MENINGKATKAN ADAP
BELAJAR DAN HORMAT GURU BAGI MURID ‘NAKAL’ TINGKATAN 4 HARMONI MELALUI
PENDEKATAN ‘TARIK TALI’
Oleh
Pn. Rozai Asnizah Bt
Mohd Shariff
SMK DATO’ ABU BAKAR
BAGINDA
SEPANG , SELANGOR
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan adab
belajar dan kepatuhan murid kepada arahan guru sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran matapelajaran Sains Tingkatan 4 Harmoni supaya proses pengajaran
dan pembelajaran berkesan dapat dijalankan dan dicapai. Kajian ini mencadangkan
beberapa langkah aktiviti yang patut dilaksanakan guru apabila berhadapan
dengan murid ‘nakal’ dan kurang adab sewaktu PdP di dalam kelas. Kajian
dimulakan dengan aktiviti ‘membina hubungan’ melalui aktiviti ‘memancing’.‘ Seterusnya langkah ’pecah dan atur’ dilaksanakan agar
kenakalan murid sasaran dapat dikawal. Langkah ‘endah dan abai’ pula diaplikasikan agar murid sasaran merasa
‘rugi’ dan terpinggir jika mereka tidak beradab hingga tidak diendahkan oleh
guru. ‘Semuka’ dan ‘Ibu Bapa disamping’ merupakan kaedah
lanjutan yang agak agresif dan akan dilaksanakan sebagai langkah seterusnya
sekiranya perubahan sikap murid masih tidak memberangsangkan. Soal selidik dilakukan
secara rawak kepada 15 orang murid (50% enrolmen) dalam kelas tersebut (Bukan
kumpulan sasaran) untuk menjustifikasikan keperluan menjalankan kajian tindakan
ini. Pra Ujian dan Pos Ujian pula dijalankan
terhadap kumpulan sasaran untuk menganalisis perubahan tingkah laku mereka
sebelum dan selepas kajian ini dijalankan. Daripada
soal selidik yang dijalankan, analisis menunjukkan bahawa kajian tindakan ini
perlu dijalankan agar pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat
dilaksanakan manakala murid sasaran pula telah mula menunjukkan minat dan
mengubah tingkah laku mereka daripada kurang beradab dan engkar arahan guru
kepada lebih beradab dan lebih patuh guru. Hal ini menjelaskan kepada guru
pengkaji bahawa pendekatan ‘Tarik Tali telah berjaya mengubah tingkah laku
tidak beradab murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran kepada lebih
beradab dan lebih patuh kepada arahan guru.Sebagai kesimpulannya, kaedah pendekatan
guru yang pelbagai, bermotivasi dan
memotivasikan serta menghargai dan menghormati setiap individu murid mampu
membentuk suasana PdP yang lebih efektif melalui sikap murid yang lebih beradab
dan lebih patuh guru.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Berdasarkan pengalaman mengajar kelas 4H dan
analisis Ujian Penilaian 1 yang telah dijalankan pada bulan Mac lalu , sikap
‘nakal’, kurang beradab dan tidak patuh kepada arahan guru tujuh orang murid 4 Harmoni menyebabkan suasana PdP keseluruhan kelas terganggu dan memberi
impak besar terhadap konsentrasi pelajar lain serta pencapaian mereka dalam
ujian tersebut.
Pengkaji memulakan
kajian dengan memberi satu soal selidik secara rawak kepada 10 murid kelas 4
Harmoni ( bukan sasaran ), tentang suasana
Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas dan masalah yang mengganggu
keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran . Murid juga diminta menyenaraikan
nama rakan-rakan mereka yang menjadi punca gangguan dan suasana pembelajaran
yang kurang kondusif.
Hasil
soalselidik tersebut mengesahkan bahawa suasana Pengajaran dan Pembelajaran
yang kurang kondusif itu jelas berpunca
daripada sikap tidak beradab tujuh orang murid sasaran.
Pengkaji
telah meminta pendapat beberapa orang guru yang mengajar 4 Harmoni mengenai
sikap dan pencapaian murid sasaran. Guru-guru tersebut memberikan komen yang
sama iaitu , semangat berusaha dan
disiplin diri murid-murid tersebut sangat lemah dan selalu tidak menyiapkan
kerja rumah yang diberikan.
Pengkaji
juga menjalankan pra ujian dan pos ujian kepada kumpulan murid sasaran agar
perubahan tingkahlaku mereka sebelum dan selepas kajian dijalankan dapat
dianalisis.
2.0
ISU
KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Keseluruhan murid-murid
tingkatan 4 Harmoni adalah murid-murid
yang mencapai tahap keputusan PT3 yang amat lemah. Mereka setakat lulus
beberapa matapelajaran dan gagal dalam beberapa matapelajaran yang lain. Namun
tiada seorangpun daripada mereka menyangkal akan kepentingan pelajaran dalam
hidup..
Masalah ini berlaku
kepada mereka kerana sikap ‘tidak peduli’dan tidak rajin ‘berfikir’ dan kurang
pendedahan terhadap pentingnya merancang dan menggunakan masa dengan baik.
Lebih teruk lagi apabila mereka terkumpul dalam satu kelas yang sama dan ada di
antara mereka mempunyai sikap yang amat tidak beradab dan sering kali
engkar arahan guru. Sikap sekumpulan
murid yang tidak beradab seperti membuat bising yang keterlaluan , keluar masuk kelas sesuka
hati dan langsung tidak mahu menyalin
atau membuat kerja yang diberikan guru telah menyumbang kepada suasana PdP yang
amat tidak kondusif.
Kajian ini dijalankan agar sekumpulan murid yang
tegar tidak beradab dan engkar arahan guru itu dapat ‘dirawat’ agar suasana PdP
yang kondusif dapat diwujudkan dan semua murid dan guru mendapat manafaatnya.
Seterusnya , suasana yang kondusif dapat dijana dan diharapkan akan dapat meningkatkan
motivasi belajar murid 4H keseluruhannya dan akhirnya mampu mencapai keputusan peperiksaan murid yang lebih
memberangsangkan.
3.0
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif
Am
Kajian ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suasana
PdP yang lebih kondusif dalam kelas matapelajaran Sains Teras tingkatan 4
Harmoni.
Objektif
Khusus
Objektif
khusus kajian ini adalah untuk;
1. Mengubah sikap tidak beradab semasa PdP sekumpulan
murid.
2. Meningkatkan kepatuhan sekumpulan murid pada
arahan guru.
3. Membolehkan proses pengajaran dan
pembelajaran berkesan dapat dijalankan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Terdiri daripada tujuh
orang murid tingkatan 4 Harmoni.
Mereka ialah :
Bil.
|
Nama
|
Keputusan
Ujian
Penilaian 1 (Sains)
|
Catatan/Sikap
Murid
|
1
|
Murid 1
|
31
|
Terlalu malas , tidak minat belajar dan tiak
menghormati guru
|
2
|
Murid 2
|
37
|
Sering
membuat bising melampau dan tidak menghormati guru.
|
3
|
Murid 3
|
31
|
Mengikut suasana dan sering engkar arahan untuk menyiapkan
tugasan
|
4
|
Murid 4
|
46
|
Sering
membuat bising melampau dan tidak menghormati guru.
|
5
|
Murid 5
|
49
|
Sering
membuat bising melampau dan kurang menghormati guru.
|
6
|
Murid 6
|
31
|
Sangat tiada minat belajar dan sentiasa engkar
arahan.
|
7
|
Murid 7
|
26
|
Tidak minat belajar dan mengikut sikap
kawan-kawan
|
5.0 PELAKSANAAN
TINDAKAN
5.1 TINJAUAN
MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah
dibuat berdasarkan soal selidik, pemerhatian, ujian pra dan ujian pos.
Soal Selidik
Borang soal
selidik disedia dan diedarkan secara rawak kepada 10 orang murid untuk
mengetahui maklumat yang berkaitan dengan sikap dan punca pembelajaran dalam
kelas menjadi tidak kondusif. Borang ini diisi oleh murid secara rahsia dan
jujur bagi mendapatkan maklumat yang tepat.Daripada soal
selidik yang dijalankan , didapati terdapat tiga faktor utama yang menjadi
punca pembelajaran dalam kelas menjadi tidak kondusif iaitu;
i.. sikap sekumpulan murid yang sering
mengganggu pdp menyebabkan suasana
pembelajaran menjadi tidak menarik.
ii. Sukar untuk fokus dalam kelas.
iii. Sukar memahami dan mengingat fakta sains
disebabkan gangguan yang wujud di
dalam kelas.
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Analisis
Soal Selidik
Berikut adalah rasional
kajian ini patut dijalankan terhadap kumpulan murid yang dimaksudkan.:
Item
|
Peratus
Sebelum
|
Peratus
Selepas
|
Refleksi
Perubahan
positif
Kekal
|
% murid tidak suka dimasukkan / menjadi ahli kelas
4
Harmoni
|
46.2%
|
30.8%
|
|
% murid yang
merasakan tidak semua rakan kelas
mereka beradab
ketika belajar dalam kelas
|
84.6%
|
84.6%
|
|
Kumpulan
Sasaran
|
Perubahan Tingkahlaku
(Berdasarkan
soal selidik secara rawak)
|
Penilaian
Guru
|
|
Kekal
(Tidak beradab)
|
Semakin Beradab
|
||
Murid 1
|
100%
|
0%
|
-
|
Murid 2
|
30%
|
70%
|
+
|
Murid 3
|
0%
|
100%
|
+
|
Murid 4
|
60%
|
40%
|
+
|
Murid 5
|
90%
|
10%
|
+
|
Murid 6
|
100%
|
0%
|
-
|
Murid 7
|
100%
|
0%
|
-
|
Jadual
4 : Jadual Analisis Soal
Selidik
Analisis soal selidik
Hasil dapatan soal selidik sebelum kajian tindakan
dijalankan mendapati ;
Kajian tindakan ini adalah
amat wajar dan perlu dijalankan kerana tingkah laku kumpulan sasaran amat menyumbang
kepada suasana yang tidak kondusif bagi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.
Hasil dapatan setelah
Kajian tindakan dijalankan menunjukkan ;
Telah berlaku perubahan
tingkahlaku positif terhadap empat daripada tujuh orang murid sasaran.
Sungguhpun hanya 57% sahaja
daripada kumpulan sasaran menunjukkan perubahan tingkahlaku positif namun
kajian tindakan ini adalah dianggap berjaya.
Mengubah tingkahlaku individu/manusia
bukanlah suatu perkara mudah untuk dilakukan. Empat daripada tujuh murid
sasaran telah menunjukkan perubahan sikap yang positif. Maka kajian ini
dianggap telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang disasarkan.
5.2.3 Ujian Pra dan Pos Kumpulan
Sasaran.
Item
|
Peratus
|
|
Sebelum
|
Selepas
|
|
Murid mempunyai cita-cita
kerjaya
|
Semua mempunyai cita-cita
(Polis,tentera,pilot,jurutera,usahawan , pemain bola,orang kaya)
|
|
Murid seronok datang ke
sekolah
Untuk belajar
|
42.8%
|
71.4%
|
Murid seronok datang ke
sekolah kerana hendak berjumpa kawan-kawan (social)
|
85.7%
|
57.1%
|
Murid datang ke sekolah
atas desakan ibubapa
|
14.3%
|
00.0%
|
Murid tidak seronok ke
sekolah kerana pelbagai alasan
|
14.3%
|
00.0%
|
Dapatan ujian Pra mendapati
murid-murid sasaran seronok datang ke sekolah kerana dapat bersosial dengan
kawan-kawan menyebabkan mereka cenderung untuk bermain , membuat bising dan
berbual-bual sesama sendiri adalah paling tinggi. Manakala dapatan ujian pos
mendapati murid-murid sasaran seronok datang kesekolah untuk belajar meningkat
dari 42.8% kepada 71.4% dan tiada murid yang datang ke sekolah atas desakan
ibubapa.
5.2.3 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian
selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati;
a. Murid tersebut mulai fokus dalam kelas.
b. Murid mula mendengar arahan guru untuk berpecah
kumpulan tempat duduk.
c. Murid mula menunjukkan sedikit pertambahan minat
untuk mendengar dan terlibat dalam latihan di papan putih.
d. Murid tidak lagi keluar masuk kelas sesuka hati
sewaktu guru mengajar.
e. Hampir kesemua murid sasaran sudah mula membuat
catatan / latihan yang diberi sekiranya mereka membawa buku.
Analisis Soal Selidik
(Dalam bentuk Graf)
Catatan:
Soalan 1 : Murid seronok datang ke sekolah untuk belajar
Soalan 2 : Murid seronok datang ke sekolah untuk berjumpa kawan-kawan
(Bersosial)
Soalan 3 : Murid datang ke sekolah atasdesakan ibubapa
Soalan 4 : Murid tidak seronok ke sekolah kerana pelbagai alasan
Jadual
7 : Perbandingan Perubahan sikap sebelum dan selepas kajian secara graf
Daripada perbandingan secara graf didapati perbezaan yang ketara dalam perubahan
sikap murid sasaran.
Catatan: Kelima-lima aktiviti di atas akan dijalankan mengikut turutan bergantung kepada keperluan dan hasil perubahan sikap murid sasaran.
5.4 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN
...........................................................................................................................
Lampiran 2
Ujian Pra
.............................................................................................................................................
Lampiran 3
5.2.4 AKTIVITI dalam Kajian Tindakan "Tarik Tali"
Lima aktiviti yang dijalankan dalam kajian tindakan ini adalah;
Lima aktiviti yang dijalankan dalam kajian tindakan ini adalah;
a.
Aktiviti 1- Memancing
b.
Aktiviti 2-
Pecah dan Atur
c.
Aktiviti 3 – Endah dan Abai
d.
Aktiviti 4 – Semuka
e.
Aktiviti 5 – Ayah dan Ibu disamping
Kelima-lima aktiviti diringkaskan dalam bentuk carta aliran di bawah;
Kelima-lima aktiviti diringkaskan dalam bentuk carta aliran di bawah;
Catatan: Kelima-lima aktiviti di atas akan dijalankan mengikut turutan bergantung kepada keperluan dan hasil perubahan sikap murid sasaran.
5.4 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/PENILAIAN
Setelah dikenalpasti masalah
yang dihadapi maka pengkaji mengambil masa yang sesuai bergantung kepada
keperluan aktiviti sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran terhadap kumpulan
sasaran selama 3 bulan (Februari hingga April).
5.4.1 Perlaksanaan
Aktiviti 1 : ‘Memancing’
1. Sesi berkenalan ; pengkaji dan semua murid kelas 4 Harmoni saling berkenalan dan mengingati nama satu sama lain.
2. Pengkaji membina hubungan dan kepercayaan murid terhadapnya dengan membawa roti / makanan ringkas sebagai alas perut murid sebagai sarapan pagi. Aktiviti ini dijalankan pada waktu pertama PdP (rujuk Jadual waktu Sains-Isnin , Rabu dan Jumaat). (Aktiviti ini dipilih dan sesuai kerana majoriti murid 4 Harmoni tidak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah).
1. Sesi berkenalan ; pengkaji dan semua murid kelas 4 Harmoni saling berkenalan dan mengingati nama satu sama lain.
2. Pengkaji membina hubungan dan kepercayaan murid terhadapnya dengan membawa roti / makanan ringkas sebagai alas perut murid sebagai sarapan pagi. Aktiviti ini dijalankan pada waktu pertama PdP (rujuk Jadual waktu Sains-Isnin , Rabu dan Jumaat). (Aktiviti ini dipilih dan sesuai kerana majoriti murid 4 Harmoni tidak mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah).
3. Pengkaji memulakan kelas
dengan memberikan satu hingga dua minit
kata-kata semangat/motivasi.
i. Pemerhatian
Majoriti murid mula menunjukkan minat dan memberikan tumpuan
sewaktu PdP. Namun terdapat sekumpulan
murid hanya memberikan tumpuan dan terlibat secara aktif sewaktu sesi
‘berbual/motivasi’ sahaja. Mereka mula menunjukkan skap penolakan dan kurang
sopan sebaik sahaja PdP dimulakan.
ii. Refleksi
Sekumpulan murid sasaran tersebut tidak berminat dengan apa jua aktiviti
berbentuk akademik. Mereka tidak mampu menunjukkan sikap beradab dan akur kepada
arahan guru sewaktu PdP.
5.4.2 Perlaksanaan Aktiviti 2: Pecah dan Atur
1. Sebelum memulakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran
, murid-murid dalam kumpulan sasaran dipecah-pecahkan kedudukannya.
2. Pengkaji melibatkan murid-murid dalam kumpulan sasaran
dalam perbincangan dan aktiviti kelasdengan cara memanggil nama mereka
sekurang-kurangnya sekali sewaktu aktiviti kelas Sains.
i. Pemerhatian
Murid-murid dalam kumpulan sasaran agak keberatan dipecah/diasingkan
tempat duduk mereka di dalam kelas. Mereka hanya akan akur setelah dipujuk dan
dipaksa beberapa kali.
Setelah berpecah dan duduk berasingan , 4 daripada 7 orang murid dalam
kumpulan sasaran tetap enggan mematuhi arahan menyalin nota dan membuat
latihan. Mereka menunjukkan sikap protes dengan cara membatukan diri dan hampir
langsung tidak mahu terlibat dalam aktiviti PdP yang sedang berjalan.
ii. Refleksi
Aktiviti ‘Pecah dan Atur’ ini hanya dapat mengurangkan gangguan dalam
kelas sewaktu PdP untuk beberapa ketika. ‘Pecah dan Atur’ tidak dapat dilaksanakan
pada setiap kali kelas kerana murid sasaran mulai menunjukkan sikap protes
dengan membatukan diri di kerusi masing-masing apabila dipecahkan.
5.4.3
Perlaksanaan
Aktiviti 3 : ‘Endah dan Abai’
1. Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan beramah mesra dengan semua ahli
kelas dan dengan sengaja mengabaikan murid-murid dalam kumpulan sasaran.
2. Guru sengaja menarik perhatian semua murid dengan
membicarakan topik-topik menarik yang menyebabkan murid-murid semua berlumba-lumba
memberi respon. Guru melayan respon murid-murid lain dan sengaja mengabaikan murid-murid dalam kumpulan sasaran.
3. Guru melaksanakan sesi PdP tanpa mengendahkan
langsung kumpulan sasaran walaupun mereka berbuat bising atau ketiadaksopanan
yang lain.
i. Pemerhatian
Murid-murid kumpulan
sasaran cuba untuk terlibat dalam perbincangan isu-isu menarik (Bukan yang
berkaitan dengan sukatan pelajaran mereka). Mereka akhirnya sedar yang mereka
sedang diabaikan guru dan mulai menunjukkan reaksi tidak selesa. Ada di antara
mereka mulai diam dan mula membuat kerja sendiri.
ii. Refleksi
Empat daripada tujuh murid sasaran mulai akur dan patuh pada arahan guru.
Manakala tiga yang lain mengambil sikap tidak menghiraukan guru dan berbual
sesama sendiri.
Maka aktiviti seterusnya harus dilaksanakan.
5.4.4 Perlaksanaan Aktiviti 4 : Semuka
1. Guru menggunakan kaedah ‘semuka’ sebagai langkah
agresif bagi menamatkan tingkahlaku tidak beradab murid sasaran sewaktu PdP
dijalankan.
Guru menetapkan
masa dan tempat yang sesuai bagi pertemuan secara tertutup antara guru dan
semua murid sasaran.
2. Guru menyemak jadual ‘relief’ kelas 4 Harmoni untuk memilih masa yang
sesuai supaya tidak mengganggu masa pembelajaran murid.
3. Pertemuan telah dijalankan secara formal di bilik unit bimbingan dan
kaunseling. Lokasi ini dipilih untuk mendapatkan suasana yang formal dan jauh
daripada gangguan faktor sekeliling.
4. Perbincangan serius dijalankan tertumpu kepada perkara berikut;
i.
Sikap tidak beradab murid
sewaktu PdP
ii.
Ketidakpuashatian guru
iii.
Keidakpuashatian murid
iv.
Kaedah menangani ;
iaitu dengan melaksanakan dua perkara ;
- dengar guru mengajar dan
- bertanya guru semua perkara yang tidak difahami sewaktu PdP.
i. Pemerhatian
Kesemua murid sasaran telah
memberikan komitmen yang baik sepanjang sesi pertemuan tersebut.
Kesemua mereka mengakui
kebiadapan masing-masing adalah disebabkan diri mereka sendiri yang kurang
berminat bersekolah dan kesukaran memahami topik yang diajar.
Keadaan ini disebabkan
mereka telah terlalu lama mengabaikan pelajaran menyebabkan mereka kehilangan
punca dan tidak tahu bagaimana mahu berubah dan membaiki keadaan.
ii. Refleksi
Mereka lebih fokus dan cuba untuk mengambil bahagian secara positif
sewaktu PdP Sains dijalankan.
Bagi mengatasi masalah murid yang tidak memahami pengajaran guru akibat
sikap mereka sebelum ini yang telah terlalu lama mengabaikan pelajaran maka
guru meneruskan kajian tindakan yang kedua iaitu ‘iqra’.
5.4.5 Perlaksanaan Aktiviti 5 : Ayah dan Ibu disamping
Aktiviti
ini tidak perlu dijalankan kerana kesemua murid kumpulan sasaran mulai menunjukkan
perubahan sikap yang positif sewaktu kelas Sains dijalankan.
6.0 REFLEKSI
KAJIAN
Dapatan
daripada kajian ini menunjukkan bahawa majoriti murid 4 Harmoni lebih yakin dan berminat terhadap matapelajaran Sains .
Perhatian
dan pendekatan yang pelbagai tanpa putus asa adalah amat perlu untuk mendekati
dan membimbing murid-murid yang tidak beradab dan tidak akur pada arahan guru
sewaktu PdP dijalankan.
Sikap
mereka ternyata berpunca daripada kelemahan mereka untuk memperbaiki diri yang
telah terlalu lama dan banyak ketinggalan dalam pelajaran (murid tercicir).
7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Sikap
murid yang tidak minat membaca menyebabkan murid semakin lemah dan tidak
dapat menguasai pelajaran dengan baik. Satu kajian tindakan perlu dijalankan
agar murid-murid mula menguasai kemahiran membaca , memahami dan menterjemahkan bahan bacaan
tersebut dalam bentuk peta konsep atau rajah.
Kajian dan
laporan Kajian tindakan ini telah dijalankan oleh :
Rozai
Asnizah Bt Mohd Shariff
Guru matapelajaran
Sains Kelas 4 Harmoni.
...........................................................................................................................
Lampiran 1
Borang Soal
Selidik Kajian Tindakan Kelas 4 Harmoni (Semua ahli 4H)
1.
Jantina: ……………………………….
2.
Perasaan anda sekarang tentang kelas 4
Harmoni. ( Tandakan / )
Sangat
Suka
|
|
Suka
|
|
Tidak
suka
|
|
Sangat
tidak suka
|
3.
Nyatakan sebab bagi pilihan anda di 2.
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
4.
Adakah anda rasa semua rakan sekelas anda
sudah beradab ketika belajar dalam kelas?. (Tandakan /)
Ya
……………………….
Tidak
……………………….
5.
Jika tidak , nyatakan nama rakan-rakan anda
yang masih kurang/tidak beradab semasa pembelajaran di dalam kelas sedang
berlangsung.
Bilangan
|
Nama
|
1.
|
|
2.
|
|
3.
|
|
4.
|
|
5.
|
|
6.
|
|
7.
|
|
8.
|
|
9.
|
|
10.
|
|
6.
Adakah kesalahan / kenakalan yang sering
dilakukan mereka (Tanda /)
Bil
|
Item/Isu
|
Jawapan
|
1
|
Mengganggu
PdP dengan membuat bising/berbual dengan nada suara yang kuat
|
|
2
|
Engkar arahan
guru (Tidak menyalin nota atau tidak
membuat latihan yang diberikan oleh guru)
|
|
3
|
Keluar
masuk kelas sesuka hati
|
|
4
|
Tidak
membawa buku teks/ rujukan/buku nota
|
|
5
|
Tidak
mempunyai sebarang alat tulis seperti pen , pensil , pembaris dan lain-lain
|
Disediakan
oleh: Rozai Asnizah Bt Mod Shariff
Guru matapelajaran
Sains 4Harmoni.
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
Lampiran 2
Ujian Pra
Kajian Tindakan : Kelas Sains 4 Harmoni (Kump. Sasaran)
Nama : ……………………………………….. Jantina: …………………………….
1.
a) Adakah
anda mempunyai cita-cita kerjaya?
(Tandakan /)
Ya
|
|
Tidak
|
b) Jika Ya , nyatakan cita-cita anda :
………………………………………
2.
Adakah anda seronok ke sekolah?
Nyatakan alasan / sebab
|
|
Ya
|
|
Tidak
|
3.
Terangkan secara jujur mengapa anda ke sekolah?
_________________________________________________________
Disediakan Oleh : Rozai Asnizah Bt Mohd Shariff
Disediakan Oleh : Rozai Asnizah Bt Mohd Shariff
.............................................................................................................................................
Lampiran 3
Ujian Pos
Kajian Tindakan : Kelas Sains 4 Harmoni (Kump.Sasaran)
Nama : ………………………………………..
Jantina: …………………………….
1.
a) Adakah
anda mempunyai cita-cita kerjaya?
(Tandakan /)
Ya
|
|
Tidak
|
b) Jika Ya , nyatakan cita-cita anda :
……………………………………………..
2.
Adakah anda seronok ke sekolah?
Nyatakan alasan / sebab
|
|
Ya
|
|
Tidak
|
3.
Terangkan secara jujur mengapa anda ke sekolah?
________________________________________________________________________________
Disediakan Oleh : Rozai
Asnizah Bt Mohd Shariff
No comments:
Post a Comment