Lukis jea ... untuk dia yang berhati walang |
Untuk Dia yang berhati Walang ...
Terdengar gemersik rawan irama lagu
Entah siapa gerangan berhati walang
Nak dipujuk curiga kan membumbung pilu
Andai lafaz tidak semanis gula
Nanti mencetus kacau menambah gelora
Gerun keliru kian lasat rintihan nan membusung
Lara yang tiada terawat dek ikhtiar manusia
Ampuhkanlah jiwa nan meratap padaNya
Hakikat hidup ini dibawah kudratNya
Hayat ini punya riwayat terpencil
Analogi yang menjadi kiasan dalam mencari makna
Tentang harkat warga diri
Insani yang terpasak kemelut yang runyam luput
Mewarnai lorong musafir di bumi fana ini
Untuk ditakwil lalu ditafsir buat mengungkap rasa syukur
Tanyakan pada diri
Empunya siapa sekujur tubuh?
Mungkin kan kembali tersenyum jiwa nan lara
Astaka rela mintalah terbangun
Nah! tiba detiknya kian ulet berdepan rencam hidup
Namun bukan semudah bicara lalui segala
Seberat mata memandang berat lagi sang bahu memikul
- Peace-
>__<
>__<
Susunan ayatmu yang indah. Menggambarkan betapa pilu seorang insan. Beruntunglah si walang kerana masih ada yang perihatin. Jarang sekali insan menyatakan kesedihan yang lain. Kerana yang pasti, kejayaan, kekuatan yang selalu digembar-gemburkan. Selamat terus berkreatif. Ramai lagi insan di luar sana memerlukan kalimat keramatmu.
ReplyDeleteHmm ...
DeleteHasil karyaku ini seharusnya kusisipkan juga buat diriku sendiri - agar aku menjadi manusia yang lebih mengerti.
ReplyDelete"Kalaulah air menitis mengufuk , tentu ada yang keliru ... maka Tuhanmu yang Maha mencipta telah menjadikan air itu menitis secara vertikal. Subhanallah ...