Popular Posts

Sunday, 6 November 2016

Novel 2 : Selepas Hujan Bab 10

Bab 10           Salah Sangka
Lukis jea ... tika jiwa membentak!!!

“Abang , Ziah cuma nak tahu kenapa abang pandai-pandai buat keputusan bagi pihak Ziah?”. Kata Ziah dengan nada yang agak jengkel. Abang Anip tidak menjawab sebaliknya terus diam. Kedua tangannya kuat menggenggam stereng kereta. Kalau diturutkan hatinya , mahu saja stereng itu dicabut dan dilemparkan jauh-jauh keluar. Dadanya turun naik menahan marah. “Masakan madu yang kuberi , tuba yang kau balas!!” . Fikirnya.
“Lelaki ego!”. Bentak hatinya , Ziah mematungkan diri. Tangannya memeluk tubuh. Fikirannya tidak tenang.
“Ya Allah , lindungilah aku ...”. Tiba-tiba hatinya menjadi kecut apabila membayangkan semula renungan tajam dan wajah serius abang Anip. Perlahan-lahan Ziah mengerling ke sebelah kanannya. Cuba membaca bahasa tubuh abang Anip ketika itu.
“Oooo ...  tidak!!”. Kecut hatinya melihatkan  keadaan abang Anip sekarang . Wajahnya keras oleh ketegangan yang tidak mampu disembunyikan , urat-urat tangannya pula timbul dek kuatnya genggaman pada sang stereng , natijah yang terhasil atas tindakan untuk  menyalurkan kemarahan yang memuncak.
“Ya Allah selamatkanlah aku daripada amukan lelaki psycho ini!”. Doa Ziah dalam hati.

Ziah sudah bertindak nekad ...
          Ziah lebih kecut lagi apabila secara tiba-tiba abang Anip  menyentap tangan kanannya.
“Aarrrghhhh!!!!”. Ziah terus menjerit ketakutan. Tangannya cuba ditarik tetapi abang Anip dengan cepat menangkap jari jemari Ziah lalu menggenggamnya. Tubuh Ziah menggigil ... takut yang teramat ...  takut diperapa-apakan!
“Tolonglah abang ... tolong lepaskan Ziah”. Ziah merayu sambil cuba melepaskan tangannya. Gigilannya dapat dirasai oleh abang Anip.
“Ziah!!!”. Jerit abang Anip. Jeritan itu membuatkan Ziah terpaku.
“Ziah , maafkan abang kalau abang telah menakutkan Ziah. Abang langsung tidak berniat buruk pada Ziah. Abang ikhlas . Abang ... abang cuma mahu menolong!” . Melihat reaksi Ziah yang ketakutan , abang Anip segera melepaskan tangannya. Harapannya agar Ziah kembali tenang. Malangnya harapannya punah.  Ziah yang ketakutan pantas  cuba  membuka pintu kereta namun abang Anip bertindak lebih pantas . Tangan kanan Diah ditariknya lebih kuat. Ziah kembali tersandar .
“Ya! Ya ! Ya abang. Ziah silap. Maafkan Ziah. To... tolong lepaskan Ziah. Tolong jangan apa-apakan Ziah!!”. Rayu Ziah. Ketakutannya sudah di luar kawalan. Mendengar rayuan Ziah , hati abang Anip tersentuh.
“ Ya Allah , apa yang telah aku lakukan. Ahhh!. Ziah abang tidak bermaksud ...”.  Belumpun sempat abang Anip menghabiskan ayatnya , Ziah sudah bertindak nekad , kealpaan abang Anip yang seketika itu memberi peluang kepadanya. Sepantas kilat Ziah membuka pintu dan berlari keluar selaju mungkin meninggalkan abang Anip. Melihatkan tindakan Ziah itu , abang Anip jadi tidak menentu.
“Mengapa ini pula jadinya?. Ziah!!!!”. Jerit abang Anip lalu keluar mengejar Ziah dari belakang. Ziah terus berlari sambil menjerit-jerit meminta tolong.
“Tolong!!! Tolong!!! Tolong!!!”. Ziah menjerit. Ziah berlari dan terus berlari manakala abang Anip pula terus juga mengejar. Entah macam mana kaki Ziah boleh tersadung akar kayu ara yang timbul di permukaan tanah.
“Arrgghhh!!”. Jerit Ziah sebelum jatuh tersembam ke tanah. Pada ketika itu abang Anip sudah terlalu dekat dengannya. Ziah tidak dapat melepaskan diri lagi. Abang Anip berhenti berlari , berdiri betul-betul di hadapan Ziah yang masih tersembam di atas tanah.
“Ziah ...”. Abang Anip cuba membantu , sebaik sahaja tangannya menyentuh tubuh Ziah ...
“Tolong! Abang jangan apa-apakan Ziah!”. Rayu Ziah dalam tangisan.
Mendengar rayuan Ziah , abang Anip terduduk di atas tanah.
“Ziah ...  mengapa begitu buruk sekali sangkaanmu terhadap abang?”. Abang Anip berkata sambil matanya terus menatap wajah Ziah yang ketakutan.
“Abang tidak pernah berniat jahat pada Ziah. Abang sangka tindakan abang memohon cuti bagi pihak Ziah akan dapat membantu Ziah. Akan buat Ziah gembira. Ternyata abang salah. Maafkanlah abang!!”. Abang Anip berkata benar. Kesal sungguh dia kerana tindakannya itu membawa padah. Dia juga kesal kerana sikapnya telah menakutkan Ziah sampai begitu sekali.
            Setelah melihat kesungguhan abang Anip memohon maaf , Ziah kembali tenang. Nafasnya mulai teratur … Ziah diam menundukkan kepala , tidak pasti apa yang mahu difikirkannya sekarang. Timbul rasa kesal dengan responnya yang keterlaluan.
“Abang ...” . Tersekat kata-kata Ziah di kerongkongnya.
“Ziah , maafkan abang jika selama ini abang bertindak kejam terhadap Ziah. Abang tahu ... abang tidak pernah melayan Ziah dengan baik dan lebih teruk lagi ... bila abang ingin membaiki keadaan , abang tidak mampu. Keadaan bertambah buruk jadinya”.
“Abang tidak pandai bermadah ... dan abang juga tidak pandai nak meluahkan perasaan dengan cara yang boleh menambat hati.  Abang nak Ziah tahu ... tidak mudah bagi abang untuk berkata begini”. Abang Anip meneruskan bicara. Ziah hanya diam mendengar. Kepalanya ditundukkan. Matanya memandang rerumput di tanah ... rasa terharu mendengar pengakuan abang Anip.

... cinta tidak boleh dipaksa ...
“Ziah , sebenarnya abang tidak pernah menyangka akan diberi peluang merasai perasaan ini lagi ...   abang  ...  , abang sayangkan Ziah. Kalau boleh , abang ingin mengambil Ziah sebagai isteri!”. Akhirnya kata-kata yang lama terpendam dapat dilahirkan juga.
“Huhh!!”. Abang Anip lega ... namun Ziah tidak terkejut mendengar kata-kata abang Anip  itu .
Setelah agak lama diam ...
“Abang ,  tidak perlu untuk abang menyatakan sesuatu yang bukan dari lubuk hati abang sendiri. Sebenarnya , tak perlu begitu bang. Pada Ziah , cinta tidak boleh dipaksa dan perkahwinan itu suatu yang sangat suci. Jadi ... janganlah abang mencemarinya dengan kata dusta!”.  Ziah akhirnya menyatakan pendiriannya. Masakan dia mahu berkahwin dengan lelaki pelik yang hanya cuba mahu memenuhi permintaan kedua orang tuanya!
Mendengar jawapan Ziah  itu , abang Anip terdiam. Tidak faham dan tidak disangkanya yang Ziah akan berkata begitu.
“Dusta?. Abang tak faham!”. Abang Anip mencari jawapan.
“Abang , Ziah tahu abang anak yang baik ... tapi jangan lakukan ini semata-mata kerana mereka”. Ziah menerangkan maksudnya.
“Huh!. Kenapa kau mencurigaiku?. Mengapa?! Mengapa?!!”. Kata suara hati abang Anip. Abang Anip betul-betul kecewa mendengar jawapan  Ziah.
“Jika begitu anggapan Ziah  ...  kita lupakan saja perbualan ini.  Anggap saja yang  ianya tidak pernah berlaku!”. Abang Anip bersuara. Jengkel lalu berjalan semula ke keretanya.
“Marilah ... takkan Ziah nak  berjalan kaki sampai ke rumah?. Abang janji takkan sentuh atau kata apa-apa lagi sepanjang perjalanan. Abang takkan ganggu Ziah!”. Abang Anip berpaling setelah mendapati Ziah tidak juga bangun-bangun dari tempat jatuhnya.
“Oooo ...  inilah  rupanya puncanya perubahan drastik abang Anip. Siap bercukur bagai ... Hmmm ... cuba memikat aku rupanya!. Heee ... tapi jika sekadar menjadi pak turut permintaan makcik dan pakcik , tak payahlah. Aku sendiri  takkan sudi !”. Kata Ziah di dalam hati , tersenyum sinis  sambil berjalan semula ke arah kereta.

... darah mengalir dari dahi Ziah.
           Mereka berdua akhirnya berada di dalam kereta semula. Enjin kereta dihidupkan lalu dipandu laju. Pedal minyak ditekan kuat sekuat kekesalan yang bertapak dihati.
“Abanggg  ... hati-hati!”.  Ziah menarik stering kereta ke kiri apabila abang Anip nyaris-nyaris melanggar lori dari arah bertentangan. Abang Anip tidak menghiraukannya malah terus menekan minyak dengan lebih kuat lagi.
“Mengapa kau tak mempercayaiku?!. Mengapa?! Mengapa?!!”. Bentak hatinya. Lalu pedal minyak terus ditekan kuat. “Vrrrooommm!! Vrrroooommm!!. Mengaum-ngaum kereta jadinya.
“Abang , abang menakutkan Ziah!!”. Jerit Ziah sekuat hati apabila melihat abang Anip memandu seperti orang hilang akal. Mendengar jeritan Ziah itu , abang Anip segera menekan brek. Tayar kereta berbunyi kuat dan Ziah terlantun ke hadapan. Kepalanya terhantuk ke cermin depan. Setelah kereta berhenti...
“Ziah! ... Ziah!”.  Abang Anip menggelabah apabila melihat darah mengalir dari dahi Ziah. Hentakan kuat itu menyebabkan cermin di hadapan Ziah meretak dan  melukai dahinya. Abang Anip segera mengambil tisu lalu menekapkannya ke dahi Ziah.
“Aduh!”.  Ziah mengaduh sakit , kepalanya rasa berdenyut ... pening!!!
“Ziah , maafkan abang ...”. Kata abang Anip kesal.
“Eeee ... kenapalah aku ni!!!”. Jerit abang Anip geram. Kedua tangan abang Anip  digenggam kuat  lalu memukul-mukul kepalanya sendiri. Kesal dengan apa yang berlaku!.  

                Melihat reaksi melampau abang Anip itu , Ziah serba salah , tidak pasti apakah yang patut dilakukannya. Yang pasti kepalanya berdenyut ... sakit!!.
 “Abang , sudahlah tuu  ...  macam yang abang kata tadi , kita lupakan semua ini. Marilah kita balik ... Ziah betul-betul penat dan perlukan rehat”. Ziah akhirnya memberanikan diri , memegang dan menahan tangan abang Anip daripada  terus-terusan memukul kepalanya sendiri.
“Ya! Itulah  yang sepatutnya kita buat ... balik! tapi ... sebelum tu kita singgah klinik dulu. Rawat luka tu!”.  Abang Anip menunjuk ke arah luka di dahi Ziah.
“Err ... tak payahlah bang , sikit je ni , tak sakit pun”. Ziah berbohong. Kalau boleh Ziah ingin segera pulang , tidak mahu bersama abang Anip walau seminit lagi! .
“Psycho lelaki ni!” fikir Ziah sendiri.

Percayakah dunia?
Sayangnya bagai  mentari senja
Yang menyinar  sebelum  malam  menjelma
Cahayanya  indah  menyentuh jiwa
Haishhh … namun kan  punah bila siang tiba
Oh tertanya pada diri  … Mengapa ia seketika cuma?

Laung kasih gemersik suara
Elok dimata  mesra dirasa
Layanan jiwa menyapa manja
Andai alpa tertewas jua

Kukuhkan semangat akal berkata
Ini hanyalah khayalan dusta!
Ini hanyalah igauan jiwa!
Namun hakikat khayalan semata
Ingatlah diri jangan terleka!!

Pesan Ziah buat diri ....

1 comment:

  1. Maaflah yea ... dah berminggu2, baru sempat nak upload bab 10 ni. Sibuk sangat dengan tugasan. menjelang akhir tahun memang kerja seorang pendidik akan jadi berlipat ganda. >__<

    ReplyDelete