BAB 20 : MENJADI MENANTU
Hari yang bahagia
Dua bulan telah berlalu ...
Diah baru saja selesai mengharungi tempuh berpantangnya setelah melahirkan
Raziq. Bayi lelaki yang saling tidak tumpah wajah ayahnya itu juga dinamakan
Raziq!. ‘Raziq junior!’
“Demi cinta ini. Demi cintaku
padanya”. Itulah jawapan Diah apabila Ziah mempersoalkan nama bayinya itu.
“Err ... tidakkah nama itu akan
mengguris hati Zuraimie?”. Tanya Ziah melalui telepon bimbitnya sebaik sahaja Diah selamat melahirkan.
“Mengapa mesti terguris?. Dah memang
bayi ini anak Raziq”. Jawab Diah , tetap mempertahankan tindakannya.
“Bukan begitu ... , sungguhpun bayi
itu adalah anak kau dan Raziq tapi ... kau bakal bernikah dengan Zuraimie.
Sekurang-kurangnya kau harus lebih sensitif dengan perasaannya. Lagipun dia
sudah terlalu banyak berkorban untuk kau. Tidakkah itu semua mencuit hati kau
Diah?”. Nasihat dan tanya Ziah , dia tidak rela lelaki sebaik Zuraimie
dinafikan haknya untguk merasa bahagia.
“Hmm ... tak mengapalah Ziah ,
janganlah kau risau pasal itu. Aku yakin Zuraimie faham dengan tindakanku ini”.
Diah membutakan hati , tidak mahu memikirkan langsung tentang perasaan
Zuraimie. “Lagipun buat apa hendak difikirkan sangat perasaan lelaki yang
pembohong itu?”. Fikir Diah , masih berdendam Diah ini rupanya.
“Huhh!! Tak fahamlah kau ni Diah. Ada
lelaki sebaik Zuraimie yang sanggup membela nasib kau pun kau tak hargai. Cuba
kalau tiada dia , apa agaknya yang telah terjadi pada kau sekarang”. Keluh Ziah
, kesal benar dia dengan sikap ,’ kacang lupakan kulit’ Diah itu. “Kasihan kau Zuraimie
...”. Kata hati Ziah.
Tiba masa nikah
Minggu depan , Diah akan bernikah dengan Zuraimie. Takdirnya ... Diah hanya melakonkan wataknya episod demi
episod seperti yang tertulis dalam skrip hidupnya. Segalanya hambar ... tidak seperti gadis lain
yang pastinya ternanti-nantikan hari bersejarah dalam hidup mereka , saat
mereka disatukan dengan kekasih hati.
“Ziah , minggu depan kami dah nak
bernikah. Kami akan buat majlis kecil-kecilan saja. Tapi sebelum tu aku akan
cuba berbaik semula dengan emak dan abah aku. Kalau boleh aku nak minta abah
aku mewalikan aku . Kalau dia masih tidak sudi. Berwali hakimlah aku Ziah!” . Kata
Diah , hatinya sebak mengingatkan pertelingkahan yang masih belum selesai
antaranya dan kedua orang tuanya itu.
“ Insya Allah Diah. Banyaklah berdoa
agar Allah melembutkan hati kedua orang tua kau. Sejujurnya , aku tumpang
gembira dengan keputusan kau ni. Sudah lama Zuraimie menantikan saat ini. Keluarga
dia macam mana? , mereka dah boleh
menerima kau?” . Tanya Ziah , dia sedia maklum dengan penerimaan keluarga
Zuraimie terhadap hubungan antara Diah dan satu-satunya anak lelaki mereka itu.
“Huh tidak ... mereka tidak pandang
aku sebelah matapun Ziah. Tapi aku dah tak kesah sebab aku tahu cinta Zuraimie
akan memberikanku kekuatan untuk mengharungi apa jua rintangan yang mendatang.
Lagipun anak ini perlukan kasih sayang seorang bapa. Aku tidak boleh bersikap
mementingkan diri lagi. Kini hidupku adalah untuk anakku ini , Raziq. Dialah
tujuan hidupku , dialah kekuatanku sekarang” . Diah menyatakan pendiriannya.
“Betul ... aku sentiasa menyokong kau
Diah. Diizinkan Allah , aku teringin sangat nak jadi pengapit kau nanti”. Ziah menyatakan hajatnya. Memang itulah
keinginannya sejak dulu , menjadi pengapit kepada sahabat yang sudah
dianggapnya sebagai saudara kandungnya sendiri. “Aku sentiasa menyokong kau!”.
Tegas Ziah lagi.
“Ziah , maafkan aku. Hajat kau itu
takkan tercapai sebab aku tak bersanding
pun. Kami hanya buat yang wajib je ... nikah di pejabat kadi. Dah tu balik
ke rumah sewa Zuraimie di Bandar Baru
Bangi. Tak ada majlis kenduri kendara
pun!”. Jelas Diah. Ada sebak pada nada suaranya.
“Diah ...”. Ziah mengalirkan air mata
mendengar rintihan Diah , mengenangkan nasib sahabat baiknya yang bertukar 360◦.
Siapa pernah menyangka , gadis comel dan periang ini akan mengharungi hidup
yang cukup getir.
“Diah , mengapa sampai begitu?”.
Tanyanya perlahan.
“Masakan majlis kenduri kesyukuran
pun sampai tidak dibuat. Bukankah perkahwinan itu sesuatu yang mulia dan patut
dihebahkan dan diraikan?” , fikirnya pula. Tidak tergamak Ziah mehu meluahkan
apa yang ada difikirannya tika itu.
“Entahlah Ziah. Aku terasa yang Zuraimie seperti mahu merahsiakan
perkahwinan kami. Mungkin keluarganya menentang keras perkahwinan ini atau
mungkin mereka telah memberi kata dua kepadanya atau mungkin ... Ah! Entahlah
Ziah , seribu satu kemungkinan”. Keluh Diah lagi.
“Mengapa tidak kau tanyakan terus
kepadanya?”. Tanya Ziah spontan.
“Lebih baik berterus-terang daripada
menyimpan perasaan begitu”. Kata Ziah lagi.
“Entahlah Ziah , mungkin inilah yang
dinamakan kehidupan. Hidupku , takdir hidup aku. Aku malas nak fikir dan
perdebatkan soal remeh seperti itu. Lagipun aku tak kesah. Mungkin aku ini
bakal menjadi isteri gelapnya , kehadiranku sebagai isterinya tiada siapa yang boleh tahu. Jika itu benar , aku tetap tak
kesah. Yang penting , anakku ini ada bapa , ada ayah untuk menumpang kasih.
Betul tak?. Sekarang ini hidupku hanya untuk anakku ini , yang lain-lain itu
sudah tidak penting lagi”. Kata Diah , sedih.
“Jangan berfikiran begitu Diah.
Tidak pernah wujud istilah isteri gelap.
Sekali dia menikahimu , maka sahlah kau sebagai isterinya”. Balas Ziah. Dalam
diam , air matanya mengalir terus mengenangkan takdir yang harus diharungi sahabatnya
itu. Diah diam , kata-kata Ziah langsung tidak membawa makna bagi dirinya
apatah lagi memujuk lara yang bertandang..
Diah selamat bernikah
Tiba
masanya , Diah selamat dinikahi oleh Zuraimie. Tiada sanak saudara yang
menghadiri majlis tersebut melainkan kedua ibubapa Diah dan dua orang saksi.
Encik Karim dan Puan Norlina akhirnya terbuka hati untuk menghadiri majlis itu
setelah Diah dan Zuraimie berdiri lebih sejam di luar pagar rumah banglo mereka
sambil mengendung Raziq. Suara tangisan cucu mereka yang kepanasan di luar rumah
akhirnya melembutkan hati kedua orang tua itu. Menitis air mata Puan Norlina
ketika Raziq berada digendungannya , “Sayang cucu nenek”. Katanya sambil
menghulurkan Raziq kepada suaminya.
“Cucu atuk”. Kata pula Encik Karim.
Hilang sudah marahnya demi terpandangkan wajah suci bayi yang tidak berdosa
itu.
Namun
sebaik sahaja menikahkan anak gadisnya , Encik Karim dan Puan Norlina segera
meninggalkan majlis. Mereka tidak sanggup untuk terus berlama-lamaan menanggung
kesedihan kerana terpaksa menikahkan satu-satunya anak mereka dalam
keadaan serba kekurangan seperti itu.
Timbul rasa sesal di hati keduanya , “Jika kita tidak menolak mereka tempohari
, tentu kita masih boleh mengadakan majlis kenduri buat anak kita ini”. Keluh
Puan Norlina.
“Ya. Ini semua salah abang. Maafkan
abang. Kalaulah abang tidak terlalu mengikutkan perasaan dulu ...”. Encik Karim
kesal mengingatkan perlakuannya yang keterlaluan. Masih jelas dalam ingatannya
bagaimana dia telah membelasah teruk menantunya itu dan bagaimana kejamnya dia
sehingga sanggup mengheret dan menolak anak gadisnya yang sedang mengandung.
“Mujur tiada apa-apa berlaku kepada
cucu kita. Jika tidak abang pasti tidak akan dapat memaafkan diri sendiri”.
Katanya perlahan. Puan Norlina hanya mengusap
tangan sasa suaminya itu.
“Masih belum terlambat untuk menebus
segalanya”. Katanya lembut , memandang
suaminya penuh harap. Encik Amir mengangguk perlahan sambil tersenyum tawar
mendengar kata-kata isterinya itu.
Hari pertama bergelar
isteri
Zuraimie memberhentikan kenari di halaman rumah ibu bapanya. Lama dia
mendiamkan diri sebelum berpaling ke kiri memandang Diah , perempuan yang baru
saja dinikahinya. Diah menundukkan kepala , buat-buat tidak perasankan renungan
Zuraimie itu. Dia menyibukkan diri
menyusukan bayinya , Raziq.
“Sayang , kita dah sampai”. Kata Zuraimie sambil mengelus
lembut tangan Diah. Diah diam.
“Jom , anak ayah. Cukuplah menyusu tu. Jom kita masuk jumpa
nenek dan atuk”. Zuraimie berkata sambil mengusap lembut rambut lebat Raziq.
Bayi itu seperti memahami apa yang dikatakan ‘ayahnya’ lalu segera
berpaling dari terus menyusu.
“Jom , sayang”. Zuraimie berkata lagi sambil terus memandang
Diah. Diah mengangguk lalu membetulkan pakaiannya.
Mereka
beriringan berjalan bersama menuju ke muka pintu. Belumpun sempat loceng pintu
ditekan , Puan Sarah , ibu mertua Diah sudahpun membuka pintu. Puan Sarah berdiri
tegak memandang Diah dari atas ke bawah sebelum memberikan senyuman hambar lalu
mempersilakan menantunya itu masuk. Raziq dalam kendungan Diah diambilnya lalu
dikucup sayang berkali-kali.
“Cucu nenek! Cucu nenek dah datang!”. Katanya gembira.
“Bang , marilah ke mari. Tengok cucu kita ni!”. Jeritnya dari
bawah tangga. Seketika kemudian Tuan Zaman meluru turun dari atas terus mendapatkan
isterinya itu.
“Cucu kita?”. Tanyanya gembira sambil memandang wajah
isterinya. Puan Sarah mengangguk sambil memuncungkan bibirnya ke arah Diah dan
Zuraimie yang sudahpun duduk di atas sofa
ruang tamu rumah mereka.
“Hah dah sampai?. Macam mana majlis tadi , semuanya berjalan
lancar?”. Tanya Tuan Zaman sambil berjalan menuju ke ruang tamu. Sempat dia
mengucup sayang pipi cucunya sebelum menyertai Zuraimie dan Diah. Puan Sarah
mengekorinya dari belakang.
“Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar ayah. Tadi , mak dan
ayah Diah pun ada sama. Ayah Diah sendiri yang mewalikannya”. Terang Zuraimie. Tuan
Zaman mengangguk-nganggukkan kepalanya.
“Hmm ... mereka dah maafkan korang?”. Tanya Tuan Zaman.
“Ya. Alhamdulillah”. Jawab Zuraimie.
“Baguslah kalau begitu. Tapi ingat Mie , ayah tak mahu orang
lain tahu tentang perkara ini. Ingat , ayah tak mahu kekecohan terjadi
disebabkan perkara ini. Ayah harap kau faham”. Kata Dato’ Mustapha tegas.
“Ya, Mie faham ayah”. Jawab Zuraimie.
Berkerut dahi Diah mendengar perbualan dua beranak tu ,
“Memang benarlah sangkaanku. Aku ini hanyalah isteri gelapnya. Lihat itu ,
tiada sedikitpun rasa bersalah di hati mereka kerana tidak menghadiri majlis
pernikahan kami. Tidak mahu orang lain tahu?. Mengapa?. Apa maksud mereka? Huh! Apa lagi pembohongan yang kau cipta
dariku Mie?”. Kata hati Diah , tidak selesa dengan semua yang didengar dan
dilihatnya.
Malam pertama
Selesai membersihkan dirinya , Diah duduk
mengadap cermin di meja soleknya. Rambutnya yang panjang mencecah pinggang
disikat perlahan-lahan. “Diah , siapa sangka gadis secantik kau akan melalui
nasib seperti ini. Menjadi ‘isteri gelap’ ... mungkin itu sajakah status
yang layak untuk kau?. Mungkin inilah balasan yang ku terima
untuk dosa yang telah aku lakukan. Tapi , menyesalkah aku?. Menyesalkah aku
melahirkan anaknya?. Tidak! Aku tidak menyesal!!. Malah aku bersyukur sangat
kerana masih ada ‘dia’ dalam anakku yang dapatku peluk dan ku pandang buat
melepas rindu. Raziq , demi cinta ini akan ku teruskan hidup ini dengan berani.
Moga kita akan bersatu juga akhirnya di sana nanti”. Diah berkata sendiri
sambil terus memandang wajahnya di cermin.
Seketika
kemudian pintu bilik dibuka , “Assalamualaikum isteriku tercinta”. Sapa
Zuraimie sambil melangkah menghampiri Diah.
“Hmm ... cantiknya isteri abang”. Katanya lagi sambil
tangannya membelai-belai rambut Diah yang panjang mengurai. Terdorong oleh rasa
sayang yang membuak-buak , Zuraimie mendekatkan wajahnya ke wajah Diah. Dia
ingin mengucup sayang wajah yang dipujanya sekian lama. Malangnya , belum
sempat wajah yang sudah merona merah itu dikucupnya , Diah telah terlebih
dahulu berpaling. Zuraimie tersentak
dengan perlakuan isterinya itu.
“Mengapa? ...” Kata-katanya mati begitu sahaja apabila terlihat
tubuh Diah yang mulai menggeletar.
“Diah , are you okey?”. Tanya Zuraimie , cemas. Diah hanya
menggeleng-gelengkan kepala sambil cuba menahan getaran tubuhnya yang semakin
kuat. Entah mengapa , hati dan perasaannya begitu resah dan cemas tatkala
Zuraimie menyentuhnya tadi. Diah merasakan seolah-olah telah melakukan satu
kesalahan yang maha besar apabila membiarkan dirinya disentuh dan dibelai oleh
Zuraimie , suaminya sendiri.
“Ya Allah , apa yang telah terjadi kepada diriku ini?”.
Fikirnya sambil terus cuba mengawal diri.
Kalau boleh dia tidak mahu menyinggung hati Zuraimie , lelaki yang telah
banyak berbudi kepadanya itu. Diah sedar , tanpa Zuraimie dia kini mungkin
sedang merempat bersama bayinya , Raziq.
“Abang , maafkan Diah ...”Kata Diah perlahan sambil menekup wajahnya.
Air mata kekesalan mengalir di pipi.
“Huh?”. Zuraimie bingung lalu berjalan keluar bilik
meninggalkan Diah sendirian. Dia benar-benar tidak faham dengan sikap Diah. Kesal ... kecewa ...
itulah perasaannya tika ini.
Malam itu ,
Zuraimie tidak tidur sekatil dengan Diah. Sengaja dia mengambil selimut dan
bantal lalu tidur di atas sofa panjang yang memang sedia ada dalam kamar tidur
mereka. Mungkin sofa sajalah tempat yang
layak untuknya sejak bergelar suami kepada dua orang wanita!. Diah yang berpura-pura
telah tidur itu memandang suaminya dengan perasaan sayu namun Diah berasa
sangat lega dengan tindakan Zuraimie itu. Diah masih tidak dapat membayangkan
tindakan yang bakal diambilnya nanti jika Zuraimie nekad tidur sekatil
dengannya. “Maafkan Diah bang”. Katanya
di dalam hati lalu mula memejamkan mata. Zzzzz ....
Raziq!...
Diah tersedar dari tidur tatkala
suara azan sayup-sayup menyapa cuping telinganya. Matanya dibuka perlahan
sambil tangannya menekup mulut yang sedang menguap luas. Namun darahnya berderau deras dan matanya
serta merta terbuka luas demi terpandangkan Zuraimie , suaminya sedang duduk di
pinggir katil tidurnya. Zuraimie sudah siap berbaju Melayu memandangnya dengan
senyuman manis yang terukir pada wajah yang bersih , “Dah bangun dah isteri
abang?”. Katanya lembut sambil menepuk manja betis kaki Diah.
“Hmm ... abang dah nak ke surau ni. Diah bangun solat ye.
Nanti , abang balik dari surau kita jogging sama. Lepas tu bolehlah kita breakfast di luar. Okey , abang pergi
dulu. Kang terlepas sembahyang berjemaah pula. Hmm ... jangan lupa solat”. Kata
dan pesan Zuraimie sambil bangun meninggalkan isterinya.
Diah
termenung seketika. “Bermimpikah aku?”. Fikirnya sambil cuba mengingati
sesuatu. “Huh!”. Keluhnya berat apabila teringatkan insiden malam tadi ,
insiden malam pertamanya setelah sah bergelar
isteri kepada seorang lelaki.
“Ya Allah , berdosakah aku?”. Fikirnya sebelum mengangkat
kedua tangannya ke atas untuk
menggeliat. Tiba-tiba , “Arrggghhhh!”, Diah kesakitan.
Baru Diah sedar yang susu di dadanya telah penuh. “Aduh
sakitnya!. Raziq , mana anakku Raziq?”. Diah berfikir seketika sebelum
teringatkan anaknya yang tidak tidur bersamanya sejak malam tadi.
“Lenanya aku tidur malam tadi sampaikan Raziqpun tidak
kuhiraukan. Hisshh! Mak jenis apa kau ni Diah!”. Diah memarahi dirinya sendiri.
“Eh! Tapi ...” Diah teringatkan sesuatu.
“Raziq ni , biar mak saja
yang jaga malam ni. Tak eloklah pengantin baru diganggu”. Kata ibu mertuanya malam semalam
bagaikan masih terngiang-ngiang di telinganya. Lantas sepantas kilat Diah
membersihkan dirinya , menunaikan solat subuh dan berdandan sedikit sebelum
keluar bilik menuju ke bilik ibu mertuanya. Sakit di dadanya ditahan semakin
kuat terasa ...
“Tok! Tok! Tok! “. Pintu bilik diketuk .
“Mak! Mak!. Boleh Diah ambil Raziq!”. Kata Diah dari luar
bilik. Sesekali tangannya mengurut-ngurut dadanya yang seakan berdenyut. “Aduhh...”.
Keluh Diah perlahan sambil tangannya terus mengetuk pintu bilik tidur ibu
mertuanya.
“Tok! Tok! Tok!”
“Mak! Maafkan Diah mengganggu tapi boleh tak beri Raziq
kepada Diah”. Kata Diah lagi dari luar pintu. Tiada sebarang jawapan dari dalam
bilik. Diah mengeluh lalu tangannya diangkat sekali lagi untuk mengetuk pintu
bilik tersebut untuk kali yang ketiga.
“Bismillah ...”. Ucapnya sebelum mengetuk pintu bilik itu
semula. Namun sebelum tangannya sempat mencecah daun pintu bilik itu , Puan
Sarah telah terlebih dahulu membukanya.
“Hah! Kenapa ketuk pintu bilik tidur orang pagi-pagi buta ni?. Bising dan mengganggu
orang yang masih mahu tidur saja” . Tanya Puan Sarah dengan wajah masam
mencuka.
“Maafkan Diah mak. Tapi Diah perlu ambil anak Diah , Raziq
...”.
“Cucu mak tengah tidur!”. Puan Sarah segera memotong kata-kata Diah.
“Ya , Diah tahu dia tengah tidur. Tapi Diah perlu ambil dia.
Dada Diah dah penuh dengan susu. Dah membengkak ... Diah perlu ...”. Belumpun
sempat Diah menghabiskan ayatnya , pintu bilik sudah ditutup semula , berdentum
betul-betul di depan muka Diah!.
“Pergi perah dan buang!”. Itulah kata-kata Puan Sarah yang
kedengaran dari dalam bilik , pedih hati Diah mendengarnya.
Diah masih tercegat ...
Diah tercegat di hadapan pintu ibu
mertuanya. Tangannya mengusap-ngusap dadanya yang sudah mula berdenyut. Air
matanya mengalir tanpa dipinta ... “Raziq itu anakku. Mengapa aku pula yang
tersisih?”. Ratap hati Diah sambil tangannya sesekali mengesat air mata yang
mengalir.
Kebetulan , seketika
itu juga Zuraimie baru saja pulang dari surau.
“Hei! Kenapa menangis di sini?”. Tanyanya lembut sambil tangannya
memusingkan badan Diah mengadapnya. Diah tidak menjawab. Namun air matanya yang
mengalir tanpa henti seakan memberi amaran kepada Zuraimie akan cabaran yang
bakal mereka hadapi di hari-hari
mendatang.
“Diah , kenapa. Cuba ceritakan pada abang”. Katanya lembut sambil
menarik Diah berjalan bersama ke arah bilik mereka.
“Arrgghhhh!”. Jeritan kecil Diah mengejutkannya.
“Kenapa , Diah sakit?”. Tanyanya , cemas.
“Marilah kita ke bilik kita dulu. Nanti Diah beritahu abang
apa yang tidak kena”. Pujuknya.
Diah mengangguk , membongkokkan bahunya sedikit lalu berjalan
laju menuju ke bilik tidur mereka.
Mereka duduk
bersebelahan di tepi katil. “Diah?”. Panggil Zuraimie , sepatah.
“Abang , maafkan Diah. Diah cuma nak ambil Raziq dari bilik
mak tapi mak tak kasi. Mak kata Raziq sedang tidur”. Jawab Diah sambil cuba
menahan sedu.
“Laa pasal itu ke?. Hmm ... sayang, betullah kata mak tu.
Biarlah Raziq tidur dengan puas. Semalam kan dia dah penat di dukung ke sana ke
mari”. Balas Zuraimie , cuba memujuk
isterinya itu.
“Apa masalah Raziq tidur lama sikit sayang?”. Tanya Zuraimie
lembut. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyinggung perasaan isteri yang amat
dicintainya itu.
“Tapi ... dada Diah ni
sakit. Bengkak dengan susu. Diah rasa tak tahan sangat ni”. Jawab Diah dalam
tangisan.
“Oh!”. Jawan Zuraimie sepatah. “Hmm ... kena ambil Raziq juga ya?”. Tanyanya
ragu-ragu.
“Ya tapi mak tak bagi!”. Jawab Diah dengan suara yang agak
tinggi , geram pula hatinya bila Zuraimie
bertanya seperti orang dungu!.
Zuraimie terdiam seketika
sebelum berkata semula , “Okey , biar abang ambilkan Raziq. Diah tunggu di sini
ya”. Balas Zuraimie lalu segera menuju ke bilik tidur ibunya.
“Tapi mak ...”
“Hiissshhhh ... itu mak abang. Jangan risaulah”.
Tidak lama selepas itu Zuraimie masuk semula ke dalam bilik bersama Raziq
yang masih lena dalam gendungannya!
Tuhanku ...
Kiranya sudah
tiba awan kelam membayangi langkahku
Maka
kuatkanlah aku meneruskan perjalanan ini
Tuhanku ...
Andainya sudah
sirna cahaya gemilang yang menyinari hidupku
Maka pandulah
hatiku untuk menentukan arah menujuMu
Tuhanku ...
Tika sudah
patah punah semua dahan tempat pautanku
Maka
suntikkanlah semangat agar menjadi tonggak kekuatanku berdiri
Tuhanku ...
Andai sudah
tiba masaku meninggalkan duniaku
Maka terimalah
aku seadanya dalam dakapanMu
|
No comments:
Post a Comment