Popular Posts
-
Lukis jea ... saat kamu jatuh Cebisan kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri ... kisah ini adalah satu daripada jutaan rasa yang...
-
Bab 25 : Kita redah bersama Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama Dan setelah hati itu memilih ... Maka teruslah m...
-
Lukis jea ... yang tidak sempurna... Inilah lukisanku yang tidak sempurna...pudar...sepudar rasaku sekarang ni. Hilang mood aku untuk m...
-
Lukis jea ... Hajatku ***Selamat ulang tahun ojai...*** ojai Dalam ingatan jelas terbayang Mengusik rasa yang lama tenggelam ...
-
Berbekas ... Air terjun yang mengalir tak mungkin pernah kembali ke laluannya ... Tika kaki melangkah Tinggalkan jejak-jejak Berb...
-
Lukis jea ... Layanz... Jom layan ... cantik tu nombor 2... Yang penting... aku layan n nikmati apa yang aku buat Dari jari yang melo...
-
Ceritakan ... C eritakan kisah nan gemilang E rti hidupnya jiwa insan nan malang? R ia pilu tawa sendu nan bersilang I ndah sang mata ...
-
Aku suka Fizik ... Sebab ... ia ajar aku menghargai ilmu ia ajar aku menghargai orang bijak pandai ia ajar ...
-
Lukis jea ... Rapuh Semalam aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat. Berat kepalaku. Dalam umur begini , urat2 di kepala n...
-
Hee ... gambar ni aku lukis n aku hantar pada 2 orang. Orang pertama tak terima sebab dia kata raut wajah yang ku lukis tu tak sama deng...
Tuesday, 27 December 2016
Fikiranku ... carikan hatiku
Labels:
Fikiranku

Thursday, 22 December 2016
Novel 2 : Selepas Hujan Bab 14

Tuesday, 20 December 2016
Lukis jea ... bila sendirian
![]() |
Lukis jea ... bila sendirian Bila sendirian ... Acapkali kita terdorong untuk mengimbau kisah2 lalu. Suka ... duka ... tawa dan tangis yang pernah kita lalui. Paling best ... kenangan waktu kanak2 ,ketika kita dan adik beradik kita amat rapat. Bermain , bergaduh , buat nakal ... bekerjasama simpan rahsia ... hahahaha...banyaknya rahsia! Dan lebih seronok bila sama2 cipta bahasa 'kita' sendiri. Hanya kita-kita saja yang faham. Haishhh ... indahnya zaman2 tu. Tak pernah terlintas dlm kepala masa tu yang satu hari nanti akan ada saja perkara yang menjarakkan kita ...menjarak menjarak dan semakin menjarak ... inilah kehidupan. Kita semakin dewasa ... dari zaman kanak2 ke zaman remaja. Pengalaman dan cerita juga sudah berbeza. Masa nilah kita mula jadi perhatian. Nak kata cantik sangat tu tidaklah tapi ... bak kata orang, zaman remaja umpama bunga yang sedang mula kembang ... gitulah. Kali pertama orang ajak aku date kat tepi sungai. Kawan baik aku jadi posmen. Tapi sorrylah ... semula jadi aku memang tak suka part2 couple ni. Lepas spm kami dihantar ke CML , Slim River ... belajar english communication. Hmm ... best gaklah. Kenal kawan2 baru. Masa ni ditakdirkan kali pertama aku kenal apa yang dipanggil 'cinta monyet'. Lebih aroninya, aku tidaklah bertepuk sebelah tangan ... tapi masing2 cover. Pernah gak dia cuba ajak aku keluar makan. Tapi etika hidupku tidak membenarkan aku keluar dengan mana2 lelaki sebarangan. Sampailah ke matriks , belajar di matriks yang sama. Hrmm ... cukuplah kisah selebihnya ku simpan sendiri. >__< Alam dewasa ... kita diuji dengan pelbagai perkara. Bila ujian menimpa keluarga, kita mula sama2 memikul tanggungjawab , membantu ayah ibu meringankan bebanan mereka. Takdirnya terlalu banyak perkara berlaku dalam keluargaku waktu ini. Semuanya memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Lepas satu ... satu ... Tidak cukup dengan itu , masa ini juga aku kenal 'cinta dewasa'. Cinta yang matlamatnya satu ... membina rumahtangga bahagia. >__< Indah ke zaman bercinta? Lain orang , pasti lain jawapannya. Bagi aku ... haishhh ...biarlah jadi cerita peribadi. Masa berlalu ... banyak perkara berubah. Namun ada juga yang tidak pernah berubah. Apa ye ? Antara perkara yang tidak pernah berubah ialah hobi melukisku ... dari sekolah rendah aku rajin melukis. Hinggakan aku pernah diminta guru lukisanku mewakili sekolah melukis gambar pemandangan dalam kebun getah. Walhal ke kebun getah pun tak pernah! Aku lukis dan warna guna imaginasiku sahaja. Masa ni aku di SRK Selayang Baru. Rasanya dalam darjah 2 gitulah ... pastu aku berpindah ke SRK Sg Koyan. Waktu senggang dlm kelas aku selalu melukis. Entah camne ... masa aku leka melukis, Cg Nuri (cg bm) boleh lak tercegat sebelah aku dan aku langsung tak perasan! Lepas cikgu puji ... "Wah! Cantiknya dia lukis!!" (Aku rasa masa ni lukisan aku biasa2 je, saja cikgu ni puji kuat2 ... nak sedarkan aku akan kehadirannya). Habis je cikgu cakap macam tu ... wah! Tetiba meja aku dikerumuni kawan2 sekelas. Haishhh... budak2 sekolah rendah! Memang gitulah perangainya :D Sampailah sekarang ... banyak benda yang aku lukis. Hmm ... panjangnya celoteh hari ini. Cukuplah. Kagum gak aku kalau ada yang rajin baca cerita aku ni. ^__^ |
![]() |
Melukis juga boleh menjadi mekanisme melempiaskan rasa di hati. Dan aku memang akan melukis bila sedih ... marah ... rindu ... serabut ... bosan ... stress bila banyak sangat kerja ... Opss!! Baru perasan jarang sangat aku melukis kerana gembira. Haishhh!!!! -peace- >__< |
Labels:
Lukisan jea ...

Wednesday, 14 December 2016
Novel 2 : Selepas Hujan Bab 13
Keputusan Yang Penting Dalam Hidup!
Hari berganti minggu . Minggu berganti
bulan. Hubungan Ziah dan abang Anip masih tidak ke mana. Masing-masing masih
memendam perasaan. Asyik berkias-kias ... tidak berani menyuarakan rasa hati.
“Ziah , aku rasa kau
kenalah berterus-terang pada dia. Kalau tak kau orang berdua ni hanya akan membuang
masa . Ingat lagi kata kau dulu , kau nak kahwin umur 25 kan?”. Cadang
Diah kepada Ziah melalui telefon bimbitnya setelah Ziah menceritakan dilema
perasaannya.
“Entahlah Diah. Aku memang
sukakan dia tapi tak pastilah sama ada dia tu memang baik untuk aku atau tidak.
Dia tuu ... pelik sikit. Tak banyak cakap. Kadang-kadang aku sendiri jadi ragu
tentang perasaan aku padanya. Lebih parah lagi aku juga tak
pasti perasaan dia pada aku. Eee ... ‘tension’ lah!”. Ziah benar-benar keliru.
“Ziah ... ingat
tak , masa dulu ketika aku keliru dengan pilihan hatiku ... arwah Raziq. Bukankah kau yang suruh aku bertenang dan
buat solat istikharah?. Sekarang ni nasihat itu aku pulangkan pada kau. Buatlah solat istikharah. Aku yakin kau akan mendapat
petunjuk. Paling tidak hati kau akan tenang”. Diah berkata lembut menasihati
sahabatnya. Semakin hampir melahirkan anak arwah Raziq, Diah menjadi semakin tenang
dan matang.
“Benar Diah. Kenapalah aku
tak terfikirkan semua itu?”. Keluh Ziah.
“Biasalah tu , sebab
itulah sahabat sangat penting dalam hidup kita!”. Usik Diah.
“Betul ... kau memang
sahabat aku sehidup semati!”. Jawab Ziah
“Eh nanti dulu ... aku
memang nak sehidup dengan kau tapi ... tak naklah sampai sematipun dengan kau.
Biarlah aku yang mati dulu , sekurang-kurangnya adalah orang yang nak doakan
aku nanti!”. Gurau Diah.
“Eh Diah! Janganlah cakap celupar
macam tu. Kau tu dah nak melahirkan , janganlah buat aku risau pulak”. Marah
Ziah dengan mulut celupar Diah.
“Apa pulak , aku bukannya
nak mati sekarang. Aku cuma nak melahirkan anak dan tentulah aku nak umur
panjang. Kalau tak kesianlah anak aku ni
, dahlah bapak dia tak ada , takkanlah aku juga nak tinggalkan dia”. Jawab Diah
selamba.
“Hah ... tahu tak pa.
Ingat tu kau mesti umur panjang. Ingat ... demi anak kau!”. Pesan Ziah.
“Ya ... ya, kau janganlah risau. Cuma jika ditakdirkan apa-apa terjadi
pada aku , kaulah satu-satunya yang aku harapkan untuk menjaga anak ini”. Kata
Diah.
“Diah , apa kau cakap ni?
Kau jangan lupa selain aku kau ada
Zuraimie. Kami akan sentiasa menyokong kau”. By the way , kau dan Zuraimie
macam mana?”. Tanya Ziah.
“Aku dan Zuraimie
baik-baik saja. Macam kami , hubungan
kami takkan ke mana. Dia memang sayangkan aku. Sejak aku di sini, setiap dua
minggu sekali dia pasti datang menjenguk. Semua perbelanjaan makan pakai aku di
sini malah persiapan untuk bayi ini pun disediakan olehnya. Aku dah memang tak
boleh nak lari ke mana. Memang dialah tempatku di masa depan”. Jawab Diah.
“Kira baiklah tu ... tapi
kenapa kau macam tak happy je?”. Tanya Ziah , hairan dengan sikap sahabatnya
itu.
“Hmm … soal happy atau tidak
, itu bukan lagi priority buat aku. Aku pasrah … aku hanya akan mengikut takdir
yang ditentu tuhan. Lagipun , manusia berdosa macam aku ni , layak ke pinta itu
ini?”. Jawab Diah.
“Diah …”. Tergamam
seketika Ziah mendengar penjelasan panjang lebar Diah , sahabatnya yang
bertukar takdir 360o . Bermula dengan gadis manja yang periang dan
ceria , bercinta separuh mati … dan terlanjur … Sudah jatuh ditimpa tangga ,
teman lelaki yang berjanji setia untuk bertanggung jawab akhirnya maut akibat
kemalangan jalanraya. Lebih malang , kedua ibubapanya pula tidak mahu mengaku anak
yang menconteng arang di muka!
“Memang semua telah
ditakdirkan tapi ... kita tidak boleh menyerah begitu saja. Allah
tidak menimpakan ujian untuk kita berputus asa. Kita harus kuat , kita sendiri
perlu berusaha mencari takdir diri kita … setelah berusaha , hasilnya kita
serahkan pada Allah. Yakinlah Allah itu Maha Penyayang”. Ziah memujuk.
“Ya Ziah , sama-samalah
kita berdoa agar kita dianugerahkan takdir yang baik”. Balas Diah.
“Yelah. Diah aku sayangkan
kau macam adik aku sendiri. Aku mahu kau bahagia dan aku tahu , Zuraimie itu
mampu untuk membahagiakan kau. Hargailah dia”. Pesan dan nasihat Ziah sebelum
menamatkan perbualan.
“Tunggu Ziah? Maksudnya ... tak fahamlah!” balas Ziah.
Ziah turun ke dapur , di
dapur Miah sedang sibuk menyiang ikan sembilang. Kepala ikan sembilang yang
masih hidup itu di ketuk kuat sebelum ikan itu disiang.
“Miah ... masak asam pedas
ke?”. Tanya Ziah
“Aa ha , asam pedas lah .
Emak teragak nak makan”. Jawab Miah.
“Hmm ... kau ni memang anak yang baiklah. Err ... ada
apa-apa yang boleh aku tolong?”. Tanya Ziah.
“Hmm ... Itu soalan yang
baik. Tolong petik terung rembang kat kebun belakang”. Miah berkata sambil
tersenyum memandang Ziah.
“Aii ... apasal senyum?.
Semacam je...”. Tanya Ziah sangsi.
“Tak da apalah. Kan ke
senyum tu sedekah. Pahala percuma siapa tak hendak”. Jawab Miah berseloroh.
“Ada-ada aje kau ni.
Okeylah aku pergi ambik terung rembang kau tu. Tapi ... kau temankanlah aku.
Takpun sekurang-kurangnya kau tengoklah aku dari pintu belakang ni”. Pinta
Ziah.
“Alahh ... apa yang nak
ditakutkan. Mana ada hantu siang-siang macam ni. Lagipun abang Anip pun ada kat
sungai belakang tu”. Jawab Miah.
“Hmm ye ke?. .. yelah aku
pergilah ni!”. Jawab Ziah sambil mengambil besen kecil dari tepi singki.
Berjalan ke belakang rumah. Matanya melihat-lihat ke arah terung rembang yang
tumbuh meliar di situ.
“Huh!. Putik
sangatlah pulak”. Keluh Ziah maka
terpaksalah dia mencari terung rembang sampai ke kebun belakang. Memang banyak
terung rembang yang dibiarkan tumbuh melata di sempadan kawasan cikgu Karim
ini. Sesampai di situ Ziah segera memetik buah terung rembang yang kecil sekecil
biji guli itu.
“Assalamualaikum!”. Sapa
satu suara dari belakang.
“Waalaikummussalam!”. Ziah
menjawab sambil menoleh ke arah suara tersebut.
“Eh , abang Anip. Tengah
berkebun?”. Tanya Ziah.
“Tak , tengah tunggu Ziah”.
Jawab abang Anip.
“Tunggu Ziah? Maksudnya
... tak fahamlah!”. Balas Ziah. Benar-benar tidak faham.
“Huh!”. Ziah teringatkan
senyuman Miah yang mencurigakan tadi.
“Ooo ... abang berpakat
dengan Miah?”. Tanya Ziah lagi sebelum abang Anip sempat menjawab. Abang Anip
tersenyum mengiyakan. Terbeliak mata Ziah melihat senyuman itu!
“Patutlah beria-ia Miah
paksa Ziah cari terung rembang. Nak masak asam pedaslah konon!.
Err ... tapi kenapa abang tunggu
Ziah?”. Tanya Ziah ingin tahu. Pelik benar rasanya. Masakan sampai harus
berpakat dengan Miah semata-mata untuk berjumpa dengannya. Bukannya mereka
tidak boleh berjumpa di rumah. Ziah mulai gelisah ...
“Hmm ... abang nak tanya satu soalan. Marilah ... kita
duduk dekat batang pokok sana”. Abang Anip menunjuk ke arah batang pokok
tumbang di gigi air.
“Tempat favourite Ziah tu”.
Jawab Ziah lalu terus berjalan ke sana. Abang Anip mengikutinya dari belakang.
Mereka akhirnya duduk bersebelahan di atas batang pokok tersebut sambil
memandang ke arah sungai. Diam...
“Kata nak cakap sesuatu.
Err ... abang nak cakap apa?”. Tanya
Ziah. Hatinya bagai sudah boleh menjangka perkara yang bakal keluar daripada
mulut abang Anip. Berdebar ... “Mungkin inilah masanya”. Fikir Ziah.
“ Hmm ... Ziah , abang sebenarnya dah lama cuba nak nyatakan perkara ini. Cuma
terasa berat sangat , setiap kali abang berhadapan dengan Ziah mesti tak jadi. Tapi hari ini ... abang akan nyatakannya juga. Kalau tidak hidup abang
tidak akan tenang”. Abang Anip memulakan dengan berhati-hati. Cuak hatinya
membayangkan reaksi Ziah nanti.
“So ... apa dia?”. Ziah
terpaksa bertanya apabila melihat abang Anip kembali terdiam lama. Pucat lesi wajahnya , peluh dingin mulai
membasahi dahinya. “Teruknya abang ni ...”. Fikir Ziah sambil terus memandang
wajah abang Anip.
“Ziah , ... errr ... errr ...”.
Sukar benar abang Anip untuk menyatakan hasratnya.
“Ya?” Ziah menggalakkan. Abang
Anip masih terkial-kial ... mulutnya bagai tertutup rapat. ‘Kata-kata keramat’ yang telah berpuluh kali
dihafal dan dilakonkannya itu payah benar hendak keluar!.
Tiba-tiba ... “Gedebuk!!” , sebiji kelapa jatuh daripada
pokok berhampiran. Kedua mereka terperanjat dan...
“... sssuudikah Ziah
kahwin dengan abang?!” . Terpacul juga kata-kata keramat itu daripada mulut
abang Anip yang tadinya bagaikan sudah tertutup rapat. Abang Anip akhirnya
mampu meluahkan hasrat yang telah terpendam
sekian lama. Ringkas dan terus kepada maksud. Terima kasih buah kelapa!
“He he he ... abang
melamar Ziah?”. Ziah bertanya sambil
tertawa. Abang Anip tersinggung.
“Ziah , kalaupun Ziah tak
sudi , janganlah tertawakan abang”. Kata abang Anip lantas terus bangun mahu
meninggalkan Ziah. Tapi sebelum kakinya sempat melangkah pergi , Ziah segera
berkata. “Abang , usahlah terburu pergi. Janganlah berprasangka buruk. Ziah
tidak berniat mentertawakan abang. Ziah tertawa
kerana buah kelapa yang jatuh tadi. Langsung tak ada kena mengenanya
dengan lamaran abang”. Kata Ziah sambil mendongak memandang abang Anip.
Mendengar kata-kata Ziah itu , abang Anip kembali duduk di sisi Ziah.
“ Jadi ... jawapannya?”. Tanya
abang Anip cuak. Peluh dingin memercik kembali!.
“Kalau abang nak melamar
Ziah , kenalah jumpa orang tua Ziah”. Ziah berkata malu. Terasa darah naik ke
mukanya. Panas!
“Tapi jawapan Ziah sendiri ... sudi ... atau ... ?”.
Tanya abang Anip ingin mendengar pengakuan daripada mulut Ziah sendiri. Ziah
hanya mampu tersenyum , tunduk dan malu ...
“Maknanya Ziah setuju?”.
Abang Anip ingin kepastian. Ziah mengangguk perlahan. Abang Anip tersenyum
lebar lalu menaikkan ibujarinya , memberi isyarat ‘good’ ke arah rumahnya. Ziah segera melihat
ke arah yang sama. Dari kejauhan , Ziah dapat melihat Miah tersenyum bertepuk
tangan!.
“Eee ... jahatlah
korang!!”. Kata Ziah malu.
15 Jun , itulah tarikh
bertuah
Setelah pasti dengan
rancangan masing-masing , urusan pertunangan keduanya diatur.
15 Jun , itulah tarikh bertuah yang dipilih untuk
mengikat tali pertunangan mereka. Ziah
telah balik ke kampungnya di Gelung Ayak , Air Hitam Kedah seminggu lebih awal
iaitu sebaik sahaja cuti pertengahan tahun sekolah bermula.Tema hijau dipilih
untuk majlis tersebut. Makcik Midah turut datang walaupun terpaksa berkerusi
roda. Dia sungguh gembira dengan majlis pertunangan ini. Perasaannya berbunga
ceria ketika menyarungkan dua bentuk cincin ke jari Ziah. Satu adalah cincin
belah rotan tanda merisik dan satu lagi adalah cincin tunang bertahtakan delima merah . Cantik dan indah .
Kata persetujuan telah dicapai
, pertunangan mereka hanya selama dua
bulan sahaja. Pada cuti pertengahan penggal
kedua persekolahan , majlis ‘Walimahtulurus’ keduanya akan
dilangsungkan.
“Mengapa tergesa-gesa?” .
Tanya cikgu Karim apabila pihak perempuan mencadangkan agar majlis
perkahwinan pasangan ini dijalankan
secepat yang boleh.
“Begini cikgu ... saya
maklum bahawa anak saya , Ziah ni
menumpang tinggal di rumah cikgu. Jadi pada pandangan saya tidak manis jika
tempoh pertunangan mereka terlalu lama. Orang muda , darah muda sedang
berkasih-kasihan pula” . Jelas Encik Jamaluddin , bapa Roziah.
“Yelah , jika itu katanya , kami tiada halangan. Lagi
cepat diuruskan budak-budak ni lagi baik”. Cikgu Karim bersetuju dengan permintaan pihak keluarga
perempuan.
Xxxxxxx
Sebagai tunagan abang Anip
“Bukannya lama sangat , dua bulan sahaja!”
Tamat cuti pertengahan
penggal kedua , Ziah kembali ke Pagan Sena. Malu dan kekok rasanya hendak
berdepan dengan makcik Midah , pakcik Karim dan lebih kekok lagi dengan
tunangannya sendiri abang Anip!.
“Eee ... lecehlah . Malu pulak rasanya. Nasib baik ada Miah,
taklah kekok sangat”. Fikir Ziah semasa di dalam bas. “Lagi sejam sampailah ni ...”. Ziah berkata sendiri sambil melihat jam di
tangannya. Semalam abang Anip telah berjanji akan menjemput Ziah di Bandar
Kuantan . “Entah-entah abang Anip dahpun sampai. Macam manalah agaknya reaksi
abang Anip nanti. Dulu dia menjemput aku sebagai kawan Miah , kini dia
menjemput aku sebagai tunangnya pula. Dah tukar status. Eee ... berdebar pulak!”. Bisik hati Ziah.
Tangannya segera mengambil
telepon bimbit Sony Ericsson merah jambu hadiah daripada abang Anip sempena
majlis pertunangan mereka. Tanpa sedar no abang Anip didailnya. Mujur butang
‘call’ tidak lagi ditekan.
“Huh ! ... malulah. Macam
tak sabar-sabar je nak jumpa!”. Fikirnya lagi. Telepon bimbit dimasukkan semula
ke dalam tas. Ziah tersenyum sendiri
apabila mengenangkan status yang baru dipegangnya. “Kini aku tunangan orang.
Lagi dua bulan aku bakal bergelar isteri!. Syukur Alhamdulillah , semoga
semuanya berjalan lancar”. Doa Ziah di dalam hati. Terasa beruntung benar
kerana bakal menjadi sebahagian daripada keluarga yang baik ini. Pak cik Karim
, makcik Midah , Miah dan tunangannya abang Anip. Lelaki misteri yang berjaya
menambat hatinya!
Teringatkan Diah …
“Huh kasihan kau Diah!”.
Fikirannya melayang pula kepada nasib sahabat baiknya Diah. Masih
terngiang-ngiang kata-kata Diah dalam perbualan telepon mereka tempohari.
“ Aku sekarang ni dah tak
boleh jalan jauh , sedang menunggu hari”. Itulah alasan yang diberi Diah
apabila dijemput menghadiri majlis pertunangannya.
Hubungan Diah dan Zuraimie
yang diselubungi kabus … kelam , menjadikan Diah seorang yang sangat pesimis
dan mengalami ‘inferiority complex’ yang teruk. Tambahan pula dengan rupa
fizikalnya kini dengan perut yang
memboyot besar , kaki yang membengkak dan emosi yang sentiasa
berubah-ubah. Semua kata-katanya
menggambarkan kemurungan yang bersarang dibenak hati.
“Hrmm … berat mata memandang , berat lagi bahu
kau memikul Diah!”. Keluh Ziah kepada dirinya sendiri.
Reaksi abang Anip
Tiba-tiba
angan Ziah dimatikan oleh bunyi telepon bimbitnya.
“Eh , Miah. Apa mimpi kau
telepon aku ?”. Tanya Ziah
“Hai , telepon bakal kakak
ipar sendiri , takkan tak boleh kot?. Dah sampai mana?”. Tanya Miah.
“Dah nak sampai pun. Rasanya
dalam sepuluh minit lagi sampailah. Err ... abang Anip jemput aku ke?”. Tanya
Ziah.
“Allooo kakak , engkau tu tunang dia. Mestilah dia datang jemput kau.
Alangkan masih belum apa-apa dulupun dia
sampai sanggup tidur di stesen bas menunggu kau , inikan pula dah jadi
tunang. Dia tu mesti tengah tak sabar-sabar menunggu kepulanganmu wahai bakal
kakak iparku!”. Seloroh Miah.
“Eee ... kau ni berlebih-lebihanlah Miah”. Balas Ziah.
“Dia tu unpredictable man tau! Boleh berubah tiba-tiba”. Kata Ziah
dalam hatinya. Ziah sebenarnya memang sedang cemas memikirkan reaksi abang Anip
nanti.
“Erghh ... takutnya!”.
Ziah terlepas cakap.
“Apasal lak takut?” . Tanya
Miah.
“Alamak! Terlepas lah
pulak! Haishhh!!”. Kata hati Ziah.
“Errr ...” Ziah terkedu.
“Heii Ziah ... apa nak
ditakutkan. Abang aku tu nampak je macam garang tapi sebenarnya dia tu romantic
tau!”. Seloroh Miah.
“Hmm ... tapi kalau ada
apa-apa bagitahulah aku. Walaupun aku ni
bakal adik ipar kau tapi kita tetap kawan baikkan?. Kau boleh cerita apa saja pada aku.
Aku akan tetap sokong kau!”. Kata Miah.
“Err ... ok. Kawankan?.
Sebenarnya aku tengah suspend ni sebab
sepanjang hampir dua minggu di kampung aku tak telepon dia langsung. Habis
majlis tunang hari tu pun aku langsung tak contact dia”. Ziah berterus-terang.
“Habis tu dia ada contact
kau tak?”. Tanya Miah ingin tahu.
“Tak ...”. Jawab Ziah
perlahan.
“Itu yang buat aku tambah ‘suspend’ ni. Apa pendapat kau tentang
sikap dia tu?”. Tanya Ziah.
“Hmm ... sama saje
korang berdua tu. Dua-dua jual
mahal. So nape nak takut?. Aku rasa tak
ada apa-apalah. Dia saja nak menguji kau!”. Miah cuba menenangkan Ziah.
“Hmm ... patutlah aku
tengok dia macam cacing kepanasan je. Semua yang dibuat serba tak kena.
Rupa-rupanya kau punya angkara!. Eeee ... kesian abang aku tau!” Usik Miah.
“Eh tadi kata kawan
baik?”. Ungkit Ziah.
“Oppss!. Ya kawan baik!”.
Miah mengekek geli hati.
“Errr .... abang apa khabar?”
“Errr ... abang apa
khabar?”. Tanya Ziah sebaik sahaja bertemu dengan abang Anip.
Abang Anip diam , tidak
menjawab. Ziah serba salah.
“Hmm ... abang tak sihat ke?”. Tanya Ziah lagi. Abang
Anip tetap juga diam. Ziah bingung.
“Abang , ada apa-apa yang
tak kena ke atau ...
Ziah ada buat salah?”. Tanya Ziah untuk kali ketiga. Abang Anip tetap
juga diam. Ziah mulai tidak selesa ...
“Penat aku pun tak hilang
, dia dah nak buat perangai!. Eeeee ...
benci!!”. Bentak hati Ziah. Langkahnya sengaja dilambat-lambatkan dan
akhirnya berhenti. Sengaja hendak melihat reaksi abang Anip. “Beginikah caranya
melayan tunang?”. Cemuh hati Ziah. Matanya terus memerhatikan gerak langkah
abang Anip ... terus saja berjalan laju
tanpa mempedulikannya!. Kalau diikutkan hati mahu sahaja Ziah berpusing mencari
teksi tetapi akal warasnya menghalang dia berbuat begitu.
“Tempoh bertunang ni
banyak cabarannya. Kena banyak bersabar , jangan diturutkan sangat kata hati.
Berfikir dahulu sebelum bertindak. Ada masalah bawa berbincang. Ingat pesan mak , berfikir dahulu sebelum
bertindak!”. Pesanan ibu Ziah
bermain-main di kepalanya.
“Huh!!”. Bersama keluhan tersebut
, Ziah berlari anak mendapatkan abang Anip. Mengekorinya sampai ke kereta.
Masuk dan duduk tanpa dipelawa.
Sebaik sahaja Ziah menutup
pintu kereta , abang Anip terus saja menghidupkan enjin dan memandu laju. Masih
diam ...
Ziah bingung.
“Nak buat apa ye?”.
Fikirnya.
Setelah lebih
kurang setengah jam perjalanan , kereta yang dipandu laju tiba-tiba sahaja
memasuki satu selekoh sunyi. Ziah
bimbang ....
“Ke mana nak dibawanya
aku ini?. Takkanlah ...”. Cuak benar
hati Ziah melihatkan tindak tanduk abang Anip. Tangannya dimasukkan ke dalam
tas tangan mencari-cari sesuatu yang boleh dijadikan senjata. Hatinya sudah
benar-benar cuak , nafasnya turun naik pantas dengan degupan jantung yang
semakin kencang. Matanya dipejamkan ... takut memikirkan kemungkinan yang bakal
dihadapinya. Tiba-tiba kereta diberhentikan , Ziah membuka matanya.
“Ahh ... cantiknya
pemandangan!”. Tasik hutan yang masih belum terusik. Beberapa burung ayam-ayam
sedang berlari pantas di atas dedaun teratai yang terbentang hijau. Bunga yang
kembang mekar dengan buah teratai yang mencacak tegak.
“Indahnya!”. Kata Ziah.
“Yang terindah buat
tunangku yang dirindui!”. Jawab abang Anip sambil memandang Ziah dengan
senyuman.
“Abang jahat!!”. Ziah
berkata apabila menyedari abang Anip sengaja mempermainkannya tadi. Malu pada
diri sendiri kerana telah berfikir yang bukan-bukan tentang tunangnya.
“Ha ha ha ...
sengaja menguji. Bolehkan?”. Balas abang Anip , gembira benar dapat
mempermainkan Ziah.
“Eeee … benci tau. Nasib
baik Ziah tak buat perkara bodoh tadi!”.
“Uik?! … taku dengan
tunangan sendiri?”. Kata-kata abang Anip membuatkan Ziah tergamam!. “Alamak …”
“Dahlah … Jom !”. Abang
Anip menukar cerita lalu membukakan pintu Ziah. Sengaja tangannya dihulurkan.
“Errr ... abang , kita
belum jadi suami isteri lagikan. Mana boleh pegang-pegang!”. Ziah serba salah.
“Eh belum ye?”. Abang Anip
buat-buat bodoh.
“Err …”. Keliru Ziah
dibuatnya.
“Habis bila?. Abang dah
tak sabar ni”. Sengaja Abang Anip berbuat ‘bodoh’ sambil tersengih-sengih
menahan tawa melihatkan sikap ‘lurus bendul’nya Ziah.
“Eee … abang ni. Sabarlah
... dua bulan saja lagi”. Jawab Ziah , sambil mengekek ketawa setelah menyedari
abang Anip hanya mengusiknya sedari tadi.
“Aduhhhh ... lama tu!!?” . Abang Anip menepuk dahinya dan
Ziah terus-terusan ketawa mengekek. “Lama ke?”. Tanyanya dalam tawa.
“Hmm ... jangankan dua
bulan , dua ratus tahun pun abang sanggup menunggu”. Jawab abang Anip , tenang
merenung wajah gadis yang dicintainya ini. Ziah tersipu , malu direnung begitu.
Bertunang ...
Bahagianya jiwa tidak keruan
Engkau dan aku janji bersatu
Rasmi sudah hubungan ini tuan
Takkan goyah dek badai lalu
Untung nasib ditentu Tuhan
Namun usaha janganlah jemu
Apakan gerangan perasaanmu tuan?
Nestapa dulu sudah berlalu
Gadismu ini kini tunangan
Apapun , janganlah lupa tunangan hidup adalah mati. Sejak azali telah termeteri , tinggal menunggu tarikh dijanji ... moga kau dan aku akan mengadapNya nanti dalam sebaik2 pengakhiran demi sebuah 'cinta hakiki'.
Labels:
Novel

Tuesday, 13 December 2016
Lukis jea ... jom mengartun
![]() |
Lukis jea ... jom mengartun (meng+kartun) ^__^ Agak2nta lepas tak kalau aku nak buat cerita komik? Hrmmm? Tapi gaya lukis aku ni tak sesuai utk komik aksi. Komik cintan okeylah kot. Haishhh...bosan gak kalau asyik pasal cinta je. Dulu2 aku rajin gak baca buku2 komik ni ... 'pedang di awan' ... 'dendam kesumat' ... dan entah apa tajuk2 lain nya akupun dah lupa. Tapi semua komik yang aku baca tu semuanya kisah pertarungan. Kisah hero2 berambut panjang, mata sepet, pandai berkungfu! Haishh!... mana kemelayuannya? Hmm...sebenarnya apa mesej yang mahuku sampaikan? 1. Islam itu tidak dibatasi oleh bangsa. Selagi kita mengimani dan mengucapkan kalimah syahadah yang sama, kita adalah bersaudara. 2. Tidak perlu menjadi satu untuk kita saling bersama. Usah takut pada perbezaan antara kita. Perbezaan itu wujud sebagai tanda kebesaran Allah dan agar kita saling lengkap melengkapi. Bukan untuk menjauhi dan menjadi musuh. Prinsip yang penting, besarkan hati untuk meraikan orang lain. 3. Biasakan diri untuk melihat kebaikan atau nilai positif yang ada pada orang lain ... bukan kelemahannya yag harus digembar gemburkan. Jauhilah prasangka2 buruk yang sememangnya akan menjarakkan hati2 kita. Hmm ... cukuplah utk mlm ini ... dah nak pagi pun!. Esok masih ada tugas menanti. Harus bangun awal pagi. (Harap tidak terlajak tidur! ^__^) Selamat malam awak ... selamat malam sahabat ... moga diberkati Allah sentiasa. Assalamualaikum. -peace- >__< |
Labels:
Fikiranku

Monday, 12 December 2016
Novel 2 : Selepas Hujan Bab 12
Bab 12 Cinta yang menjengah
Peristiwa yang tidak disangka
Tiga bulan telah berlalu ,
kini sudah masuk bulan Mei. Ziah dan Miah sibuk menyediakan soalan untuk
peperiksaan petengahan tahun sekolah mereka. Dalam masa yang sama mereka juga
terpaksa mula mengadakan kelas klinikal bagi pelajar yang lemah terutamanya yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM
pada tahun ini.
Namun begitu seperti
lazimnya , hanya guru sahaja yang lebih
bersemangat , anak-anak murid pula asyik memberi alasan. Tiap kali ditanya ,
mengapa tidak hadir ke kelas klinikal?. Ada saja alasannya , tidak sihat ,
terlupa , tiada kenderaan hinggakan ada yang berani memberitahu tidak mahu
lepas menonton siri bersiri korea atau Indonesia kegemaran mereka!. Haishhhh ….
“Ziah , petang ni ada
kelas klinikal ke?”. Tanya Miah.
“Tak , kau adake?”. Tanya
pula Ziah.
“Tak . Jom turun Kuantan
nak?”. Cadang Miah.
“Kuantan?
... nak buat apa?”.Tanya Ziah.
“Aku sebenarnya nak
kenalkan kau pada seseorang. Teman istimewa aku ... hari tu kau beriya-iya nak
tahu. Nak tak?”.Tanya Miah.
“Eh menarik tu ... boleh
gak, abah kau dah tahu?”. Tanya Ziah
“Belum ... kejap lagi aku
teleponlah”. Jawab Miah.
“Err ... tapi aku rasa
penat sangat laa ... dah tiga petang berturut-turut balik lambat. Isnin ada
bacaan NILAM , Selasa pulak kelas klinikal dan semalam ko-ko. Tak laratlah nak
jalan-jalan lagi. Kau pegi ajelah , lain kali aku ikut. Boleh?”. Ziah menukar
fikiran.
“Mmm ... tak best lah
kalau kau tak da tapi nak buat macam
mana. Tak apalah , lain kali kau jangan bagi alasan!”. Miah berkata sambil tersenyum. Miah sendiri
maklum , menjadi guru sekarang tidak sama dengan guru dulu kala. Bebanan
seorang guru siapalah yang mahu ambil peduli!.
“Ya lah tu tak best. Nak
jumpa buah hati , lagi tak best kalau aku ada. Kacau daun saja!!”. Balas Ziah. Miah
hanya merenyih.
“Nanti , jangan kata aku
tak ajak!”. Kata Miah , mengingatkan.
“Yelah! ... tapi
hati-hati jaga diri. Jangan sampai ulat naik daun!”. Pesan Ziah.
“Ha sudah. Jangan nak
merepek!”. Balas Miah. Tersengih mendengar pesanan Ziah itu.
“So , nanti abah aku
datang macam biasalah ambil kau balik. Cakap kat abah aku , nanti aku
balik sendiri”. Pesan Miah.
“Eh , tak minta izin
pakcik dulu ke?” . Tanya Ziah.
“Eeee ... nak mati?”.
Balas Miah. Tersengih sambil mengenyitkan matanya.
“Habistu , kalau pakcik
tanya?”. Ziah mulai ragu.
“Jawab jelah aku kena bawa
budak-budak aktiviti luar!”. Jawab Miah.
“Tak baik tau berbohong”.
Jawab Ziah sambil memuncungkan bibir.
“Alaaa ... bohong sunat!”.
Miah tersengih. “ Cakap tau aku bawak budak keluar”. Pesan Miah. Ziah hanya mengangguk.
Terkejut melihat abang Anip ...
Petang itu seperti biasa
cikgu Karim datang menjemput Ziah. Sesampai sahaja di rumah cikgu Karim segera
memandu pergi.
“Pakcik ada hal nak ke
Pekan kejap. Tolong tengok-tengokkan makcik ya. Pinta cikgu Karim. Ziah hanya
menganggukkan kepala.
“Ya , pakcik jangan risau.
Terima kasih pakcik”.Jawab Ziah.
“Ya , sama-sama”. Balas
cikgu Karim sebelum bergerak pergi.
Ziah melangkah ke tangga
rumah. Sunyi ...
“Huh! ... satu lagi hari
yang sunyi ”. Fikir Ziah.
Sejak akhir-akhir ini Ziah
merasai kesunyian yang amat mencengkam jiwa. Terasa kekosongan yang berat di
sanubarinya.
“Diah , kau memang betul
... aku dah sepatutnya berdua. Tapi ... tengoklah keadaan aku , terperangkap di
kawasan pedalaman ini. Tiada siapa untuk aku. Kalau dulu ... ada juga abang
Anip yang membuat hati aku sedikit berbunga. Tapi lelaki psycho macam tu ...
hah! Apalah yang nakku harapkan!”. Ziah
melayan fikirannya.
“Huh!”. Keluhan berat Ziah
jelas dapat didengar.
Ziah melangkah ke anak tangga terakhir sebelum akhirnya
berdiri di anjung rumah. Seperti lazimnya sebelum memasuki rumah , ucap salam
pasti diberi. Sunat bagi yang mengucapkannya dan wajib dijawab bagi yang
mendengarnya.
“Hmm ... cara mudah untuk
mengumpul pahala , mengapa perlu ditinggalkan?”.Itulah pegangan Ziah.
“Assalam...”. Langkah dan
salam Ziah terhenti.
Terkejut melihat abang
Anip berada di ruang tamu rumah. Mana tidaknya , sejak peristiwa kepala Ziah
luka berdarah gara-gara abang Anip
hilang rasionalnya tempohari dan ditambah dengan peristiwa abang Anip ‘menyibuk
tak bertempat’ ketika Ziah tengah ‘melayan perasaan di tepi sungai’ , mereka sudah
jarang bertemu muka.
Abang Anip sentiasa
menjauhkan diri. Malah sudah tidak pernah makan semeja lagi. Ada sahaja alasan diberi
... ya lah mana tidaknya , tindakan spontan Ziah terus bangun meninggalkan
abang Anip yang sedang risau melihat gadis itu menangis sendirian benar-benar
mengembalikan abang Anip ke dunia asalnya.
“Yalah siapalah aku ini
Ziah , lelaki dungu yang terhegeh-hegeh sukakan kau!”. Keluh abang Anip
sendirian setelah dibiarkan soalannya tidak berjawab sambil matanya melihat
langkah Ziah yang semakin menjauh.
Xxxxxx
“Assalamualaikum”. Ziah menghabiskan salamnya. Diam , tidak
berjawab.
“Apa punya orang , salam
pun tak nak jawab. Tak tahu ke yang menjawab salam tu wajib!!”. Kata hati Ziah.
Geram dengan perangai abang Anip , Ziah terus masuk ke biliknya.
Tanpa Ziah sedari , abang
Anip memerhatikan gerak langkahnya. Lelaki ini sebenarnya sedang cuba mengawal diri , belajar
memujuk hati yang dicengkam rindu yang
mendalam ... rindu untuk menatap wajah lembut nan ayu , rindu pada jelingan mata tatkala marah
menyapa hati si gadis , rindu pada pertengkaran-pertengkaran yang menghidupkan
dunianya yang suram , rindukan dia ... rindukan Ziah!.
Macam anjing dengan kucing , Bila terasing terasa runsing
|
Di atas batang pokok yang tumbang
Petang itu , setelah
melelapkan mata menghilangkan lelah bekerja , Ziah berjalan-jalan ke kebun
belakang. Hatinya bagai digamit dek cantiknya liang – liuk sang ikan berenang , matanya rindu untuk melihat anak-anak ikan melompat-lompat dari kelong sangkarnya di
sungai. Ziah membawa bersama novel ‘mencari takdir’ yang sedang dibacanya. Buku
novel karangan penulis tempatan yang baru hendak naik itu sangat menghiburkan.
Sekali baca sukar untuk dilepaskan. Ziah mengambil tempat yang paling
strategik. Di atas batang pokok yang tumbang betul-betul di gigi air, selesa
duduk sambil menjuntaikan kakinya mencecah air di sungai. Novel dibaca sehelai
demi sehelai...
Lama benar rajukmu ...
Sesekali matanya melihat
jauh ke hulu sungai.
“Lama sungguh tak
mendengar khabarmu”. Fikir Ziah tatkala teringatkan Kamal. Kali terakhir mereka
bertemu hampir tiga bulan lepas iaitu sehari selepas kepulangannya dari Kuala
Lumpur.
“Huhh!. Lama benar
rajukmu”. Fikir Ziah lagi. Perbalahan mereka hari itu kembali bermain
diingatannya.
“Maafkan saya Kamal.
Semuanya terlalu awal. Saya tidak dapat menerima cinta awak”. Kata Ziah
berterus-terang. Padanya tiada guna memberi harapan palsu.
“Mengapa?. Kerana saya ini
miskin ... tidak berpelajaran?!”.Tanya Kamal. Tidak dapat menerima penolakan
Ziah.
“Bukan!. Awak salah faham.
Saya tidak memandang itu semua”. Jawab Ziah.
“Bohong!. Kalau betul awak
tidak memandang itu semua , kenapa awak sanggup menolak cinta saya sedangkan
awak sendiri pernah kata yang awak
sukakan saya dan ibu saya. Awak gembira tiap kali kita bersama. Sampai hati
awak mempermainkan kami!”. Kata Kamal. Marah apabila terasa yang dirinya telah
dipermainkan. Lebih marah lagi apabila terkenangkan harapan ibunya yang punah!.
“Kamal , maafkan saya jika
sikap saya telah membuatkan awak atau ibu awak tersalah anggap. Suka bukan
bermakna cinta. Saya suka berkawan dengan awak. Saya sukakan ibu awak yang
sangat peramah dan baik hati. Tapi saya tidak pernah cintakan awak. Maafkan
saya!”. Pinta Ziah. Kesal kerana terpaksa mengecewakan Kamal dan ibunya.
“Arghh sudahlah!. Awak
tiada bezanya dengan orang lain. Semuanya memandang harta. Orang miskin macam
kami ini memang tak ada tempat di hati kalian!!”. Jerit Kamal sebelum menolak
semula rakitnya.
“Kamal! Kita masih boleh
berkawan!!”. Jerit Ziah.
“Itu bukan caraku!!!”.
Balas Kamal sebelum kembali berakit meninggalkan Ziah , termangu.
“Huhhh!!!”. Keluh Ziah.
“Hilang sudah satu-satunya
kawan yang mampu membuatkan aku gembira ,
melupakan kemelut hidupku di rumah ini”. Fikir Ziah. Kesal benar dengan
apa yang berlaku.
“Kamal …”. Tanpa sedar
nama lelaki itu diseru …
Badannya dirangkul kuat dari belakang
… dan tanpa Ziah sedari
juga , dirinya sedang diperhatikan oleh sepasang mata. Mengendap dari balik
rimbunan pokok renek yang tumbuh di sempadan kebun cikgu Karim dan jirannya.
Menunggu peluang untuk bertindak. Sepasang mata itu semakin menghampiri dan ...
sepantas kilat ... “Arrghh ... tolong!!..” Ziah menjerit. Sayang , jeritan itu
hanya seketika. Mulut Ziah ditutup rapat. Badannya dirangkul kuat dari
belakang. Ziah meronta. Sia-sia ... ternyata lelaki ini begitu kuat.
“Ya Allah , selamatkanlah
aku!” . Doa Ziah di dalam hati. Tangannya cuba mencakar muka lelaki tersebut.
Ziah cuba membuka topeng yang menutupi wajah sebenar penyerangnya. Malangnya ,
tangannya dipulas kuat ke belakang. Ziah mengerang kesakitan.
Ternyata tenaga Ziah tidak
mampu menandingi tenaga lelaki durjana ini. Tubuh Ziah diangkat. Ziah cuba meronta sekuat mungkin. Kakinya
menendang-nendang tanpa arah. Lelaki durjana semakin geram dan terangsang
dengan tindakan Ziah. Lagi kuat tubuh Ziah dicengkam , diangkat tinggi dan dihempaskan
ke tanah yang keras. Ziah mengerang kesakitan ... memusingkan badan dan cuba
merangkak melepaskan diri.
Lelaki durjana semakin
liar. Kaki Ziah direntap. Ziah tersembam. Badan Ziah dibalikkan dan tubuhnya
ditindih. Ziah meronta lagi lalu mencakar dada lelaki durjana yang terdedah.
“Arrghhh!!”. Jerit lelaki
durjana. “Sial!!!”.Geram dan marah lalu
wajah Ziah ditampar kuat. Ziah pengsan. Lelaki durjana tertawa gembira. Kain
yang disarung Ziah direnggut kasar. Kini segalanya sudah terserlah. Lelaki durjana
bebas melakukan apa saja...
“Ha ha ha!. Baru padan
dengan muka kau. Memang inilah yang selayaknya untuk perempuan seperti kau!”.
Kata lelaki durjana tatkala tangannya melondehkan seluar yang dipakainya. Namun
belumpun sempat dia berbuat lebih jauh .....
“Hiyahhh!!!”. Satu suara
disusuli tendangan kuat menerjah ke sisi
kanan lelaki durjana. Tendangan padu itu membuatkan lelaki durjana terpelanting jatuh
ke tanah.
“Celaka kau! Apa yang kau
cuba buat hah?!” . Tempik penyelamat.
“Kau yang celaka! Mengganggu
urusan orang!!!” . Bentak lelaki durjana. Tangannya segera membetulkan duduk
seluarnya.
Maka berlakulah pergelutan
... kilas , tepis , tendang , tumbuk silih berganti ... apabila keadaannya
tersepit , lelaki durjana mengeluarkan parang yang sedia tersisip di pinggang.
Ternyata lelaki durjana cukup bersedia.
Parang dihayun liar. Pergelutan semakin sengit. Sedikit
kecuaian membawa padah. Dalam kekalutan , parang berjaya menghiris dalam lengan
penyelamat. “Arrgghhh!!”.Darah mengalir ...
Penyelamat terpelosok jatuh. Tangan kirinya menekup lengan yang luka.
“Ha ha ha ... itulah akibatnya kalau suka menyibuk! Itu baru
sikit, kejap lagi parang ini pasti terbenam di perut kau !”. Lelaki durjana berkata megah.
Entah dari mana datangnya
tenaga , penyelamat bangun , melompat nekad ke arah lelaki durjana yang terleka. Parang di
tangan ditendang jatuh. Tumbukan padu dilepaskan bertubi-tubi , tepat mengenai
muka lelaki durjana. Lupa sudah kesakitan diri ...
Peluang datang sekali.
Tumbukan demi tumbukan dilepaskan. Lelaki durjana semakin lemah, kebongkakan dia
sebentar tadi mengundang padah ... di kesempatan itu topeng penutup mukanya
direntap.
“Kau?!!!” . Si penyelamat
terkejut. Tidak pernah disangkanya lelaki durjana itu boleh bertindak sejauh ini.
Menyedari dirinya telah dikenali , lelaki durjana mulai cemas , menguatkan diri
, bingkas bangun berlari lintang pukang menghilangkan diri.
“Ahh! Sial!!!”. Jeritnya. Langkahnya dipercepatkan.
Si penyelamat cuba
mengejar tetapi lelaki durjana lebih cepat menyusup di sebalik semak. Gagal
mengejar , si penyelamat kembali ke tempat di mana si gadis terbaring longlai ,
masih tidak sedarkan diri.
“Allah!!!”. Bergetar hati
sanubarinya melihatkan keadaan si gadis ... dengan segera sarung yang dilempar
jauh dipungut lalu dipakaikan buat
menutup tubuh yang terdedah ... menggigil tangannya , berdebar dadanya. Wajah
gadis direnung , rambutnya yang berselirat diusap lembut ... ada simpati ... ada rindu di hati.
“Ziah! Ziah!”. Panggilnya
lembut ... tiada jawapan. Maka dengan susah payah tubuh si gadis dirangkul dan
didukung. Ketika itu si gadis tersedar
dari pengsannya.
“Lepaskan! Lepaskan!!”. Si gadis menjerit dan meronta. Rontaannya sangat kuat hinggakan si penyelamat tidak
lagi mampu menahannya. Kedua mereka jatuh tersembam!.
“Abang ! Abang nak buat
apa ni?!”. Tanya Ziah dengan cemas lalu cuba menolak tubuh sasa lelaki yang
dipanggil abang itu jauh darinya.
“Arrghhh!!” . Abang Anip
menjerit sakit. Ziah terdiam. Tergamam melihat darah mengalir banyak dari
lengan kanan abang Anip.
“Abannggg ...” .Ziah
bersuara perlahan. Terduduk memandang lengan abang Anip. Ngeri . Melihat
keadaan luka yang dalam , Ziah segera faham. Abang Anip adalah penyelamatnya. Lelaki
ini adalah wiranya! . Abang Anip bangun , Ziah juga.
“Abang , maafkan Ziah.
Ziah dah salah sangka ...”. Ziah bersuara lemah. Terasa benar dirinya bersalah
menuduh abang Anip meluru. Tangannya memegang luka abang Anip.
“Arrghhh ... jangan!”. Pinta
abang Anip. Pedih benar rasanya. Pedih lagi hatinya kerana disalahertikan ...
“Abang ... besar luka ni , marilah Ziah bantu”. Ziah berdiri dan cuba memimpin abang Anip. Abang
Anip segera menangkap tangan Ziah. Menggenggam jari jemarinya. Merenungnya.
“Sikit saje. Ziah tak
apa-apa?”. Abang Anip benar-benar risaukan Ziah. Jelas terpancar dari riak
wajahnya.
“Entahlah bang , Ziah tak
tahu apa yang dah terjadi. Abang kena bagi tau Ziah. Apa yang terjadi pada
Ziah?”. Ziah kembali sedar bala yang telah menimpa dirinya. Tidak pasti ... tiba-tiba
menjadi cemas ... Ziah menangis , menyangka dirinya telah ternoda!.
Abang Anip panik. Tidak
tahu apa yang patut dilakukannya.
“Ziah, usahlah menangis.
Abang ada … selagi abang ada , abang tidak akan membenarkan apa juga perkara
buruk menimpamu!. Abang sanggup lakukan apa saja demi Ziah hatta bergadai nyawa
sekalipun”. Kata-kata abang Anip mengharukan hati Ziah.
“ Oh! Benarkah ini. Akukah
yang berkata-kata?”. Bisik hati kecil abang Anip. Hilang rasa sakit luka di
lengannya gara-gara tidak percaya dengan apa yang baru dilafazkannya!.
“Tapi bang ... Ziah ... adakah
Ziah masih ...”. Kata-kata Ziah terhenti. Sedu sedannya semakin menjadi. Ziah
tidak pasti status dirinya … seluruh badannya terasa sakit!
“Tidak Ziah , kau masih
suci. Andai ditakdirkan perkara buruk telah terjadi sekalipun ... abang tetap
menyayangimu. Abang menyintaimu ... percayalah. Abang tidak pernah berdusta
tentang cinta ini”. Abang Anip bersuara di dalam hati.
“Ya , Ziah masih suci.
Janganlah risau dik , kau masih suci!”. Jawab abang Anip.
Mendengar kata-kata abang Anip
, Ziah semakin tenang. Genggaman tangan abang Anip dilepaskannya perlahan-lahan.
“Abang ... abang tahu , siapa?”.
Tanya Ziah.
“Ya , itu topengnya telah
tertanggal”. Abang Anip menunjukkan topeng yang tercampak di tanah. “Siapa?”. Tanya
Ziah.
“Betul nak tahu?”. Abang Anip ragu-ragu.
Khuatir Ziah tidak akan
percaya kata-katanya.
“Ya , siapa?”. Tanya Ziah.
Abang Anip diam. Ziah pasti terkejut jika mengetahui siapakah penyerangnya. “Abang
, siapa?!!” Ziah mendesak.
“Kamal?!!”
“Kamal. Budak hujung
kampung tu!”. Abang Anip memberitahu sambil menunjuk ke arah hulu sungai.
“Kamal?!!”. Ziah bagaikan
tidak percaya. Terjelepok kembali ke tanah.
“Ya. Kamal!. Ziah ,
perkara ini tidak boleh didiamkan. Kita kena laporkan kepada polis. Jika tidak pasti dia akan
mencuba lagi!”. Abang Anip berkata
tegas. Khuatir dengan keselamatan Ziah.
“Abang! Tidak!! ...
tolonglah jangan bang. Ziah malu! Ziah tak mahu orang lain tahu!”. Ziah berkata
cemas. Takut … malu … Ziah kembali menangis. Wajah abang Anip ditatap berharap
agar dirinya difahami.
“Tidak! Dia yang bersalah.
Mengapa Ziah pula yang malu?”. Sanggah abang Anip. Suara abang Anip tegas.
Tidak setuju dengan permintaan Ziah.
“Abang tolonglah ...
masyarakat sukar bersimpati pada perempuan. Tolonglah bang”. Rayu Ziah. Abang Anip
diam. Lama berfikir. Akhirnya...
“Dengan satu syarat.
Itupun kalau Ziah setuju ...”. Kata abang Anip ragu.
“Syarat?”. Balas Ziah.
Tidak disangkanya abang Anip akan berkata begitu.
“Ya , syarat!” . Jawab abang
Anip
“Maksud abang?” Ziah tidak
faham. Hatinya tidak selesa.
“Err ... bukan ... ahh ...
lupakan saja!. Baiklah , abang turut kata Ziah. Tapi Ziah perlu berhati-hati.
Hari ini kebetulan abang ada di rumah. Lain kali belum tentu ...”. Abang Anip tidak tergamak menyatakan syaratnya.
Kalau diturut rasa hati ingin sekali
peluang ini diambil untuk memaksa Ziah menerimanya sebagai suami. Tetapi
dia bukan lelaki bangsat yang menangguk di air keruh.
“Ya bang. Mulai sekarang Ziah tidak akan ke belakang
sendiri. Ziah akan pastikan Miah atau
abang ada bersama barulah Ziah ke sini” . Balas Ziah.
Tiba – tiba hatinya terasa
begitu senang berbicara dengan lelaki ini. Terasa aura kasih sayang jelas
terpancar dari setiap gerak lakunya. Pandangan matanya , tutur katanya malah genggaman
tangannya …!. Ziah terharu ... hilang sudah rasa benci dan marah yang bertapa
di hati. Terongkai satu persatu.
Tanpa sedar , kudup
cintanya mulai mekar lebih-lebih lagi
tatkala terpandangkan rambut panjang
lurus cecah ke bahu milik abang Anip yang
hitam pekat itu bergerak-gerak menutupi dahinya apabila ditiup angin.
“Indahnya pemandangan ini”.
Fikir Ziah. Entah mengapa segala yang ada pada abang Anip tiba-tiba menjadi
cukup menarik untuk ditatap. Ziah terus merenung wajah abang Anip. Abang Anip
membiarkannya. Dia sendiri cukup rela direnung begitu!
“Terima kasih bang ... Ziah
terhutang budi malah segalanya kepada abang!”. Ucap Ziah.
Abang Anip memandangnya
dengan senyuman. Ziah membalasnya. Bergetar jiwa abang Anip melihat senyuman
itu , terpesona.
“Manis!!”. Bisik abang Anip perlahan.
“Ya ?”. Tanya Ziah.
“Hmm ... tak ada apa!” .
Jawab abang Anip , malu. Ziah tersenyum .....
... seorang pemuda memakai jubah konvokesyen
Malam itu selepas selesai
makan malam , makcik Midah berehat di ruang tamu depan rumahnya. Tangannya
mencapai album-album lama yang disusun rapi dalam rak buku bersebelahan peti
televisyen rumah itu. Album dibuka semuka demi semuka. Wajah-wajah comel dua
anaknya , abang Anip dan Miah ditatap. Terasa kerinduan yang mendalam di dalam jiwa
apabila mengenangkan kembali keletah lucu dua anak comel itu.
Makcik Midah tertawa
sendiri apabila terpandangkan sekeping
gambar abang Anip bersama Miah. Kedua anak comel itu tidak berpakaian dan sedang bermain di dalam periuk besar! Itulah
periuk yang sering digunakan oleh keluarganya untuk memasak nasi semasa kenduri
kendara.
“Wah , gembiranya makcik.
Terkenangkan kisah lama?” . Tegur Ziah dengan senyuman.
“Eh Ziah , marilah ...
makcik tengah tengok gambar Anip dan Miah masa kecil dulu. Comel betul mereka! Rasa
lucu pulak bila teringatkan kisah-kisah
lama dulu. Boleh tertawa sendiri
dibuatnya!”. Jawab makcik Midah sambil melambaikan tangannya mengajak Ziah menyertainya.
Ziah angguk lalu duduk di sebelah makcik Midah. Turut tertawa sama melihat
aksi-aksi lucu abang Anip dan Miah semasa kecil. Habis album pertama dilihat
makcik Midah mengambil pula album kedua.
“Mari tengok yang ini”. Kata
makcik Midah. Ziah menurut sahaja.
“Hah , cuba Ziah tengok
gambar ini”. Pinta makcik Midah sambil membuka ke lembaran yang tertera gambar
seorang pemuda memakai jubah konvokesyen. Ziah merenung lama gambar itu.
“Abang Anip?” . Ziah
memandang makcik Midah meminta kepastian.
“Ya ...”. Jawab makcik Midah perlahan. Ada kekesalan di
wajahnya.
“Dulu dia belajar di UPM.
Ambil kursus berkaitan dengan pertanian dan perladangan. Apa namanya kursus tu
... alah ... makcik dah tak ingat. Tapi dulu dia kata nak jadi petani berjaya
. Habis belajar dapat kerja kat MARDI.
Sempat la kerja dalam dua tahun lebih. Tapi
lepas saja tunang dia mati dibunuh , dia hilang arah , dah macam orang hilang
akal , kerja entah ke mana. Last-last balik kampung ternak ikan. Tu la abang
Anip kau tu sekarang. Dah serupa dengan budak kampung sini yang tak
berpelajaran tinggi!. Tengoklah hari ini … entah apalah difikirnya sampaikan
parang makan tangan!!”. Bebel makcik Midah. Sedih dan ralat benar hatinya
dengan perubahan anak sulungnya itu.
Ziah diam … “Kalaulah
makcik Midah tahu apa yang terjadi!”. Fikir Ziah , gerun membayangkan kekecohan
yang mungkin timbul.
“Haiii…entahlah Ziah , apa
nak jadi dengan si Anip tu!”. Keluh makcik Midah lagi.
“Bukan begitu makcik.
Abang Anip tu bekerja sendiri dan … dia kan gigih bekerja. Kelong sangkar
ikannya tu penuh ikan. Kebun pisang dan kelapa yang diusahanya pun membawa
hasil. Itu sudah lebih bermakna daripada kerja makan gaji. Habis bulan habis
gaji”. Ziah cuba menyenangkan hati makcik Midah walaupun dia sendiri tidak
yakin dengan apa yang dikatakannya itu.
“Alaa ... setakat ikan
empat lima sangkar , kebun pisang dan kelapa tu , budak habis SPM pun boleh
buat!”. Makcik Midah tidak bersetuju dengan Ziah.
Ziah bungkam. Ada benarnya
kata-kata makcik Midah itu. Setakat kerja-kerja seperti itu , budak habis SPM
pun boleh buat!. Tinggal lagi mahu atau tidak sahaja. Tiba-tiba Ziah terdengar bunyi tapak kaki melangkah mendekati
mereka dari belakang.
“Aduh ... janganlah abang
Anip!”. Doa Ziah di dalam hati, tiba-tiba rasa malu pula jika abang Anip
mendengar komennya tadi. Mahu tidak mahu ,Ziah memusingkan badannya
dan ... bagai nak luruh jantungnya.
“Errr ... abang !” . Ziah
serba salah. Langsung saja memerah pipinya , makcik Midah tersenyum-senyum
melihatnya.
“Alangkah bertuahnya aku
jika mereka bersatu!”. Kata hati makcik Midah.
Hanya pekebun bodoh je ... kan mak?
Abang Anip memandang Ziah
dan ibunya. Pandangan matanya jatuh pula pada gambar-gambar cerianya semasa
majlis konvokesyen dulu. Gambar lama . Sejarah lama ... hampir empat tahun yang
lalu!.
“Apalah agaknya reaksi
abang Anip ni. Eee ... entah-entah dia dah dengar keluhan dan cemuhan makcik
Midah tadi! Alamak habislah!!”. Fikir Ziah .
Cemas Ziah tidak berasas ,
reaksi abang Anip di luar jangkaan. Melihatkan gambar-gambar lama keluarganya
dibuka , abang Anip terpanggil untuk menyertai Ziah dan ibunya , duduk bersama mereka dan turut sama
menyelak-nyelak dan melihat setiap muka album.
Makcik Midah gembira ...
sangat gembira melihat perubahan sikap anaknya , lebih-lebih lagi sejak Ziah
hadir dalam keluarga mereka.
“Ya Ziah , apalah yang ada
pada abang sekarang. Hanya pekebun bodoh je ... kan mak?”. Abang Anip menyindir
ibunya. Ibunya diam.
“Ini gambar abang dulukan.
Nampak ‘smart’!” . Ziah mengubah tajuk
perbualan. Cuba menceriakan suasana. Gambar abang Anip memakai jubah
konvokesyennya itu ditunjukkan.
“Ye ke? Sekarang dah tak
‘smart’ lagi kan?”. Balas abang Anip sambil mengerling gambar yang ditunjukkan
Ziah.
“Hmm ... betul tu ,
‘smart’ dah jadi selekeh. Tapi baik hati!” . Ziah cuba berseloroh.
“Baik hati?”. Tanya abang
Anip. Ziah mengangguk.
“Itu saja?”. Tanya abang
Anip lagi. Makcik Midah tersenyum-senyum mendengar pertanyaan anaknya itu.
“Baikkk ... sangat!!”. Jawab Ziah sambil memandang wajah abang
Anip. Abang Anip tersenyum mendengarnya.
“Baik sangat saja?”. Tanya
abang Anip lagi. Matanya memandang Ziah. Mulutnya tersenyum nakal. Ziah mati
akal.
“Errr ... takpalah makcik
, abang ... Ziah minta diri dulu. Esok
nak bangun awal!”. Ziah meminta diri
setelah rasa dirinya terperangkap dengan soalan abang Anip. Makcik Midah
mengangguk. Setelah Ziah berlalu pergi makcik Midah memandang anaknya lalu
menepuk bahu anaknya itu. Bagi Ziah pula , terasa malu diusik begitu ...
Lebih-lebih lagi di hadapan makcik Midah!.
“Anip , Ziah tu baik
budaknya. Emakpun sayangkan dia. Tolong jangan lepaskannya!” . Abang Anip hanya
menyambut kata-kata penuh makna ibunya dengan senyuman
Pabila cinta mulai menyapa
… dunia bagai syurga. Benarkah begitu?. Hakikatnya cinta juga boleh mengundang
derita … mengukir luka paling dalam yang tak mungkin akan kebah …
Labels:
Novel

Subscribe to:
Posts (Atom)