Popular Posts

Tuesday, 18 October 2016

Lukis jea ... 'Aku dan Kak Ana'

Lukis jea ... "Aku dan kak Ana"
Berkenalan dgn kakAna sejak di Matrikulasi Kulim Kedah seawal tahun 1997. Bertemu lagi ketika sama2 belajar erti perjuangan.
Perjuangan untuk menjadi hambaNya yang lebih baik , mencintai kekasihNya , Muhammad(saw) dan berbangga menjadi seorang muslim ...
Hmm ... lukisan atasku kulukiskan atas permintaan kak Ana. Taklah sama sangat dengan pic. asal. Tapi kira okeylah ... sekadar mampu mengukirkan senyuman dibibir kak Ana. >__<

Aku sentiasa percaya , 'tiada kebetulan dalam hidup ini'. Semua yang kita lalui , siapa yang kita temui sama ada mereka memberi kenangan manis atau memalit sejarah hitam dalam hidup kita , semua itu adalah perancangan Allah yang Maha Esa. Pastinya sebagai satu ujian dan pentarbiahan buat kita.

Sebagai hamba , kita hanya perlu belajar redha dengan takdir ketentuanNya dan pahatkan sedalam2nya rasa syukur atas takdir yang ditentukan buat kita.

Kita juga harus yakin tanpa ragu walau sedikit bahawa ketentuanNya adalah yang terbaik buat kita hambaNya.
'Bukankah Allah itu Maha Pengasih dan Maha mengetahui?'

Teringat aku akan satu peristiwa lama dulu ... bila aku diajak membicarakan soal masa depan , jawabku pada ketika itu ...
"Buat masa ini saya tidak mahu memikirkan perkara2 lain, tekad saya hanya satu ... bila2 , di mana jua , saya hanya mahu menjadi orang yang baik , manusia yang baik. Satu jawapan yang mematikan perbincangan yang menyebabkan teman bicaraku ketika itu terpaksa akur untuk memberhentikan perbualan. Haishhh!!!

Hari ini aku terfikir ... seharusnya bukan itu jawapan yang tepat ... "saya hanya mahu menjadi muslim yang baik". Sepatutnya inilah bicara bernas yang patut kuucapkan.

Menjadi muslim yang baik akan mendorongku menjadi hambaNya yang patuh ... bukankah syurga itu milik Allah? ... dan aku ingin sekali menumpang di syurgaNya ... "YaAllah ... Robku , tempatku gantungkan harapanku yang sentiasa mendengar luahan hati dan perasaanku. Sesungguhnya tiada yang tersembunyi dariMu , buruk dan baikku ... Ya Allah , sudilah menerimaku, hambaMu yang penuh kekurangan ini sebagai penghuni syurgaMu".                              Aamiiinnn
                        -peace-
                        






No comments:

Post a Comment