Popular Posts

Wednesday, 14 December 2016

Novel 2 : Selepas Hujan Bab 13

       
Aku tunangan Dia …
Lukis jea ... hidup adalah satu perjalanan menuju akhirat ...

Keputusan Yang Penting Dalam Hidup!
        Hari berganti minggu . Minggu berganti bulan. Hubungan Ziah dan abang Anip masih tidak ke mana. Masing-masing masih memendam perasaan. Asyik berkias-kias ... tidak berani menyuarakan rasa hati.
“Ziah , aku rasa kau kenalah berterus-terang pada dia. Kalau tak kau orang berdua ni hanya akan  membuang  masa . Ingat lagi kata kau dulu , kau nak kahwin umur 25 kan?”. Cadang Diah kepada Ziah melalui telefon bimbitnya setelah Ziah menceritakan dilema perasaannya.
“Entahlah Diah. Aku memang sukakan dia tapi tak pastilah sama ada dia tu memang baik untuk aku atau tidak. Dia tuu ... pelik sikit. Tak banyak cakap. Kadang-kadang aku sendiri jadi ragu tentang  perasaan  aku padanya. Lebih parah lagi aku juga tak pasti perasaan dia pada aku. Eee ... ‘tension’ lah!”. Ziah benar-benar keliru.
“Ziah  ...  ingat tak , masa dulu ketika aku keliru dengan pilihan hatiku ... arwah Raziq.  Bukankah kau yang suruh aku bertenang dan buat solat istikharah?. Sekarang ni nasihat itu aku pulangkan pada kau.  Buatlah solat istikharah. Aku yakin kau akan mendapat petunjuk. Paling tidak hati kau akan tenang”. Diah berkata lembut menasihati sahabatnya. Semakin hampir melahirkan anak arwah Raziq, Diah menjadi semakin tenang dan matang.
“Benar Diah. Kenapalah aku tak terfikirkan semua itu?”. Keluh Ziah.
“Biasalah tu , sebab itulah sahabat sangat penting dalam hidup kita!”. Usik Diah.
“Betul ... kau memang sahabat aku sehidup semati!”. Jawab Ziah
“Eh nanti dulu ... aku memang nak sehidup dengan kau tapi ... tak naklah sampai sematipun dengan kau. Biarlah aku yang mati dulu , sekurang-kurangnya adalah orang yang nak doakan aku nanti!”. Gurau Diah.
“Eh Diah! Janganlah cakap celupar macam tu. Kau tu dah nak melahirkan , janganlah buat aku risau pulak”. Marah Ziah dengan mulut celupar Diah.
“Apa pulak , aku bukannya nak mati sekarang. Aku cuma nak melahirkan anak dan tentulah aku nak umur panjang. Kalau tak kesianlah  anak aku ni , dahlah bapak dia tak ada , takkanlah aku juga nak tinggalkan dia”. Jawab Diah selamba.
“Hah ... tahu tak pa. Ingat tu kau mesti umur panjang. Ingat ... demi anak kau!”. Pesan Ziah.
“Ya ... ya, kau janganlah  risau. Cuma jika ditakdirkan apa-apa terjadi pada aku , kaulah satu-satunya yang aku harapkan untuk menjaga anak ini”. Kata Diah.
“Diah , apa kau cakap ni? Kau jangan  lupa selain aku kau ada Zuraimie. Kami akan sentiasa menyokong kau”. By the way , kau dan Zuraimie macam mana?”. Tanya Ziah.
“Aku dan Zuraimie baik-baik saja. Macam kami ,  hubungan kami takkan ke mana. Dia memang sayangkan aku. Sejak aku di sini, setiap dua minggu sekali dia pasti datang menjenguk. Semua perbelanjaan makan pakai aku di sini malah persiapan untuk bayi ini pun disediakan olehnya. Aku dah memang tak boleh nak lari ke mana. Memang dialah tempatku di masa depan”. Jawab Diah.
“Kira baiklah tu ... tapi kenapa kau macam tak happy je?”. Tanya Ziah , hairan dengan sikap sahabatnya itu.
“Hmm … soal happy atau tidak , itu bukan lagi priority buat aku. Aku pasrah … aku hanya akan mengikut takdir yang ditentu tuhan. Lagipun , manusia berdosa macam aku ni , layak ke pinta itu ini?”. Jawab Diah.
“Diah …”. Tergamam seketika Ziah mendengar penjelasan panjang lebar Diah , sahabatnya yang bertukar takdir 360o . Bermula dengan gadis manja yang periang dan ceria , bercinta separuh mati … dan terlanjur … Sudah jatuh ditimpa tangga , teman lelaki yang berjanji setia untuk bertanggung jawab akhirnya maut akibat kemalangan jalanraya. Lebih malang ,  kedua ibubapanya pula tidak mahu mengaku anak yang menconteng arang di muka!
“Memang semua telah ditakdirkan  tapi ...  kita tidak boleh menyerah begitu saja. Allah tidak menimpakan ujian untuk kita berputus asa. Kita harus kuat , kita sendiri perlu berusaha mencari takdir diri kita … setelah berusaha , hasilnya kita serahkan pada Allah. Yakinlah Allah itu Maha Penyayang”.  Ziah memujuk.
“Ya Ziah , sama-samalah kita berdoa agar kita dianugerahkan  takdir yang baik”. Balas Diah.
“Yelah. Diah aku sayangkan kau macam adik aku sendiri. Aku mahu kau bahagia dan aku tahu , Zuraimie itu mampu untuk membahagiakan kau. Hargailah dia”. Pesan dan nasihat Ziah sebelum menamatkan perbualan.

“Tunggu Ziah? Maksudnya ... tak fahamlah!” balas Ziah.
        Ziah turun ke dapur , di dapur Miah sedang sibuk menyiang ikan sembilang. Kepala ikan sembilang yang masih hidup itu di ketuk kuat sebelum ikan itu disiang.
“Miah ... masak asam pedas ke?”. Tanya Ziah
“Aa ha , asam pedas lah . Emak teragak nak makan”. Jawab Miah.
“Hmm ...  kau ni memang anak yang baiklah. Err ... ada apa-apa yang boleh aku tolong?”. Tanya Ziah.
“Hmm ... Itu soalan yang baik. Tolong petik terung rembang kat kebun belakang”. Miah berkata sambil tersenyum memandang Ziah.
“Aii ... apasal senyum?. Semacam je...”. Tanya Ziah sangsi.
“Tak da apalah. Kan ke senyum tu sedekah. Pahala percuma siapa tak hendak”. Jawab Miah berseloroh.
“Ada-ada aje kau ni. Okeylah aku pergi ambik terung rembang kau tu. Tapi ... kau temankanlah aku. Takpun sekurang-kurangnya kau tengoklah aku dari pintu belakang ni”. Pinta Ziah.
“Alahh ... apa yang nak ditakutkan. Mana ada hantu siang-siang macam ni. Lagipun abang Anip pun ada kat sungai belakang tu”. Jawab Miah.
“Hmm ye ke?. .. yelah aku pergilah ni!”. Jawab Ziah sambil mengambil besen kecil dari tepi singki. Berjalan ke belakang rumah. Matanya melihat-lihat ke arah terung rembang yang tumbuh meliar di situ.
“Huh!. Putik sangatlah  pulak”. Keluh Ziah maka terpaksalah dia mencari terung rembang sampai ke kebun belakang. Memang banyak terung rembang yang dibiarkan tumbuh melata di sempadan kawasan cikgu Karim ini. Sesampai di situ Ziah segera memetik buah terung rembang yang kecil sekecil biji guli itu.
“Assalamualaikum!”. Sapa satu suara dari belakang.
“Waalaikummussalam!”. Ziah menjawab sambil menoleh ke arah suara tersebut.
“Eh , abang Anip. Tengah berkebun?”. Tanya Ziah.
“Tak , tengah tunggu Ziah”. Jawab abang Anip.
“Tunggu Ziah? Maksudnya ... tak fahamlah!”. Balas Ziah. Benar-benar tidak faham.
“Huh!”. Ziah teringatkan senyuman Miah yang mencurigakan  tadi.
“Ooo ... abang berpakat dengan Miah?”. Tanya Ziah lagi sebelum abang Anip sempat menjawab. Abang Anip tersenyum mengiyakan. Terbeliak mata Ziah melihat senyuman itu!
“Patutlah beria-ia Miah paksa Ziah cari terung rembang. Nak masak asam pedaslah konon!.
Err ... tapi kenapa abang tunggu Ziah?”. Tanya Ziah ingin tahu. Pelik benar rasanya. Masakan sampai harus berpakat dengan Miah semata-mata untuk berjumpa dengannya. Bukannya mereka tidak boleh berjumpa di rumah. Ziah mulai gelisah ...
“Hmm ...  abang nak tanya satu soalan. Marilah ... kita duduk dekat batang pokok sana”. Abang Anip menunjuk ke arah batang pokok tumbang di gigi air.
“Tempat favourite Ziah tu”. Jawab Ziah lalu terus berjalan ke sana. Abang Anip mengikutinya dari belakang. Mereka akhirnya duduk bersebelahan di atas batang pokok tersebut sambil memandang ke arah sungai. Diam...
“Kata nak cakap sesuatu. Err ... abang  nak cakap apa?”. Tanya Ziah. Hatinya bagai sudah boleh menjangka perkara yang bakal keluar daripada mulut abang Anip. Berdebar ... “Mungkin inilah masanya”. Fikir Ziah.
“ Hmm  ...  Ziah , abang sebenarnya dah  lama cuba nak nyatakan perkara ini. Cuma terasa berat sangat , setiap kali abang berhadapan dengan Ziah  mesti tak jadi. Tapi hari ini ... abang akan  nyatakannya juga. Kalau tidak hidup abang tidak akan tenang”. Abang Anip memulakan dengan berhati-hati. Cuak hatinya membayangkan  reaksi Ziah nanti.
“So ... apa dia?”. Ziah terpaksa bertanya apabila melihat abang Anip kembali terdiam  lama. Pucat lesi wajahnya , peluh dingin mulai membasahi dahinya. “Teruknya abang ni ...”. Fikir Ziah sambil terus memandang wajah abang Anip.
“Ziah , ... errr ... errr ...”. Sukar benar abang Anip untuk menyatakan hasratnya.
“Ya?” Ziah menggalakkan. Abang Anip masih terkial-kial ... mulutnya bagai tertutup rapat.  ‘Kata-kata keramat’ yang telah berpuluh kali dihafal dan dilakonkannya itu payah benar hendak keluar!.
Tiba-tiba ...  “Gedebuk!!” , sebiji kelapa jatuh daripada pokok berhampiran. Kedua mereka terperanjat dan...
“... sssuudikah Ziah kahwin dengan abang?!” . Terpacul juga kata-kata keramat itu daripada mulut abang Anip yang tadinya bagaikan sudah tertutup rapat. Abang Anip akhirnya mampu meluahkan hasrat yang  telah terpendam sekian lama. Ringkas dan terus kepada maksud. Terima kasih buah kelapa!
“He he he ... abang melamar Ziah?”.  Ziah bertanya sambil tertawa. Abang Anip tersinggung.
“Ziah , kalaupun Ziah tak sudi , janganlah tertawakan abang”. Kata abang Anip lantas terus bangun mahu meninggalkan Ziah. Tapi sebelum kakinya sempat melangkah pergi , Ziah segera berkata. “Abang , usahlah terburu pergi. Janganlah berprasangka buruk. Ziah tidak berniat mentertawakan abang. Ziah tertawa  kerana buah kelapa yang jatuh tadi. Langsung tak ada kena mengenanya dengan lamaran abang”. Kata Ziah sambil mendongak memandang abang Anip. Mendengar kata-kata Ziah itu , abang Anip kembali duduk di sisi Ziah.
“ Jadi ... jawapannya?”. Tanya abang Anip cuak. Peluh dingin memercik kembali!.
“Kalau abang nak melamar Ziah , kenalah jumpa orang tua Ziah”. Ziah berkata malu. Terasa darah naik ke mukanya. Panas!
“Tapi  jawapan Ziah sendiri ... sudi ... atau ... ?”. Tanya abang Anip ingin mendengar pengakuan daripada mulut Ziah sendiri. Ziah hanya mampu tersenyum , tunduk dan malu ...
“Maknanya Ziah setuju?”. Abang Anip ingin kepastian. Ziah mengangguk perlahan. Abang Anip tersenyum lebar lalu menaikkan ibujarinya , memberi isyarat  ‘good’ ke arah rumahnya. Ziah segera melihat ke arah yang sama. Dari kejauhan , Ziah dapat melihat Miah tersenyum bertepuk tangan!.
“Eee ... jahatlah korang!!”. Kata Ziah  malu.

 15 Jun ,  itulah tarikh bertuah
         Setelah pasti dengan rancangan masing-masing , urusan pertunangan keduanya diatur. 
15 Jun ,  itulah tarikh bertuah yang dipilih untuk mengikat tali pertunangan mereka.  Ziah telah balik ke kampungnya di Gelung Ayak , Air Hitam Kedah seminggu lebih awal iaitu sebaik sahaja cuti pertengahan tahun sekolah bermula.Tema hijau dipilih untuk majlis tersebut. Makcik Midah turut datang walaupun terpaksa berkerusi roda. Dia sungguh gembira dengan majlis pertunangan ini. Perasaannya berbunga ceria ketika menyarungkan dua bentuk cincin ke jari Ziah. Satu adalah cincin belah rotan tanda merisik dan satu lagi adalah cincin tunang bertahtakan  delima merah . Cantik dan indah .
         Kata persetujuan telah dicapai , pertunangan mereka hanya  selama dua bulan sahaja. Pada cuti pertengahan penggal  kedua persekolahan , majlis ‘Walimahtulurus’ keduanya akan dilangsungkan.
“Mengapa tergesa-gesa?” . Tanya cikgu Karim apabila pihak perempuan mencadangkan agar majlis perkahwinan  pasangan ini dijalankan secepat yang boleh.
“Begini cikgu ... saya maklum  bahawa anak saya , Ziah ni menumpang tinggal di rumah cikgu. Jadi pada pandangan saya tidak manis jika tempoh pertunangan mereka terlalu lama. Orang muda , darah muda sedang berkasih-kasihan pula” . Jelas Encik Jamaluddin , bapa Roziah.
“Yelah ,  jika itu katanya , kami tiada halangan. Lagi cepat diuruskan budak-budak ni lagi baik”. Cikgu Karim  bersetuju dengan permintaan pihak keluarga perempuan.
Xxxxxxx

Sebagai tunagan abang Anip
“Bukannya lama sangat , dua bulan sahaja!”
         Tamat cuti pertengahan penggal kedua , Ziah kembali ke Pagan Sena. Malu dan kekok rasanya hendak berdepan dengan makcik Midah , pakcik Karim dan lebih kekok lagi dengan tunangannya sendiri abang Anip!.
“Eee ...  lecehlah . Malu pulak rasanya. Nasib baik ada Miah, taklah kekok sangat”. Fikir Ziah semasa di dalam bas. “Lagi sejam sampailah  ni ...”.  Ziah berkata sendiri sambil melihat jam di tangannya. Semalam abang Anip telah berjanji akan menjemput Ziah di Bandar Kuantan . “Entah-entah abang Anip dahpun sampai. Macam manalah agaknya reaksi abang Anip nanti. Dulu dia menjemput aku sebagai kawan Miah , kini dia menjemput aku sebagai tunangnya pula. Dah tukar status. Eee ...  berdebar pulak!”.  Bisik hati Ziah.
         Tangannya segera mengambil telepon bimbit Sony Ericsson merah jambu hadiah daripada abang Anip sempena majlis pertunangan mereka. Tanpa sedar no abang Anip didailnya. Mujur butang ‘call’ tidak lagi ditekan.
“Huh ! ... malulah. Macam tak sabar-sabar je nak jumpa!”. Fikirnya lagi. Telepon bimbit dimasukkan semula ke dalam  tas. Ziah tersenyum sendiri apabila mengenangkan status yang baru dipegangnya. “Kini aku tunangan orang. Lagi dua bulan aku bakal bergelar isteri!. Syukur Alhamdulillah , semoga semuanya berjalan lancar”. Doa Ziah di dalam hati. Terasa beruntung benar kerana bakal menjadi sebahagian daripada keluarga yang baik ini. Pak cik Karim , makcik Midah , Miah dan tunangannya abang Anip. Lelaki misteri yang berjaya menambat hatinya!

Teringatkan Diah …
“Huh kasihan kau Diah!”. Fikirannya melayang pula kepada nasib sahabat baiknya Diah. Masih terngiang-ngiang kata-kata Diah dalam perbualan telepon mereka tempohari.
“ Aku sekarang ni dah tak boleh jalan jauh , sedang menunggu hari”. Itulah alasan yang diberi Diah apabila dijemput menghadiri majlis pertunangannya.
Hubungan Diah dan Zuraimie yang diselubungi kabus … kelam , menjadikan Diah seorang yang sangat pesimis dan mengalami ‘inferiority complex’ yang teruk. Tambahan pula dengan rupa fizikalnya kini dengan  perut yang memboyot besar , kaki yang membengkak dan emosi yang sentiasa berubah-ubah.  Semua kata-katanya menggambarkan kemurungan yang bersarang dibenak hati.
“Hrmm … berat mata memandang , berat lagi bahu kau memikul Diah!”. Keluh Ziah kepada dirinya sendiri.

Reaksi abang Anip
Tiba-tiba angan Ziah dimatikan oleh bunyi telepon bimbitnya.
“Eh , Miah. Apa mimpi kau telepon aku ?”. Tanya Ziah
“Hai , telepon bakal kakak ipar sendiri , takkan tak boleh kot?. Dah sampai mana?”. Tanya Miah.
“Dah nak sampai pun. Rasanya dalam sepuluh minit lagi sampailah. Err ... abang Anip jemput aku ke?”. Tanya Ziah.
“Allooo kakak , engkau  tu tunang dia. Mestilah dia datang jemput kau. Alangkan masih belum apa-apa dulupun dia  sampai sanggup tidur di stesen bas menunggu kau , inikan pula dah jadi tunang. Dia tu mesti tengah tak sabar-sabar menunggu kepulanganmu wahai bakal kakak iparku!”. Seloroh Miah.
“Eee ...  kau ni berlebih-lebihanlah Miah”. Balas Ziah.
“Dia tu  unpredictable man  tau! Boleh berubah tiba-tiba”. Kata  Ziah  dalam hatinya. Ziah sebenarnya memang  sedang cemas memikirkan reaksi abang Anip nanti.
“Erghh ... takutnya!”. Ziah terlepas cakap.
“Apasal lak takut?” . Tanya Miah.
“Alamak! Terlepas lah pulak! Haishhh!!”. Kata hati Ziah.
“Errr ...” Ziah terkedu.
“Heii Ziah ... apa nak ditakutkan. Abang aku tu nampak je macam garang tapi sebenarnya dia tu romantic tau!”. Seloroh Miah.
“Hmm ... tapi kalau ada apa-apa bagitahulah aku. Walaupun aku ni  bakal adik ipar kau tapi kita tetap kawan  baikkan?. Kau boleh cerita apa saja pada aku. Aku akan tetap sokong kau!”. Kata Miah.
“Err ... ok. Kawankan?. Sebenarnya aku tengah suspend  ni sebab sepanjang hampir dua minggu di kampung aku tak telepon dia langsung. Habis majlis tunang hari tu pun aku langsung tak contact dia”. Ziah berterus-terang.
“Habis tu dia ada contact kau tak?”. Tanya Miah ingin tahu.
“Tak ...”. Jawab Ziah perlahan.
“Itu yang buat aku  tambah ‘suspend’ ni. Apa pendapat kau tentang sikap dia tu?”. Tanya Ziah.
“Hmm ... sama saje korang  berdua tu. Dua-dua jual mahal.  So nape nak takut?. Aku rasa tak ada apa-apalah. Dia saja nak menguji kau!”. Miah cuba menenangkan Ziah.
“Hmm ... patutlah aku tengok dia macam cacing kepanasan je. Semua yang dibuat serba tak kena. Rupa-rupanya kau punya angkara!. Eeee ... kesian abang aku tau!” Usik Miah.
“Eh tadi kata kawan baik?”. Ungkit Ziah.
“Oppss!. Ya kawan baik!”. Miah mengekek geli hati.

 “Errr .... abang apa khabar?”
“Errr ... abang apa khabar?”. Tanya Ziah sebaik sahaja bertemu dengan abang Anip.
Abang Anip diam , tidak menjawab. Ziah serba salah.
“Hmm ...  abang tak sihat ke?”. Tanya Ziah lagi. Abang Anip tetap juga diam. Ziah bingung.
“Abang , ada apa-apa yang tak kena ke  atau  ...  Ziah ada buat salah?”. Tanya Ziah untuk kali ketiga. Abang Anip tetap juga diam. Ziah mulai tidak selesa ...
“Penat aku pun tak hilang , dia dah nak buat perangai!. Eeeee ...  benci!!”. Bentak hati Ziah. Langkahnya sengaja dilambat-lambatkan dan akhirnya berhenti. Sengaja hendak melihat reaksi abang Anip. “Beginikah caranya melayan tunang?”. Cemuh hati Ziah. Matanya terus memerhatikan gerak langkah abang Anip ...  terus saja berjalan laju tanpa mempedulikannya!. Kalau diikutkan hati mahu sahaja Ziah berpusing mencari teksi tetapi akal warasnya menghalang dia berbuat begitu.
“Tempoh bertunang ni banyak cabarannya. Kena banyak bersabar , jangan diturutkan sangat kata hati. Berfikir dahulu sebelum bertindak. Ada masalah bawa berbincang. Ingat  pesan mak , berfikir dahulu sebelum bertindak!”.  Pesanan ibu Ziah bermain-main di kepalanya.
“Huh!!”. Bersama keluhan tersebut , Ziah berlari anak mendapatkan abang Anip. Mengekorinya sampai ke kereta. Masuk dan duduk tanpa dipelawa.
Sebaik sahaja Ziah menutup pintu kereta , abang Anip terus saja menghidupkan enjin dan memandu laju. Masih diam  ...  Ziah bingung.
“Nak buat apa ye?”. Fikirnya.
Setelah lebih kurang setengah jam perjalanan , kereta yang dipandu laju tiba-tiba sahaja memasuki satu  selekoh sunyi. Ziah bimbang ....
“Ke mana nak dibawanya aku  ini?. Takkanlah ...”. Cuak benar hati Ziah melihatkan tindak tanduk abang Anip. Tangannya dimasukkan ke dalam tas tangan mencari-cari sesuatu yang boleh dijadikan senjata. Hatinya sudah benar-benar cuak , nafasnya turun naik pantas dengan degupan jantung yang semakin kencang. Matanya dipejamkan ... takut memikirkan kemungkinan yang bakal dihadapinya. Tiba-tiba kereta diberhentikan , Ziah membuka matanya.
“Ahh ... cantiknya pemandangan!”. Tasik hutan yang masih belum terusik. Beberapa burung ayam-ayam sedang berlari pantas di atas dedaun teratai yang terbentang hijau. Bunga yang kembang mekar dengan buah teratai yang mencacak tegak.
“Indahnya!”. Kata Ziah.
“Yang terindah buat tunangku yang dirindui!”. Jawab abang Anip sambil memandang Ziah dengan senyuman.
“Abang jahat!!”. Ziah berkata apabila menyedari abang Anip sengaja mempermainkannya tadi. Malu pada diri sendiri kerana telah berfikir yang bukan-bukan tentang tunangnya.
“Ha ha ha  ...  sengaja menguji. Bolehkan?”. Balas abang Anip , gembira benar dapat mempermainkan Ziah.
“Eeee … benci tau. Nasib baik Ziah tak buat perkara bodoh tadi!”.
“Uik?! … taku dengan tunangan sendiri?”. Kata-kata abang Anip membuatkan Ziah tergamam!. “Alamak …”
“Dahlah … Jom !”. Abang Anip menukar cerita lalu membukakan pintu Ziah. Sengaja tangannya dihulurkan.
“Errr ... abang , kita belum jadi suami isteri lagikan. Mana boleh pegang-pegang!”. Ziah serba salah.
“Eh belum ye?”. Abang Anip buat-buat bodoh.
“Err …”. Keliru Ziah dibuatnya.
“Habis bila?. Abang dah tak sabar ni”. Sengaja Abang Anip berbuat ‘bodoh’ sambil tersengih-sengih menahan tawa melihatkan sikap ‘lurus bendul’nya Ziah.
“Eee … abang ni. Sabarlah ... dua bulan saja lagi”. Jawab Ziah , sambil mengekek ketawa setelah menyedari abang Anip hanya mengusiknya sedari tadi.
“Aduhhhh ...  lama tu!!?” . Abang Anip menepuk dahinya dan Ziah terus-terusan ketawa mengekek. “Lama ke?”. Tanyanya dalam tawa.
“Hmm ... jangankan dua bulan , dua ratus tahun pun abang sanggup menunggu”. Jawab abang Anip , tenang merenung wajah gadis yang dicintainya ini. Ziah tersipu , malu direnung begitu.


Bertunang ...
Bahagianya  jiwa tidak keruan
Engkau dan aku  janji bersatu
Rasmi sudah hubungan ini tuan
Takkan goyah dek badai lalu

Untung nasib ditentu Tuhan
Namun usaha janganlah jemu
Apakan gerangan  perasaanmu tuan?
Nestapa dulu  sudah berlalu

Gadismu ini  kini tunangan




Apapun , janganlah lupa tunangan hidup adalah mati. Sejak azali telah termeteri , tinggal menunggu tarikh dijanji ... moga kau dan aku akan mengadapNya nanti dalam sebaik2 pengakhiran demi sebuah 'cinta hakiki'.

No comments:

Post a Comment