Popular Posts

Sunday, 8 November 2015

Lukis jea ...tidak mengapa kita berbeza

Lukis jea ... tidak mengapa kita berbeza

Ya!
Tidak mengapa kita berbeza , asal saja kita membuka hati dan minda masing-masing untuk menerima perbezaan itu secara positif.
Tidak perlu menjadi orang lain untuk suatu hubungan.
Namun tidak  patut juga menjadi  terlalu angkuh dan rigid hingga tiada ruang toleransi.

Satu keluarga , satu identiti?
"Mak dia cikgu. Bapak dia cikgu. Kakak dan abang dia juga cikgu. Tapi dia sorang saja nak jadi askar!"
"Adik beradik kita semua ambil aliran sains tulen , kenapa kau sorang nak ambil sastera?!"
"Aku tak tahulah apa nak jadi dengan kau. Semua anak-anak aku berlumba-lumba nak masuk sekolah asrama penuh. Kau?!!"

Bagaimana dengan hubungan sesama rakan ?
"Wei! Group kita semua ada motor. Kau ada?"
"Kitorang semua kaki lepak tapi score gak dalam peksa. Kau?. Memanjang jadi ulat buku. Sesuai ke nak joint kitorang?"
"Eh!Aku tak selesalah dengan dia tu. Dia tu budak tabligh , kaki surau!!"

Bangsa?
Melayu , China , India , Kadazan , Iban ... bla bla bla ... semua berbeza.
Bukan saja dari segi budaya dan cara hidup , malah rupa dan warna kulit kita juga berbeza.
 Kepentingan dan cara pemikiran apatah lagi.
Jadi , perlukah kita berbalah  dan membenci satu sama lain kerana perbezaan itu?

Bercakap dalam skop yang lebih kecil ... tentang Melayu. Melayu-jawa , Melayu-minang , Melayu-Pahang , Melayu-Kelantan dan bla bla bla ... pelbagai Melayu lagi. Melayu dengan pelbagai fahaman politik (Wow! Isu sensitif ni!!).
Perlukah kita hapuskan semua perbezaan hingga yang tinggal hanyalah  persamaan yang syumul barulah kita boleh semeja?.

Hakikatnya , fitrah kita dijadikan berbeza-beza.
Lahir daripada satu rahim yang sama , satu ayah yang sama , satu keluarga yang sama ... tetap tidak mampu kita miliki persamaan yang total. Malah , kembar seiras yang terbentuk dari sperm dan ovum yang sama juga tetap punya perbezaan yang membolehkan kita mengenal mereka.

Maka apa perlunya kita menjadi 'satu'?
Kerana fitrahnya memang begitu.
Perbezaan itulah yang menyokong kemandirian sesuatu spesies.
Perbezaan itulah yang menguatkan kita sebenarnya.
Jadi apa yang ditakutkan dengan perbezaan antara kita.
Terima perbezaan itu sebagai satu anugerah dari yang Esa buat kita menikmati kehidupan dengan mengagumi kehebatanNya.
Cukup kita punya satu aqidah yang sama , bertuhankan Allah yang satu maka perbezaan lain tidak perlu lagi disatukan.






-peace-
>__<




No comments:

Post a Comment