Popular Posts

Saturday, 5 November 2016

Cerpen : Dilaila ... mencari bayang

Cerpen : Dilaila ...
Lukis jea ... mencari bayang ...

     Malam itu dilaila penat sekali. Seharian bertungkus lumus menyiapkan kerja2 yang berlonggok di pejabat , balik pula tergesa2 menyelesaikan tugasan sebagai isteri di rumah.
Dilaila tidak mahu dianggap sebagai isteri yang tidak pandai menguruskan rumah tangga. Makan , pakai suaminya sentiasa dipastikan sempurna.
     Jam sudah pukul 11:00 malam. Mata Dilaila sudah amat berat...
"Sudah sampai masa tidur ... " fikir Dilaila sebelum melangkah kaki memanjat tangga rumahnya menuju ke bilik tidur.
"Hmm ... apa yang lebih nikmat dari tidur?". Dilaila tersenyum sendiri sebelum menggolekkan badannya ke kanan.
      Minda sedar Dilaila semakin hanyut dibuai lena ... sebelum bunyi pintu bilik tidurnya dibuka merentap keseronokkannya melangkah ke alam mimpi.
"Huh? ... oh! Dah balik rupanya ...". Kata hatinya sambil matanya terus dipejam. Dilaila sengaja tidak mahu membuka matanya itu. Biarlah dia dianggap sedang amat lena ...
     Aiman membuka pintu biliknya yang sedia bertutup.
"Hmm ... pasti dia dah lena". Kata hatinya.
"Hmm ... betulpun". Katanya perlahan sambil memandang sekujur tubuh Dilaila yang tergolek sambil memeluk bantal. Kedua kaki Dilaila yang merengkok kesejukkan membuatkan Aiman lebih tersenyum lebar sambil menggeleng2kan kepalanya ...
"Bilalah nak dengar cakap ... tidurtu pakailah selimut".
   
     Dilaila terus diam ... berlagak lena. "Adoiii ... napelah tadi tak tarik selimut". Fikir Dilaila menyalahkan dirinya sendiri. Dilaila membiarkan sahaja Aiman memakaikan stokin dikakinya sebelum menutup separuh hadannya dengan selimut...
"Hmm ... isteri abang yang cantik ... yang comel ni penat sangat ke ... atau masih merajuk?". Katanya perlahan sambil mengusap lembut rambut Dilaila dan bermain2 dengan telinga kecil isterinya itu.
Aiman tahu ... dilaila paling suka bila rambutnya diusap dan telinga kecil itu pula amat sensitif.
     Mahu tidak mahu dilaila terpaksa mengangkat tangannya lalu menutup telinganya dari terus diusik.
"Penat?". Tanya Aiman sepatah. Dilaila hanya mengangguk perlahan tanpa membuka matanya.
"Merajuk lagi?".
Dilaila mengangguk juga ...
"Tapi tak marahkan?".
Dilaila menggelengkan kepalanya.
"Senyum sikit ..."
Dilaila senyum ... juga tanpa membuka matanya.
"Okeylah ... tidur ye. Abang nak mandi". Kata Aiman sebelum mengucup pipi Dilaila ...

     Sepeninggalan Aiman, dilaila membuka matanya. Memandang kosong dinding bilik yang kaku.
Masakan tidak marah bila diri disalahkan atas perkara yang tidak dilakukannya.
Tidak cukup dengan itu , kata2 Aiman yang kasar menusuk hati ...
"Awak ni gunalah kepala otak awak sikit. Nama saja belajar tinggi, takkanlah bodoh sangat!!. Dah jadi macam ni ... ni semua salah awak!! Memang salah awak!!!". Marah Aiman memuncak sambil menuding2 ke arah muka Dilaila yang hanya mampu memandang dengan mata terkebil2 ...
"Salah aku ke bila kau tak nak bangun masa aku kejut tadi?. Manalah aku tahu yang kau tu ada meeting penting. Ada kau bagitahu aku ke?". Balas dilaila membela diri ... tapi kata2nya itu hanya bermain di kepala sedangkan mulutnya terkunci rapat.

     Itu peristiwa semalam dan malam ini tidak banyak bezanya dengan malam semalam.
Dilaila terus memejamkan matanya ...
"Hmm ... isteri abang yang cantik ... yang comel". Aiman berkata lembut sambil membelai2 rambut Dilaila. Untaian rambut yang menutupi wajah isterinya diselitkan ke belakang telinga.
"Fikiran yang bersih ... hati yang baik ... daif sangat sayang abang ni. Kalau abang tiada , siapa yang nak jaga sayang ...". Katanya sebelum mengucup pipi Dilaila lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya ...

Dilaila membuka mata ... "fikiran yang bersih ... hati yang baik?". Dilaila bungkam mendengar kata2 Aiman ...
Banyak perkara bermain di kepalanya ...
"Mungkin benar ... dalam hidup ini ada perkara yang tidak mungkin kita lupa. Sekali hati sudah memilih , menjadi ujian sepanjang hayat. Seingat saya, tiada satu haripun berlalu tanpa saya mengingati awak. Masa berlalu ... dan mungkin saya juga semakin mengerti bahawa dunia ini benar hanya satu persinggahan. Sehayat di sini belum tentu sama sedetik masa di alam akhirat. Segala kisah suka duka menjadi takdir dan adalah ujian buat saya belajar erti sabar dan pasrah"

"Ya ... aku hanya ingin mencari pengakhiran yang mendekatkan aku kepada pencipta. Aku ingin mati dalam redhoNya". Dilaila berkata sendiri ...

Dunia bukan syurga tetapi adalah tempat manusia diuji ...

....bersambung...(penulis nak masak! >__<)


No comments:

Post a Comment