Popular Posts

Wednesday, 3 June 2020

Lukis jea ... "Kasih sayang"

Lukis jea ... "Kasih sayang"
Hrmm...lama gak aku berangan nak lukis gambar kami berdua.
Alhamdulillah , tercapai jugak hajat ni😊

Inilah 'kami'
Selepas dua minggu ditakdirkan bertemu untuk kali pertamanya , terus rombongan meminang dihantar.
Lima bulan kemudian , selamat diijabkabulkan.
(Mudahkan ... Alhamdulillah. Inilah yang dikatakan JODOH)

Perjalanannya mudah namun hakikatnya pernikahan itu merupakan;
 usaha
'menggabungkan' dua manusia berlainan latar belakang, pembawaan, pemikiran dan amat menuntut usaha yang tinggi dan kesabaran yang melimpah ruahπŸ€ͺπŸ€ͺπŸ€ͺ.

Aku dan dia ...
Sememangnya bagai langit dan bumi
(Inilah ketentuan ... benarlah perkahwinan itu adalah untuk saling 'melengkapkan')
Maksudnya?
Analoginya ... kami saling 'melangitkan' dan 'membumikan' satu sama lain. Tak mudah ... dan ianya memang sangat mencabar😜πŸ€ͺπŸ€ͺ


Pertemuan kali pertama : ..... πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™πŸ˜™

Kali kedua : seminggu selepas kali pertama berkenalan dan berjumpa, dia dan seorang kawannya bertandang rumah mak abah aku. Nak kenal mak abah aku (😱, beranikan?😜) dan langsung meminang pada minggu hadapannya!!!
(Mak abah aku sampai tak sempat nak fikir ... nak reject ke atau nak terima!!!🀣🀣🀣)

Kali ketiga : ..... betul2 sekali setelah bergelar 'tunang'. Itupun ditemani kawan. Dia belanja aku dan kawan aku makan Mc D. (Masa ni aku tak boikot Mc D lagi😯)
Kali keempat : ...... setelah sah bergelar isteri.

Kini dah 26 tahun kami menjadi suami isteri.
Pernah dilanda badai?
Jawapan aku, 'Hidup mana yang tidak dilanda badai?'
Perkara yang sering aku pegang ... " teruskan bersabar atau musnahkan segalanya ... dan aku sentiasa memilih untuk terus bersabar!
Kenapa?
Kerana aku percaya bahawa ... " sabar itu indah"

Semoga Allah memberkati kehidupan kami dunia hingga akhirat dan menjadikan kami sebagai hambaNya yang bersyukur.
Alhamdulillah.
-Terima kasih ya Allah-


-peace-
>__<


2 comments:

  1. Ini adalah hakikat kebahagian dan keindahan puan didunia. Moga Allah merahmati keluaraga puan di dunia dan akhirat. maaf saya tumpang lalu di kiriman ini

    ReplyDelete