BAB 9 : Rindu
yang meresahkan
“Berhenti!!! Jangan berani kau memeluk isteri aku!”. Suara
keras Encik Amir menghentikan langkah Diah. Encik Amir tiba-tiba terpacul di
muka pintu.
“Ooo ... inilah lelaki yang telah merosakkan kau ya?!”. Marah
betul encik Amir apabila terpandangkan Zuraimie. “Betul? Kau yang merosakkan anak aku?!”.
Tanya Encik Amir sambil mencekak leher
kemeja Zuraimie. Zuraimie terdorong ke arah Encik Amir.
“Maafkan kami pakcik. Maafkan saya!”. Kata Zuraimie. Jawapan
Zuraimie itu telah memarakkan lagi kemarahan Encik Amir . Bukannya kemaafan
yang diberinya tetapi satu tumbukan padu yang kena tepat ke muka Zuraimie.
Zuraimie jatuh terpelanting ke tanah. Hidungnya berdarah.
“Ooo ... sekarang baru berani mengaku!. Hari tu masa dekat
hospital kenapa diam menikus?! Apa? Takut? ...
Dah kau rosakkan anak dara orang , takut nak mengaku?. Huhh!!! Dasar
jantan tak ada telor!! Pengecut!!
Bacul!. Berambus kau dari sini!!!!”.
Jerit Encik Amir sambil terus menendang dan membelasah Zuraimie. Ziah
dan Diah menjerit-jerit melihat Zuraimie diperlakukan begitu.
“Abang ... cukuplah. Dah cukup malang nasib kita ni
bang. Janganlah sampai abang menjadi pembunuh pula!”. Puan Norlina cuba menghalang suaminya
daripada terus membelasah Zuraimie.
Malangnya kata-kata isterinya itu langsung tidak memberi kesan. Badan
Zuraimie terus-terusan menjadi tempat dia melepaskan geram.
“Janganlah begini bang ...
Cukuplah tu!!!”. Jerit Puan Norlina sekuat hatinya. Dia sendiri sudah
hilang arah melihatkan kegilaan suaminya. Diah dan Ziah pula hanya mampu
menjerit dan menangis memohon agar Zuraimie tidak terus dibelasah.
Mendengar jeritan isterinya itu , barulah Encik Amir
menghentilkan perlakuannya. Termengah-mengah dengan nafas yang turun naik ,
marah dan sangat penat membelasah!
“ Sudahlah bang ,
apapun Diah ni satu-satunya anak kita. Sebusuk-busuk daging dibasuh dimamah jua
bang ... tolonglah bang. Maafkanlah mereka”. Rayu puan Norlina sambil memegang
lengan suaminya.
“Aku tidak mungkin menerima kembali orang yang telah menconteng arang di muka kita. Madu yang kita
beri , tuba pula yang dibalasnya!”. Jawab encik Amir keras.
“Perbuatan mereka berdua ini benar-benar telah menjatuhkan
maruah keluarga kita . Aku malu punya anak seperti itu. Buat apalah kita nak
bersengkokol dengan manusia yang bertuhankan nafsu!”. Tegas Encik Amir ,
sedikitpun tidak memandang Diah.
“Abah ... maafkanlah Diah. Diah benar-benar menyesal.
Kasihanilah Diah ... ke mana lagi Diah nak pergi. Diah cuma ada mak dan abah
... tolonglah abah , maafkanlah Diah!!”.
Diah merayu , cuba melangkah menghampiri encik Amir.
“Pang!”. Satu tamparan berat dihayunkan ke pipi Diah. Diah
jatuh . Terjelepuk ke tanah.
“Diahhh!!!”. Jerit Zuraimie dan Ziah serentak.
“Abang!. Itu anak kita bang!!” Jerit Puan Norlina.
“Tidak! Berkerat rotan berpatah arang , aku tak akan benarkan dia jejakkan kaki di rumah ini
“Tidak! Berkerat rotan berpatah arang , aku tak akan benarkan dia jejakkan kaki di rumah ini
lagi !!! ...pergi!
...Pergi!! . Jangan kau ke mari lagi . Berambus!!!”. Jerit encik Amir. Lalu
menyeret Diah dengan kasar sebelum menolaknya ke arah kereta. Diah hampir
tersungkur , mujur segera disambut oleh Zuraimie. Puan Norlina meraung , tidak
sanggup melihat Diah diperlakukan begitu.
“Mak! Abah! Kasihankanlah Diah!!”. Rayu Diah.
“Abang ... mengucaplah bang . Janganlah diturut rasa marah. Terimalah
kembali anak kita bang. Itulah satu-satunya anak kita bang!!”. Puan Norlina
merayu dalam tangisan.
“Tidak!!!”. Jerit encik Amir lantas menggenggam tangan isterinya lalu menariknya masuk ke dalam rumah. Puan Norlina sempat mencuri pandang Diah sebelum ....
“Tidak!!!”. Jerit encik Amir lantas menggenggam tangan isterinya lalu menariknya masuk ke dalam rumah. Puan Norlina sempat mencuri pandang Diah sebelum ....
“Bannggg!!!”. Daun pintu dihempas
kuat.
“Allahu
Akbar!!”. Mengucap panjang Ziah mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku
pagi tadi. Sia-sia sahaja dia menemani Diah dan Zuraimie pulang ke rumah mak
dan ayah Diah. Sangkanya , mak dan ayah Diah sudah memaafkan keterlanjuran
anaknya tu , lebih-lebih lagi tidak lama lagi mereka akan menerima cucu.
“Huh!
Kasihan Diah … Kasihan auntie Norlina … kasihan juga Uncle Amir … Kasihan juga
kau Zuraimie!”. Keluh Ziah.
“Kasihan
juga aku!. Elok-elok dah dalam perjalanan balik ke Pagan Sena , langsung tak
jadi!”. Keluh Ziah lagi … dan kini , masih dalam Kenari putih bersama Zuraimie
dan Diah yang diam seribu bahasa. Masing-masing membatu!.
Setelah ditolak kedua orang tuanya ,
Diah mengambil keputusan untuk menumpang kasih ibu Raziq di Cherating. Gerak
hatinya kuat mengatakan yang ibu tua itu pasti gembira menerima kedatangannya.
Mengapa ya?. Diah sendiri tiada jawapannya!. Ziah dan Zuraimie tiada pilihan lain melainkan
menurut sahaja kehendak Diah. … dan benar seperti sangkaan Diah , Mak Mah ibu
Raziq menerima kehadirannya dengan tangan terbuka. Lebih-lebih lagi setelah
terlihatkan perut Diah yang semakin membusung.
Setelah segalanya selesai , Ziah dan
Zuraimie memohon diri untuk pulang ke destinasi masing-masing. Zuraimie akan
pulang ke Bandar Baru Bangi dan Ziah akan meneruskan perjalanannya yang
tertunda … kembali ke Pagan Sena!.
Kenari meluncur laju ...
meredah malam yang kian memekat. Penghuninya diam seribu bahasa.
Masing-masing melayan perasaan sendiri hinggalah tiba-tiba ....
“Allah! ...”. Ziah bertempik
kuat . Cemas apabila teringatkan sesuatu.
“Kenapa Ziah?”. Tanya
Zuraimie. Turut cemas melihatkan keadaan Ziah.
“Aduhhh ... Ziah
lupa nak telepon pakcik dan makcik. Ziah patut telepon mereka siang tadi ,
bagitahu yang Ziah akan lambat. Eeee ... kenapalah terlupa. Tentu abang Anip tengah
tunggu Ziah sekarang”. Bebel Ziah sendiri. Marah dengan kecuaiannya.
“Hmmm ... abang
Anip lagi!”. Usik Zuraimie. Tersengih. Entah mengapa tenang sedikit jiwanya
mendengar nama itu keluar daripada mulut Ziah , gadis yang pernah
menyintainya!.
“Eh ... tolong ye , kami
tak ada apa-apa hubungan. Dia abang kepada cikgu yang Ziah tumpang rumahnya.
Itu saja!”. Ziah menafikan sangkaan
Zuraimie. Tidak suka hubungannya dengan abang Anip disalahertikan.
“Okey ... kalau ‘ada apa-apa’
pun tak ada salahnya”. Usiknya lagi.
“Ah! Tak mungkin. Jauh
panggang dari api!!”. Jawab Ziah.
“Ha ha ha ...
kita tunggu dan lihat. Err ...
kenapa tak telepon je telepon
bimbit ‘ abang Anip’ tu sekarang?”. Tanya Zuraimie , masih juga mahu mengusik.
Ziah mencebik.
“Betullah tuu ... tapi
macam mana nak telepon dia pasal nombor dia pun Ziah tak tahu. Mmm ... tak ada
pilihan lain , Ziah telepon rumah jelah. Eeee ... abang Anip mesti marah
gila!!!” Ziah membebel lagi. Zuraimie tertawa kecil.
“ Haii ... takkan takut
sangat dengan abang Anip tu?”. Usiknya lagi.
“Awak tak kenal dia.
Lelaki paling pelik dan penuh misteri yang pernah saya jumpa!”. Ziah
memberitahu.
“Hahaha … ada-ada sajalah
kau ni Ziah!”. Zuraimie teris tertawa.
“Hmm … suka hati awaklah.
Tak percaya sudah!”. Ziah menutup bicara. Tidak guna dilayan kata-kata Zuraimie
itu.
“Ziah!!! ... janganlah buat aku macam ni!”
Sangkaan Ziah meleset sama sekali. Abang Anip tidak sedikitpun marah
sebaliknya sangat risaukan keselamatan Ziah.
“Eee ... kenapalah Ziah tak sampai-sampai lagi ni?” . Keluh
abang Anip. Sudah habis semua kaunter tiket ditanya , takut kalau-kalau ada kemalangan atau mungkin bas rosak di
tengah jalan. Abang Anip juga sudah berkali-kali menelepon ke rumah , mana tahu
kalau-kalau Ziah ada meninggalkan pesanan tetapi hampa.
“Ya Allah ... janganlah
terjadi sesuatu yang buruk padanya!”. Doa abang Anip di dalam hati. Resah. Sudah
hampir lima jam dia menunggu di stesen bas Kuantan itu. Sejak pukul lima petang
tadi! Kakinya sudah penat mundar mandir ...
namun untuk duduk diam hanya menambah keresahan di hati. Tiba-tiba teleponnya
berbunyi. Abang Anip segera mengangkatnya.
“Hello ?”. Sapa Abang Anip
“Hello ?”. Sapa Abang Anip
“Hello abang , ni Miah”.
Jawab si pemanggil.
“Huhh! ... Miah. Apahal?”. Tanya abang Anip , sedikit
kecewa. Bukan Miah yang diharapkan berada di talian.
“Aiii ... macam tak suka
Miah call je?”. Miah terasa hati. Abang Anip diam , tidak peduli dengan bebelan
Miah itu.
“Abang , Miah cuma nak
sampaikan pesanan Ziah. Tadi Ziah telepon , dia kata dia tak jadi balik hari
ini. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Ziah kata dia tak telepon abang terus
sebab dia tak ada nombor abang. Dia minta maaf banyak-banyak”. Miah menyampai
pesan..
“Habis ... dia balik
bila?”. Tanya abang Anip.
“Heee ... esok pagi-pagi
dia sampai pasal dia akan naik bas malam ni. Tiket dia pukul 10:00 malam.
Maknanya awal pagi esok sampailah tu. Nape ... rindu ke?. Heeee”. Usik Miah.
“Kepala otak kau!!” Marah
abang Anip diusik begitu. Miah tertawa besar!. Langsung tidak takut akan marah
abangnya itu.
“Eh abang janganlah marah.
Miah gurau saja. Kalau tak ada apa-apa nape nak marah! Heee ... Opss! satu lagi
Ziah pesan tak payah tunggu dia sebab esok bila sampai dia akan terus ambil
teksi ke sekolah. So , abang balik jelah sekarang! Heee ...”. Usik Miah lagi.
“Taulah!!!”. Jengkel benar
abang Anip apabila terus-terusan diusik begitu lalu telepon bimbitnya segera dimatikan. Tambah jengkel hatinya dek kerana
perbuatan Ziah yang asyik menunda-nundakan masa kepulangannya.
“Ada urusan!!. Huh! Langsung
tak fikirkan perasaan aku. Dah lebih lima jam aku menunggu baru nak bagitahu
tak jadi balik. Apa punya perempuan!!”. Getus hati abang Anip. Terasa bagai
dirinya dipermainkan.
“ Eee ... kenapa Ziah ...
kenapa Ziah?!” jerit hati abang Anip, tidak puas hati.
“Ziah!!! ... janganlah
buat aku macam ni!”. Abang Anip menjerit sekuat-kuat hatinya. Terlepas! Orang
ramai memandangnya. Terkejut dan tersengih ...
“Apa punya mamat ni ...
gila bayang!! ... ha ha ha”. Seorang anak muda yang ada berhampiran
mentertawakan abang Anip. Abang Anip malu besar . Bingkas bangun lalu terus mengangkat
kaki!
Hati-hati dalam perjalanan....
Sementara itu , Ziah sampai di stesen
bas Cherating tepat jam sepuluh malam , mujur tidak tertinggal bas. Bergegas
Ziah dan Zuraimie mendapatkan bas yang sudah sedia mahu bergerak itu.
“Hati-hati dalam
perjalanan”. Pesan Zuraimie sebelum Ziah memanjat tangga bas. Ziah tersenyum
dan hanya menganggukkan kepalanya.
“Err Ziah !” . Panggil Zuraimie. Ziah yang sudah
berada di tangga paling atas berpaling dan memandang ke arah Zuraimie. Kedua
keningnya diangkat.
“Terima kasih atas
segalanya!” Jeritnya dari bawah. Ziah tersenyum lalu melambaikan tangannya
kepada Zuraimie. Bas ekspress yang dinaiki Ziah mulai bergerak dan meluncur
laju membelah keheningan malam.
Perjalanan malam yang agak membosankan. Tiada apa yang boleh dilihat di luar
jendela , hanyalah bebayang gelap pokok-pokok hutan dan tasik serta bukit bukau
yang hanya nampak berbalam-balam. Hampir kesemua penumpangnya melelapkan mata ..... nyenyak tidur ...zzzz
Aduhai mengantuk sangat mata ni...
Tiba-tiba tidur Ziah diganggu oleh
suara pemandu dan konduktornya.
“Hah , dah sampai.
Kuantan! Kuantan!”. Jerit konduktor bas. Sengaja menguatkan suaranya untuk
membangunkan para penumpang yang masih lena. Ziah menggosok-gosokkan mata.
“Huhh ... dah sampai?
Cepatnya!.”. Ziah bangun , bagaikan
tidak percaya. Dia telah tidur nyenyak
di sepanjang perjalanan.
“Macam baru aje naik bas , tiba-tiba dah sampai”. Katanya
di dalam hati. , cuba pula melihat jam di tangan. 5:25 pagi!.
“Betullah dah sampai!. Aku
penat sangat kot”. Fikirnya lagi lalu segera turun daripada bas , mengambil begnya dari tempat menyimpan beg
di bawah bas.
“Nak kena cari teksi ni.
Hmmm ... baik aku solat subuh dulu”. Fikir
Ziah. Ziah membuat keputusan untuk solat subuh dahulu sebelum mendapatka teksi sebaik
sahaja mendengar azan dilaungkan dari
surau di perhentian bas tersebut.
Selesai sahaja menunaikan solat , Ziah
bergegas , berjalan laju untuk mencari teksi. “Mesti susah nak dapat teksi
subuh-subuh ni. Ahh ! Kereta sapupun
bolehlah. Err tapi mesti kena tekan
harga. Hmm ... tak kesahlah , yang penting
sempat sampai sekolah sebelum 7:20. Kalau tak , tak pasal-pasal merahlah nama
aku!”. Fikirnya sambil sibuk memandang
kiri dan kanan.
Tiba-tiba tangan kirinya
ditarik dari belakang. Ziah terkejut dan dengan spontan tangan kanannya
melepaskan beg pakaian yang dijinjingnya lalu jari jemarinya digenggam kemas ,
buku limanya dihayun laju tepat ke arah
muka si pengacau. Mujur si pengacau bertindak lebih pantas. Tangan itu ditangkap dan digenggam kuat sebelum
sempat sampai ke sasaran.
“Heiii akulah!!...”. Abang Anip bersuara sambil merentap Ziah ke
arahnya. Ziah terdorong ke dada abang Anip. Abang Anip menyuakan mukanya ke
muka Ziah.
“Kau ingat siapa?”. Tanya
abang Anip.
Ziah terkejut lalu segera
membetulkan posisinya. Berdiri tegak di hadapan abang Anip.
“Err ... abang!. Maaflah
... Ziah betul-betul terkejut tadi. Spontan , tak sengaja!” . Ziah meminta
maaf. Tersengih malu apabila
mengingatkan perlakuannya tadi.
“Hmm ... boleh tahan
gerakan kau tadi. Biasa main silat?”. Tanya abang Anip. Tiba-tiba menjadi
ramah.
“Err ... dulu adalah
belajar sikit-sikit. Taekwando!” . Jawab Ziah tersipu-sipu.
“Tapi kena berlatih lebih
lagi!!”. Renyih abang Anip. Ziah hanya
tersenyum.
“Errr ... kenapa abang
boleh berada di sini pada waktu begini?”. Ziah bertanya kehairanan .
“Errr ... atau ...?”. Ziah bagaikan tidak percaya , bulat matanya
memandang abang Anip apabila terfikir yang mungkin abang Anip telah menunggunya
sedari semalam. Rasa bersalah menyelubungi hatinya.
“Ahhh ... abang Anip ,
Ziah betul-betul dah menyusahkan abangkan?. Maafkan Ziah ...”. Keluh
Ziah. Betul-betul kesal . Bukan itu saja , Ziah juga terharu dengan sikap abang
Anip yang sanggup menunggunya .... menunggunya sepanjang malam!!
“Ah sudahlah. Jom ... nanti kau lambat pula ke sekolah” .
Abang Anip mengangkat beg Ziah dan berjalan
laju menuju ke kereta. Ziah mengejar
dari belakang. Sebaik sahaja keduanya berada di dalam kereta ...
“Ziah , kalau boleh abang
tahu ... kenapa Ziah melewat-lewatkan kepulangan Ziah?”. Abang Anip bertanya kepada Ziah sambil menatap
wajahnya. Suaranya lembut . Hatinya terasa puas dapat menatap semula wajah gadis ini. Lebih-lebih
lagi wajah yang baru disirami air wuduk. Air mukanya bersih dan cukup
menenangkan. Hilang segala kerisauan dan kejengkelannya menanti semalaman.
“Abang , pertama sekali
Ziah betul-betul minta maaf kerana telah menyusahkan abang. Kedua , Ziah bukannya
sengaja melewat-lewatkan masa untuk balik ke sini”. Terang Ziah.
“Habistu?”. Tanya abang Anip.
Masih tetap menatap wajah gadis yang dirinduinya ini.
“Panjang ceritanya. Ziah
tidak rasa abang sanggup mendengarnya”. Ziah berdalih , malas untuk
menceritakan apa yang terjadi.
“Tiada faedahnya aku
ceritakan kisah Diah dan Zuraimie kepada abang Anip. Buat apa ... bukannya dia
kenalpun mereka apalagi untuk memahaminya!”. Fikir Ziah. Tambahan pula , Ziah
memang tiada berminat untuk bercerita pada waktu ini. Setelah mengharungi bermacam
peristiwa sejak meninggalkan Pagan Sena tempohari , Ziah terasa sungguh penat. Matanya
bagaikan mahu terlelap semula apabila kereta mulai bergerak.
“Hmm ... Ziah mungkin
tidak percaya. Abang memang sedia mendengarnya”. Belumpun sempat abang Anip
mahu meneruskan kata-katanya , Ziah sudah terlena!.
“Laa ... dah lena minah
ni!”. Abang Anip berkata sendiri. Tersenyum memandang Ziah , tangannya
terdorong untuk mengusap pipi Ziah. Sejuk ... lembut ...
“Hmmm ... kasihan ...”. Keluh
abang Anip. Abang Anip meneruskan pemanduan dengan perlahan dan berhati-hati.
“Biar lambat asalkan
selamat!”. Begitulah pesan ibunya. Entah mengapa pada waktu sebegini pesanan
ibunya itu memang sangat sesuai!.
Kereta meluncur terus , abang Anip
memandu mengelak segala bonggol dan lopak . Tidak mahu mengganggu tidur Ziah.
“Huh! Inilah dia , tiap
kali nak pilihanraya habis semua jalan diturap baru , lubang semua
dikambus tapi habis je pilihanraya ,
haram!. Jalan yang berlubang akan terbiar , lubang jadi semakin besar hingga
boleh membahayakan pengguna. Nanti kalau ada yang dah terbunuh , dapat liputan
TV. Hah! Masa tu barulah ada yang datang menjenguk. Baru terkial-kial nak baiki jalan!. Hishh politik!!”. Abang Anip
berleter sendiri. Benci betul dia mengenangkan sikap sesetengah ahli politik.
Namun kebencian itu segera
terpadam tatkala matanya terpandang wajah suci Ziah yang sedang lena ... “Tidak
pernah ku sangka kau akan membalut luka di hati ini”. Abang Anip mula melayan
perasaan. “Tapi bagaimana harus aku curahkan semua rasa ini?”. Fikirnya pula.
“Ziah , kalaulah kau
mendengar suara hatiku ... sehari tanpamu hidup ini terasa sunyi. Pincang
segalanya....”
“Ziah , aku tak mampu
kehilangan lagi. Tolonglah jangan menolakku!”. Bisik hati abang Anip. Matanya
asyik mengerling ke arah Ziah yang benar-benar lena dibuai mimpi.
“Uncle!. Cukup! Cukup!.
Jangan dipukul dia lagi. Dia tak bersalah. Bukan dia yang lakukan ... bukan
dia. Bukan dia uncle!. Tolonglah , berhentilah uncle!”. Tiba-tiba Ziah menjerit-jerit. Lenanya membawa igau mimpi
melahirkan suara hatinya yang terpendam tatkala melihat Zuraimie dibelasah
teruk oleh ayah Diah. Kepalanya dipalingkan ke kiri dan kanan , wajahnya dibasahi peluh.
“Ziah!. Ziah! ... bangun.
Bangun Ziah ...”. Abang Anip cuba menyedarkan Ziah dari igau mimpinya.
“Hrrrmmmnnnn....”. Ziah
seakan merengek perlahan sebelum kembali lena.
“Huh!. Apa yang telah kau
lalui?”. Keluh abang Anip , memandang Ziah dengan rasa simpati. Berbagai
andaian datang dan pergi dalam fikiran abang Anip.
“Ahhh!!!. Persetan semua
itu. Aku tahu kau gadis yang baik!”. Abang Anip menepis semua andaian buruk
yang mengganggu fikirannya.
“Sesulit manapun
perjalanan hidupmu , aku sanggup mengharunginya bersama”. Itulah janji abang
Anip kepada dirinya sendiri.
“Begini puan , saya datang ni berkenaan hal cikgu Ziah ...”
Sejam perjalanan , akhirnya mereka
sampai di hadapan pintu masuk ke sekolah
tempat Ziah bertugas. Abang Anip
memberhentikan kereta di bahu jalan. Memandang semula Ziah yang masih lena.
“Penat sungguh kau Ziah
... apalah agaknya yang telah kau lalui. Kau sepatutnya balik berehat saja”. Fikir
abang Anip. Perlahan-lahan abang Anip membuka pintu keretanya lalu keluar
berjalan memasuki kawasan perkarangan sekolah dan terus ke pejabat. Sampai di
pejabat abang Anip melihat guru-guru berjalan laju menuju ke mesin ‘punch
card’. Abang Anip tersenyum melihat gelagat para guru yang berusaha untuk
memastikan kad masing-masing tidak merah.
“Encik , pejabat mula
pukul 8:00”. Tegur kerani sekolah.
“Ya saya tahu tapi saya
ada hal penting nak berjumpa pengetua. Dia dah sampai ke?”. Tanya abang Anip.
“Ya , nak jumpa
saya?” sapa satu suara dari arah
belakang. Abang Anip menoleh ke arah suara itu . Seorang perempuan awal 50an
sedang berdiri memandangnya.
“Ya puan”. Abang Anip
mengiyakan.
“Ada masalah apa tu
encik?”. Tanya pengetua
“Begini puan , saya datang
ni berkenaan hal cikgu Ziah ...”. Jawab abang Anip.
“Ooo ... cikgu Ziah .
Bukan ke dia dah ambil cuti rehat dua hari?”. Tanya puan pengetua.
“Ya puan. Sebenarnya...”. Abang
Anip cuba menerangkan.
“Errr ... beginilah encik
, mari kita duduk di sofa sana” . Ajak puan pengetua sambil menunjukkan ke arah
tempat yang dimaksudkan.
“Yalah ...”. Abang Anip mengekori puan pengetua ke sofa
tetamu di pejabat itu...
... kenapa abang pandai-pandai buat keputusan ...
Sementara itu di dalam kereta , Ziah
masih lagi lena. Tiba-tiba Ziah terkejut kerana mendengar bunyi hon bas sekolah
dibunyikan kuat.
“Err ... dah sampai
sekolah?”. Ziah terjaga , bersuara
sambil memandang abang Anip. Abang Anip tidak menjawab tetapi terus memandu.
“Eh abang , ini bukan ke
sekolah tapi ... menjauhi sekolah!”. Ziah bersuara keras kerana terkejut.
“Ziah , abang nak hantar
Ziah balik. Ziah penat sangat”. Jawab abang Anip
“Eh , Ziah tak boleh buat
macam tu. Ziah kena ke sekolah jugak. Dah dua hari Ziah ambil cuti rehat.
Dahlah Ziah ni baru kerja ... tolonglah abang Anip , hantarkan Ziah ke sekolah”.
Ziah cemas. Khuatir reputasinya akan terjejas.
“Ziah janganlah risau.
Tadi abang dah cakap dengan pengetua. Dia beri Ziah cuti tanpa rekod untuk hari
ini. Esok baru Ziah bersekolah semula”. Jelas abang Anip. Ziah agak terkejut mendengar
penjelasan abang Anip.
“Kenapa?”. Tanya Ziah ,
memandang abang Anip dengan perasaan tidak puas hati.
Abang Anip membalas
pandangan itu. Lama ... akhirnya abang Anip memberhentikan keretanya di tepi
jalan sekali lagi. Ziah masih memandang abang Anip dengan pandangan yang tajam.
Tidak suka abang Anip mencampuri urusan kerjanya.
“Kenapa?!”. Ziah mengulagi
pertanyaannya. Matanya memandang tepat ke wajah abang Anip. Tiada senyum
dibibir. Menyedari ketegangan di wajah Ziah. Abang Anip merenung mata Ziah.
Diam ... tidak pasti apa yang perlu dikatakan.
“Salahkah aku cuba
melindungimu?”. Tanya hati abang Anip.
“Kenapa?!”. Ziah bertanya lagi. Agak keras suaranya. Abang
Anip hanya menjawab dengan renungan. Wajahnya cukup serius menentang pandangan mata
Ziah. Lama mereka begitu. Masing-masing tidak mahu mengalah. Tiga minit telah
berlalu ... “Arghh!” suara Ziah keras. Mengalihkan matanya. Tidak mampu lagi untuk
terus melawan renungan mata abang Anip
.... tiada faedahnya!!.
“Abang , Ziah cuma nak
tahu kenapa abang pandai-pandai buat keputusan bagi pihak Ziah?”. Kata Ziah
dengan nada yang agak jengkel.
Abang Anip tidak menjawab sebaliknya terus diam.
Kedua tangannya kuat menggenggam stereng kereta. Kalau diturutkan hatinya ,
mahu saja stereng itu dicabut dan dilemparkan jauh-jauh keluar. Dadanya turun
naik menahan marah. “Masakan madu yang kuberi , tuba yang kau balas!!” . Fikirnya.
No comments:
Post a Comment