Popular Posts
-
Lukis jea ... saat kamu jatuh Cebisan kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri ... kisah ini adalah satu daripada jutaan rasa yang...
-
Bab 25 : Kita redah bersama Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama Dan setelah hati itu memilih ... Maka teruslah m...
-
Lukis jea ... yang tidak sempurna... Inilah lukisanku yang tidak sempurna...pudar...sepudar rasaku sekarang ni. Hilang mood aku untuk m...
-
Lukis jea ... Hajatku ***Selamat ulang tahun ojai...*** ojai Dalam ingatan jelas terbayang Mengusik rasa yang lama tenggelam ...
-
Berbekas ... Air terjun yang mengalir tak mungkin pernah kembali ke laluannya ... Tika kaki melangkah Tinggalkan jejak-jejak Berb...
-
Lukis jea ... Layanz... Jom layan ... cantik tu nombor 2... Yang penting... aku layan n nikmati apa yang aku buat Dari jari yang melo...
-
Ceritakan ... C eritakan kisah nan gemilang E rti hidupnya jiwa insan nan malang? R ia pilu tawa sendu nan bersilang I ndah sang mata ...
-
Aku suka Fizik ... Sebab ... ia ajar aku menghargai ilmu ia ajar aku menghargai orang bijak pandai ia ajar ...
-
Lukis jea ... Rapuh Semalam aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat. Berat kepalaku. Dalam umur begini , urat2 di kepala n...
-
Hee ... gambar ni aku lukis n aku hantar pada 2 orang. Orang pertama tak terima sebab dia kata raut wajah yang ku lukis tu tak sama deng...
Friday, 30 September 2016
Lukis jea ... tika sendirian
Labels:
Lukisan jea dan puisi

Monday, 26 September 2016
Lukisan dan puisi ... kernamu bulan
Labels:
Lukisan jea dan puisi

Friday, 16 September 2016
Fikiranku ... warkah buat sang ombak
Warkah buatmu ... ombak
Salam buatmu ombak,
Maafkan aku kerna mengganggu mimpi indahmu. Sungguh, bukan niatku merosak istana pasir yang kau bina ... kau bina setelah ia musnah berkali-kali dek sentuhan jiwamu yang hambar ... merapuh lalu meratah sendiri pasak istana pasirmu.
Ombak,
Dari kejauhan ini akulah camar yang terbang hinggap di batuan keras tanpa nyawa. Memerhati dengan mata hati ... menilai dan meneliti ...
Kiranya desiranmu tidak lagi berirama merdu. Sumbang dan pincang sudah ...
Benakku berbicara dalam sepinya bahasa , kemana hilangnya desiranmu yang gah menggoncang samangat yang mati?
Membangkit rasa yang musnah?
Apa sudah hilang kudratmu yang dulunya mampu mengukir kalam suci dipesisiran pantai yang kian tandus dek ribut yang senantiasa melanda?
Sudah tewaskah kau meredah tentangan demi sebuah astaka iman buat bernaung si musafir yang sesat dalam mencari arah?
Atau mungkin juga ...
Pepasir pantaimu sudah lelah menanti kepulanganmu dengan lambaian kasih yang seharusnya sedia terpahat sejak azali ...
Ombak ...
Kiranya aku pernah berlegar menebar sayap dan menyentuh buih-buih halusmu , hingga menjadikan aku sepeduli ini. Mata hatiku tidak lagi mampu melihat kau sang ombak memusnah pantai sucimu.
Aku juga tidak sanggup membiar kau hanyut jauh dari aliran asalmu ... hingga memaksa aku mencoret warkah buatmu.
Aku tidak punya jejari runcing yang bisa menulis dengan kalam indah penuh makna.
Sayapku juga tidak lagi sekuat dulu yang mampu membawaku terbang mengkhabar berita dari tujuh benua ... sedang suaraku memang sudah lama hilang...
Ombak,
Sungguh lumrah alam ciptaan yang Esa , pasang dan surutnya lautan ... tenang mahupun geloranya ombakmu melanda , menghempas atau mengelus lembut pantai putih ... itu bukan alasan untuk jatuh tertewas atau hanyut jauh demi memenuhi sebuah keinginan dalam mencari permata bahagia yang mungkin telah lama tertanam di dasar yang tidak kau sedari.
Sahabatku ombak,
Kalau bolehku pinta , kembalikanlah alunan merdu desiranmu mengalunkan kalam indah dari bahasa Tuhanmu.
Sebarkan perkhabaran tentang indahnya iman yang menjadi benteng pertahanan insan dalam mengharungi permainan dunia.
Jadilah penunjuk seisi alam arah mencari bahagia yang hakiki.
Bantulah si pengemis cinta mengenal cinta sejati ...
Akhir kalam buatmu sahabatku ombak ...
Kutitip doa buatmu agar kau tidak terleka mengejar bahagia yang seketika sebaliknya akan kupohonkan agar kau kan bertemu jua permata bahagia yang kau cari yang mampu membawamu bertemu cinta abadi ... cinta hamba kepada Tuhannya.
Salam ingatan dariku
Sang camar.
![]() |
Lukis jea ... jangan kau biarkan ombakmu menggila ... |
Salam buatmu ombak,
Maafkan aku kerna mengganggu mimpi indahmu. Sungguh, bukan niatku merosak istana pasir yang kau bina ... kau bina setelah ia musnah berkali-kali dek sentuhan jiwamu yang hambar ... merapuh lalu meratah sendiri pasak istana pasirmu.
Ombak,
Dari kejauhan ini akulah camar yang terbang hinggap di batuan keras tanpa nyawa. Memerhati dengan mata hati ... menilai dan meneliti ...
Kiranya desiranmu tidak lagi berirama merdu. Sumbang dan pincang sudah ...
Benakku berbicara dalam sepinya bahasa , kemana hilangnya desiranmu yang gah menggoncang samangat yang mati?
Membangkit rasa yang musnah?
Apa sudah hilang kudratmu yang dulunya mampu mengukir kalam suci dipesisiran pantai yang kian tandus dek ribut yang senantiasa melanda?
Sudah tewaskah kau meredah tentangan demi sebuah astaka iman buat bernaung si musafir yang sesat dalam mencari arah?
Atau mungkin juga ...
Pepasir pantaimu sudah lelah menanti kepulanganmu dengan lambaian kasih yang seharusnya sedia terpahat sejak azali ...
Ombak ...
Kiranya aku pernah berlegar menebar sayap dan menyentuh buih-buih halusmu , hingga menjadikan aku sepeduli ini. Mata hatiku tidak lagi mampu melihat kau sang ombak memusnah pantai sucimu.
Aku juga tidak sanggup membiar kau hanyut jauh dari aliran asalmu ... hingga memaksa aku mencoret warkah buatmu.
Aku tidak punya jejari runcing yang bisa menulis dengan kalam indah penuh makna.
Sayapku juga tidak lagi sekuat dulu yang mampu membawaku terbang mengkhabar berita dari tujuh benua ... sedang suaraku memang sudah lama hilang...
Ombak,
Sungguh lumrah alam ciptaan yang Esa , pasang dan surutnya lautan ... tenang mahupun geloranya ombakmu melanda , menghempas atau mengelus lembut pantai putih ... itu bukan alasan untuk jatuh tertewas atau hanyut jauh demi memenuhi sebuah keinginan dalam mencari permata bahagia yang mungkin telah lama tertanam di dasar yang tidak kau sedari.
Sahabatku ombak,
Kalau bolehku pinta , kembalikanlah alunan merdu desiranmu mengalunkan kalam indah dari bahasa Tuhanmu.
Sebarkan perkhabaran tentang indahnya iman yang menjadi benteng pertahanan insan dalam mengharungi permainan dunia.
Jadilah penunjuk seisi alam arah mencari bahagia yang hakiki.
Bantulah si pengemis cinta mengenal cinta sejati ...
Akhir kalam buatmu sahabatku ombak ...
Kutitip doa buatmu agar kau tidak terleka mengejar bahagia yang seketika sebaliknya akan kupohonkan agar kau kan bertemu jua permata bahagia yang kau cari yang mampu membawamu bertemu cinta abadi ... cinta hamba kepada Tuhannya.
Salam ingatan dariku
Sang camar.
Labels:
Fikiranku

Wednesday, 14 September 2016
Lukis jea ... banner musollah : akhlak
Labels:
Lukisan jea

Tuesday, 13 September 2016
Novel 2 : Selepas Hujan Bab 9
BAB 9 : Rindu
yang meresahkan
“Berhenti!!! Jangan berani kau memeluk isteri aku!”. Suara
keras Encik Amir menghentikan langkah Diah. Encik Amir tiba-tiba terpacul di
muka pintu.
“Ooo ... inilah lelaki yang telah merosakkan kau ya?!”. Marah
betul encik Amir apabila terpandangkan Zuraimie. “Betul? Kau yang merosakkan anak aku?!”.
Tanya Encik Amir sambil mencekak leher
kemeja Zuraimie. Zuraimie terdorong ke arah Encik Amir.
“Maafkan kami pakcik. Maafkan saya!”. Kata Zuraimie. Jawapan
Zuraimie itu telah memarakkan lagi kemarahan Encik Amir . Bukannya kemaafan
yang diberinya tetapi satu tumbukan padu yang kena tepat ke muka Zuraimie.
Zuraimie jatuh terpelanting ke tanah. Hidungnya berdarah.
“Ooo ... sekarang baru berani mengaku!. Hari tu masa dekat
hospital kenapa diam menikus?! Apa? Takut? ...
Dah kau rosakkan anak dara orang , takut nak mengaku?. Huhh!!! Dasar
jantan tak ada telor!! Pengecut!!
Bacul!. Berambus kau dari sini!!!!”.
Jerit Encik Amir sambil terus menendang dan membelasah Zuraimie. Ziah
dan Diah menjerit-jerit melihat Zuraimie diperlakukan begitu.
“Abang ... cukuplah. Dah cukup malang nasib kita ni
bang. Janganlah sampai abang menjadi pembunuh pula!”. Puan Norlina cuba menghalang suaminya
daripada terus membelasah Zuraimie.
Malangnya kata-kata isterinya itu langsung tidak memberi kesan. Badan
Zuraimie terus-terusan menjadi tempat dia melepaskan geram.
“Janganlah begini bang ...
Cukuplah tu!!!”. Jerit Puan Norlina sekuat hatinya. Dia sendiri sudah
hilang arah melihatkan kegilaan suaminya. Diah dan Ziah pula hanya mampu
menjerit dan menangis memohon agar Zuraimie tidak terus dibelasah.
Mendengar jeritan isterinya itu , barulah Encik Amir
menghentilkan perlakuannya. Termengah-mengah dengan nafas yang turun naik ,
marah dan sangat penat membelasah!
“ Sudahlah bang ,
apapun Diah ni satu-satunya anak kita. Sebusuk-busuk daging dibasuh dimamah jua
bang ... tolonglah bang. Maafkanlah mereka”. Rayu puan Norlina sambil memegang
lengan suaminya.
“Aku tidak mungkin menerima kembali orang yang telah menconteng arang di muka kita. Madu yang kita
beri , tuba pula yang dibalasnya!”. Jawab encik Amir keras.
“Perbuatan mereka berdua ini benar-benar telah menjatuhkan
maruah keluarga kita . Aku malu punya anak seperti itu. Buat apalah kita nak
bersengkokol dengan manusia yang bertuhankan nafsu!”. Tegas Encik Amir ,
sedikitpun tidak memandang Diah.
“Abah ... maafkanlah Diah. Diah benar-benar menyesal.
Kasihanilah Diah ... ke mana lagi Diah nak pergi. Diah cuma ada mak dan abah
... tolonglah abah , maafkanlah Diah!!”.
Diah merayu , cuba melangkah menghampiri encik Amir.
“Pang!”. Satu tamparan berat dihayunkan ke pipi Diah. Diah
jatuh . Terjelepuk ke tanah.
“Diahhh!!!”. Jerit Zuraimie dan Ziah serentak.
“Abang!. Itu anak kita bang!!” Jerit Puan Norlina.
“Tidak! Berkerat rotan berpatah arang , aku tak akan benarkan dia jejakkan kaki di rumah ini
“Tidak! Berkerat rotan berpatah arang , aku tak akan benarkan dia jejakkan kaki di rumah ini
lagi !!! ...pergi!
...Pergi!! . Jangan kau ke mari lagi . Berambus!!!”. Jerit encik Amir. Lalu
menyeret Diah dengan kasar sebelum menolaknya ke arah kereta. Diah hampir
tersungkur , mujur segera disambut oleh Zuraimie. Puan Norlina meraung , tidak
sanggup melihat Diah diperlakukan begitu.
“Mak! Abah! Kasihankanlah Diah!!”. Rayu Diah.
“Abang ... mengucaplah bang . Janganlah diturut rasa marah. Terimalah
kembali anak kita bang. Itulah satu-satunya anak kita bang!!”. Puan Norlina
merayu dalam tangisan.
“Tidak!!!”. Jerit encik Amir lantas menggenggam tangan isterinya lalu menariknya masuk ke dalam rumah. Puan Norlina sempat mencuri pandang Diah sebelum ....
“Tidak!!!”. Jerit encik Amir lantas menggenggam tangan isterinya lalu menariknya masuk ke dalam rumah. Puan Norlina sempat mencuri pandang Diah sebelum ....
“Bannggg!!!”. Daun pintu dihempas
kuat.
“Allahu
Akbar!!”. Mengucap panjang Ziah mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku
pagi tadi. Sia-sia sahaja dia menemani Diah dan Zuraimie pulang ke rumah mak
dan ayah Diah. Sangkanya , mak dan ayah Diah sudah memaafkan keterlanjuran
anaknya tu , lebih-lebih lagi tidak lama lagi mereka akan menerima cucu.
“Huh!
Kasihan Diah … Kasihan auntie Norlina … kasihan juga Uncle Amir … Kasihan juga
kau Zuraimie!”. Keluh Ziah.
“Kasihan
juga aku!. Elok-elok dah dalam perjalanan balik ke Pagan Sena , langsung tak
jadi!”. Keluh Ziah lagi … dan kini , masih dalam Kenari putih bersama Zuraimie
dan Diah yang diam seribu bahasa. Masing-masing membatu!.
Setelah ditolak kedua orang tuanya ,
Diah mengambil keputusan untuk menumpang kasih ibu Raziq di Cherating. Gerak
hatinya kuat mengatakan yang ibu tua itu pasti gembira menerima kedatangannya.
Mengapa ya?. Diah sendiri tiada jawapannya!. Ziah dan Zuraimie tiada pilihan lain melainkan
menurut sahaja kehendak Diah. … dan benar seperti sangkaan Diah , Mak Mah ibu
Raziq menerima kehadirannya dengan tangan terbuka. Lebih-lebih lagi setelah
terlihatkan perut Diah yang semakin membusung.
Setelah segalanya selesai , Ziah dan
Zuraimie memohon diri untuk pulang ke destinasi masing-masing. Zuraimie akan
pulang ke Bandar Baru Bangi dan Ziah akan meneruskan perjalanannya yang
tertunda … kembali ke Pagan Sena!.
Kenari meluncur laju ...
meredah malam yang kian memekat. Penghuninya diam seribu bahasa.
Masing-masing melayan perasaan sendiri hinggalah tiba-tiba ....
“Allah! ...”. Ziah bertempik
kuat . Cemas apabila teringatkan sesuatu.
“Kenapa Ziah?”. Tanya
Zuraimie. Turut cemas melihatkan keadaan Ziah.
“Aduhhh ... Ziah
lupa nak telepon pakcik dan makcik. Ziah patut telepon mereka siang tadi ,
bagitahu yang Ziah akan lambat. Eeee ... kenapalah terlupa. Tentu abang Anip tengah
tunggu Ziah sekarang”. Bebel Ziah sendiri. Marah dengan kecuaiannya.
“Hmmm ... abang
Anip lagi!”. Usik Zuraimie. Tersengih. Entah mengapa tenang sedikit jiwanya
mendengar nama itu keluar daripada mulut Ziah , gadis yang pernah
menyintainya!.
“Eh ... tolong ye , kami
tak ada apa-apa hubungan. Dia abang kepada cikgu yang Ziah tumpang rumahnya.
Itu saja!”. Ziah menafikan sangkaan
Zuraimie. Tidak suka hubungannya dengan abang Anip disalahertikan.
“Okey ... kalau ‘ada apa-apa’
pun tak ada salahnya”. Usiknya lagi.
“Ah! Tak mungkin. Jauh
panggang dari api!!”. Jawab Ziah.
“Ha ha ha ...
kita tunggu dan lihat. Err ...
kenapa tak telepon je telepon
bimbit ‘ abang Anip’ tu sekarang?”. Tanya Zuraimie , masih juga mahu mengusik.
Ziah mencebik.
“Betullah tuu ... tapi
macam mana nak telepon dia pasal nombor dia pun Ziah tak tahu. Mmm ... tak ada
pilihan lain , Ziah telepon rumah jelah. Eeee ... abang Anip mesti marah
gila!!!” Ziah membebel lagi. Zuraimie tertawa kecil.
“ Haii ... takkan takut
sangat dengan abang Anip tu?”. Usiknya lagi.
“Awak tak kenal dia.
Lelaki paling pelik dan penuh misteri yang pernah saya jumpa!”. Ziah
memberitahu.
“Hahaha … ada-ada sajalah
kau ni Ziah!”. Zuraimie teris tertawa.
“Hmm … suka hati awaklah.
Tak percaya sudah!”. Ziah menutup bicara. Tidak guna dilayan kata-kata Zuraimie
itu.
“Ziah!!! ... janganlah buat aku macam ni!”
Sangkaan Ziah meleset sama sekali. Abang Anip tidak sedikitpun marah
sebaliknya sangat risaukan keselamatan Ziah.
“Eee ... kenapalah Ziah tak sampai-sampai lagi ni?” . Keluh
abang Anip. Sudah habis semua kaunter tiket ditanya , takut kalau-kalau ada kemalangan atau mungkin bas rosak di
tengah jalan. Abang Anip juga sudah berkali-kali menelepon ke rumah , mana tahu
kalau-kalau Ziah ada meninggalkan pesanan tetapi hampa.
“Ya Allah ... janganlah
terjadi sesuatu yang buruk padanya!”. Doa abang Anip di dalam hati. Resah. Sudah
hampir lima jam dia menunggu di stesen bas Kuantan itu. Sejak pukul lima petang
tadi! Kakinya sudah penat mundar mandir ...
namun untuk duduk diam hanya menambah keresahan di hati. Tiba-tiba teleponnya
berbunyi. Abang Anip segera mengangkatnya.
“Hello ?”. Sapa Abang Anip
“Hello ?”. Sapa Abang Anip
“Hello abang , ni Miah”.
Jawab si pemanggil.
“Huhh! ... Miah. Apahal?”. Tanya abang Anip , sedikit
kecewa. Bukan Miah yang diharapkan berada di talian.
“Aiii ... macam tak suka
Miah call je?”. Miah terasa hati. Abang Anip diam , tidak peduli dengan bebelan
Miah itu.
“Abang , Miah cuma nak
sampaikan pesanan Ziah. Tadi Ziah telepon , dia kata dia tak jadi balik hari
ini. Ada urusan yang perlu diselesaikan. Ziah kata dia tak telepon abang terus
sebab dia tak ada nombor abang. Dia minta maaf banyak-banyak”. Miah menyampai
pesan..
“Habis ... dia balik
bila?”. Tanya abang Anip.
“Heee ... esok pagi-pagi
dia sampai pasal dia akan naik bas malam ni. Tiket dia pukul 10:00 malam.
Maknanya awal pagi esok sampailah tu. Nape ... rindu ke?. Heeee”. Usik Miah.
“Kepala otak kau!!” Marah
abang Anip diusik begitu. Miah tertawa besar!. Langsung tidak takut akan marah
abangnya itu.
“Eh abang janganlah marah.
Miah gurau saja. Kalau tak ada apa-apa nape nak marah! Heee ... Opss! satu lagi
Ziah pesan tak payah tunggu dia sebab esok bila sampai dia akan terus ambil
teksi ke sekolah. So , abang balik jelah sekarang! Heee ...”. Usik Miah lagi.
“Taulah!!!”. Jengkel benar
abang Anip apabila terus-terusan diusik begitu lalu telepon bimbitnya segera dimatikan. Tambah jengkel hatinya dek kerana
perbuatan Ziah yang asyik menunda-nundakan masa kepulangannya.
“Ada urusan!!. Huh! Langsung
tak fikirkan perasaan aku. Dah lebih lima jam aku menunggu baru nak bagitahu
tak jadi balik. Apa punya perempuan!!”. Getus hati abang Anip. Terasa bagai
dirinya dipermainkan.
“ Eee ... kenapa Ziah ...
kenapa Ziah?!” jerit hati abang Anip, tidak puas hati.
“Ziah!!! ... janganlah
buat aku macam ni!”. Abang Anip menjerit sekuat-kuat hatinya. Terlepas! Orang
ramai memandangnya. Terkejut dan tersengih ...
“Apa punya mamat ni ...
gila bayang!! ... ha ha ha”. Seorang anak muda yang ada berhampiran
mentertawakan abang Anip. Abang Anip malu besar . Bingkas bangun lalu terus mengangkat
kaki!
Hati-hati dalam perjalanan....
Sementara itu , Ziah sampai di stesen
bas Cherating tepat jam sepuluh malam , mujur tidak tertinggal bas. Bergegas
Ziah dan Zuraimie mendapatkan bas yang sudah sedia mahu bergerak itu.
“Hati-hati dalam
perjalanan”. Pesan Zuraimie sebelum Ziah memanjat tangga bas. Ziah tersenyum
dan hanya menganggukkan kepalanya.
“Err Ziah !” . Panggil Zuraimie. Ziah yang sudah
berada di tangga paling atas berpaling dan memandang ke arah Zuraimie. Kedua
keningnya diangkat.
“Terima kasih atas
segalanya!” Jeritnya dari bawah. Ziah tersenyum lalu melambaikan tangannya
kepada Zuraimie. Bas ekspress yang dinaiki Ziah mulai bergerak dan meluncur
laju membelah keheningan malam.
Perjalanan malam yang agak membosankan. Tiada apa yang boleh dilihat di luar
jendela , hanyalah bebayang gelap pokok-pokok hutan dan tasik serta bukit bukau
yang hanya nampak berbalam-balam. Hampir kesemua penumpangnya melelapkan mata ..... nyenyak tidur ...zzzz
Aduhai mengantuk sangat mata ni...
Tiba-tiba tidur Ziah diganggu oleh
suara pemandu dan konduktornya.
“Hah , dah sampai.
Kuantan! Kuantan!”. Jerit konduktor bas. Sengaja menguatkan suaranya untuk
membangunkan para penumpang yang masih lena. Ziah menggosok-gosokkan mata.
“Huhh ... dah sampai?
Cepatnya!.”. Ziah bangun , bagaikan
tidak percaya. Dia telah tidur nyenyak
di sepanjang perjalanan.
“Macam baru aje naik bas , tiba-tiba dah sampai”. Katanya
di dalam hati. , cuba pula melihat jam di tangan. 5:25 pagi!.
“Betullah dah sampai!. Aku
penat sangat kot”. Fikirnya lagi lalu segera turun daripada bas , mengambil begnya dari tempat menyimpan beg
di bawah bas.
“Nak kena cari teksi ni.
Hmmm ... baik aku solat subuh dulu”. Fikir
Ziah. Ziah membuat keputusan untuk solat subuh dahulu sebelum mendapatka teksi sebaik
sahaja mendengar azan dilaungkan dari
surau di perhentian bas tersebut.
Selesai sahaja menunaikan solat , Ziah
bergegas , berjalan laju untuk mencari teksi. “Mesti susah nak dapat teksi
subuh-subuh ni. Ahh ! Kereta sapupun
bolehlah. Err tapi mesti kena tekan
harga. Hmm ... tak kesahlah , yang penting
sempat sampai sekolah sebelum 7:20. Kalau tak , tak pasal-pasal merahlah nama
aku!”. Fikirnya sambil sibuk memandang
kiri dan kanan.
Tiba-tiba tangan kirinya
ditarik dari belakang. Ziah terkejut dan dengan spontan tangan kanannya
melepaskan beg pakaian yang dijinjingnya lalu jari jemarinya digenggam kemas ,
buku limanya dihayun laju tepat ke arah
muka si pengacau. Mujur si pengacau bertindak lebih pantas. Tangan itu ditangkap dan digenggam kuat sebelum
sempat sampai ke sasaran.
“Heiii akulah!!...”. Abang Anip bersuara sambil merentap Ziah ke
arahnya. Ziah terdorong ke dada abang Anip. Abang Anip menyuakan mukanya ke
muka Ziah.
“Kau ingat siapa?”. Tanya
abang Anip.
Ziah terkejut lalu segera
membetulkan posisinya. Berdiri tegak di hadapan abang Anip.
“Err ... abang!. Maaflah
... Ziah betul-betul terkejut tadi. Spontan , tak sengaja!” . Ziah meminta
maaf. Tersengih malu apabila
mengingatkan perlakuannya tadi.
“Hmm ... boleh tahan
gerakan kau tadi. Biasa main silat?”. Tanya abang Anip. Tiba-tiba menjadi
ramah.
“Err ... dulu adalah
belajar sikit-sikit. Taekwando!” . Jawab Ziah tersipu-sipu.
“Tapi kena berlatih lebih
lagi!!”. Renyih abang Anip. Ziah hanya
tersenyum.
“Errr ... kenapa abang
boleh berada di sini pada waktu begini?”. Ziah bertanya kehairanan .
“Errr ... atau ...?”. Ziah bagaikan tidak percaya , bulat matanya
memandang abang Anip apabila terfikir yang mungkin abang Anip telah menunggunya
sedari semalam. Rasa bersalah menyelubungi hatinya.
“Ahhh ... abang Anip ,
Ziah betul-betul dah menyusahkan abangkan?. Maafkan Ziah ...”. Keluh
Ziah. Betul-betul kesal . Bukan itu saja , Ziah juga terharu dengan sikap abang
Anip yang sanggup menunggunya .... menunggunya sepanjang malam!!
“Ah sudahlah. Jom ... nanti kau lambat pula ke sekolah” .
Abang Anip mengangkat beg Ziah dan berjalan
laju menuju ke kereta. Ziah mengejar
dari belakang. Sebaik sahaja keduanya berada di dalam kereta ...
“Ziah , kalau boleh abang
tahu ... kenapa Ziah melewat-lewatkan kepulangan Ziah?”. Abang Anip bertanya kepada Ziah sambil menatap
wajahnya. Suaranya lembut . Hatinya terasa puas dapat menatap semula wajah gadis ini. Lebih-lebih
lagi wajah yang baru disirami air wuduk. Air mukanya bersih dan cukup
menenangkan. Hilang segala kerisauan dan kejengkelannya menanti semalaman.
“Abang , pertama sekali
Ziah betul-betul minta maaf kerana telah menyusahkan abang. Kedua , Ziah bukannya
sengaja melewat-lewatkan masa untuk balik ke sini”. Terang Ziah.
“Habistu?”. Tanya abang Anip.
Masih tetap menatap wajah gadis yang dirinduinya ini.
“Panjang ceritanya. Ziah
tidak rasa abang sanggup mendengarnya”. Ziah berdalih , malas untuk
menceritakan apa yang terjadi.
“Tiada faedahnya aku
ceritakan kisah Diah dan Zuraimie kepada abang Anip. Buat apa ... bukannya dia
kenalpun mereka apalagi untuk memahaminya!”. Fikir Ziah. Tambahan pula , Ziah
memang tiada berminat untuk bercerita pada waktu ini. Setelah mengharungi bermacam
peristiwa sejak meninggalkan Pagan Sena tempohari , Ziah terasa sungguh penat. Matanya
bagaikan mahu terlelap semula apabila kereta mulai bergerak.
“Hmm ... Ziah mungkin
tidak percaya. Abang memang sedia mendengarnya”. Belumpun sempat abang Anip
mahu meneruskan kata-katanya , Ziah sudah terlena!.
“Laa ... dah lena minah
ni!”. Abang Anip berkata sendiri. Tersenyum memandang Ziah , tangannya
terdorong untuk mengusap pipi Ziah. Sejuk ... lembut ...
“Hmmm ... kasihan ...”. Keluh
abang Anip. Abang Anip meneruskan pemanduan dengan perlahan dan berhati-hati.
“Biar lambat asalkan
selamat!”. Begitulah pesan ibunya. Entah mengapa pada waktu sebegini pesanan
ibunya itu memang sangat sesuai!.
Kereta meluncur terus , abang Anip
memandu mengelak segala bonggol dan lopak . Tidak mahu mengganggu tidur Ziah.
“Huh! Inilah dia , tiap
kali nak pilihanraya habis semua jalan diturap baru , lubang semua
dikambus tapi habis je pilihanraya ,
haram!. Jalan yang berlubang akan terbiar , lubang jadi semakin besar hingga
boleh membahayakan pengguna. Nanti kalau ada yang dah terbunuh , dapat liputan
TV. Hah! Masa tu barulah ada yang datang menjenguk. Baru terkial-kial nak baiki jalan!. Hishh politik!!”. Abang Anip
berleter sendiri. Benci betul dia mengenangkan sikap sesetengah ahli politik.
Namun kebencian itu segera
terpadam tatkala matanya terpandang wajah suci Ziah yang sedang lena ... “Tidak
pernah ku sangka kau akan membalut luka di hati ini”. Abang Anip mula melayan
perasaan. “Tapi bagaimana harus aku curahkan semua rasa ini?”. Fikirnya pula.
“Ziah , kalaulah kau
mendengar suara hatiku ... sehari tanpamu hidup ini terasa sunyi. Pincang
segalanya....”
“Ziah , aku tak mampu
kehilangan lagi. Tolonglah jangan menolakku!”. Bisik hati abang Anip. Matanya
asyik mengerling ke arah Ziah yang benar-benar lena dibuai mimpi.
“Uncle!. Cukup! Cukup!.
Jangan dipukul dia lagi. Dia tak bersalah. Bukan dia yang lakukan ... bukan
dia. Bukan dia uncle!. Tolonglah , berhentilah uncle!”. Tiba-tiba Ziah menjerit-jerit. Lenanya membawa igau mimpi
melahirkan suara hatinya yang terpendam tatkala melihat Zuraimie dibelasah
teruk oleh ayah Diah. Kepalanya dipalingkan ke kiri dan kanan , wajahnya dibasahi peluh.
“Ziah!. Ziah! ... bangun.
Bangun Ziah ...”. Abang Anip cuba menyedarkan Ziah dari igau mimpinya.
“Hrrrmmmnnnn....”. Ziah
seakan merengek perlahan sebelum kembali lena.
“Huh!. Apa yang telah kau
lalui?”. Keluh abang Anip , memandang Ziah dengan rasa simpati. Berbagai
andaian datang dan pergi dalam fikiran abang Anip.
“Ahhh!!!. Persetan semua
itu. Aku tahu kau gadis yang baik!”. Abang Anip menepis semua andaian buruk
yang mengganggu fikirannya.
“Sesulit manapun
perjalanan hidupmu , aku sanggup mengharunginya bersama”. Itulah janji abang
Anip kepada dirinya sendiri.
“Begini puan , saya datang ni berkenaan hal cikgu Ziah ...”
Sejam perjalanan , akhirnya mereka
sampai di hadapan pintu masuk ke sekolah
tempat Ziah bertugas. Abang Anip
memberhentikan kereta di bahu jalan. Memandang semula Ziah yang masih lena.
“Penat sungguh kau Ziah
... apalah agaknya yang telah kau lalui. Kau sepatutnya balik berehat saja”. Fikir
abang Anip. Perlahan-lahan abang Anip membuka pintu keretanya lalu keluar
berjalan memasuki kawasan perkarangan sekolah dan terus ke pejabat. Sampai di
pejabat abang Anip melihat guru-guru berjalan laju menuju ke mesin ‘punch
card’. Abang Anip tersenyum melihat gelagat para guru yang berusaha untuk
memastikan kad masing-masing tidak merah.
“Encik , pejabat mula
pukul 8:00”. Tegur kerani sekolah.
“Ya saya tahu tapi saya
ada hal penting nak berjumpa pengetua. Dia dah sampai ke?”. Tanya abang Anip.
“Ya , nak jumpa
saya?” sapa satu suara dari arah
belakang. Abang Anip menoleh ke arah suara itu . Seorang perempuan awal 50an
sedang berdiri memandangnya.
“Ya puan”. Abang Anip
mengiyakan.
“Ada masalah apa tu
encik?”. Tanya pengetua
“Begini puan , saya datang
ni berkenaan hal cikgu Ziah ...”. Jawab abang Anip.
“Ooo ... cikgu Ziah .
Bukan ke dia dah ambil cuti rehat dua hari?”. Tanya puan pengetua.
“Ya puan. Sebenarnya...”. Abang
Anip cuba menerangkan.
“Errr ... beginilah encik
, mari kita duduk di sofa sana” . Ajak puan pengetua sambil menunjukkan ke arah
tempat yang dimaksudkan.
“Yalah ...”. Abang Anip mengekori puan pengetua ke sofa
tetamu di pejabat itu...
... kenapa abang pandai-pandai buat keputusan ...
Sementara itu di dalam kereta , Ziah
masih lagi lena. Tiba-tiba Ziah terkejut kerana mendengar bunyi hon bas sekolah
dibunyikan kuat.
“Err ... dah sampai
sekolah?”. Ziah terjaga , bersuara
sambil memandang abang Anip. Abang Anip tidak menjawab tetapi terus memandu.
“Eh abang , ini bukan ke
sekolah tapi ... menjauhi sekolah!”. Ziah bersuara keras kerana terkejut.
“Ziah , abang nak hantar
Ziah balik. Ziah penat sangat”. Jawab abang Anip
“Eh , Ziah tak boleh buat
macam tu. Ziah kena ke sekolah jugak. Dah dua hari Ziah ambil cuti rehat.
Dahlah Ziah ni baru kerja ... tolonglah abang Anip , hantarkan Ziah ke sekolah”.
Ziah cemas. Khuatir reputasinya akan terjejas.
“Ziah janganlah risau.
Tadi abang dah cakap dengan pengetua. Dia beri Ziah cuti tanpa rekod untuk hari
ini. Esok baru Ziah bersekolah semula”. Jelas abang Anip. Ziah agak terkejut mendengar
penjelasan abang Anip.
“Kenapa?”. Tanya Ziah ,
memandang abang Anip dengan perasaan tidak puas hati.
Abang Anip membalas
pandangan itu. Lama ... akhirnya abang Anip memberhentikan keretanya di tepi
jalan sekali lagi. Ziah masih memandang abang Anip dengan pandangan yang tajam.
Tidak suka abang Anip mencampuri urusan kerjanya.
“Kenapa?!”. Ziah mengulagi
pertanyaannya. Matanya memandang tepat ke wajah abang Anip. Tiada senyum
dibibir. Menyedari ketegangan di wajah Ziah. Abang Anip merenung mata Ziah.
Diam ... tidak pasti apa yang perlu dikatakan.
“Salahkah aku cuba
melindungimu?”. Tanya hati abang Anip.
“Kenapa?!”. Ziah bertanya lagi. Agak keras suaranya. Abang
Anip hanya menjawab dengan renungan. Wajahnya cukup serius menentang pandangan mata
Ziah. Lama mereka begitu. Masing-masing tidak mahu mengalah. Tiga minit telah
berlalu ... “Arghh!” suara Ziah keras. Mengalihkan matanya. Tidak mampu lagi untuk
terus melawan renungan mata abang Anip
.... tiada faedahnya!!.
“Abang , Ziah cuma nak
tahu kenapa abang pandai-pandai buat keputusan bagi pihak Ziah?”. Kata Ziah
dengan nada yang agak jengkel.
Abang Anip tidak menjawab sebaliknya terus diam.
Kedua tangannya kuat menggenggam stereng kereta. Kalau diturutkan hatinya ,
mahu saja stereng itu dicabut dan dilemparkan jauh-jauh keluar. Dadanya turun
naik menahan marah. “Masakan madu yang kuberi , tuba yang kau balas!!” . Fikirnya.
Labels:
Novel

Saturday, 3 September 2016
Novel 2 : Selepas Hujan Bab 8
Ziah duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil Diah. Semalam , selesai sudah majlis konvokesyen diploma pendidikannya. Ziah , Ba'ie dan Zuraimie ... mereka bertemu semula setelah sekian lama terpisah , masing-masing membawa diri mengharungi episod demi episod kehidupan yang tersurat.
Termenung
memandang Diah ... “Kenapalah berubah terus takdir
hidupmu? . Ya Allah , hikmah apakah yang tersembunyi disebalik semua ini?”. Ziah memandang sayu , Diah gadis periang yang pernah menjadi teman rapatnya dahulu kini terlantar tidak bermaya.
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan)
yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya”.
Ziah teringat maksud sebahagian daripada ayat 286 dalam surah Al Baqarah yang
pernah dibacanya dulu.
“Ya . Allah tidak akan menguji kita dengan
sesuatu yang di luar kemampuan kita. Diah , aku yakin kau akan tabah dan dapat
melalui semua ini”. Bisik suara hati
Ziah. Wajah Diah ditatapnya penuh simpati. "Benarlah kita ini hanya hambaNya dan tidak Allah jadikan mati dan hidup itu melainkan sebagai ujian buat kita". Ucap Ziah tanpa sedar.
"Huhhh!. Lain orang lain pula ujiannya". Entah mengapa tidak semena-mena ,
Ziah teringatkan pula kisah abang Anip. Kisah yang cukup tragis. Semuanya kisah
cinta yang tidak kesampaian. Sama seperti kisah cinta Diah , juga kisah cintanya sendiri.
"Abang Anip kehilangan Aisyah , Diah kehilangan Raziq dan aku kehilangan Zuraimie ... sungguhpun kau selalu ada di depan mata namun , hatimu tidak pernah mampu kucapai!. Huhh! Hati-hati yang terluka ... semuanya kisah cinta duka”.
Keluh Ziah , mulai melayan perasaannya sendiri.
Teringat lagi perbualannya
bersama Diah suatu ketika dahulu. Mereka sama-sama pernah bersetuju untuk
segera mengakhiri zaman solo mereka sebelum
mencecah ke umur 26 tahun.
“Sunnah Nabi tu. Kau tak hendak ikut
ke?. Kan ke nabi kita , Nabi Muhammad (s.a.w) kahwin umur 25 tahun!”. Kata-kata Diah yang nakal dan mesra suatu ketika dulu masih
terngiang-ngiang di telinganya.
“Diah , kita dah di penghujung 25 tahun. Lihatlah diri kita. Kau terlantar dan aku masih sendiri. Semuanya masih lagi suatu misteri!”. Bisik lagi suara hati Ziah.
Perkataan 'misteri' itu mengingatkannya kepada abang Anip , lelaki yang sering membebalkan hati. Entah mengapa , sejak meninggalkan Pagan Sena , ada-ada saja perkara yang mengingatkannya kepada lelaki itu.
Perkataan 'misteri' itu mengingatkannya kepada abang Anip , lelaki yang sering membebalkan hati. Entah mengapa , sejak meninggalkan Pagan Sena , ada-ada saja perkara yang mengingatkannya kepada lelaki itu.
“Hmm ... abang Anip!. Lelaki pelik
dan penuh misteri. Mengapa kau asyik datang dalam ingatanku?. Sudah ketulahan ke apa aku ni?”. Keluh Ziah , terbayang olehnya wajah abang Anip yang berserabut ... dan manis. Entah mengapa bagai ada rindu menyapa ...
“Hishh! . Biar betul!. Tiba-tiba rasa rindu pulak! . Eh, tak mungkin
. Tak mungkin aku rindukannya. Tidak! Tidak! Tidak!. Aku tak mungkin
merindukannya . Moga disimpangkan Allah semua itu. Rasa ini ... ingatan ini adalah
kerana aku dah lama tak bertengkar atau bergaduh dengannya. Ya! Itu saja!!”. Ziah
cuba memahami perasaannya sendiri.
“Atau mungkin juga kerana tiada orang yang menyakitkan hatiku di sini. Tak mungkin aku merindui lelaki mulut longkang itu!”. Bisik Ziah sambil tersenyum.
Lepas satu ke satu peristiwa yang berlaku sepanjang tinggal menumpang di rumah cikgu Karim muncul dalam fikirannya. Ziah tertawa kecil apabila teringatkan betapa malunya dia dek peristiwa yang berlaku pada satu petang.
Ketika itu Ziah baru habis mandi dan berpakaian. Daun jendela bilik ditolak luas. Ziah melihat ke luar jendela , membiarkan bayu petang mengusap dan membelai wajahnya. Rambutnya yang basah dibiarkan lepas bebas . Ziah menyanyi-nyanyi perlahan sambil menyisir rambutnya. Lagu suci dalam debu nyanyian Saleem!.
Tanpa Ziah sedari , abang
Anip yang berada tidak jauh dari situ sedang leka memerhatikannya. Entah
mengapa lelaki itu berdiri tegak di sebelah motor buruknya , tidak bergerak dan seakan leka memerhatikan
geraklakunya atau mungkin juga terpesona mendengar nyanyiannya!.
Ketika mahu mengulangi bahagian korus dengan penuh perasaan mata mereka bertentangan , masing-masing terkejut dan segera berpaling. Berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi!.
“Hu hu hu ... malu! lucu!. Agaknya apa yang menyebabkan abang Anip boleh leka sampai begitu sekali melihatku. Adakah kerana dia ...terpesona dengan nyanyianku ... atau terkejut melihat aku yang tidak bertudung?” Fikir Ziah lagi.
“Atau mungkin juga kerana tiada orang yang menyakitkan hatiku di sini. Tak mungkin aku merindui lelaki mulut longkang itu!”. Bisik Ziah sambil tersenyum.
Lepas satu ke satu peristiwa yang berlaku sepanjang tinggal menumpang di rumah cikgu Karim muncul dalam fikirannya. Ziah tertawa kecil apabila teringatkan betapa malunya dia dek peristiwa yang berlaku pada satu petang.
Ketika itu Ziah baru habis mandi dan berpakaian. Daun jendela bilik ditolak luas. Ziah melihat ke luar jendela , membiarkan bayu petang mengusap dan membelai wajahnya. Rambutnya yang basah dibiarkan lepas bebas . Ziah menyanyi-nyanyi perlahan sambil menyisir rambutnya. Lagu suci dalam debu nyanyian Saleem!.
'Engkau bagai air yang jernih
di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
kesucian terlindung jua
cinta bukan hanya di mata
cinta hadir di dalam jiwa
biarlah salah di mata mereka
biar perbedaan terlihat antara kita
kuharapkan kau kan terima
walau dipandang hina
namun hakikat cinta kita
kita yang rasa
suatu hari nanti pastikan becahaya
pintu akan terbuka kita langkah bersama
di situ kita lihat bersinarlah hakikat
debu jadi permata , hina jadi mulia
bukan khayalan yang aku berikan
tapi keyakinan yang nyata
kerana cinta lautan berapi
pasti akan kurenang jua'
Ketika mahu mengulangi bahagian korus dengan penuh perasaan mata mereka bertentangan , masing-masing terkejut dan segera berpaling. Berlagak seperti tiada apa-apa yang terjadi!.
“Hu hu hu ... malu! lucu!. Agaknya apa yang menyebabkan abang Anip boleh leka sampai begitu sekali melihatku. Adakah kerana dia ...terpesona dengan nyanyianku ... atau terkejut melihat aku yang tidak bertudung?” Fikir Ziah lagi.
“Eeeee ... apsallah perkara memalukan tu boleh terjadi. Cuainya aku. Kalaulah dia betul-betul terpikat denganku ... matilah!. Tak boleh nak kubayangkan tinggal bersama lelaki ego tu. Tapi ... sikapnya ketika
menghantarku tempohari cukup baik dan menyenangkan. Mungkin betul , abang Anip
telah jatuh cinta padaku?. Atau dia dah
termakan cadangan makcik dan pakcik?".
“Hmm ... apapun aku sendiri bagaimana? Apa perasaan aku sebenarnya padanya , cinta atau benci?”. Fikir Ziah sambil meletakkan tangannya di dada
sambil memejamkan mata. Cuba mencari perasaannya sendiri.
“Hmm ... apalah susah-susah fikir , yang pasti dia bukan lelaki
idamanku!”. Ziah membuat kesimpulan.
Kini fikirannya terpaut pula pada kenangannya bersampan menyusuri sungai bersama Kamal.
Kini fikirannya terpaut pula pada kenangannya bersampan menyusuri sungai bersama Kamal.
“Hmmm ... lelaki itu. Baik dan sangat
menyenangkan!”. Fikirnya sambil tertawa kecil apabila terkenangkan peristiwa
dia dikejar angsa semasa bertandang ke pondok kecil Kamal tempohari. Itulah hari yang
paling membahagiakannya sejak mula berkhidmat di Pagan Sena!.
“Hmm ... Kamal memang teman yang baik. Teman tapi mesra ... tak lebih dari itu”. Akhirnya Ziah terlena ...
Bila rindu menyapa .....
Petang itu , abang Anip seperti tiga
petang yang lepas , duduk di atas sebatang kayu pokok yang tumbang di tebing
sungai belakang rumahnya. Sepanjang ketiadaan Ziah , semangatnya punah ,
hatinya resah gelisah. Kesunyian terasa mencengkam. Merenggut tangkai hatinya. Sepi
... sunyi ... kehilangan!.
“Huh ... apa dah jadi dengan diriku
ini?”. Fikirnya.
“Mengapa aku selemah ini? . Mengapa aku selemah ini?. Di mana kesetiaan
yang selama ini aku pertahankan?!”. Marahnya pada diri.
Suatu ketika dulu , abang Anip pernah
berjanji kepada dirinya bahawa dia akan
sentiasa setia pada cinta yang satu. Cinta yang telah dirampas dek hasad dengki
yang telah mengorbankan kekasihnya.
“Chah , walaupun kita berpisah di
dunia ini , percayalah ... hati kita
tetap bersatu. Tunggu abang , kita
akan bersama di sana nanti. Tiada cinta lain buat abang di dunia ini.
Percayalah sayang. Itu janji abang!”. Itulah janji yang pernah dilafazkan oleh abang
Anip di atas pusara kekasihnya , bakal tunangannya , Aishah.
Namun kini segalanya mulai berubah.
Kehadiran Ziah telah merongkai satu persatu ikatan janji setia yang pernah
dimeterai di pusara Aishah. Abang Anip benci dengan dirinya sendiri. Mengapa
dia boleh selemah ini , membuka lembaran baru buat insan lain.
“Bukankah sepatutnya hati ini tertutup rapat buat semua kaum hawa di dunia
ini?”. Fikirnya lagi. “Arrggghhhhh!!!”
Jeritnya.
Peristiwa tika bersama ...
“Ziah ... kenapalah wajahmu sering terbayang. Siksanya
jiwa aku ini!. Aku benci kau Ziah! Aku
benci kau! Benci!!!!” . Abang Anip mengeluh ... marah pada diri sendiri!. Entah
mengapa , gadis yang bernama Ziah ini bagai mengetuk-ngetuk kuat pintu hatinya.
Tidak mampu untuk menahan!. Abang Anip terus melayan perasaan. Dia mula
mengingati segala peristiwa yang pernah dilaluinya bersama Ziah , segala pertengkaran yang merapatkan mereka. Kedegilan Ziah ... kegigihan gadis itu ... ada sesuatu dalam diri gadis itu yang menarik hatinya!.
“Huhh!”. Abang Anip mengeluh sambil
memegang dadanya sendiri. Terasa seperti sesuatu menyusuk-nyusuk.
“Pedihnyan perasaan ini!” . Keluh abang Anip. Abang Anip termenung lagi ... teringat olehnya suatu peristiwa yang membuatkannya tersenyum sendiri.
Suatu pagi , reaksi bodoh Ziah
ketika terpijak ‘ular sampah’ semasa sedang memberi makan ayam di belakang rumah mana mungkin dapat dilupa.
Peristiwa pagi itu benar-benar telah menggeletek tawanya. Ular sampah yang saiznya cuma besar sedikit sahaja daripada cacing tanah itu mampu membuatkan Ziah menjerit ketakutan. Ular kecil bewarna hitam berkilat dan bergerak seperti seekor ular biasa itu meliuk-liukkan badannya apabila dipijak. Gerakannya itu menyebabkan Ziah terjerit-jerit sambil terlompat-lompat. Abang Anip yang kebetulan baru turun dari rumah segera berlari ke arah Ziah. Sangkanya ada ular berbisa yang mungkin telah mematuk kaki gadis itu. Dia segera mengeluarkan parang panjang yang tersisip dipinggangnya. Sesampai di situ ....
Peristiwa pagi itu benar-benar telah menggeletek tawanya. Ular sampah yang saiznya cuma besar sedikit sahaja daripada cacing tanah itu mampu membuatkan Ziah menjerit ketakutan. Ular kecil bewarna hitam berkilat dan bergerak seperti seekor ular biasa itu meliuk-liukkan badannya apabila dipijak. Gerakannya itu menyebabkan Ziah terjerit-jerit sambil terlompat-lompat. Abang Anip yang kebetulan baru turun dari rumah segera berlari ke arah Ziah. Sangkanya ada ular berbisa yang mungkin telah mematuk kaki gadis itu. Dia segera mengeluarkan parang panjang yang tersisip dipinggangnya. Sesampai di situ ....
“Laaa ... ular sampah pun nak terjerit-jerit!.
Mengada-ngada!!” . Marah abang Anip.
Ziah yang pada ketika itu sedang
terlompat-lompat kegelian terhenti dan berasa sangat marah mendengar kutukan
abang Anip.
“Woiii! Orang gelilah. Bukan
mengada-ngada. Lagipun orang tak panggilpun awak!. Siapa suruh datang?. Suka-suka saja nak kutuk orang!!”. Ziah berlari meninggalkan abang Anip setelah
membalas kata-kata kasarnya tadi.
“Woii! Memanglah kau tak panggil tapi
aku ni lelaki budiman!!! Ha! Ha! Ha! Bodoh ular sampah pun takut!”. Abang Anip
terus mengejek , sengaja menyakitkan hati Ziah. Sebenarnya dia rasa tercabar
dengan kata-kata Ziah tadi. Tidak disangkanya
Ziah berani berkata begitu.
“Hmm ... patutlah
dia bencikan aku. Teruk aku layan dia. Tak ada langsung kata-kata lembut dan
manis yang pernah kuucapkan padanya”. Fikir abang Anip lagi.
Menyesal sungguh dia ... sudah terlalu biasa menyendiri , langsung lupa untuk memikirkan perasaan orang lain.
Menyesal sungguh dia ... sudah terlalu biasa menyendiri , langsung lupa untuk memikirkan perasaan orang lain.
Bayangan Ziah terus-terusan menghantuinya
Tapi kini ... segalanya berubah. Abang Anip menyesal
dengan semua sikap buruknya. Lebih-lebih lagi bila rindu sudah pandai bertandang di perdu hatinya..
“Huhhh!!!! . Maafkan abang Ziah” . Keluhnya.
Berat benar bunyi keluhan itu.
Bayangan Ziah terus-terusan
menghantuinya. Hati lelakinya amat tersentuh
apabila terkenangkan pula bagaimana baiknya Ziah merawat seekor anak ayam yang terjatuh dari sangkar ibunya semalaman.
Anak ayam yang kesejukan dan kuyup dek hujan yang turun malam itu diambil Ziah
tanpa rasa jijik. Dari kejauhan abang Anip melihat Ziah membalutnya dengan kain
buruk di dapur. Anak ayam itu dilap kering. Bukan itu saja Ziah juga menyuapnya
dengan butiran nasi yang telah dikecil-kecilkan. Sedikit demi sedikit masuk ke tembolok
anak ayam itu. Setelah anak ayam itu kembali kuat Ziah meletakkannya
perlahan-lahan ke dalam sangkar ibu ayam.
“Mulia sungguh hatimu. Sangat
penyayang. Memang patut kau menjadi seorang guru. Sesuai dengan sifatmu”. Fikir
abang Anip lagi. Tersenyum sendiri apabila mengenangkan bagaimana bersungguh
dan cerianya Ziah bercakap-cakap dengan anak ayam itu! Mengusap-ngusapnya
semasa memberi ia makan.
Lebih menyentuh jiwanya tatkala melihat Ziah , gadis yang sentiasa
disakiti hatinya itu sedang menyisir lembut rambut ibunya.
“Makcik , kita serahkanlah segalanya kepada
Allah. Ziah yakin dengan izinNya , abang Anip akan sedar dan berubah juga. Bagi
diri Ziah , makcik janganlah risau. Walau seburuk manapun sikapnya pada Ziah ,
Ziah langsung tidak menyimpan dendam sebab Ziah sedar kehadiran Ziah di sinilah sebenarnya yang telah mengganggu ketenangan dan keselesaannya
selama ini. Ziah tak apa-apa malah Ziah
bersyukur kerana makcik sekeluarga sudi menumpangkan Ziah di sini”. Kata-kata Ziah masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Baiknya hatimu ... setelah segala
yang kulakukan padamu , kau masih boleh berkata begitu”.
Semua itu mengusik hati lelakinya. Tidak
pernah dia menduga , Ziah yang datangnya tanpa diundang telah dapat mengubah dirinya.
Mengubah segalanya. Perasaan yang dulu mati kini kembali berbunga!
“Ziah , kehadiranmu mengembalikan semula
semangat hidupku yang telah lama mati” . Bisiknya separuh mengeluh. Sukar untuk
mengakui bahawa cintanya sudah mula berputik!.
... abangnya itu jadi resah tidak menentu.
“Wah!! Berangan jauh abang aku ni!” Sergah
Miah. Tiba-tiba muncul , memutuskan angan abang Anip. Miah memang sedar akan
perubahan yang berlaku kepada abang kesayangannya itu. Kalau dulu abangnya
seorang yang kaku keras tidak berperasaan. Tetapi sejak kehadiran Ziah dalam
keluarga mereka sedikit demi sedikit kekakuan dan kekerasan itu dapat
dilembutkan. Abangnya itu sudah mahu diajak makan bersama. Sudah mula bercerita
walaupun hanya sepatah dua. Sudah
tidak marah-marah lagi. Lebih
memeranjatkan , abangnya itu sendiri yang meminta izin daripada cikgu Karim
untuk menghantar Ziah ke Bandar Kuantan tempohari!. Hinggakan permintaannya itu
telah menyebabkan cikgu Karim terpaksa membuat helah keluar bersama Miah ke
Pekan. Semata-mata untuk memenuhi permintaan abang Anip!. Bukan itu saja , Miah juga amat sedar ...
sejak Ziah turun ke Kuala Lumpur ,
abangnya itu jadi resah tidak menentu. Ke kebun pun tidak , menjalapun tidak ,
asyik ke tebing sungai melayan angan!.
“Mencari bayang Ziah di air sungai ye!”
. Usiknya.
“Hoi!!! Apa mengarut ni?!”. Abang Anip marah diusik begitu.Terasa egonya sedang
dipermainkan.
“Abang , janganlah marah. Miah
bergurau saja. Sebenarnyakan , Miah sendiripun rasa sunyi bila Ziah dah tak ada. Dia tu
baiklah bang. Dahlah baik , rajin , pandai masak dan yang paling penting ...
pandai ambil hati mak dan abah. Alangkah baiknya kalau dia terus menjadi
sebahagian daripada keluarga kita kan bang ...”. Miah mengerling abang Anip , sengaja mahu
melihat reaksinya.
“Hoi! Apa yang kau merepek ni?! ...”.
Abang Anip bangun meninggalkan Miah sendiri. Miah tersenyum. Pancingnya sudah
mengena!
“Abang! Tunggulah ... emak ajak minum
petanglah bang”. Jerit Miah. Berlari
anak mengejar abang Anip yang berjalan semakin laju di hadapan.
“Anip! Mari naik nak ... kita minum petang sama. Ni hah Miah ada buat
cucuk pisang ni”. Ajak cikgu Karim
tatkala terlihatkan kelibat anak lelakinya itu. Abang Anip akur.
“Anip ke mana tadi?”. Tanya makcik
Midah.
“ Tak ada ke mana mak. Ke belakang je
... tengok-tengok kolam ikan” . Jawab abang Anip cuba berdalih. Malu ditanya begitu. Mana tidaknya sejak Ziah
pergi , sehari pun abang Anip tidak berkebun. Membuang masa dan melayan
perasaan di tebing sungai sahaja. Makcik Midah memandang cikgu Karim , kedua
mereka tersenyum.
“Hmm ... langsung tak ke kebun?”.
Tanya cikgu Karim. Sengaja buat-buat bodoh.
“Tak. Badan tak berapa sihat. Esok
lusa Anip pergilah”. Jawab abang Anip.
“Jangan dibiar lama kebun tu tak
berjenguk. Nanti diaruk monyet-monyet liar , habis rosak semua!”. Tegur cikgu
Karim. Abang Anip diam. Memang ada benarnya kata-kata bapanya itu.
“Mmm ... bila Ziah balik ?” tanya cikgu Karim. Tersedak abang Anip mendengar nama itu disebut. “Laa ... apa teruk sangat Nip ? Makantu pelan-pelanlah”. Tegur makcik Midah , buat-buat tidak faham. Abang Anip hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya.
“Mmm ... bila Ziah balik ?” tanya cikgu Karim. Tersedak abang Anip mendengar nama itu disebut. “Laa ... apa teruk sangat Nip ? Makantu pelan-pelanlah”. Tegur makcik Midah , buat-buat tidak faham. Abang Anip hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya.
“Err ... kalau ikut kata Ziah , esok
baliklah dia. Naik bas pukul satu. Dalam pukul enam petang sampailah kot”. Jawab
abang Anip.
“Kau boleh tolong ambik tak. Esok
petang abah ada mesyuarat AJK surau kampung kita ni. Dia orang nak buat program
mengimarahkan surau terutamanya kepada anak-anak muda. Tak delah setiap kali
tiba waktu sembahyang , hanya orang-orang tua je yang berjemaah. Yang muda entah
di mana? Di tembok-tembok jalan main gitar. Takpun di padang bola. Maghrib lebur
macam tu je!”. Keluh cikgu Karim mengingatkan perihal anak-anak muda
kampungnya.
“ Bolehlah bah , esok petang Anip
pegi ambik dia”. Abang Anip memberi
persetujuan.
‘Pucuk dicita , ulam mendatang!’. Sebenarnya abang Anip sendiri sudah tidak
sabar untuk menatap wajah ayu bujur sireh milik Ziah. Entah mengapa , rindunya
membuak-buak.
“Huh! Apa dah jadi dengan aku ni?.
Baru beberapa minggu dia di sini , haru biru hidup aku dibuatnya. Ziah! Ziah!
Ziah!. Apa yang dah kau buat padaku?!”. Bisik
hati abang Anip.
Bukan abang Anip sahaja yang rindu ...
Tanpa bicara , Kamal duduk termenung
di tepi rakit yang dilabuhkan ke tebing. Fikirannya merawang-rawang ...
“Ziah ...”. Lahir nama itu dari
bibirnya.
Hatinya terganggu sejak akhir-akhir
ini. Entah mengapa dia merasakan yang Ziah semakin jauh darinya. Peristiwa
abang Anip marah-marah semasa dia bersama Ziah tempohari mengganggu
ketenangannya.
“Bagaimana aku dapat menandinginya
sedangkan aku ini orang merempat , apapun tak punya. Tidak seperti dia , anak
orang berada kampung ini. Keluarganya pula dihormati. Ayah dan adiknya
cikgu. Orang kampung memandang tinggi
pada mereka. Sedangkan aku ... rumahpun tak ubah seperti reban sahaja!”.
Keluhnya.
“Ziah itu tinggalnya sebumbung dengan
dia pula. Sedang aku seminggu sekalipun
belum tentu bertemu. Arrgghhhh!!! Kenapalah aku dilahirkan miskin begini!!”.
Jeritnya tiba-tiba.
Sangkanya Miah yang berada di
talian.
Sedang di rumah cikgu Karim , abang
Anip masih duduk bersama kedua orang
tuanya , menikmati juadah minum petang
hari itu , tiba-tiba ...
“Rriiinnnngggggg ... riinnngggggg ... rriinnggggg ....” . Telepon
rumah berdering.
“Anip , tolong angkatkan”. Pinta
makcik Midah. Abang Anip akur dan segera mengangkat gagang telepon.
“Assalamualaikum”. Kedengaran satu
suara dari sana. Lembut dan membuatkan darah abang Anip berderau. Kelu lidahnya
untuk menjawab salam itu. Berdebar-debar hatinya.
“Err ... hello. Assalamualaikum!”. Ulangnya lagi.
“Heiii ... jawab salam wajiblah. Dosa
tau kalau tak jawab!!”. Usik Ziah. Sangkanya Miah yang berada di talian.
“Ya . Waalaikumussalam”. Jawab abang Anip
sepatah. Gugup!
“Uhh! ... abang Anip ke tu?”. Ziah
bagai tidak percaya. Perasaannya berdebar-debar.
“.....”. Diam. Langsung tidak berjawab.
“Errr ... Ini Ziah , maaf bang , Ziah
ingatkan Miah tadi”. Kecut hati Ziah namun perasaannya rasa lega dan senang
mendengar suara abang Anip. Aneh!.
Bukan itu saja bahkan Ziah juga
berasa pelik dan aneh sekali kerana
abang Anip yang mengangkat telepon. Seingatnya , selama tinggal di rumah itu ,
abang Anip tidak pernah ambil pusing pasal semua perkara terutamanya untuk mengangkat
apatah lagi menjawab panggilan telepon. Jauh panggang dari api. Walau telepon
itu berdering di sebelah telinganya pun pasti akan dibiarkan saja!
“Betul-betul berubah lelaki ini”.
Fikirnya.
“Err ... ya ... Ziah nak cakap dengan Miah
ke?”. Abang Anip cuba menghilangkan gugupnya.
“Tak apa. Dengan abangpun boleh”.
Jawab Ziah. Berderau darah abang Anip mendengarnya!. Tergamam mulutnya
mendengar jawapan Diah itu.
“Errr ... Ziah cuma nak bagi tahu yang Ziah
tak jadi balik esok. Ziah ada hal yang
terpaksa diuruskan di sini. Lusa baru Ziah balik. Jadi tak perlulah ambil Ziah
esok”. Ziah memberitahu. Dia terpaksa
menangguh kepulangannya demi membantu Diah dan Zuraimie. Diah yang baru sedar dari koma masih terlalu
keliru dan Zuraimie pula tidak mungkin mampu menangani kerenah Diah sendirian.
Sebaik saja mendengar kata-kata Ziah itu , abang Anip terasa
seperti kepalanya dihempap oleh sebiji kelapa yang sangat besar. Anehnya bukan
kepalanya yang sakit tapi hatinya!!
“Ahh tak jadi balik?!”. Bisik abang Anip. Jengkel.
“Tapi macam mana dengan sekolah ...
sudah diuruskan?”. Tanya abang Anip , cuba menyembunyikan perasaan kecewanya
tika itu.
Ziah hairan , tiba-tiba abang Anip
menjadi begitu prihatin. Bukan Ziah saja malah makcik Midah dan cikgu Karim
yang berada di situ juga turut hairan.
“Sejak bila pula anak aku ni ambil
peduli benda-benda macam tu?”. Fikir makcik Midah , hairan dan geli hati. “Ha ha ha
... cinta sudah mula berputik!”. Kata hati makcik Midah.
“Sudah ... Ziah dah telepon sekolah. Ziah ambil cuti
rehat dua hari , maknanya Ziah akan balik Khamis petang nanti”. Ziah
memberitahu.
“Kalau gitu , yelah ... nanti abang
ambil Ziah di Kuantan. Hari Khamis sekitar pukul enam petang?”. Abang Anip
meminta kepastian.
“Eh , tak apalah ... tak
payahlah susah-susah. Ziah boleh balik sendiri. Nanti Ziah naik teksi saja”. Tolak
Ziah lembut. Ziah keberatan dijemput
abang Anip , naik kereta berdua dengan lelaki penuh misteri. Ziah takut ... wataknya
sentiasa berubah-ubah. Macam ombak!.
“Dah nak malam. Susah nak dapat teksi. Tak apalah ... kalau Ziah tak nak abang jemput , abang boleh
minta pakcik yang jemput”. Kata abang Anip geram. Abang Anip tersinggung dengan
penolakan Ziah itu. Terasa seperti hidung tak mancung , pipi pula
tersorong-sorong!
“Err ... bukan macam tu
maksud Ziah”. Ziah serba salah. Tidak terniat langsung di
hatinya untuk menyinggung perasaan abang Anip. Ziah selalu ingat pesan neneknya
, sarang tebuan jangan dijolok!!
“Tak mengapa. Ada apa-apa lagi?”. Abang Anip memotong kata-kata Ziah. Segera ingin
memutuskan perbualan. Abang Anip tidak mampu menyembunyikan rasa hatinya yang
jengkel tika ini.
“Errr ... tak ada. Kirim salam Ziah
untuk Miah , makcik dan pakcik. Assalamualaikum”. Ziah mematikan telefonnya.“Eeeeee!... benci!!!”.
Jerit Ziah geram.
... memang macam anjing dengan kucing ...
Abang Anip sangat
kecewa dengan berita yang diterimanya. Bertambahlah lagi hari sukarnya tanpa
kehadiran Ziah. Perlahan-lahan gagang telepon diletakkan. Diam berdiri untuk
beberapa ketika. Melayan perasaan yang bercampur baur , sukar dimengertikan ...
sedih , geram , benci tapi ... rindu!
“Huh!” . Dengusnya.
“Siapa Nip ... Ziah tak jadi balik?”.
Tanya makcik Midah. Dapat mengagak isi perbualan antara anaknya dengan sipemanggil.
Naluri keibuannya juga dapat mengesan kekecewaan yang terpampang di dada wajah
anaknya itu.
“Ya mak. Dia ada urusan lagi di sana.
Dia kirim salam”. Jawab abang Anip ringkas lantas bergegas turun ke tanah. Meninggalkan
makcik Midah dan cikgu Karim terpinga-pinga. Ketika sedang menuruni anak tangga
, abang Anip berselisih bahu dengan adiknya , Miah. Mujur Miah sempat berpaut
pada kepala tangga.
“Heiiii!!!!”. Jerit Miah namun jeritan
itu langsung tak berbekas , abang Anip terus saja turun laju tanpa mempedulikan
adiknya itu.
“Mak ! abah! Kenapa abang Anip tu ...
muncung mencuka je?” . Tanya Miah.
“Langgar orang langsung tak minta
maaf. Nasib baik tak jatuh!”. Bebel Miah.
“Pasal tahu kau tak jatuhlah dia buat
tak tahu!”. Jawab cikgu Karim. Miah mencebik.
“Ziah tak jadi balik esok”. Jawab
makcik Midah dengan suara yang diperlahankan. Mereka bertiga tersenyum.
“Pancing sudah mengena!”. Fikir Miah di dalam hati.
“Baguslah ... sekurang-kurangnya
abang dah kembali normal!”. Kata Miah. Tersenyum mengharapkan respon positif
dari kedua orang tuanya.
“Hishh! Jangan berharap sangat. Kita
tidak tahu bagaimana penerimaan Ziah.
Takut jika berlaku sebaliknya , keadaan akan menjadi lebih teruk!”. Cikgu Karim
mengingatkan. Kata-katanya itu membunuh selera makan makcik Midah dan Miah .Cucuk
pisang bersama kopi O panas tidak jadi dijamah.
“Miah , Ziah tu dah ada kawan lelaki
ke?”. Tanya makcik Midah. Mengintai
peluang buat anaknya.
“Entahlah mak. Tak pernah pulak kami
bercerita pasal tu”. Jawab Miah jujur.
“Hishhh awak jangan campur sangat
soal budak-budak tu. Biar mereka yang urus sendiri!”. Tegur cikgu Karim.
“Jangan lebih sudu dari kuah!!”. Cikgu Karim memberi amaran sebelum mengangkat
punggung meninggalkan Miah dan ibunya. Miah terkedu dan makcik Midah pula mencebikkan bibirnya.
... dengan pandangan mata yang memancarkan ketulusan hati.
Kecewa dengan penantian yang tidak
bermakna , abang Anip berjalan laju ... mengikut
saja rentak kakinya. Dia sungguh kecewa kerana
Ziah tidak jadi balik esok. Mana tidaknya sejak semalam lagi dia telah memasang
angan untuk menjemput Ziah di bandar Kuantan. Rasa tidak sabar untuk menatap
semula wajah gadis ini. Wajah lembut
keibuan dengan pandangan mata yang memancarkan ketulusan hati. Namun hari ini harapannya
hampa. Lebih parah lagi apabila Ziah
sendiri telah menolak mentah-mentah pelawaannya untuk menjemputnya di stesen bas Kuantan pada hari Khamis
nanti.
“Huhhh!!!!”. Hatinya direntap kecewa.
Bersama hati yang kecewa itulah , abang Anip
berjalan laju ke arah sungai. Waktu sedih begini , ikan-ikan di sungailah yang
menjadi teman setianya. Makhluk berinsang ini sepertinya mampu memulih semangat
dan mengolahbaik semula emosi yang terganggu. Sedang leka membetulkan kelong
ikannya yang berganjak dek arus yang
deras , mata abang Anip tertangkap kelibat anak muda yang berakit perlahan ke arahnya.
“Kamal!”. Katanya kepada dirinya
sendiri.
Kamal melambaikan tangan sebaik
sahaja terpandangkan abang Anip. Abang Anip membalasnya , acuh tak acuh. Ada
benci dibenaknya!.
“Apa naknya budak Kamal ni?”. Fikir abang
Anip sambil memanjat tebing sungai.
Sebaik sahaja rakitnya diikat , Kamal
naik ke darat , bersalaman dengan abang Anip.
“Apa khabar bang?”. Kamal memulakan bicara dengan sopan. Senyuman
terukir dibibir.
“Khabar baik. Mimpi apa kau ke mari?”.
Tanya abang Anip ingin tahu. Entah mengapa kehadiran Kamal itu tidak disenanginya.
Kehadirannya hanya menambah ganggu emosi dan perasaannya.
“Tak ada apalah bang. Ingat nak jumpa
dengan cikgu Ziah kejap. Hari tu kami ramai-ramai turun cari etok tapi tak
banyak mana dapatnya. Kebetulan tadi saya cari etok lagi. Mak kat rumah tu
teringin nak makan etok. Banyak pulak
dapatnya. Tak terhabis kami dua beranak nak makan. Itulah ingat nak kasi cikgu
Ziah sikit”. Terang Kamal.
“Lagipun mak yang beria-ia benar
suruh saya hantarkan etok ini untuk cikgu Ziah. Err ..... cikgu Ziah ada?”.
Sambung Kamal lagi. Mendengar penerangan Kamal , api cemburu abang Anip tiba-tiba
marak meluap-luap membuahkan bahang
panas yang membakar jiwanya. Tidak tertahan lagi membendungnya , bahang
kepanasan itu terhambur keluar .....
“Ah tak de mana Ziah tu suka makan
etok. Kau bawak balik ajelah etok kau
tu. Esok kalau dia teringin sangat nak makan , akupun boleh carikan. Tak
payahlah kau susah-susah!”. Sergah abang Anip. Tiba-tiba menjadi kasar dan
cukup biadab. Sangkanya akan lega setelah lahar di dada habis diluah malangnya Kamal
bukan si bangsat yang datang minta simpati.
Maka bertemulah buku dengan ruas!
“Jaga dari siapa?”.
“Aku datang ke sini nak berjumpa dengan cikgu Ziah. Bukan nak
dengar pandangan atau pendapat kau. Etok ni pun aku hantar untuk dia. Yang kau ni
tiba-tiba nak naik angin , apa hal pulak? Setahu aku cikgu Ziah tu tiada siapa
yang punya. Diapun hanya menumpang di rumah mak bapak kau saje ... bukannya
kekasih , tunang atau isteri kau!!”. Sanggah Kamal. Padanya tiada dosa yang
dibuatnya hingga abang Anip layak mengherdiknya begitu. Masakan dia berdiam ...
tercalar maruah diri!.
Kata-kata Kamal itu bagaikan satu
tamparan yang maha hebat buat abang Anip. Dia termalu dengan cemburu butanya.
Dia juga sedar bahawa bukan dia sorang sahaja yang inginkan Ziah. Bukan dia
sorang sahaja yang sayangkan Ziah!
“Pasal dia menumpang rumah akulah
maka aku kena jaga dia!” . Abang Anip cuba menegakkan benang basah.
“Jaga dari siapa?”. Tanya Kamal
sambil menjegilkan matanya kepada abang Anip. Terasa kelelakiannya tercabar dan
terhina dengan kata-kata abang Anip itu. Melihatkan kemarahan Kamal sebegitu
sekali , abang Anip mulai mengendur , akal warasnya kembali menguasai diri. .
“Arghh!!”. Abang Anip mengeluh keras. Kesal dengan sikapnya. Abang Anip meraub wajah.“Astarghfirullah! ... maafkan abang Kamal. Abang tak sepatutnya berkata seperti tadi terhadap kau. Benar abang ini bukan siapa-siapa dengan Ziah. Maafkanlah abang. Sebenarnya cikgu Ziah tak ada di rumah. Dia ke Kuala Lumpur. Menghadiri majlis konvokesyennya. Kalau kau nak juga berjumpa dengan dia , nanti hari Jumaat kau datanglah lagi” . Abang Anip bersuara lemah. Benar-benar malu dengan sikapnya.
“Arghh!!”. Abang Anip mengeluh keras. Kesal dengan sikapnya. Abang Anip meraub wajah.“Astarghfirullah! ... maafkan abang Kamal. Abang tak sepatutnya berkata seperti tadi terhadap kau. Benar abang ini bukan siapa-siapa dengan Ziah. Maafkanlah abang. Sebenarnya cikgu Ziah tak ada di rumah. Dia ke Kuala Lumpur. Menghadiri majlis konvokesyennya. Kalau kau nak juga berjumpa dengan dia , nanti hari Jumaat kau datanglah lagi” . Abang Anip bersuara lemah. Benar-benar malu dengan sikapnya.
“Kalau begitu , takpalah bang. Nanti Jumaat
ni aku datang lagi” . Kamal turun semula
ke tebing sungai dan membuka tali yang mengikat rakitnya.
“Eerrr terlupa pulak aku. Ini bang ,
kalau abang tak suka ... abang bagilah pada makcik Midah. Aku tahu makcik Midah
pun suka makan etok”. Kamal berpusing
semula ke arah abang Anip sambil menghulurkan bungkusan etok. Abang Anip
menyambutnya. Diam. Pandangan matanya
terus mengiringi Kamal , berakit
meninggalkannya ... sedang dia terus diam berdiri.
“Untuk mak lah bodoh!!”.
“Eh , mana dapat etok ni bang?”. Tanya
Miah semasa abang Anip menghulurkan bungkusan etok itu kepadanya.
“Kamal hujung sungai tu bagi!”. Jawab
abang Anip ringkas.
“Kamal?”. Tanya Miah kehairanan.
Seingatnya sepanjang mereka berjiran tidak pernah Kamal memberi sebarang
makanan kepada mereka sekeluarga.
“Ya , Kamal! Kenapa tak percaya?”. Marah
abang Anip melihat reaksi tidak percaya adiknya itu. “Untuk Ziah sebenarnya?”. Miah
meneka. Dia mengesan aura cemburu di wajah dan nada suara abangnya itu. Abang Anip
diam. Miah mencebikkan bibirnya.
“Mmm ... kalau takut disambar orang ,
janganlah dibiar lepas lama. Kenalah diikat”. Sindir dan usik Miah sambil
mengerling abangnya itu. Abang Anip buat bodoh , malas untuk melayan sindiran
adiknya itu. Dia terus bangun meninggalkan Miah yang masih lagi
tersengih-sengih memandangnya. Tiba-tiba
...
“Aauuuu!! ... heiii , apa ni?!”. Miah
menjerit dan melompat ke tepi apabila abang Anip tiba-tiba membaling sabut kelapa kepadanya.
“Untuk mak lah bodoh!!”. Jerit abang
Anip sebelum berlalu pergi.
“Weiii ... siapa bodoh?!”. Miah
jengkel.
Mari menebang si
pohon tualang
Biar jatuh rebah ke
bumi
Bila rindu sudah bersarang
Itulah tanda cinta bersemi
Leka mendekut tempua di sarang
Sarangnya tinggi di
pohon keranji
Andai takut disambar
orang
Hantar rombongan
ikatlah janji
Ikan sepat dimasak
senggang
Gulainya pula sipucuk
meranti
Andai janji sama di
pegang
Barulah tenang rasa
di hati
Seloka kasih
|
Labels:
Novel

Subscribe to:
Posts (Atom)