Popular Posts

Friday 15 July 2016

Novel 2 : Selepas Hujan Bab 1

Novel 2 : "Selepas Hujan..."

Dah lama ... dah lebih dua tahun jugalah novel ni siap. Tak lama selepas aku siapkan 'Keranamu Diah'. Cuma ... aku jea yang tak rasa nak share ngan sesiapa. Sebab apa ye? ... Sebab 'Selepas Hujan' ni macam ada unsur mistik!.
Tapi itu sangkaan insan-insan yang cepat membuat  kesimpulan.
So ... kalau dah buat keputusan nak baca , 'selepas Hujan' kenalah baca sampai habis. Jangan sekerat jalan k ... >__<


BAB 1   : Bermula kisah – Cabaran di tempat baru

Hidup di Pagan Sena       
            Sudah dua minggu Ziah memulakan tugas sebagai seorang guru di kampung itu. SMK Pagan Sena , itulah nama sekolah tempat dia berkhidmat. Masih teringat olehnya respon daripada ibunya tatkala dia menunjukkan surat tawaran perkhidmatan yang diterimanya.

“Jauhnya tempat tu Ziah. Kau bukan ada kenal sesiapapun di situ. Mintalah tukar sekolah-sekolah dekat sini. Boleh duk ngan  mak ayah. Taklah mak risau nak lepaskan kau sorang-sorang ke sana”. Kata ibu Ziah tatkala menatap surat tawaran perkhidmatan Ziah itu.
“Mana boleh mak. Sekarang ni dapat ‘posting’ pun dah kira bernasib baik sangat. Ada orang tu , sampai berbulan-bulan masih tunggu surat panggilan bertugas. Soal tak kenal siapa di sana tu , janganlah mak risaukan sangat. Ziah dah telepon dah pengetua sekolah tu. Dia kata sekolah tu ada asrama. Jadi , untuk sementara waktu dan sebelum dapat rumah sewa , Ziah boleh menumpang di bilik warden dulu. Hmm … mak jangan risau ye. Ziah Cuma perlukan doa daripada mak sentiasa”. Jawab Ziah sebelum mencium kedua-dua pipi ibunya.

“Hmm…mak , maafkan Ziah kerana tidak berusaha memenuhi permintaan mak. Ziah tak kuat untuk terus berada di sana mak. ”. Bisik Ziah perlahan sambil merenung kosong dinding bilik warden tempat dia menumpang.
Mana mungkin Ziah mampu terus berada di sana , terlalu banyak peristiwa pahit yang telah ditempuhnya. Di sanalah sahabat baiknya Diah , ditimpa bencana. Di sana jugalah hatinya dihancurkan. Ziah malu dan tidak mahu lagi bertembung dengan Zuraimie , lelaki yang telah menolak cintanya mentah-mentah. Semuanya masih segar dalam ingatan.

“Ziah, bagaimana awak boleh membicarakan soal cinta ,  sedangkan sahabat baik awak  , Diah sedang  terlantar tenat  di hospital?!”. Itulah respon Zuraimie ketika dia memberanikan diri untuk berterus-terang tentang perasaannya.
“Ziah , awak sedar tak , sekarang ini Diah sangat memerlukan kita. Diah masih koma. Dia sangat memerlukan sokongan kita sebagai sahabatnya sekarang!”. Tegur Zuraimie lagi.
“Tapi ....”.  Ziah cuba mempertahankan tindakannya.
“Cukup! Tak perlulah diperpanjangkan lagi perbualan ini” . Zuraimie segera memotong. Terus berpaling membelakangkan Ziah.
“Tidak ! Awak harus dengar. Apapun saya terpaksa  nyatakan perasaan saya ini kepada awak. Saya tidak kesahpun akan akibatnya. Apa yang penting , perkara yang terbuku di hati ini telah diluahkan. Selebihnya terserahlah kepada awak untuk membuat keputusan”. Ziah tetap dengan pendiriannya.
Zuraimie terdiam mendengar kata-kata Ziah. Tidak pernah disangkanya , cukup kuat perasaan gadis ini  terhadapnya. Zuraimie juga diserang rasa bersalah kerana telah terlanjur memberi harapan. Namun setelah Raziq pergi buat selamanya dan Diah kini sendirian ... segalanya berubah. Berubah dalam sekelip mata sahaja! . Namun apakan daya ...  hatinya memang milik Diah , sejak dulu lagi.
“Ziah , sebenarnya saya sangat menghargai awak tapi seperti yang awak sendiri tahu , hati saya ini sentiasa menjadi milik Diah. Memang saya bersalah  kerana  telah terlanjur memberi harapan kepada awak. Saya tidak sangka keadaan akan jadi begini. Dalam keadaan Diah sekarang , saya tidak mungkin menerima insan  lain. Maafkanlah saya”.
Jawapan Zuraimie itu bagaikan halilintar menyambar dan membakar hangus hati dan perasaan Ziah. Setelah sekian lama dia menyimpan perasaan terhadap Zuraimie , ini hasilnya.  Cintanya ditolak mentah-mentah!!.
“Tapi Zuraimie , mengapa awak menolak cinta saya sekarang?. Apa ... tidak bermaknakah segala yang telah kita lalui bersama?. Sekelip mata sahaja awak berubah ... semuanya kerana cintai Diah?”.  Tanya Ziah meminta kepastian.
“Ya. Saya mencintai Diah. Maafkan saya Ziah!”.  Jawab Zuraimie.
“Err ...  tahukah awak yang Diah tak pernah mencintai awak. Diah hanya mencintai Raziq. Bukan awak!”.  Balas Ziah , cuba membuka celikkan mata Zuraimie.
“Ya , itu saya tahu. Tapi kini Raziq sudah tiada. Diah pula koma. Saya rasa bertanggung-jawab untuk melindungi dia”. Terang Zuraimie.
“Jadi awak menolak cinta saya kerana Diah? Semuanya kerana Diah?”.Tanya Ziah lagi.
“Tidak. Bukan begitu. Saya menolak cinta awak tiada kena mengenanya dengan Diah. Saya menolak cinta awak kerana saya memang tidak pernah mencintai awak. Tidak pernah!”. Zuraimie cuba memahamkan Ziah.
“Jadi segala yang berlaku antara kita ... itu semua tiada makna?. Setelah awak memberikan harapan , awak sesukanya merampasnya begitu saja?”. Tanya Ziah lagi.
“Ya. Maafkan saya.  Saya hanya mencintai Diah. Maafkan saya Ziah , maafkanlah saya”. Jawab Zuraimie perlahan.
“Awak tetap mencintai Diah walaupun awak tahu yang dia sedang mengandungkan anak Raziq?”. Ziah masih tidak berpuas hati. Air matanya mulai mengalir. Terasa bangsat sungguh dirinya. Diah yang sudah ditebuk tupai itu masih mampu menewaskannya!
“Ya. Saya tetap mencintai Diah walaupun saya tahu yang Diah sedang mengandungkan anak Raziq!”. Pengakuan ikhlas Zuraimie memukul hebat harga diri Ziah.
“Sampai begitu sekali cinta kau terhadap Diah. Aku ni tak ubah bagai melukut di tepi gantang sahaja!”. Fikir Ziah dalam esakan.  Walaupun begitu , Ziah tidak pernah membenci Diah malah tetap menyayanginya.  Ziah juga  tidak pernah rasa bersalah terhadap  cintanya ini , malah Ziah sedar , Zuraimie hanya bertepuk sebelah tangan!.
“Baiklah awak , saya hanya mahu awak tahu perasaan saya terhadap awak. Segalanya telah saya luahkan. Satu lagi , sebenarnya Diah sendiri juga tahu tentang perasaan saya ini. Dialah sebenarnya yang menggalakkan saya untuk terus menyemainya di hati ini”. Ziah masih mampu melawan rasa malunya. Mujur kulitnya hitam manis, jika tidak pasti  wajahnya tentu sudah bagaikan  udang di bakar.
“Maafkan saya Ziah. Saya  tidak dapat menerima cinta awak. Saya rasa awak sendiripun  tahu ... yang saya hanya mencintai Diah!”.  Balas Zuraimie. Baginya , biarlah Ziah terluka sekarang daripada terus menaruh harapan. Ziah mengangguk lemah.
“Tidak mengapa. Saya faham. Minggu depan kita semua akan berpisah. Mungkin buat selamanya. Saya akan bertugas di Pagan Sena ,  Pekan Pahang. Entah bagaimana ‘hulu’nya tempat itu tak dapat nak saya bayangkan. Saya mungkin tak dapat nak menjengok apa lagi menjaga Diah. Mie , saya  harap sangat , awak boleh  tolong jaga dia. Kalaulah benar awak mencintainya setulus hati , jagalah dia sebaik-baiknya. Assalamualaikum!”. Itulah kata-kata terakhir yang mampu Ziah ucapkan kepada Zuraimie sebelum masing-masing berpisah.

“Oiii ... Ziah kau ni tidur ke?”. Sergahan  Ba’ie menyedarkan Ziah dari lamunannya.
“Alamak , sorry lah Ba’ie.  Err ... apa kau cakapkan tadi?”. Tanya Ziah
“Aku kata kalau kau nak pergi konvo tu nanti , aku boleh tolong ambilkan jubah untuk kau. Tapi kau kenalah bagi aku no I/C dan no. pendaftaran kau”. Balas Ba’ie.
“Eh tak payahlah Ba’ie, aku ‘confirm’ takkan pergi”. Jawab Ziah. Mana mungkin dia sanggup memandang wajah Zuraimie sekali lagi.
“Ziah , kau tak teringin ke nak melawat Diah?”. Ba’ie memancing. Soalan Ba’ie itu membuatkan Ziah berfikir semula.
“Hmmm ... dia dah ada Zuraimie untuk menjaganya. Lagipun dia masih lagi koma”. Jawapan Ziah berbaur rasa cemburu.
“Hmmm ... merajuk je bunyinya”. Usik Ba’ie.
“Eh , mana ada!”. Ziah berbohong.
“Hmm ...  betullah tu. Tapi kita ni kan kawan baik Diah. Diah lebih sayangkan kita daripada Zuraimie tu. Diah mana pernah ada perasaan pada Zuraimie. Kau sendiri pun tahukan?. Manalah tahu kehadiran kita nanti akan mempercepatkan proses penyembuhannya pula. Bolehlah Ziah , jomlah kita pergi. Pergi ye?”. Rayu Ba’ie. 
Ba’ie sedar Diah adalah kelemahan Ziah dan itulah yang sedang dimanipulasikannya!
“Yelah Ba’ie  ...  sampai sekarang Diah masih lagi belum sedar. Bagaimanalah keadaannya sekarang. Bagaimana pula keadaan bayi dalam kandungannya ”. Ziah melahirkan kebimbangan dan kerinduannya. Hilang rasa cemburu. Lagipun bukan Diah yang menyebabkan Zuraimie menolak cintanya. Cuma ... dia memang tidak pernah mendapat tempat di hati Zuraimie.
“Sebab itulah aku rasa kau kena turun juga ke sini. Habis majlis , kita pergilah lawat Diah. Akupun selalu teringatkan dia. Dengar khabar mak ayah dia  dah buang dia. Kesian ...” . Balas Ba’ie. 
“Huh!!”. Keluh Ziah , terbayangkan wajah aunty Lina dan uncle Amir. Sungguh tidak disangkanya kedua insan yang sangat dihormatinya selama ini sanggup membuang anak sendiri. Semuanya demi mempertahankan ego dan maruah diri.
“Hmm ... kasihan Diah”. Fikirnya.
“Okeylah , biar aku fikir dahulu. Nanti aku telefon kau balik”. Jawab Ziah.
“Okey , bye ... aku tunggu berita baik dari kau”. Kata Ba’ie.
“Bye!”. Ziah menamatkan perbualan.
Petang itu fikiran dan perasaan Ziah sangat bercelaru. Lantas Ziah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sendirian di pinggir Sungai Pagan. Menyusuri sungai yang menjadi sumber bekalan air dan rezeki masyarakat di sini. Dari kejauhan jelas kelihatan sangkar-sangkar  ikan patin buatan manusia yang diperbuat daripada tayar-tayar terpakai . Ikan patin ternak menjadi pilihan penduduk kampung di sini. Selain rasanya yang sedap , nilai pasarannya juga tinggi.

“Mmm ... saya Kamal. Boleh saya tahu nama cikgu? Itupun kalau tak keberatan”
                Tidak jauh dari tempat Ziah berdiri , kelihatan  seorang  anak muda sedang mendayung sampan , sesekali menghentikan dayungannya untuk mengaut ‘etok-etok’ iaitu sejenis siput sungai yang sangat sedap dimakan apabila digulai lemak. Pemandangan di kampung Pagan Sena ini memang sangat indah dan mengasyikkan. Semuanya masih dara ... masih tidak terusik. Pun begitu panorama indah ini tidak dapat melenyapkan kegusaran yang bersarang dihati Ziah.
“Hmm ... patut ke aku pergi ... bagaimana kalau aku terserempak semula dengan Zuraimie? Eee ... malunya! Aku dah berjanji dengan diri aku sendiri yang kami tidak akan pernah berjumpa lagi. Aduh! Ditelan mati mak , diluah mati ayah!”. Fikirnya sendirian.
Tiba-tiba ...
“Err ...  cikgu , jauh menung!”. Tegur anak muda itu.
Ziah terkejut apabila anak muda yang diperhatikannya tadi tiba-tiba sudah tercegat disisi.
“Eh , macam mana awak boleh tiba-tiba  berada di sini?. Tadi saya tengok awak , masih di  tengah sungai , mengaut etok?”. Balas Ziah , agak terkejut sambil tangannya menuding ke tengah sungai.
“Cikgu melamun panjang sangat. Sebab itulah tak perasankan saya di sini. Mmm ... fikirkan kekasih yang jauh?”. Pemuda ini cuba menduga.
“Eh taklah . Err ... macam mana awak tahu yang saya ni cikgu?”. Tanya Ziah.
“He he ... kalau cikgu , lagak gayanya memang sama. Tak bagitahupun orang pasti boleh kenal”. Jawab pemuda ini sambil tertawa.
“Ye Ke?. Err ... saya sebenarnya tak ada kekasih. Siapalah yang nakkan saya ni” Sambung Ziah , terbawa-bawa dengan perasaan lara hatinya .
“Alaa ... mana mungkin takde orang nak kan cikgu. Lainlah saya ni. Budak kampung. Belajar tak tinggi . Kerjapun , sekadar kais pagi makan pagi”. Jawab pemuda itu merendah diri. 
Bukan dia tidak bercita-cita tinggi tetapi kesempitan hidup menyebabkan dia terpaksa menguburkan cita-citanya. Sijil SPM yang diperolehinya hanya disimpan menjadi ‘pekasam’ di gorobok buruk rumahnya. 
“Mmm ... saya Kamal. Boleh saya tahu nama cikgu?. Emak saya pesan  tak sopan kalau dah  berborak tapi masih tak tahu nama. Err ... itupun kalau cikgu tak keberatan”. Pemuda itu memperkenalkan diri.
“Ah, ya ke? ... mak saya pula tak pernah pesan begitu". Balas Ziah sambil tersenyum.
"dan saya tak keberatan berkenalan dengan awak , saya Rodziah. Panggil saja Ziah”. Jawab Ziah , masih mengukir senyuman.
“Oh cikgu Ziah ... sedap nama itu. Sebenarnya saya dah lama nak tegur cikgu. Saya selalu nampak cikgu termenung di tebing  sungai ni. Saya fikir mesti cikgu kesunyian di sini. Yelah cikgu baru pindah ke mari . Tentu tak ramai kawan. Lagi pulak kampung macam Pagan Sena ni apalah yang ada”. Beritahu Kamal.
“Eh taklah. Awak silap ... sebenarnya kampung ni cantik sangat. Kalau di tempat saya pemandangan macam ni dah tak ada lagi. Saya bukan termenung sebaliknya sedang dan sangat suka menikmati keindahan pemandangan di sini”. Dalih Ziah. Kamal tersenyum mendengar jawapan itu.
“Mmm ... kalau boleh saya tahu , cikgu berasal dari mana?”. Tanya Kamal lagi , berani sungguh anak muda ini.
“Saya juga dari kampung. Kampung Ayak Palong. Air Hitam , Kedah. Pernah dengar?”. Tanya Ziah.
“Negeri Kedah tahulah ... tapi kampung tu tak biasa dengarlah”. Jawab Kamal jujur. Tersenyum. Lesung pipit di kedua pipinya terbenam dalam tatkala dia tersenyum. Ziah terleka memerhatikan lesung pipit itu. Jarang lelaki berlesung pipit semanis itu!
“Mmmm ... ada apa yang tak kena dengan muka saya cikgu?”. Tanya Kamal sambil menyapu-nyapu mukanya sendiri. Ziah tertawa melihat perlakuan Kamal.
“Tak ada apa kat muka awak. Cuma saya terpegun melihat lesung pipit di kedua belah pipi awak tu bila awak tersenyum. Jarang lelaki ada lesung pipit macam tu”. Jawab Ziah , masih lagi tertawa.
“Oooo ...  ingatkan ada apalah tadi!”. Kamal juga turut tertawa.
“Mmm ... pasal kampung saya tadi. Saya ni juga orang kampung. Cuma di sana kami menanam padi. Padi sawah. Ada juga menangguk ikan. Tapi bukan di sungai. Kami tangguk ikan di parit tepi sawah. Mmm ... walaupun namanya parit tapi airnya bersih. Macam anak sungailah. Parit ni kami gunakan untuk mengairkan air ke sawah”. Terang Ziah dengan panjang lebar.
“Ooo ... begitu. Eh , cikgu nak etok – etok ni tak? Sedap ni kalau digulai”. Pelawa Kamal.
“Eh , bukan ke itu untuk dijual?”. Tanya Ziah
“Alaa ... tak dapat banyak manapun  kalau dijual. Cikgu ambillah ...”. Pelawa Kamal bersungguh-sungguh.
“Ya, terima kasih!”. Kata Ziah sambil mancapai etok-etok yang diisi dalam bekas bakul buluh.
“Sama-sama...”. Jawab Kamal.
“Oh ya cikgu , saya tinggal dihujung kampung ni. Tuu ... di sana. Saya tinggal di pondok kecil je bersama mak saya. Kami tinggal dua beranak . Kalau cikgu senang atau sudi , jemputlah ke rumah. Emak saya mesti suka”. Pelawa Kamal.
“Oh! Ye ke?. Hmm ... kalau ada umur dan kelapangan , saya pasti akan sampai”. Janji Ziah.
“Errr ... kalau sudi mungkin cikgu boleh mengikut saya menyusuri sungai ini dengan perahu?”. Ajak kamal ragu-ragu.
“Hmmm  ...  menarik juga tu. Saya sendiri memang tidak pernah berperahu. Errr ..... mungkin lain kali?”. Jawab Ziah jujur. Kamal tersenyum sambil mengangguk-nganggukkan kepalanya.
“Hah ya . Mungkin lain kali”. Jawab Kamal.
Mereka akhirnya berpamitan sebelum masing-masing melangkah pulang.

Menumpang di rumah warden
“Eh , malam ni ada meeting warden asrama. Ziah datanglah sekali”. Pelawa Kak Zu. Ustazah Zunaida adalah nama penuhnya. Seorang ustazah yang sangat berdedikasi. Sudah agak berumur tetapi masih belum berpunya. ‘Anak dara tua’ , itulah gelarannya.  Gelaran yang tidak pernah direlainya.
“Mengapa masih sendiri?”. Ramai sudah yang bertanya.
“Hmm ... senang begini , hidup tiada yang ganggu!. He he he ...”. Itulah jawabnya , sengaja menutup perasaan di dada. Walau apa statusnya ,  sifatnya yang sangat bertanggung – jawab menyebabkan dia telah dipilih oleh pengetua sebagai ketua warden di SMK Pagan Sena , Pekan Pahang ini. 
Sekolah ini walaupun hanya sebuah sekolah kampung tetapi turut menyediakan kemudahan asrama bagi penginapan para pelajar yang kediamannya agak jauh dari sekolah.
                   Oleh kerana taraf kehidupan penduduk di kampung ini sangat rendah , Ziah tidak dapat menyewa sebuah rumahpun kerana tiada rumah untuk disewa!. 
Ziah terpaksa menumpang di bilik warden yang  kecil dan sempit . Mereka tinggal berempat , kak Zu , Zizah , kak Sally dan Ziah. Sempit hinggakan tidak dapat  memuatkan walau sebuah lagi katil bujangpun. Ziah hanya mempunyai sebuah almari plastik kecil untuk memuatkan barangan peribadinya dan segulung tilam nipis untuk alas tidurnya. Pada siang hari tilam itu akan digulung dan disimpan di bawah katil yang  sedia ada. Tatkala pabila mahu menautkan kelopak matanya , barulah tilam itu dihampar.  Kehidupan di sini amat asing bagi Ziah. Mana tidaknya , selain hidup bagaikan ‘pelarian banjir’ di bilik warden yang kecil dan sempit itu , Ziah juga terpaksa mengikut giliran mengepam air sungai Pagan bagi kegunaan penghuni asrama.
Itulah satu-satunya sumber air bersih yang ada. Jika ada petugas yang terlupa akibatnya satu sekolah tidak berair!
“Aaa ... ya boleh jugak”. Jawab Ziah. Buat pertama kalinya dia akan menghadiri mesyuarat para warden.
               Malam itu  selepas solat maghrib secara berjemaah di surau asrama , semua warden berkumpul di bilik mesyuarat sekolah. Sepuluh orang warden perempuan dan lima orang warden lelaki. Kehadiran Ziah menambah bilangan guru perempuan menjadi sebelas. Turut serta tiga orang guru lelaki yang juga menumpang tinggal di asrama.
Agenda utama mesyuarat malam ini adalah untuk membentuk ahli jawatankuasa warden yang baru bagi tahun ini. 
Mesyuarat yang pada mulanya berlangsung dalam suasana mesra bertukar ‘panas’ apabila jawatan ketua warden dipertandingkan. Cikgu Halim , penolong ketua warden sekarang beria-ia menawarkan diri untuk menjadi ketua warden. Sifatnya yang panas baran menyebabkan dia tidak mendapat sokongan pengetua sebelum ini. 
Tetapi atas dasar timbang rasa dan tolak ansur ustazah Zunaida sebelum ini ,  dia telah  dibenarkan mendiami  rumah ketua warden yang sepatutnya didiami oleh ustazah Zunaida. Itupun kerana dia sudah berkeluarga dan telah mempunyai 4 orang anak.
“Alah ... keluarga dia ramai. Akak ni bujang , mana-mana pun boleh duduk”. Itulah jawapannya jika ada yang mempersoalkan kelebihan yang diterima oleh cikgu Halim.
“Bagi betis , nak peha!’. Begitulah sikap cikgu Halim ,  masih tidak tahu berterima kasih. Cikgu Halim dengan lantangnya menentang perlantikan semula ustazah  Zunaidah sebagai ketua warden bagi tahun ini. Alasannya , ‘orang baru’ harus dilantik agar dapat menyumbang tenaga dan idea-idea baru yang lebih berkesan. 
“Semuanya demi kepentingan pelajar” , katanya.
Oleh kerana tidak sukakan pertengkaran maka ustazah Zunaidah menarik diri. Cikgu Halim akhirnya dipilih sebulat suara sebagai ketua warden yang baru.
Dalam ucap pertamanya , cikgu Halim mengarahkan agar hanya warden asrama sahaja yang patut tinggal di asrama. Guru-guru yang bukan warden tidak dibenarkan duduk di asrama .
“Keputusan ini terpaksa dibuat  untuk mengelakkan kesesakan. Semua warden harus tinggal selesa supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan berkesan”. Terang Cikgu Halim sambil mengerling ke arah Ziah dan beberapa orang guru lelaki yang menjadi ‘pendatang haram’ di bilik warden.
“Ah sudahhh ... mana pulak aku nak duduk ni?”.Fikir Ziah sendirian . Muka risau.
                   Sekembali dari mesyuarat malam itu , Ziah hanya mendiamkan diri. Ustazah Zunaidah faham akan kerisauan Ziah.
“Ziah , akak rasa Ziah patut membuat permohonan rasmi untuk tinggal di sini atau cuba pohon untuk menjadi warden asrama” . Cadang kak Zu.
“Mana boleh kak Zu, cikgu Halim takkan setujunya. Nak jadi warden pun mesti tak dapat. Tengok je lah bilangan warden yang sedia ada pun dah lebih daripada yang sepatutnya”. Jawab Ziah. Ziah cukup sedar, dia terpaksa berpijak di bumi nyata!
“Eh , janganlah susah hati sangat. Aku rasa, esok kita ‘round’ satu kampung. Manalah tahu ada terselit rumah untuk di sewa. Sekurang-kurangnya dapat sewa satu bilikpun okey jugakkan. Kalau ada ... akupun tak keberatan untuk meninggalkan jawatan warden ni. Duduk luar lagi bebas”. Cadang Zizah
“Yelah tu ... akak bukan apa, takut takde je. Bukan kita tak pernah pergi cari rumah sekitar kampung ni. Mana ada ... kandang kambing atau reban ayam pun belum tentu ada untuk di sewa!!”. Balas kak Sally. Kata-kata kak kak Sally mematahkan semangat Ziah.
“Mmm ... entahlah. Saya duduk bawah jembatan jelah!”. Keluh Ziah , buntu namun masih mampu bergurau.
“Eh janganlah sampai macam tu ... akak ada rancangan. Cuma sama ada Ziah nak terima atau tidak jelah ...”. Kata-kata kak Zu menyebabkan semua yang lain terdiam. Semua mata tertumpu kepada kak Zu sekarang.
“Macam mana kak??”. Tanya mereka serentak.
“Macam ni ... kan di sekolah kita ni ada beberapa orang cikgu yang tinggal bersama ibu bapa mereka di Pagan Sena ni. . Alah ... orang kampung sini jugalah maknanya tu. Jadi apa kata Ziah tumpang  tinggal di rumah mereka. Akak rasa rumah mereka tentu jauh lebih baik daripada rumah lain di sekitar sini. Lagipun bolehlah pergi dan balikpun bersama. Maknanya tak delah masalah pengangkutan. Nanti Ziah bayarlah sewa atau bagi sedikit duit ... pandai-pandailah...” Terang kak Zu sambil mencuit lengan Ziah.
“Eh betullah. Aku rasa cadangan kak Zu tu bernaslah. Sesekali bolehlah kau lepak sini. Tentu cikgu Halim tak perasannya!”. Sampuk Zizah. Tersengih menampakkan barisan  giginya yang agak besar.
“Hmmm ...  nampaknya saya terpaksa terima cadangan kak Zu jugalah tapi ... siapa ye cikgu sekolah kita yang ‘orang sini’ tu ?”. Tanya Ziah.
“Setahu akak ada tiga orang , cikgu Zakuan , cikgu Ismail dan cikgu Rosmiah. Yang paling sesuai cikgu Rosmiah lah. Ziahpun kenalkan Miah tu. Selalu lepak sini”. Jawab kak Zu.
“Kenal, tapi takde lah rapat sangat. Segan pulaklah rasanya”. Cuak juga Ziah nak menumpang di rumah orang yang belum begitu dikenalinya.
“Takpe lah nanti tentu jadi kawan baik!”. Kak Zu menyampaikan pendapatnya sambil tersenyum. Dia yakin Miah pasti faham masalah yang dihadapi Ziah. Kak Zu juga yakin keluarga Miah  tidak akan keberatan menumpangkan Ziah. Lagipun , ayah Miah adalah bekas guru besar sekolah. Tentu dia boleh memahami masalah Ziah sekarang.
“Eh! Sudahlah tu , janganlah risau sangat. Semuanya akan okey!”. Kak Zu mengakhiri perbualan. “Hmm ... harap-harap begitulah”. Fikir Ziah sambil mencebikkan bibirnya.


Keesokan harinya ...
“Hai , sibuk ke ?”. Sapa cikgu Rosmiah.
“Eh  Miah!”. Ziah membalas sapaan tersebut. Sedikit terkejut.
“Mmm ... tengah busy ke?”. Tanya cikgu Rosmiah . Mengulangi pertanyaannya sambil mengerling ke meja Ziah.
“Tak lah sangat ... cuma tengah buat ‘preparation’ untuk mengajar. Mmmm ... orang barukan. Lagi pula saya ni opsyen Bio/Sains tapi kena ajar matematik dan seni. Menggelabahlah jugak”. Jawab Ziah sambil tersenyum.
“Eh, duduklah”. Pelawa Ziah sambil mengarahkan tangannya ke arah kerusi plastik biru yang ada di sebelahnya. Cikgu Rosmiah duduk lantas menyampaikan maksud kedatangannya.
“Saya sebenarnya...!”. Serentak mereka berkata. Tersenyum dan akhirnya Ziah membuka bicara.
“Miah ... saya sebenarnya memang nak cari awak. Ada hal nak bincang”. Terang Ziah.
“Alah ... aku dah tahu. Kak Zu dah cakap dengan aku tadi. Pasal nak duduk rumah aku tu kan?”. Sampuk cikgu Rosmiah. Tersenyum memandang Ziah.
“Aaa yelah tu!. Macam mana ... err ... boleh ke agaknya saya tumpang tinggal di rumah awak?”. Tanya Ziah ragu-ragu.
“Eh tentulah  boleh. Perkara kecil je lah tuu...”. Jawab cikgu Rosmiah .
“Nanti petang habis kelas bolehlah terus ikut aku balik”. Tambahnya.
“Eeerrrr ... cepatnya. Awak tak perlu tanya mak dan ayah awak dulu ke?”. Tanya Ziah
“Alah , mak dan ayah aku tu baik orangnya. Kau jangan risaulah. Mereka takkan kesahpun”. Terang cikgu Rosmiah. Bersungguh-sungguh meyakinkan Ziah.
“Lagipun takkan kau nak tunggu kena perambat dengan cikgu Halim tu baru nak angkat kaki!”. Sambung cikgu Rosmiah sambil ketawa.
“Hishhh takkanlah sampai macam tu!”. Ziah menjawab sambil turut tertawa.
“Kau jangan. Kalau dengan cikgu Halim tu , segalanya mungkin!”. Sambung cikgu Rosmiah lagi. Terus-terusan ketawa.
“Errrr ... kalau gitu kata awak , saya ikut sajalah”. Jawab Ziah. Tentu malu dia jika apa yang dikatakan cikgu Miah itu benar-benar terjadi.
“Eh Ziah , kau ni formal sangatlah. Kau panggil aku Miah je dahlah. Lagipun kitakan akan jadi kawan baik”. Terang cikgu Rosmiah .  Ziah tersenyum sambil mengangguk-nganggukkan kepalanya.


Petang itu fikiran dan perasaan Ziah sangat bercelaru. Lantas Ziah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan sendirian di pinggir Sungai Pagan. Menyusuri sungai yang menjadi sumber bekalan air dan rezeki masyarakat di sini. Dari kejauhan jelas kelihatan sangkar-sangkar  ikan buatan manusia yang diperbuat  daripada tayar-tayar terpakai . Ikan patin ternak menjadi pilihan penduduk kampung di sini. Selain rasanya yang sedap , nilai pasarannya juga tinggi.

“Mmm ... saya Kamal. Boleh saya tahu nama cikgu? Itupun kalau tak keberatan”
Tidak jauh dari tempat Ziah berdiri , kelihatan  seorang  anak muda sedang mendayung sampan , sesekali menghentikan dayungannya untuk mengaut ‘etok-etok’ iaitu sejenis siput sungai yang sangat sedap dimakan apabila digulai lemak. Pemandangan di kampung Pagan Sena ini memang sangat indah dan mengasyikkan. Semuanya masih dara ... masih tidak terusik. Pun begitu panorama indah ini tidak dapat melenyapkan kegusaran yang bersarang dihatinya.
“Hmm ... patut ke aku pergi ... bagaimana kalau aku terserempak semula dengan Zuraimie? Eee ... malunya! Aku dah berjanji dengan diri aku sendiri yang kami tidak akan pernah berjumpa lagi. Aduh! Ditelan mati mak , diluah mati ayah!”. Fikirnya sendirian.
“Err ...  cikgu , jauh menung!”. Tegur anak muda itu.
Ziah terkejut apabila anak muda yang diperhatikannya tadi tiba-tiba sudah tercegat disisi.
“Eh , macam mana awak boleh tiba-tiba  berada di sini?. Tadi saya tengok awak , masih di  tengah sungai , mengaut etok?”. Balas Ziah , agak terkejut sambil tangannya menuding ke tengah sungai.
“Cikgu melamun panjang sangat. Sebab itulah tak perasankan saya di sini. Mmm ... fikirkan kekasih yang jauh?”. Pemuda ini cuba menduga.
“Eh taklah . Err ... macam mana awak tahu yang saya ni cikgu?”. Tanya Ziah.
“He he ... kalau cikgu , lagak gayanya memang sama. Tak bagitahupun orang pasti boleh kenal”. Jawab pemuda ini sambil tertawa.
“Ye Ke?. Err ... saya sebenarnya tak ada kekasih. Siapalah yang nakkan saya ni” Sambung Ziah , terbawa-bawa dengan perasaan lara hatinya .
“Alaa ... mana mungkin takde orang nak kan cikgu. Lainlah saya ni. Budak kampung. Belajar tak tinggi . Kerjapun , sekadar kais pagi makan pagi” Jawab pemuda itu merendah diri. Bukan dia tidak bercita-cita tinggi tetapi kesempitan hidup menyebabkan dia terpaksa mencari rezeki. Sijil SPM yang diperolehinya hanya disimpan menjadi ‘pekasam’ di gorobok buruk rumahnya.
“Mmm ... saya Kamal. Boleh saya tahu nama cikgu?. Emak saya pesan  tak sopan kalau dah  berborak tapi masih tak tahu nama. Err ... itupun kalau cikgu tak keberatan”. Pemuda itu memperkenalkan diri.
 “Ah, ya ... saya Rodziah. Panggil saja Ziah”. Jawab Ziah.
“Oh cikgu Ziah ... sedap nama itu. Sebenarnya saya dah lama nak tegur cikgu. Saya selalu nampak cikgu termenung di tebing  sungai ni. Saya fikir mesti cikgu kesunyian di sini. Yelah cikgu baru pindah ke mari . Tentu tak ramai kawan. Lagi pulak kampung macam Pagan Sena ni apalah yang ada”. Terang Kamal.
“Eh taklah. Awak silap ... sebenarnya kampung ni cantik sangat. Kalau di tempat saya pemandangan macam ni dah tak ada lagi. Saya bukan termenung sebaliknya sedang dan sangat suka menikmati keindahan pemandangan di sini”. Dalih Ziah. Kamal tersenyum mendengar jawapan itu.
“Mmm ... kalau boleh saya tahu , cikgu berasal dari mana?”. Tanya Kamal lagi , berani sungguh anak muda ini.
“Saya juga dari kampung. Kampung Ayak Palong. Air Hitam , Kedah. Pernah dengar?”. Tanya Ziah.
“Negeri Kedah tahulah ... tapi kampung tu tak biasa dengarlah”. Jawab Kamal jujur. Tersenyum. Lesung pipit di kedua pipinya terbenam dalam tatkala dia tersenyum. Ziah terleka memerhatikan lesung pipit itu. Jarang lelaki berlesung pipit semanis itu!
“Mmmm ... ada apa yang tak kena dengan muka saya cikgu?”. Tanya Kamal sambil menyapu-nyapu mukanya sendiri. Ziah tertawa melihat perlakuan Kamal.
“Tak ada apa kat muka awak. Cuma saya terpegun melihat lesung pipit di kedua belah pipi awak tu bila awak tersenyum. Jarang lelaki ada lesung pipit begitu”. Jawab Ziah , masih lagi tertawa.
“Oooo ...  ingatkan ada apalah tadi!”. Kamal juga turut tertawa.
“Mmm ... pasal kampung saya tadi. Saya ni juga orang kampung. Cuma di sana kami menanam padi. Padi sawah. Ada juga menangguk ikan. Tapi bukan di sungai. Kami tangguk ikan di parit tepi sawah. Mmm ... walaupun namanya parit tapi airnya bersih. Macam anak sungailah. Parit ni kami gunakan untuk mengairkan air ke sawah”. Terang Ziah dengan panjang lebar.
“Ooo ... begitu. Eh , cikgu nak etok – etok ni tak? Sedap ni kalau digulai”. Pelawa Kamal.
“Eh , bukan ke itu untuk dijual?”. Tanya Ziah
“Alaa ... tak dapat banyak manapun  kalau dijual. Cikgu ambillah ...”. Pelawa Kamal bersungguh-sungguh.
“Ya, terima kasih!”. Kata Ziah sambil mancapai etok-etok yang diisi dalam bekas bakul buluh.
“Sama-sama...”. Jawab Kamal.
“Oh ya cikgu , saya tinggal dihujung kampung ni. Tuu ... di sana. Saya tinggal di pondok kecil je bersama mak saya. Kami tinggal dua beranak . Kalau cikgu senang atau sudi , jemputlah ke rumah. Emak saya mesti suka”. Pelawa Kamal.
“Oh! Ye ke?. Hmm ... kalau ada umur dan kelapangan , saya pasti akan sampai”. Janji Ziah.
“Errr ... kalau sudi mungkin cikgu boleh mengikut saya menyusuri sungai ini dengan perahu?”. Ajak kamal ragu-ragu.
“Hmmm  ...  menarik juga tu. Saya sendiri memang tidak pernah berperahu. Errr ..... mungkin lain kali?”. Jawab Ziah jujur. Kamal tersenyum sambil mengangguk-nganggukkan kepalanya.
“Hah ya . Mungkin lain kali”. Jawab Kamal.
Mereka akhirnya berpamitan sebelum masing-masing melangkah pulang.

Menumpang di rumah warden
“Eh , malam ni ada meeting warden asrama. Ziah datanglah sekali”. Pelawa Kak Zu. Ustazah Zunaida adalah nama penuhnya. Seorang ustazah yang sangat berdedikasi. Sudah agak berumur tetapi masih belum berpunya. ‘Anak dara tua’ , itulah gelarannya.  Gelaran yang tidak pernah direlainya.
“Mengapa masih sendiri?”. Ramai sudah yang bertanya.
“Hmm ... senang begini , hidup tiada yang ganggu!. He he he ...”. Itulah jawabnya , sengaja menutup perasaan di dada. Walau apa statusnya ,  sifatnya yang sangat bertanggung – jawab menyebabkan dia telah dipilih oleh pengetua sebagai ketua warden di SMK Pagan Sena , Pekan Pahang ini. Sekolah ini walaupun hanya sebuah sekolah kampung tetapi turut menyediakan kemudahan asrama bagi penginapan para pelajar yang kediamannya agak jauh dari sekolah.
Oleh kerana taraf kehidupan penduduk di kampung ini sangat rendah , Ziah tidak dapat menyewa sebuah rumahpun kerana tiada rumah untuk disewa!.  Ziah terpaksa menumpang di bilik warden yang  kecil dan sempit . Mereka tinggal berempat , kak Zu , Zizah , kak Sally dan Ziah. Sempit hinggakan tidak dapat  memuatkan walau sebuah lagi katil bujangpun. Ziah hanya mempunyai sebuah almari plastik kecil untuk memuatkan barangan peribadinya dan segulung tilam nipis untuk alas tidurnya. Pada siang hari tilam itu akan digulung dan disimpan di bawah katil yang  sedia ada. Tatkala pabila mahu menautkan kelopak matanya , barulah tilam itu dihampar.
Kehidupan di sini amat asing bagi Ziah. Mana tidaknya , selain hidup bagaikan ‘pelarian banir’ di bilik warden yang kecil dan sempit itu , Ziah juga terpaksa mengikut giliran mengepam air sungai Pagan bagi kegunaan penghuni asrama.
Itulah satu-satunya sumber air bersih yang ada. Jika ada petugas yang terlupa akibatnya satu sekolah tidak berair!
“Aaa ... ya boleh jugak”. Jawab Ziah. Buat pertama kalinya dia akan menghadiri mesyuarat para warden.
Malam itu  selepas solat maghrib secara berjemaah di surau asrama , semua warden berkumpul di bilik mesyuarat sekolah. 10 orang warden perempuan dan lima orang warden lelaki. Kehadiran Ziah menambah bilangan guru perempuan menjadi sebelas. Turut serta tiga orang guru lelaki yang juga menumpang tinggal di asrama.
Agenda utama mesyuarat malam ini adalah untuk membentuk ahli jawatankuasa warden yang baru bagi tahun ini. Mesyuarat yang pada mulanya berlangsung dalam suasana mesra bertukar ‘panas’ apabila jawatan ketua warden dipertandingkan. Cikgu Halim , penolong ketua warden sekarang beria-ia menawarkan diri untuk menjadi ketua warden. Sifatnya yang panas baran menyebabkan dia tidak mendapat sokongan pengetua sebelum ini. Tetapi atas dasar timbang rasa dan tolak ansur ustazah Zunaida sebelum ini ,  dia telah  dibenarkan mendiami  rumah ketua warden yang sepatutnya didiami oleh ustazah Zunaida. Itupun kerana dia sudah berkeluarga dan telah mempunyai 4 orang anak.
“Alah ... keluarga dia ramai. Akak ni bujang , mana-mana pun boleh duduk”. Itulah jawapannya jika ada yang mempersoalkan kelebihan yang diterima oleh cikgu Halim. “Bagi betis , nak peha!’. Begitulah sikap cikgu Halim ,  masih tidak tahu berterima kasih. Cikgu Halim dengan lantangnya menentang perlantikan semula ustazah  Zunaidah sebagai ketua warden bagi tahun ini. Alasannya , ‘orang baru’ harus dilantik agar dapat menyumbang tenaga dan idea-idea baru yang lebih berkesan. “Semuanya demi kepentingan pelajar” , katanya.
Oleh kerana tidak sukakan pertengkaran maka ustazah Zunaidah menarik diri. Cikgu Halim akhirnya dipilih sebulat suara sebagai ketua warden yang baru.
Dalam ucap pertamanya , cikgu Halim mengarahkan agar hanya warden asrama sahaja yang patut tinggal di asrama. Guru-guru yang bukan warden tidak dibenarkan duduk di asrama .
“Keputusan ini terpaksa dibuat  untuk mengelakkan kesesakan. Semua warden harus tinggal selesa supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan berkesan”. Terang Cikgu Halim sambil mengerling ke arah Ziah dan beberapa orang guru lelaki yang menjadi ‘pendatang haram’ di bilik warden.
“Ah sudahhh ... mana pulak aku nak duduk ni?”.Fikir Ziah sendirian . Muka risau.
Sekembali dari mesyuarat malam itu , Ziah hanya mendiamkan diri. Ustazah Zunaidah faham akan kerisauan Ziah.
“Ziah , akak rasa Ziah patut membuat permohonan rasmi untuk tinggal di sini atau cuba pohon untuk menjadi warden asrama” . Cadang kak Zu.
“Mana boleh kak Zu, cikgu Halim takkan setujunya. Nak jadi warden pun mesti tak dapat. Tengok je lah bilangan warden yang sedia ada pun dah lebih daripada yang sepatutnya”. Jawab Ziah. Ziah cukup sedar, dia terpaksa berpijak di bumi nyata!
“Eh , janganlah susah hati sangat. Aku rasa, esok kita ‘round’ satu kampung. Manalah tahu ada terselit rumah untuk di sewa. Sekurang-kurangnya dapat sewa satu bilikpun okey jugakkan. Kalau ada ... akupun tak keberatan untuk meninggalkan jawatan warden ni. Duduk luar lagi bebas”. Cadang Zizah
“Yelah tu ... akak bukan apa, takut takde je. Bukan kita tak pernah pergi cari rumah sekitar kampung ni. Mana ada ... kandang kambing atau reban ayam pun belum tentu ada untuk di sewa!!”. Balas kak Sally. Kata-kata kak kak Sally mematahkan semangat Ziah.
“Mmm ... entahlah. Saya duduk bawah jembatan jelah!”. Keluh Ziah , buntu namun masih tersenyum .
“Eh janganlah sampai macam tu ... akak ada rancangan. Cuma sama ada Ziah nak terima atau tidak jelah ...”. Kata-kata kak Zu menyebabkan semua yang lain terdiam. Semua mata tertumpu kepada kak Zu sekarang.
“Macam mana kak??”. Tanya mereka serentak.
“Macam ni ... kan di sekolah kita ni ada beberapa orang cikgu yang tinggal bersama ibu bapa mereka di Pagan Sena ni. . Alah ... orang kampung sini jugalah maknanya tu. Jadi apa kata Ziah tumpang  tinggal di rumah mereka. Akak rasa rumah mereka tentu jauh lebih baik daripada rumah lain di sekitar sini. Lagipun bolehlah pergi dan balikpun bersama. Maknanya tak delah masalah pengangkutan. Nanti Ziah bayarlah sewa atau bagi sedikit duit ... pandai-pandailah...” Terang kak Zu sambil mencuit lengan Ziah.
“Eh betullah. Aku rasa cadangan kak Zu tu bernaslah. Sesekali bolehlah kau lepak sini. Tentu cikgu Halim tak perasannya!”. Sampuk Zizah. Tersengih menampakkan barisan  giginya yang agak besar.
“Hmmm ...  nampaknya saya terpaksa terima cadangan kak Zu jugalah tapi ... siapa ye cikgu sekolah kita yang ‘orang sini’ tu ?”. Tanya Ziah.
“Setahu akak ada tiga orang , cikgu Zakuan , cikgu Ismail dan cikgu Rosmiah. Yang paling sesuai cikgu Rosmiah lah. Ziahpun kenalkan Miah tu. Selalu lepak sini”. Jawab kak Zu.
“Kenal, tapi takde lah rapat sangat. Segan pulaklah rasanya”. Cuak juga Ziah nak menumpang di rumah orang yang belum begitu dikenalinya.
“Takpe lah nanti tentu jadi kawan baik!”. Kak Zu menyampaikan pendapatnya sambil tersenyum. Dia yakin Miah pasti faham masalah yang dihadapi Ziah. Kak Zu juga yakin keluarga Miah  tidak akan keberatan menumpangkan Ziah. Lagipun , ayah Miah adalah bekas guru besar sekolah. Tentu dia boleh memahami masalah Ziah sekarang.
“Eh! Sudahlah tu , janganlah risau sangat. Semuanya akan okey!”. Kak Zu mengakhiri perbualan. “Hmm ... harap-harap begitulah”. Fikir Ziah sambil mencebikkan bibirnya.
Keesokan harinya ...
“Hai , sibuk ke ?”. Sapa cikgu Rosmiah.
“Eh  Miah!”. Ziah membalas sapaan tersebut. Sedikit terkejut.
“Mmm ... tengah busy ke?”. Tanya cikgu Rosmiah . Mengulangi pertanyaannya sambil mengerling ke meja Ziah.
“Tak lah sangat ... cuma tengah buat ‘preparation’ untuk mengajar. Mmmm ... orang barukan. Lagi pula saya ni opsyen Bio/Sains tapi kena ajar matematik dan seni. Menggelabahlah jugak”. Jawab Ziah sambil tersenyum.
“Eh, duduklah”. Pelawa Ziah sambil mengarahkan tangannya ke arah kerusi plastik biru yang ada di sebelahnya. Cikgu Rosmiah duduk lantas menyampaikan maksud kedatangannya.
“Saya sebenarnya...!”. Serentak mereka berkata. Tersenyum dan akhirnya Ziah membuka bicara.
“Miah ... saya sebenarnya memang nak cari awak. Ada hal nak bincang”. Terang Ziah.
“Alah ... aku dah tahu. Kak Zu dah cakap dengan aku tadi. Pasal nak duduk rumah aku tu kan?”. Sampuk cikgu Rosmiah. Tersenyum memandang Ziah.
“Aaa yelah tu!. Macam mana ... err ... boleh ke agaknya saya tumpang tinggal di rumah awak?”. Tanya Ziah ragu-ragu.
“Eh tentulah  boleh. Perkara kecil je lah tuu...”. Jawab cikgu Rosmiah .
“Nanti petang habis kelas bolehlah terus ikut aku balik”. Tambahnya.
“Eeerrrr ... cepatnya. Awak tak perlu tanya mak dan ayah awak dulu ke?”. Tanya Ziah
“Alah , mak dan ayah aku tu baik orangnya. Kau jangan risaulah. Mereka takkan kesahpun”. Terang cikgu Rosmiah. Bersungguh-sungguh meyakinkan Ziah.
“Lagipun takkan kau nak tunggu kena perambat dengan cikgu Halim tu baru nak angkat kaki!”. Sambung cikgu Rosmiah sambil ketawa.
“Hishhh takkanlah sampai macam tu!”. Ziah menjawab sambil turut tertawa.
“Kau jangan. Kalau dengan cikgu Halim tu , segalanya mungkin!”. Sambung cikgu Rosmiah lagi. Terus-terusan ketawa.
“Errrr ... kalau gitu kata awak , saya ikut sajalah”. Jawab Ziah. Tentu malu dia jika apa yang dikatakan cikgu Miah itu benar-benar terjadi.
“Eh Ziah , kau ni formal sangatlah. Kau panggil aku Miah je dahlah. Lagipun kitakan akan jadi kawan baik”. Terang cikgu Rosmiah .  Ziah tersenyum sambil mengangguk-nganggukkan kepalanya.


Tinggal menumpang ...
                     Sebaik  saja sesi persekolahan tamat pada hari itu , Ziah terus balik ke bilik asrama warden lalu segera mengemaskan barang-barang kepunyaannya. Semuanya dimuatkan  dalam satu beg. Tilam nipis dan almari plastik terpaksa ditinggalkan.
“Nak pindah hari ni jugak ke?”. Tanya Zizah.
“Macam dah tak sabar-sabar je”. Tambah Zizah lagi.
“Yelah Zah. Saya dah tak selesa bila terserempak dengan cikgu Halim. Tadipun dia ada tanya saya ... mana saya nak tinggal. Nasib baik masa tu saya dah bincang dengan Miah. Taklah rasa terhina sangat. Tapi dia adalah jugak minta maaf ,  kononnya sebab terpaksa menyusahkan saya!. Lawak kan?”. Cerita Ziah. Zizah hanya menganggukkan kepala.
“Alahh ... dia tu belakon je tu!”. Komen Zizah. Tidak percaya dengan keikhlasan cikgu Halim. Lagi pula dia dapat mengesan rasa geram di hati Ziah melalui nada suaranya.
“Alahhh ... biarlah. Orang macam tu memang tak berhati perut. Saja nak tunjuk taring.  Buat tak heran je!” Zizah menyambung lagi. Mengapi-apikan perasaan Ziah.
“Mmm ... biarlah dia. Saya malas nak fikir lagi. Yang penting sekarang saya nak kena kemaskan barang ni cepat-cepat  dan pulang bersama Miah”. Terang Ziah sambil tersenyum.
“Ada orang nak tumpangkan pun dah kira baik ni”. Sambung Ziah. Zizah hanya mengangukkan kepala tanda setuju.
“Assalamualaikum ... Ziah! Ziah!”. Terdengar suara Miah dari luar.
“Waalaikummussalam!”. Jawab Ziah dan Zizah serentak.
“Eh Miah , masuklah ...”. Jemput Zizah tatkala membuka pintu.
“Hah Ziah , dah siap ke belum? Abah aku dah sampai tu” . Tanya Miah tanpa menghiraukan pelawaan Zizah.
“Dah nak pergi sekarang ke?”. Tanya  Ziah.
“Ha ah , kalau dah siap ... jomlah”. Ajak Miah.
“ Dah. Dah siap dah. Err Zizah , nanti sampaikan salam aku untuk kak Zu dan kak Sally ya”. Pesan Ziah. Zizah mengangguk-nganggukkan kepalanya. 
“Tentu!!”. Janjinya.
“Alahh ... macam tak jumpa lagi!” Usik Miah. Zizah hanya tertawa.
Ziah berpamitan dengan Zizah lantas terus mengekori Miah dari belakang.


Sampai di kereta proton saga milik ayah Miah ...
“Assalamualaikum pakcik”. Ziah memberi  salam sambil menghulurkan tangan.
“Waalaikummussalam”. Jawab cikgu Karim sambil menyambut tangan Ziah. Cikgu Karim yang sudah lebih lapan tahun bersara masih kelihatan segak.
“Eh! Dah nak balik cikgu?!”. Tiba-tiba kedengaran satu suara menyapa dari belakang. Sebaik sahaja ketiga-tiga mereka menolehkan kepala , kelihatan cikgu Halim sedang berjalan laju ke arah mereka sambil tersenyum manis.
“Ha ah. Gitulah nampaknya. Ni , dapat sorang lagi anak perempuan”. Balas cikgu Karim sambil menunjuk ke arah Ziah.
“Yelah tu. Tadi cikgu Ziah ada ceritakan pada saya. Elok jugalah tu sebab bilik warden sini dah padat sangat”. Balas cikgu Halim. Cikgu Karim hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya manakala Ziah dan Miah sama-sama mencebik!.
“Hah! Kalau cikgu Ziah nak tahu , cikgu Karim ni dulu adalah guru Matematik saya. Dulu , boleh tahan garang orangnya ni. Menggigil lutut kalau ada kerja sekolah yang tak siap”. Cikgu Halim membuka cerita. Ziah hanya tersenyum tawar mendengarnya.
“Sekali dipanggil  cikgu sampai bila-bilapun  tetap cikgu!”. Fikir Ziah sambil memandang cikgu Karim. Walaupun telah lebih lapan tahun bersara  , gelaran ‘cikgu’ masih kekal lekat padanya. Tepatlah seperti kata kebanyakkan orang. Gelaran ‘cikgu’ dibawa ke mati!
“Abah , nilah kawan  Miah  tu. Nama dia Rodziah”. Miah memperkenalkan Ziah kepada bapanya sebaik sahaja cikgu Halim melangkah pergi.
“Ooo ye ke. Pakcik panggil Ziah saja boleh?”. Ziah hanya menganggukkan kepala.
“Err ... pakcik saya sebenarnya mahu menumpang tinggal ...”.  Ziah menyatakan maksudnya.
“Ya. Pakcik tahu . Miah dah ceritakan pada pakcik. Mohlah kita balik”. Cikgu Karim segera memotong kata-kata Ziah.
“Eh! Sempat  Miah bercerita dengan abah Miah ?”. Bisik Ziah kepada Miah.
“Heee ...  kau tahu tak ada satu teknologi yang namanya telepon?” . Miah tertawa mendengar pertanyaan Ziah. Ziah turut tersengih.
“Kamu ni pun baya anak pakcik je. Janganlah malu atau risau tinggal di rumah pakcik. Makcik kau tu pun tak kesah langsung. Dia lagi seronok , pasal kat rumah pakcik tu kami tinggal empat beranak saja. Pakcik , makcik , Miah dan abangnya. Pakcik tak ada anak lain. Hanya mereka berdua saja. Sebab itulah habis saja belajar Miah balik ke sini. Pak cik tak beri Miah pergi jauh. Jadi bila ada Ziah ni tambahlah jugak teman berborak kami sekeluarga. Abang Miah tu pulak sibuk dengan kerjanya sendiri. Nak jadi penternak berjaya! Kerja kampung , pendiam pulak tu ... itulah takde siapa nakkan dia! Sebab tulah masih tinggal dengan pakcik”.  Pakcik Karim tersenyum lebar menceritakan tentang anak lelakinya itu.
“Alaa ... kerja kampung pun tidak ada rendahnya dari kerja-kerja yang lain pakcik. Asal saja kita tekun berusaha pasti membuahkan hasil yang baik. Bak kata orang , berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya”. Ziah berbasa basi.
“Ya betul tu , kerja hasil titik peluh sendiri!”. Sampuk Miah , ingin sekali berbangga dengan usaha abangnya itu.
Pakcik bukan apa cuma takut Ziah tak selesa je. Tapi dia tu pun bukan selalu ada di rumah. Pagi ke sungai. Menguruskan kolam ikan. Petang ke kebun”. Terang cikgu Karim.
“Takpelah pakcik. Pakcik sekeluarga sudi tumpangkan saya ni pun dah kira baik. Saya dah bersyukur sangat. Kalau tidak terpaksalah saya duduk di bawah jambatan. Takpun pasang khemah di padang sekolah!”. Mereka sama-sama ketawa.
Setelah lebih kurang dua puluh minit perjalanan , sampailah mereka ke tempat yang dituju.
“Hah, dah nak sampaipun. Nama kampung ni , kampung Pulau Manis”. Beritahu cikgu Karim.
Ziah mengangguk sambil memandang sekeliling dengan hati yang berdebar-debar.
“Maka bermulalah kisahku di sini. Ya Tuhan , bantulah aku!”. Keluh Ziah di dalam hatinya.




No comments:

Post a Comment