dan melayari laman2 web yang dicadangkan oleh ahli group / friends pada bila2 masa.
Oleh kerana aplikasi .......... telah diterima oleh pihak ........... sebagai salah satu kaedah meningkatkan amalan pendidikan alaf baru di kalangan guru maka peruntukan kewangan, pemikiran dan tenaga seharusnya ditumpukan ke arah menjadikan aplikasi ini lebih mesra dan mudah diguna.
Kedua;
Majoriti / saya sudah mempunyai 'smartphone'
'Smartphone' merupakan alat komunikasi dengan pelbagai aplikasi yang menjadi 'trend' masa kini. Ramai kanak2 seawal sekolah tadika sudah biasa atau sudah mempunyai 'smartphone' mereka sendiri apa tah lagi saya sebagai warga pendidik.
Syarikat2 telekomunikasi seperti Celcom, DIGI, Maxis, U mobile dan lain2 berebut2 menawarkan pakej telekomunikasi yang amat menarik. Dengan melanggani pakej tersebut, pengguna menikmati pelbagai 'servis' yang termasuklah membuat panggilan /sms kepada pihak lain tanpa dikenakan bayaran tambahan , akses kepada internet hampir tiada had dan sebagainya.
Saya TIDAK melihat dengan memiliki 'smartphone' yang dibekalkan ( ......... ) ini telah memberikan tawaran istimewa , khas kepada guru yang mahu menaiktarafkan pelan data , membuat panggilan/sms kepada jaringan lain melalui pakej berbayar yang ditawarkan.
Ketiga.
Isu kecekapan capaian internet
Saya menyokong hasrat ........ untuk menaiktarafkan/menambahbaik sistem rangkaian ICT di sekolah2 yang menggunakan platform pembelajaran maya dengan mengaplikasikan akses internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.
Malangnya melalui perkhidmaran SEDIA ADA , capaian internet di tempat saya bekerja adalah lemah. Seringkali saya menggunakan 'wifi-hotspot' saya sendiri melalui pakej data mobile yang saya langgani bagi menyelesaikan tugasan2 yang memerlukan capaian/talian internet , tanpa berkira.
Saya tertanya2; Adakah dengan hanya menggunakan telepon ........................ yang dibekalkan barulah capaian internet berkelajuan tinggi pada komputer akan dapat dinikmati?
Keempat
Pengurusan Perbelanjaan Berhemah oleh ................
Saya amat menyokong amalan pengurusan perbelanjaan berhemah ........................... yang menyeru semua rakyat dan organisasi di negara ini agar mengamalkan dasar 'belanja berhemah'.
Isu ekononi negara , GST , subsidi2 barang keperluan yang terpaksa ditarik balik dan nilai mata wang yang semakin jatuh sudah menjadi perbualan di kedai kopi. Golongan yang bertaraf pendidikan rendah juga sudah biasa membahaskan isu2 ini lantaran keperitan hidup yang terpaksa mereka tanggung.
Maka saya tidak sanggup menerima pemberian 'smartphone' ini sedangkan saya sendiri sudah memiliki sebuah 'smartphone' yang memang telah lama saya gunakan untuk akses kepada internet bagi pelbagai tujuan termasuklah mencari maklumat untuk pdp atau menyelesaikan tugasan2 kerja atas talian yang harus saya lakukan.
Saya menganggap , penolakan saya ini adalah sebagai sokongan saya atas amalan belanja berhemah kerajaan. Saya juga menganggap penolakan ini merupakan sumbangan saya kepada masyarakat.
Sehubungan dengan itu , saya berharap agar pihak tuan dapat memahami dan menerima penolakan saya atas pemberian 'smartphone' tersebut.
...............................................................................
*Begitulah 4 sebab yang kuberikan atas keputusan yang ku buat. Surat rasmi penolakan tersebut telahpun aku serahkan kepada ketua jabatanku semalam dan arahan telah dikeluarkan olehnya kepada kerani pejabat untuk meneruskan proses selanjutnya.
Seseorang telah menyapaku , " Orang dah beri ambil je" ... mungkin berita tindakan penolakanku itu telah sampai kepadanya. Aku tersenyum sambil berkata ... " Takpe , saya tak nak".
Kalau ikut hati , banyak lagi sebab dan alasan yang ingin ku tulis tapi akal warasku mengajarku untuk menapis tiap alasan tersebut.
Biarlah ... aku lebih rela merentang arus daripada mengkhianati akal pemikiran diriku sendiri dan profesion yang kupilih. Bagaimana mungkin masyarakat akan memandang tinggi kembali profesion ini sekiranya .......................... ( lebih baik tidak kuteruskan ayat ini).
-peace-
>__<
Aku bukan ahli pada mana2 organisasi politik di negara ini.
Aku hanyalah individu yang menilai dengan mata akalku dan keimanan yang tertanam di dadaku yang merindui sebuah masyarakat dunia yang adil dan mengesakan Allah.
|
No comments:
Post a Comment