Popular Posts
-
Lukis jea ... saat kamu jatuh Cebisan kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri ... kisah ini adalah satu daripada jutaan rasa yang...
-
Bab 25 : Kita redah bersama Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama Dan setelah hati itu memilih ... Maka teruslah m...
-
Lukis jea ... yang tidak sempurna... Inilah lukisanku yang tidak sempurna...pudar...sepudar rasaku sekarang ni. Hilang mood aku untuk m...
-
Lukis jea ... Hajatku ***Selamat ulang tahun ojai...*** ojai Dalam ingatan jelas terbayang Mengusik rasa yang lama tenggelam ...
-
Berbekas ... Air terjun yang mengalir tak mungkin pernah kembali ke laluannya ... Tika kaki melangkah Tinggalkan jejak-jejak Berb...
-
Lukis jea ... Layanz... Jom layan ... cantik tu nombor 2... Yang penting... aku layan n nikmati apa yang aku buat Dari jari yang melo...
-
Ceritakan ... C eritakan kisah nan gemilang E rti hidupnya jiwa insan nan malang? R ia pilu tawa sendu nan bersilang I ndah sang mata ...
-
Aku suka Fizik ... Sebab ... ia ajar aku menghargai ilmu ia ajar aku menghargai orang bijak pandai ia ajar ...
-
Lukis jea ... Rapuh Semalam aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat. Berat kepalaku. Dalam umur begini , urat2 di kepala n...
-
Hee ... gambar ni aku lukis n aku hantar pada 2 orang. Orang pertama tak terima sebab dia kata raut wajah yang ku lukis tu tak sama deng...
Friday, 28 November 2014
Lukis jea...'Teruknya'

Wednesday, 26 November 2014
Cerpen : Cerita itu?
Cerpen : Cerita itu?
***Angin petang menghembus lembut , terasa nyaman sekali
apabila rambutnya yang separas bahu dibuai perlahan. Izah memandang jauh ke
dalam pepohonan yang tumbuh meliar di kaki bukit Larut itu. Menghijau dengan
ton warna yang berbeza , ditambah keindahannya dek merahnya warna sang mentari
yang semakin tenggelam.
“Hmm … aku di sini lagi. Setelah berbelas tahun…”. Bisik
hati Izah , terkenang segala kisah suka dukanya ketika di alam remaja.
Menghabiskan umurnya selama 5 tahun di bumi bertuah ini mencari ilmu buat
bekalan masa hadapan. Cepatnya masa berlalu …
“Eh! Tak siap lagi. Program dah nak mula ni”.Tegur Milah.
Dulu ,Milah tinggal sebilik dengannya.
Kini , setelah hampir 15 tahun mereka bertemu kembali. Sama-sama menghadiri Alumni pelajar-pelajar tua sekolah tempat mereka belajar dulu. Bagi Milah , perjumpaan sebegini pasti dihadirinya tiap tahun namun bagi Izah … itulah kali pertama. Bukan tidak mahu bertemu semula rakan-rakan lama tapi … ada-ada saja alasan dan sebab yang menyebabkan Izah lebih suka menyepikan diri.
Kini , setelah hampir 15 tahun mereka bertemu kembali. Sama-sama menghadiri Alumni pelajar-pelajar tua sekolah tempat mereka belajar dulu. Bagi Milah , perjumpaan sebegini pasti dihadirinya tiap tahun namun bagi Izah … itulah kali pertama. Bukan tidak mahu bertemu semula rakan-rakan lama tapi … ada-ada saja alasan dan sebab yang menyebabkan Izah lebih suka menyepikan diri.
“Eh! Jomlah…”. Ajak Milah lagi.
“Hmm … takpelah. Kau pergi dulu. Aku turun lepas solat
nanti”. Balas Izah.
“Oh! Aku cuti…Allah bagi cuti. Okey , aku turun dulu. Jumpa
di bawah nanti”. Jawab Milah sambil merenyih.
Tinggal sendirian
membuatkan ingatan Izah mengimbau
kembali liku-liku kehidupan yang telah
dilaluinya … menamatkan zaman sekolah menengah , bertungkus lumus di
Matrikulasi hingga akhirnya melanjutkan
pelajaran di universiti … banyak yang telah ditempuhnya. Namun perkara yang paling terkesan di hati hingga
kini adalah kisah percintaannya yang kecundang di tengah jalan. Saat dirinya hampir-hampir
diikat dengan tali pertunangan , di saat itulah dia telah mengambil keputusan
yang meruntun hatinya sendiri … memutuskan hubungan lalu membawa diri pergi jauh meninggalkan segalanya.
“Awak , mengapa?. Apa yang berlaku?. Apa yang awak mahu saya
buat untuk membaiki keadaan ini?”
“Entahlah…saya tak mahu bicarakan hal ini lagi. Bagi saya
masa bersendirian”
“Tapi mengapa …”
“Awak , tolonglah. Saya perlu masa untuk fikir semua ini”.
“Baiklah …”
Itulah antara perbualan terakhir yang masih kekal diingatan
Izah , saat dia mengecewakan Nazmi
dengan keputusannya untuk memutuskan hubungan antara mereka. Keputusan yang
amat sukar dibuat namun harus diambil. Keputusan yang mengecewakan...
Tidak cukup dengan kekecewaan itu , teman-teman rapatnya juga menghujaninya dengan soalan yang sama ,
Tidak cukup dengan kekecewaan itu , teman-teman rapatnya juga menghujaninya dengan soalan yang sama ,
“Setelah bertahun-tahun berkawan , mengapa sampai memutuskan
hubungan?”. Tanya Fida, tanya Ziah malah itu jugalah soalan yang ditanya oleh Norley , Ba'ie dan ramai lagi.
Izah hanya mendiamkan diri , itulah jawapannya tiap kali
ditanya. Untuk apa menerangkan segalanya sedangkan akhirnya dia sendiri yang
menanggung.
“Mereka tidak akan faham kerana bukan mereka yang merasa”. Fikir
Izah.
“Ya! Aku tahu kerana aku yang merasa”. Tanpa sedar bibir
Izah melafazkan kata-kata itu.
Mana tidaknya , perkenalan yang diatur oleh seorang pensyarah yang kebetulan sama-sama mereka kenali akhirnya mengundang duka. Masih lagi jelas terbayang di ruangan mata Izah saat mereka sama-sama dipertemukan. Izah ditemani seorang teman masuk ke pejabat kecil En. Kamal. Di situ , telah sedia menunggu seorang pemuda , duduk dengan sopan di sisi Encik Kamal.
Mana tidaknya , perkenalan yang diatur oleh seorang pensyarah yang kebetulan sama-sama mereka kenali akhirnya mengundang duka. Masih lagi jelas terbayang di ruangan mata Izah saat mereka sama-sama dipertemukan. Izah ditemani seorang teman masuk ke pejabat kecil En. Kamal. Di situ , telah sedia menunggu seorang pemuda , duduk dengan sopan di sisi Encik Kamal.
“Ya Allah , dia ke?”. Jerit hati Izah kerana itulah pemuda
yang pernah dilihatnya dalam salah satu program yang pernah diikutinya tidak
berapa lama dulu.
'Dari mata turun ke hati’… mungkin benar kata bidalan ini , perwatakan pemuda itu mengusik hatinya. Namun hanya setakat itu , hari berlalu … Izah sibuk dengan urusannya sebagai siswi hinggalah hari ini , mereka dipertemukan sekali lagi!.
'Dari mata turun ke hati’… mungkin benar kata bidalan ini , perwatakan pemuda itu mengusik hatinya. Namun hanya setakat itu , hari berlalu … Izah sibuk dengan urusannya sebagai siswi hinggalah hari ini , mereka dipertemukan sekali lagi!.
Lalu terciptalah sejarah … kisah cinta bermula setelah hati
masing- masing saling memiliki dan dimiliki.
Benarlah bagai dikata , cinta itu buta apabila Izah bagai menafikan gerakhatinya sendiri. Daripada awal perkenalan , Nazmi telah meminta Izah berkawan dengan seorang temannya …
Benarlah bagai dikata , cinta itu buta apabila Izah bagai menafikan gerakhatinya sendiri. Daripada awal perkenalan , Nazmi telah meminta Izah berkawan dengan seorang temannya …
“Nama dia Lina. Dia perlukan bimbingan. Mungkin awak boleh
bantu membimbingnya ke arah kebaikan”.
Demi Nazmi yang semakin bertahta dihati , Izah menerima baik
permintaan itu.
Lina dihubunginya melalui surat ...
‘Assalamualaikum …
Salam perkenalan.
Nama saya Nurul Izzah bt Razman.
Saya adalah kawan kepada Nazmi. Saya berminat untuk berkenalan lebih rapat
dengan awak …….’
Itulah permulaan kalam yang akhirnya menjadikan Lina dan
Izah bagai dua sahabat yang saling berhubungan. Mesra tapi jauh...
Hari berlalu … hubungan yang baik antaranya denga Lina
akhirnya memakan diri. Izah mulai tidak selesa kerana tiap kali berhubungan ,
nazmi menjadi bahan utama perbualan. Walaupun hanya melalui surat , Izah dapat
merasakan yang Lina gembira bersahabat dengannya demi mendapat khabar dan
cerita tentang Nazmi.
“Ya Allah , apa yang berlaku ini?”. Keluh hati Izah.
“Apa sebenarnya hubungan antara kalian berdua?. Mengapa aku
harus terperangkap dalam hubungan cinta
tiga segi seperti ini?”. Izah sedih … perasaannya benar-benar tertekan. Izah
tersepit antara cintanya terhadap Nazmi dan kasihnya terhadap Lina.
‘Bagai ditelan mati emak dan diluah mati ayah’ , Izah
mengharungi konflik yang semakin bersarang di hati. Cinta yang makin mekar dan
kemurnian persahabatan menyebabkannya keliru… benar-benar keliru!.
“Siapa yang dahulu mengenali Nazmi?” … jawapannya Lina.
“Siapa yang memberi harapan kepada Lina?” … jawapannya
Nazmi.
“Siapa orang ketiga yang merosakkan hubungan mereka?” … jawapannya
Izah!!!
“Ya Allah!”. Izah menekup wajahnya sendiri … sejak itu Izah
banyak berfikir. Wajarkah diteruskan hubungan ini atau haruskah dia mengundurkan
diri.
“Izah!!!.Laa hang ni asyik berangan memanjang. Puas aku
panggil hang. Tu! Ada panggilan telepon untuk hang”. Jerit Fida , teman
serumahnya.
“Eh! Sorry…aku tak dengarpun kau panggil”. Jawab Izah sambil
merenyih.
“Hmm mana nak dengaqnya , hang sibuk berangan!. Dah , pilah
cepat. Jenuh orang tu menunggu”. Balas Fida dengan loghat Kedahnya.
“Yelah makcik!!”. Balas Izah sebelum berlalu.
Izah segera mencapai gagang telepon yang terletak di ruang
tamu. Hatinya tertanya-tanya , siapalah agaknya yang meneleponnya …
“Hello , assalamualaikum”
“Waalaikumssalam”
“Ya. Siapa ni?”. Tanya Izah setelah mendengar suara
seorang perempuan menjawab salamnya.
“Tak kenal ye?. Heee…”. Mesra suara si pemanggil.
“Sayalah … Lina!”
“Ya Allah , Lina ke?. Eh, apa mimpi tiba-tiba call ni?”.
Balas Izah , mesra. Izah sungguh tidak menyangka yang Lina akan meneleponnya.
Selama ini mereka hanya berhubungan melalui surat sahaja. Inilah kali pertama
mereka mendengar suara satu sama lain.
Berbual agak lama hingga akhirnya Lina menghujani Izah
dengan satu soalan yang membuatkannya tergamam …
“Awak , boleh tak saya nak tanya satu soalan. Awak jawab
sejujurnya ya”. Izah mendengar dengan perasaan yang berdebar-debar , terlintas di hatinya akan soalan yang bakal ditanyakan Lina.
“Ya. Silakan”. Balas Izah.
“Awak , apa hubungan antara awak dan Nazmi?”.
Bagai batu terhempap di kepala. Sekali lagi Izah tersepit
kerana dia memang tahu jawapan yang ingin didengar oleh Lina. Haruskah dia
menjawab pertanyaan itu dengan jujur?. Bagaimana dengan Lina … mampukah Lina
menerima kejujuran itu?. Tidakkah hatinya akan hancur bagai kaca terhempas ke
batu. Izah tahu … sejak awal persahabatan mereka , Lina memang mencintai Nazmi.
“Ya Allah … apa yang harus aku katakan?”. Fikir Izah.
“Awak … apa jawapannya?. Tolonglah jawab. Saya perlu tahu”.
Kata-kata Lina mengejutkan Izah yang sedang tenggelam dalam perasaan.
"Keputusan harus dibuat. Sama ada aku atau dia yang akan
kecewa" … dan akhirnya …
“Err … kami hanya berkawan. Kawan biasa!”. Jawab Izah
perlahan , cuba mengawal nada suaranya.
“Ya Allah! … Leganya saya awak. Saya ingatkan awak dengan
dia …. Terima kasih awak!!”. Balas Lina, gembira sedangkan Izah hanya mampu
menyeka air mata yang mulai terbit dari pelupuk mata. Mujur Lina tidak dapat
melihatnya …
Maka terjawablah sudah konflik dan bebanan perasaan yang
ditanggung Izah. Bermain dalam cinta tigasegi yang akhirnya menjerut dirinya sendiri.
“Aku tidak mungkin akan bahagia diatas tangisan orang lain.
Lagi pula memang dia yang dahulu mengenalinya. Aku hanyalah watak sampingan
yang kebetulan terperangkap dalam kisah mereka”.
Benar , bukanlah suatu kebetulan kita dipertemukan
dengan orang-orang di sekeliling kita
dan bukan juga kebetulan kita melalui tiap kisah dan pengalaman dalam hidup.Semuanya sudah tertulis dan dalam perancangan Allah.
Sungguhpun kita diberi pilihan namun kita juga diajar erti pengorbanan dan Izah memilih untuk berkorban demi kebahagiaan orang lain …
Sungguhpun kita diberi pilihan namun kita juga diajar erti pengorbanan dan Izah memilih untuk berkorban demi kebahagiaan orang lain …
“Woii! Berangan ye … tadi kata nak solat. Dah 7:45 ni ,
maghrib pun dah nak habis. Dah solat ke belum?” Jerkah Milah yang kebetulan
naik semula untuk mengambil dompetnya yang tertinggal.
“Laa … hmm…belum solat. Aku …” Jawab Izah sambil menggaru
kepala yang tidak gatal.
“Hmm … beranganlah tu!”. Balas Milah dan mereka sama-sama
tertawa …***ojai
-peace-
>__<
Hidup perlukan pengorbanan
>__<
Hidup perlukan pengorbanan
Labels:
Cerpen

Thursday, 20 November 2014
Lukis jea ... Tika hati resah
![]() |
Lukis jea...tika hati resah |
Tika hati resah
Tangan melakar semahunya
Mengikut rentak rasa
Sayangnya ... Usai lakaran
Resah masih bertandang
Kerna yang dilakar tak mengundang damai
-peace-
>__<
>__<
Resah dengan pelbagai kerja yang perlu disiapkan
sebelum melangkah pergi selamanya dari bumi Cyber
Nota Serah Tugas , fail meja , laporan tahunan n segala
tok nenek lain ... n seperti biasa ...
banyak sangat kerja maka aku melukis!!!
-Resah juga untuk perkara-perkara lain dalam hidup-
🤪🤪🤪
Labels:
Lukisan jea ...

Wednesday, 19 November 2014
Fikiranku ... catatan...tika pelangi terpencar
Aduhai
pelangi
Hadirmu
hanya seketika
Menyeri hari setelah hujan lebat membasahi bumi
Indah terbelah tujuh warna yang terselindung
Dibalik
cahaya putih nan menyinar
Tatkala
gerimis itu masih belum sejat
Dan selagi mentari masih tetap setia menyinar
Terpencarlah
dikau pada tujuh warnamu
Bagai
lakaran lukisan di dada langit
Buat
tatapan mata yang memandang
Atau
hati yang dirundung rawan …
-peace-
>__<
>__<
Di mana pelangiku?
Labels:
Fikiranku

Tuesday, 18 November 2014
Lukisan dan puisi...Kasihku tertumpah di Cyber
![]() |
Lukis jea ... Terbang di bawa takdir tersurat |
Kasihku…tertumpah di Cyber
***Takdir membawaku terbang***ojai
Singgah hinggap merata hingga akhirnya jatuh ke sini
Di bumi yang kononnya gah pada nama
Indah pada rupa
Dan kasihku
tertumpah di sini…
Bukan pada gahnya nama atau indahnya rupa
Juga bukan pada deretan
pepohon yang menghiasi laluan
Atau bangunan berceracak besi yang semakin meninggi
Tapi …
Pada isinya , pada penghuninya
Pada renyah laku yang membugarkan hari-hariku
Terhibur dalam tangisan perasaan
Ketawa nan tenggelam dek timbunan tugasan
Senyum dalam lelah …
Dan kasihku tertumpah lagi di sini
Pada mata sayu yang memandang
Pada hati pilu yang menahan tangis
Pada jiwa kosong yang minta diisi
Pada huluran tangan yang minta disambut
Pada dia yang kehilangan arah …
Lalu kasihku …
Kuhulurkan setulusnya buat dia , dia dan dia
Kerna hayat ini tempat kita memadu kasih
Agar cerialah mata nan sayu , hati nan pilu dan jiwa yang
kosong
Tangan itu?
Kusambut penuh syahdu
Biar beriring menuju jalan yang Satu
Namun
Panas tak sampai ke petang
Pepohon baru berbunga
Musim sudah berubah
Angin bertukar arah
Maka terbanglah aku sekali lagi dibawa takdir tersurat
Berselindung di sebalik yang tersirat
Tinggalkan kasihku yang
tertumpah di sini
Di bumi yang terpahat di hati
***Terukir di minda … Cyber***
-peace-
>__<
-peace-
>__<
Labels:
Lukisan jea dan puisi

Monday, 17 November 2014
Lukis jea... fitrah
Labels:
Lukisan jea ...

Friday, 14 November 2014
Lukisjea...akupunture
Labels:
Lukisan jea ...

Lukis jea ... harus pergi
![]() |
Lukis jea...'Harus pergi' |
"Tiap yang mula pasti ada akhirnya ......
Sampai masa harus pergi - teruskan saja perjalanan "
-peace-
>__<
Lukis seadanya
Tidak penting kesempurnaan itu
Biar tangan melakar santai
2015- tahun baru , langkah baru di tempat baru...dan meninggalkan segala yang harus ditinggalkan...sedih gak sebenarnya....
Labels:
Lukisan jea ...

Friday, 7 November 2014
Lukisan dan Puisi ... Tersadung
![]() |
Lukis jea ... Tersadung ... |
***Maka melangkahlah kaki***ojai
Atas jalan batu-batu hitam keras
Nan melindungi denai laluan semalam
Diselungkup jua dek dedaunan yang berguguran
Pada musim luruh itu...
Terleka kaki tersadung
Lalu tersungkurlah menyembah bumi
Memerah pipi sakitnya bukan kepalang
Menahan rasa yang semakin bersarang
Dalam ruang paling dalam...
Ah! Menitis darah merah
Menitik laju dari jari kelingking nan terluka
Jejari paling halus di hujung
Namun cukup menahan diri dari terus berdiri
Dek nyerinya yang tiada terperi...
Sakitnya pipi tersembam menyembah bumi
Peritnya luka di jejari yang tersadung
Sampai masa ketika kan kebah jua
Pipi lebam itu kan kembali mulus
Darah merah kan menguping
Luka di jari kan bertaut
Tempat jatuh itu...
Bebatu hitam keras yang berselerak menutupi denai
Dedaun kering nan berguguran
Apa boleh dilupa?
Tiap kali musim luruh tiba
***Peritnya pasti terasa...***ojai
-peace-
Pengalaman itu mendewasakan kita
>__<
Labels:
Lukisan jea dan puisi

Thursday, 6 November 2014
Lukisan dan Puisi-Mimpi dan impian
![]() |
Lukisan dan Puisi ... Mimpi dan impian... |
***Ssshhhhhh....***ojai
Jangan diganggu lenanya
Biarkan dia hanyut dalam mimpi lewat malam
Melarut bersama impian
Yang dulunya berlegar memenuhi ruas kehidupan
Impian dalam mimpi
Dipinjamkan seketika dek ruang waktu
Berputar dan bersenandung dalam gemalainya irama
Ronda dalam minda yang kian melesu
Didodoi harapan ampuh yang mendebu
Mencemari coretan perjalanan malam yang panjang.
Ayuh! Teruslah senandungkan lagu mimpi
Berlirikkan impian sejernih embun
Nan menitis membasahi segenggam harapan
Menyubur dalam tiap helaan nafas hangat
Membangkitkan irama baru
dalam gerak tari langkah yang lebih sempurna
Biar berlarutan sampai ke pagi
Tika celiknya mata
***Semangat yang berkobar mengharungi hari***ojai
-peace-
Ayuh! Bangunlah ... hari dah siang
>__<
Labels:
Lukisan jea dan puisi.

Tuesday, 4 November 2014
Lukis jea...Helang...
Labels:
Lukisan jea ...

Lukis jea...'Air yang mengalir'...
Labels:
Lukisan jea ...

Saturday, 1 November 2014
Lukis jea ... Doakan mereka
Labels:
Lukisan jea ...

Subscribe to:
Posts (Atom)