Popular Posts

Thursday, 17 November 2016

Lukis jea ... ketulusan itu

Lukis jea ... ketulusan

Melangkah ...
Tika tangan menggapai
Kuntum-kuntum cinta
Mekar menghiasi

Berlari ...
Mengejar impian
Tika nafas semakin mencungap

Tersentak
Hembusan bayu sedingin salju
Menyentuh dasar kalbu
Yang tenggelam dalam
alpa mendukung cita
Dunia nan mempersona

Tika suara itu berteriak
"Di mana ketulusan itu?!"
Warna putih itu dipalit noda
Mengabur dalam kekalutan
Dek keinginan yang tidak berasas

Kembalilah
Wahai jiwa yang mencari damai
Pada jalan tuhanmu
Kerana
Suatu ketika
Janji itu pasti kan terlaksana ...



-peace-
>__<
#kerana aku percaya pada janji tuhanku#


No comments:

Post a Comment