Popular Posts

Monday, 20 June 2016

Lukis jea ... belajar berkorban

Lukis jea ... belajar berkorban

Dalam hidup harus banyak berkorban

Seorang ayah mengorbankan keseronokan kesukaan ... bekerja tanpa hiraukan lelah demi memastikan keluarganya  'cukup' dan tidak perlu meminta-minta ...

Seorang ibu sejak sikecil dalam kandungan telah mengorbankan segalanya ...

.......

Andai pengorbanan diberi tidak dihargai malah telah dilupakan ... tidak perlu ada kecewa. Buang jauh-jauh rasa itu kerana melayan kecewa tidak membawa kita ke mana-mana.
Andai juga 'kecewa' tetap hadir ... nah! Belajar untuk menerimanya.

Yang utama ...
Jangan berkeluh kesah kerana dah sah-sah dunia ni bukan syurga.


-peace-
>__<

Izinkan aku abadikan perbualan ini ... biar boleh kuselak kisahnya di hari-hari mendatang. Mungkin tika tibanya hari 'sepi' seorang tua ....

* Kamu ni baik sangat ... terlalu baik , sikit lagi dah macam malaikat!(sambil tersengih)
Baik sangat sampai ada yang akan ambil kesempatan.
#???!!
*Sebab itu ada aku sebagai pendampingmu , buat melindungi kamu dari diperguna ... chia! Chia! Chia!


No comments:

Post a Comment