Lukis jea ... lama dah lukis lukisan ni ... 9 Disember 2015
Tiap lukisan pasti punya cerita tersendiri ...
Tapi hari ini aku guna lukisan lama ini untuk cerita yang baru ...
"Sekolahku Syurgaku"
Hmm ... kisah 'ayam kahwin'!
Jam 10:35 aku bergegas ke kelas 4Y.
Buku rekod , beg marker dan peralatan tulisku bimbit sama. Berjalan laju menuju ke blok 2.
"Assalamualaikum ustazah!"
"Assalamualaikum ustazah!"
"Assalamualaikum ustazah!"
Sepanjang laluan dari bilik UPSM(Unit Pembangunan Sahsiah Murid) hingga ke kelas 4Y ucap salam kuterima bertubi-tubi. Alhamdulillah ... anak2 didik di sini tidak lokek membuat 'pahala cara mudah' menyebarkan salam sambil melemparkan senyuman. ^__^
Ironinya ... mereka memanggil aku , seorang guru sains dan fizik sebagai ustazah!. Sering saja rakan2 ustaz mahupun ustazah sekolahku ini senyum2 simpul mendengar panggilan itu ditujukan kepadaku ... dan aku ... sering saja membalas senyuman itu dengan ungkapan yang sama ...
"Nak buat cam mana , aura kebaikan tu terpancar pada wajah" dan pastinya selorohku itu disambut dengan senyum tawa dari mereka.
Sampai di kelas...
"Mana salam untuk cikgu?". tanyaku hampir setiap kali masuk ke kelas 4Y. Aku sedia maklum 4Y ni kelas hujung...benda senang seperti memberi salam pun harus dipinta dan aku ... tak kesah meminta2 diberi salam oleh mereka. ^__^
Hana: " Assalamualaikum cikgu!". Kata Hana, ketua kelas 4Y setelah semua rakan2 sekelasnya bangun.
"Waalaikumussalam. Baca doa". Balasku sambil mengangkat tangan untuk berdoa ... maka beramai2 anak2 4Y membaca doa belajar. Aku hanya mengaminkan doa mereka. Selesai mereka membaca doa lalu segera kusambung dengan doa ...
"Ya Allah, bukalah pintu hati kami untuk menerima cahaya ilmumu. Pandai dan bijakkanlah kami. Muliakanlah akhlak kami dan hidup dam matikanlah kami dalam islam dan iman".
"Aamiiinnnn"
"Okey ... siapa ingat semalam kita belajar pasal apa?"
.... Senyap ....
"Kita belajar pasal apa ye?"
... senyap ...
Lama ... baru ada yang jawab.
'Gen cikgu' ... jawab Wani.
"Ya Allah ... bagusnya anak murid cikgu ni. Dia ingat lagi apa yang kita belajar semalam". Sengaja aku memuji2 Wani berlebih2an. Anak2 kelas hujung ni bukan selalu terima pujian.
'Jangan kedekut memberi pujian kiranya pujian itu mampu menambahkan keyakinan dan jatidiri anak2 kita.
Sedikit yang kuberi ... akhirnya kelas mulai riuh. Ada saja yang cuba menjawab tiap kali soalan diaju.
"Okey ... harini kita akan mulakan bab baru ... keturunan dan variasi.
Maka mulalah sesi pembelajaran hari ini ...
Gen ... DNA ... Kromosom ... nukleus ... mitosis ... meiosis hinggalah persenyawaan antara sperma dan ovum yang kromosomnya membawa maklumat genotip yang akan diterjemahkan secara fenotip pada jasad anak yang dilahirkan ... bla ... bla ... bla ....
Cerita pasal pewarisan ciri dan sifat daripada ayah ibu membuatkan anak2 kelas 4Y ini sunggud teruja.
... kebolehan menggulung lidah ...
(Terjelir2 derang menunjukkan skill masing2)
...jenis cuping telinga ... bebas atau melekap...
(Jenuh nak suruh derang berhenti usha telinga kawan2)
...jenis rambut ... warna kulit ... bla ... bla ... bla...
Akhir sesi pembelajaran ...
"Okey , ada sesiapa nak tanya soalan?"
"Saya!!!". jawab Isya , mengangkat tangan sambil terus berdiri.
"Ya Isha..."
'Cikgu , macam mana ayam kahwin?"
(Nak tersembur gelak aku memdengar pertanyaan itu)
Pantas aku menahannya dengan bertanyakan soalan ...
"Awak tak pernah tengok ayam kahwain?"
'Tak!!!"
"Betul?...tak pernah tengok ayam kahwin?" aku mengulang pertanyaan yang sama.
'Betul cikgu. saya pun tak tahu macammana ayam kahwin'. kata sorang lagi.
'Cikgu jawablah ... macam mana ayam kahwin?"
"Ayam kahwin tu bila ayam jantan duduk atas ayam betina ... tu ayam tengah kahwinlah tu"
'Duduk macam mana cikgu?"
"Haishhh kamu ni ... mari sinilah cikgu tunjuk". jawabku sambil mengeluarkan tphon bimbitku. lantas segera aku menggoogle 'ayam kahwin' ... dan hasilnya, mangagumkan.!!! Siap lengkap daripada proses mengoratnya sampailah habis 'aktiviti ayam2tu'
"Erggg...kejap je cikgu?".
"Ya ... kejap je"!. Jawabku sambil melengkapkan buku kawalan kelas sebelum keluar meninggalkan kelas pada hari itu....
-peace-
>__<
|
No comments:
Post a Comment