Sebenarnya apa yang ingin kusampaikan hari ini ya?๐ค "Respect is earned ... not given'! Ya ... inilah yang nak aku sampaikan petang ni. |
Popular Posts
-
Lukis jea...teratai oh teratai... Hari ini aku lukis teratai lagi Sebab? Teratai bunga indah Dan Aku suka bunga teratai Menghiasi...
-
Aku hanya ingin menulis ... Rasa terkilan yang bersarang dalam hati Lantaran mulutku sudah bungkam menyusun kata Serba tak kena ... Aku...
-
Lukis jea ... Kaki yang terus melangkah Meninggalkan semalam Dengan penuh hati-hati Agar tidak terpelecok lagi Lorong lurus di hadapan At...
-
Lukis jea... selangit mimpi Menjelang 2015 Moga 2015 menjadikan.kita lebih dewasa Dalam menghadapi dugaann Maka berbungalah har...
-
Ceritakan ... C eritakan kisah nan gemilang E rti hidupnya jiwa insan nan malang? R ia pilu tawa sendu nan bersilang I ndah sang mata ...
-
Lukis jea ... mawar Kisah bunga mawar ... ada orang panggil bunga ros , ada orang panggil bunga mawar ... aku?. Aku lebih suka pangg...
-
Lukis jea ... family Ihsan. Ihsan? Ya ... Ihsan adalah anak comel pasangan bahagia ini. Cikgu Naeemah dan suaminya. Cikgu Naeemah , sahaba...
-
Lukis jea ... 'Tulip' Lambang kelembutan dan keikhlasan Buat tatapan mata yang mahu melihat๐ ************** Apa barangkali isu yang...
-
Lukis jea ... Bunga Ros Lukis jea ... Bunga Ros Gabungaan warna pensel dan ton hitam putih Harap dapat membahagiakan siapa jua yang melihatn...
-
Lukis jea ... Sepohon kayu - ojai 3 Dis. 2014 Hari ini aku melukis lagi...kuberi nama 'Sepohon kayu' Moga dapat memberi d...
Tuesday, 14 December 2021
Lukis jea ... 'Respect is earned'

Tuesday, 30 November 2021
Lukis jea ... Bunga

Tuesday, 16 November 2021
Lukis je ... corak ilusi
Lukis jea ... illusion patern drawing
![]() |
'Simple illusion pattern drawing' Apa pandangan kalian? Ilusinya adalah, asalnya ... corak ini merupakan bentuk2 geometri segitiga dan segi empat yang aku lukislan secara rawak memenuhi ruang kertas lukisanku. Seterusnya, aku lorekkan dengan garisan lurus yang berulang mengikut prinsip dan kaedah yang malar ... dengan penuh sabar (tentunya๐). Maka diakhirnya, terhasillah corak di atas. Kelihatannya seperti , 'seashells on the sea shore'๐ Daripada bentuk geometri yang kaku kepada bentuk alam yang berlingkar ... inilah indahnya seni๐ Sahabat pembaca sekelian, tolong doakan agar apa jua kesulitan dan ujian yang menimpa ... akan mampu kita hadapi dengan sabar dan tenang. -peace- >__< |

Tuesday, 26 October 2021
Lukis jea ... motif ukiran flora

Monday, 25 October 2021
Lukis jea ... lebah

Friday, 15 October 2021
Lukis jea ... 'sunset di pantai'

Sunday, 19 September 2021
Lukis jea ... 'sunset' disebalik pokok๐

Thursday, 16 September 2021
Lukis jea ... Selamat Hari Malaysia

Monday, 13 September 2021
Lukis jea ... "Doodles kemerdekaan Malaysia 2021"

Sunday, 29 August 2021
Jom menganyam๐คช
Jom menganyam bersamaku ... ๐
Ini adalah satu lagi aktiviti kelas Pendidikan seni visual aku secara online.
Bersekang mata sehingga jam 3 pagi aku menyiapkan bahan, siap videokan lagi ... semuanya utk memberi minat kepada anak2 didik ku.
Kalau berminat nak tengok videonya bolehlah ke youtube channel aku ye๐
(Moga Allah terima sebagai amal kebajikan)
![]() |
Ini pula adalah semasa proses menganyam. Aku just follow sahaja motif kelarai yang siap kubuat. |

Monday, 16 August 2021
Lukis jea ... kaligrafi

Sunday, 18 July 2021
Fikiranku ... "Selamat Hari Arafah"

Sunday, 11 July 2021
Lukis jea ... "Kita belum menang"

Tuesday, 8 June 2021
Pray for Palestine

Wednesday, 2 June 2021
Lukis jea ... 'Tulip'
![]() |
Aku gunakan media warna pensil di atas kertas lukisan bersaiz A4. Moga mampu menjamu mata kalian -peace- >__< |

Wednesday, 28 April 2021
Puisi: aku dan waktu yang tersisa
Hujan turun mencurah-curah
Dan aku ... sendirian di meja ini
Menghadap semangkuk cendol laici
Yang diinovasikan daripada cendol biasa ...
Sesekali cendol laici ku sudu
Sambil hati mengira2 bilangan laici hancur di dalamnya
Mataku sesekali mengerling kiri dan kanan
Ada juga yang sendirian sepertiku
Walau ramainya bersama keluarga
Atau sekurang-kurangnya berdua
Aku sendiri
Jarang sekali dapat sendirian seperti ini
Terasa indah juga diberi kesempatan begini
Sambil menyudu cendol laici ...berbicara hati
Dalam bahasa tak bisa diungkap
Mengenang kisah-kisah lalu
Kisah dulu ... yang semakin kabur
Dan kiranya ... ada rindu menghinggap
Pada segala yang telah tiada ...
Aduhai kiranya aku manusia biasa
Yang terlalu biasa-biasa
Berlari mengejar waktu ... dan waktu yang tersisa
Kaki melangkah laju sedang nafas tercungap
Tangan menjangkau impian yang kian menjauh
Semangat membara dalam tubuh yang lelah
Dan aku yang terlalu biasa-biasa
Tidak mampu mengurai rasa tersimpul
Agar menjadi untaian lembut beralun

Saturday, 17 April 2021
Sekolahku syurgaku ... kelas PSV

Lukis jea ... mentari terbit

Saturday, 27 March 2021
Lukis jea ... teman seperjuangan
![]() |
Lukis jea ... teman seperjuangan |

Lukis jea ... sehingga jumpa lagi
![]() |
Lukis jea ... sehingga bertemu lagi |

Monday, 15 March 2021
Lukis jea ... menghargai teman

Sunday, 7 February 2021
Fikiranku ... "Jaga akhlakmu!"
Assalamualaikum.
Lama tak jengok blog aku ni ... sibuk!
Orang ramai kata , "Apa sibuknya cikgu mengajar online masa PKP ni?". Orang tak percaya cikgu sibuk ...siap minta potong separuh gaji cikgu ... beri pada mak bapak sebab sekarang mereka mengajar anak2 di rumah. Mengajar?. Ye ke ... baguslah, Allah beri peluang kita mengajar anak sendiri.( Jangan lupa ... cikgu pun parents gak).
Mungkin korang tertanya2, apa sibuknya 'work from home'. (Walhal ada juga kelas bersemuka di sekolah + kelas online yang ada ketikanya terpaksa buat di sekolah).
Ginilah aku bagitahu ... ambil contoh aku ,
Aku mengajar kelas fizik f52020, f52021 dan f42021 dan sains f42021. Bagi kelas bersemuka, biasalah ... sekarang musim pecutan akhir, soalan2 dan perbincangan2 jawapan dengan anak2 didik yang berdebar nak spm tak berapa lama lagi.
Bagi kelas2 online yang lain...menyediakan slaid2 pembelajaran dan video2 sebelum kelas bermula mengambil masa yang jauh lebih lama dari kelas bersemuka. Sampai masa ... persembahkan bahan pengajaran dan mengajarlah kami secara online dengan anak2 murid. Kot kelas depan ramailah ..
Kalau kelas2 hujung, yang masuk boleh dikira dengan jari. Itu takpe lagi...tengah2 mengajar, bagi soalan. Anak murid tak dapat jawab tetiba bapak dia tolong jawab!.
Apa maknanya tu?...maknanya, ada saja parents yang akan mencerap cikgu mengajar. Tapi bagi aku , itu 'no hal' sebab kami guru2 memang selalu dicerap oleh pentadbir di sekolah bagi memastikan mutu pengajaran adalah baik.
Sekarang kau nampak sibuknya kat mana?
Ya...sibuknya seperti 2 kali kerja.
1. Menyiapkan bahan pengajaran online.
2. Mengajar secara online
Isunya WFH menyebabkan kami guru2 wanita ni kena juga memastikan urusan makan pakai di rumah tersedia utk seisi keluarga yang juga WFH dan belajar secara online di rumah.
So...mudahnya hidup lagi sibuk. Aku tak leh bayangkan kawan2 yang ada anak2 kecil. Lagi lah , ... camana nak buat kerja.
Hmm...sebenarnya bukan isu 'Sibuknya seorang aku' yang nak aku ketengahkan dalam perkongsian kali ini.
Habis tu apa?
Sebenarnya , hari ini aku cuma nak sampaikan satu pesanan...buat diri sendiri dan semua.
1."Jagalah akhlakmu ... jagalah akhlakmu terutama ketika kamu marah. Tolonglah jangan menjatuhkan maruah dan harga diri kamu dengan memgeluarkan kata2 makian, kasar dan tidak beradab!"
"Ketahuilah...buruknya akhlakmu terutamanya ketika kau sedang marah hanya merendahkan nilaimu di mata orang lain ... lebih2 lagi di mata aku yang mandang dan menilai".
Jangan sampai hilang rasa hormat orang kepada kita disebabkan buruknya akhlak yang kita pamerkan.
2. "Usah selalu berkata kesat ... kerana bila sudah terbiasa, susah nak kau buang. Ia keluar begitu saja ... dan begitu saja meninggalkan kesan pada hati yang mendengar. Kau mungkin sudah lupa ... tapi tidak bagi yang merasa".
3. Bukankah sudah acap kali diajar..."Assabrun jamilun", sabar itu indah. Ya, sabar itu indah ... namun kata2 kesat penuh makian pasti mengikis bukan saja rasa hormat tapi kemanisan perhubungan itu semakin tawar.
Akhir kalam ... sahabat, malulah kita untuk berkata kesat dan kotor. Malulah kita jika berakhlak buruk!!
Salam ingatan.
-peace-
>__<

Monday, 11 January 2021
L ukis jea ... "Hanyut"
