Popular Posts
-
Lukis jea ... saat kamu jatuh Cebisan kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri ... kisah ini adalah satu daripada jutaan rasa yang...
-
Bab 25 : Kita redah bersama Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama Dan setelah hati itu memilih ... Maka teruslah m...
-
Lukis jea ... yang tidak sempurna... Inilah lukisanku yang tidak sempurna...pudar...sepudar rasaku sekarang ni. Hilang mood aku untuk m...
-
Lukis jea ... Hajatku ***Selamat ulang tahun ojai...*** ojai Dalam ingatan jelas terbayang Mengusik rasa yang lama tenggelam ...
-
Berbekas ... Air terjun yang mengalir tak mungkin pernah kembali ke laluannya ... Tika kaki melangkah Tinggalkan jejak-jejak Berb...
-
Lukis jea ... Layanz... Jom layan ... cantik tu nombor 2... Yang penting... aku layan n nikmati apa yang aku buat Dari jari yang melo...
-
Ceritakan ... C eritakan kisah nan gemilang E rti hidupnya jiwa insan nan malang? R ia pilu tawa sendu nan bersilang I ndah sang mata ...
-
Aku suka Fizik ... Sebab ... ia ajar aku menghargai ilmu ia ajar aku menghargai orang bijak pandai ia ajar ...
-
Lukis jea ... Rapuh Semalam aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat. Berat kepalaku. Dalam umur begini , urat2 di kepala n...
-
Hee ... gambar ni aku lukis n aku hantar pada 2 orang. Orang pertama tak terima sebab dia kata raut wajah yang ku lukis tu tak sama deng...
Saturday, 23 December 2017
Fikiranku ... "Aku sayang korang"
Labels:
Fikiranku

Thursday, 21 December 2017
Puisi ... Warna mimpi
![]() |
Lukis jea~ 6-6-15 Bermain warna ... lalu dilakarkan dalam hamparan kehidupan Walau apa warna hidupmu Jadikan ia indah ... untuk dikenang :3) |
Warna Mimpi
Izinkan aku ...
Menggambar warna mimpi
Di atas hamparan nafas yang kuhela
Walau malam ini gelita tanpa cahaya
Dan bintang-bintang di dada langit
Enggan berkerlip ...
Sesekali desiran bayu mendesah
Menerobos lalu berbisik
Pada rekahan hati yang bisa ditembus
"Gambarkan warna mimpimu
Usah biar ia melayang di awangan
Kerna hayat ini tidak berhenti di sini"
Harapan yang memutik
Mekar menguntum di persada kehidupan
Menebar haruman menunggu masa dipetik
Sayang ... hitungan waktu enggan berdetik
Merentap warna mimpi
Hilang bersama gelap malam
-peace-
>__<
Labels:
puisi

Friday, 15 December 2017
Fikiranku ... mahu apa lagi?
Labels:
Fikiranku

Thursday, 30 November 2017
Lukis jea ... mencanai sabar
Koleksi lama ... umur lukisan2 ni dah hampir 30 tahun ... lama sangat , kertas lukisan ni pun dah semakin buruk ... 😅
Sebelum ia terus memburuk dan rosak ... maka kuabadikan lukisan2 ni di ruangan ini. Boleh gak ku belek2 balik di kemudian hari
Sebelum ia terus memburuk dan rosak ... maka kuabadikan lukisan2 ni di ruangan ini. Boleh gak ku belek2 balik di kemudian hari
![]() |
Lukis jea ... barangkali apa yang bermain di fikiran ku dulu ... |
![]() |
Lukis jea ... beri ayam makan... |
![]() |
Adik main kapal-kapal dalam air |
![]() |
Lukis jea ... adik bangun tido -bantai busuk nnnnn... Mana baju?! |
![]() |
Abang rajin - tolong mak jemur baju dalam besen kat ampaian |
Labels:
Lukisan jea ...

Wednesday, 29 November 2017
Lukisan dan fikiranku ... Aku???
Labels:
Lukisan jea dan Fikiranku

Tuesday, 28 November 2017
Lukis jea ... Merdeka?!l
![]() |
Lukis jea ... Merdeka?! Lalu apa ... masakan mahu melonjak terus?! ... kerna kita sering saja lupa~ di sebalik kata MERDEKA itu, kita harus sedia berdiri di atas kaki sendiri |
Labels:
Lukisan jea ...

Friday, 17 November 2017
Lukisan dan fikiranku ... saat kamu jatuh
![]() |
Lukis jea ... saat kamu jatuh |
Cebisan kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri ... kisah ini adalah satu daripada jutaan rasa yang kuceduk daripada catatan diari kehidupan seseorang ...
(Terima kasih atas perkongsian ini ... moga terus tabah mengharungi hari2 mendatang. Doaku buatnya agar mentarinya akan memancarkan sinar bahagia buat dia dan keluarganya).
Andai kita berdepan situasi sebegini ... usah pernah berputusasa kerna dunia memang tempat kita diuji. Selalu yakin ...
"Saat kamu jatuh dan rasa sendirian, gantungkan harapan padanya. Selagi kamu yakin Dia ada"
"Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat".
Terus percaya ... awan mendung kan akhirnya berarak pergi. Mentari kan pasti menyinar.
****
"Aku terasa bersendirian, sunyi , sepi , tiada teman untuk meluahkan perasaan. Yang ada hanyalah tanggung jawab2 dan tuntutan yang tidak tertunai dan berkesudahan".
"Aku rasa terperangkap. Tidak tahu hendak berbuat apa. Aku banyak kelemahan sedangkan dia tidak boleh menerima kelemahan itu. Hingga ingin saja aku katakan padanya,'Awak tidak patut menikahi aku' ".
"Aku sayang padanya tapi banyak kali hatiku benar2 terluka. Kata2nya sering meletakkan aku seperti tiada harga diri langsung..."
"Kali ini aku benar2 kecewa. Mungkin jika kami tiada anak, dia tidak akan teragak2 menceraikanku. Besarnya dirinya hingga tidak boleh memberi ruang padaku. Sampai bila aku harus begini?"
"Merayu pada yang tidak sudi. Pada aku segala2nya sudah tidak betul. Hingga aku sendiri terasa jika tidak diikat dengan anak agaknya akupun sudah lari dari rumah ini. Hilangkan diri untuk beberapa lama atau selamanya!"
"Entahlah...yang pasti aku benar2 kecewa, hampa dan tidak berdaya. Aku mohon agar Allah putuskan penggantungan dan ikatan hatiku pada dia kerana rasa sayang ini hanya menjerumuskan aku dalam kesedihan dan kehampaan yang berpanjangan".
***
Pohonku buat para suami ... wanita yang kaunikahi itu adalah amanah dan anugerah kurniaan Allah buatmu. Dipilihkan dia untukmu oleh Yang Maha Mengetahui, tentunya adalah yang terbaik buatmu.
Santuni dia dengan baik dan berilah haknya untuk merasa bahagia di dunia ini.
Permudahkanlah jalannya ke syurga kerna kunci syurganya ada padamu.
-peace-
>__<

Thursday, 16 November 2017
Lukisan jea ... gelora menggila
Labels:
Lukisan jea dan Fikiranku

Sunday, 29 October 2017
Lukis jea ... mampukah
Labels:
Lukisan jea ...

Wednesday, 25 October 2017
Sekolahku syurgaku ... aku dan mereka
Zarif: " Cikgu!!! Tak faham!!!!!".
Aku : " Tak faham?. Bagus ... sekurang2nya awak berterus terang. Okey ... zarif , cuba awak tengok kat luar ... langit kita bewarna apa?.
(Zarif menjengahkan kepalanya ke luar ...)
Zarif :" Errr...langit kitaaaa .... warnaaaa .... putih!"
Farez :" Eh! Kelabulah!!!!" , sampuk pula Farez
Aku : " Hah?. Kelabu?". Pelik pulak aku bila ada muridku yang mengatakan langit itu bewarna kelabu. Lalu aku turut menjengah keluar.
"Betul ke langit kita kelabu atau putih?". Tanyaku lagi sambil tersengih2.
"Tika ... cuba awak tengok, betul ke langit kita putih atau kelabu"
Tika akur ... " harj nak hujanlah cikgu!".
Aku : So , langit kita warna apa?"
Tika : "Errr....kelabu ... eh bukan, putih ... eh! Biru .... entahlah cikgu!!".
Labels:
Sekolahku Syurgaku

Friday, 13 October 2017
Segalanya MilikMu

Tuesday, 3 October 2017
Lukisan jea ... bebaskan
![]() |
Lukisan jea ... bebaskan |
![]() |
Berilah ruang untuk bernafas bebaskan dari belenggu dunia yang sempurna Biar ketidaksempurnaan itu menjadi pilihan Kerna ... Dalam ketidaksempurnaan itu ada insan -peace- >__< |
Labels:
Lukisan jea ...

Fikiranku ... Usah remukkan hatinya ...
Labels:
Fikiranku

Wednesday, 20 September 2017
Lukis jea ... tujuh benih sayang
Labels:
Lukisan jea ...

Monday, 18 September 2017
Fikiranku ... aku biasa-biasa
Labels:
Fikiranku

Tuesday, 12 September 2017
Lukisannya ... I'm ur daughter

Saturday, 9 September 2017
Lukis jea ... bertabahlah wahai sipemilik hati ...
![]() |
Lukis jea ... hari ini ... pertemuan ini ... menjadikan kita manusia yang peka rasa dan pertemuan hari ini memberi makna berbeza bagi tiap diri |
Labels:
Lukisan jea

Friday, 1 September 2017
Lukisan ... mengapa mendabik dada?
Labels:
Fikiranku

Sunday, 27 August 2017
Fikiranku ... ingin kuluahkan
![]() |
Lukis jea ... hanya padaMu |

Monday, 7 August 2017
Lukis jea ... redhakan songsang rasa itu
Labels:
Lukisan jea ...

Friday, 4 August 2017
Lukis jea ... tanyakan pada diri ...
Labels:
Lukisan jea

Thursday, 27 July 2017
Lukis jea ... bermula dengan diri
![]() |
Lukis jea ... bermula dengan diri |
Hakikatnya ...
Kami warga yang peduli...
Anak orang tiada sen di saku
Anak orang tiada pen dan buku
Anak orang tiada tempat mengadu
Anak orang terpaksa bekerja sara keluarga
Cari besi buruk di jalanan
Atau ke bengkel2 yang mahu guna orang
Ada juga kedai makan cuci pinggan
Seribu satu macam kisah anak orang ...
Dan kami sering bertanya pada diri ... apa lagi boleh dilakukan untuk menangani ancaman yang menimpa anak orang hari ini
Yang akhirnya menjadi ancaman masyarakat dan negara
Pertanyaan dibenak
Bagaimana untukku wariskan masyarakat harmoni ... dunia damai buat anak cucu cicit
Agar kelak ada jawapan untuk kupersembahkan
di hadapan Tuhanku
Dan
Sengaja aku kongsikan kerisauanku di sini agar masyarakat bukan pendidik di luar sana ... juga tahu ancaman yang kita hadapi
dan
kuharap agar para ibubapa dan ahli masyarakat tidak kira di aras mana kamu berada ... ayuh, sama-sama kita suburkan 'budaya mendidik' dan sama-sama menyinsing tangan, memerah idea dan bersatu dalam menzahirkan masyarakat idaman seperti digariskan tuhan ... Allah (swt).
-peace-
>__<
Labels:
Lukisan jea ...

Saturday, 22 July 2017
Lukis jea ... analogikan kehidupan
![]() |
Lukis jea ... analogikan kehidupan |
Labels:
Lukisan jea ...

Thursday, 13 July 2017
Lukis jea ... tuntun aku Tuhan
Labels:
Lukisan jea ...

Thursday, 6 July 2017
Lukis jea ... bila mati menuntut janji
Labels:
Lukisan jea ...

Tuesday, 6 June 2017
Lukis jea ... teruskan perjalanan
Labels:
Lukisan jea ...

Subscribe to:
Posts (Atom)