Lukis jea ... cerita dongeng
Mari aku dongengkan kisah seekor burung yang patah sayapnya …
***ojai Pada zaman dahulu , di sebuah kampung , tinggal seorang gadis di sebuah
pondok kecil bersama seekor kucing
kesayangannya , Meow. Ayah dan ibunya
telah lama tiada. Dahulu ada nenek yang sentiasa menemaninya namun sejak
setahun lepas nenek telah pergi selamanya akibat sakit tua.
“Lia , bangunlah! Matahari dah meninggi!!”. Meow
memekakkan suasana pagi itu dengan ngiauan yang membingitkan telinga.
“Hisshhh diamlah meow!. Lia ngantuk sangat ni. Kan semalam
kita tidur lewat”. Balas Lia sambil menolak meow jauh dari tilam kekabunya.
Meow tidak berputus asa , semakin giat Lia menyepaknya jauh semakin gigih meow
datang menyondol-nyondol muka Lia.
“Hisshhh!!! Yalah! Lia bangunlah ni!!!” Jerit Lia geram
lalu meow didakapnya erat. Hidungnya dan hidung meow dilaga-lagakan.
“Suka kacau orang tidurkan” Kata Lia lagi sambil mengetuk
lembut kepala meow.
Setelah selesai bersiap , Lia membuka pintu pondok
seluas-luasnya. “Hah! Segarnya udara pagi ni”. Kata Lia sendiri. Lia mengangkat
kedua-dua tangan ke atas beberapa kali diikuti regangan-regangan lain tubuhnya.
Setelah selesai …”Jom meow! Kita jalankan tugas kita hari ini”.
Mendengar namanya dipanggil , meow tanpa bertangguh terus
berlari keluar mendahului Lia. Lia menutup rapat-rapat pintu pondoknya sebelum
mengendung guni kecil yang siap tersangkut di paku dinding luar pondoknya.
Pagi yang indah
Lia dan meow kawan
setia
Meredah hutan yang
kian tebal
Mencari akar buat
ditukar
segenggam beras…segenggam
beras
Lalalala lalalala
lalalala
Pagi yang indahhhh
Lia dan meow
Pagi yang indahhh
Lia dan meow
Kawan yang setia
Segenggam beras
Lalalalalalalalala
Lalalalalalalalala
Lia dan meow meredah hutan sambil bernyanyi riang.
(Nak tahu bagaimana irama melodinya? …. Ia adalah apa
saja yang terlintas di fikiranmu sekarang ^__^)
Mereka berjalan laju tanpa risau sesat kerana hutan ini adalah tempat bermain buat mereka sejak
arwah nenek Lia masih hidup lagi. Tika itu , Lia dan meow selalu mengikut nenek
mancari daun dan akar-akar kayu yang boleh dibuat ubat. Nenek banyak mengajar
Lia , mengecam dan mengenal jenis-jenis daun herba dan akar-akar kayu yang
tinggi nilainya dalam bidang perubatan.
Setelah mengumpul daun-daun dan akar-akar kayu tersebut ,
nenek , lia dan meow akan membawanya ke Pekan. Di situ tinggal seorang bidan
yang juga pandai mengubat. Dialah yang akan membeli segala hasilan yang dibawa
mereka.
Kini , keadaan dah berbeda. Nenek sudah tiada. Tugas
membekalkan bahan-bahan ubatan hutan itu sudah menjadi tanggung jawab Lia dan
meow sepenuhnya.
Sedang Lia sibuk memetk daun-daun herba , meow datang
kepadanya dalam keadaan yang cemas.
“Lia! Lia! Cepat! Ada sesuatu di sana. Cepat!!”. Ngiau
meow dengan kuat sekali.
“Kau dah kenapa meow?”. Tanya Lia acuh tidak acuh melihat
meow yang sedang cemas itu.
“Lia! Cepatlah. Ada sesuatu di sana!!”. Bising meow lagi.
Kali ini kain Lia digigit dan cuba ditarik ke suatu arah.
“Eeeei! Nape kau ni meow?. Lia tengah sibuk ni. Kejap
lagi matahari dah di atas kepala. Tentu terik panasnya!”. Lia jengkel lalu
menguis meow dengan kakinya.
Meow tidak putus asa , tetap juga memaksa Lia
mengikutnya.
“Yalah! Yalah! Kau ni dari pagi tadi asyik main paksa
orang jelah meow”. Rungut Lia namun kakinya tetap menjejaki meow yang
mendahuluinya di hadapan.
“Eh! Kesiannya!!” Jerit Lia sambil berlari anak
mendapatkan meow yang sudah tegak berdiri sambil menggoyang-goyangkan ekornya.
“Hah! Taupun kesian. Tadi aku suruh datang cepat taknak.
Nilah sebabnya!”. Meow memulangkan paku buah keras.
“Yalah! Yalah! Kaulah yang pandai meow!”. Lia mengusap
kepala meow. Meow bangga.
(Apa yang mereka temui?)
“Eh meow , kesianlah. Sayap dia patah ni. Tak boleh
terbang. Kita kena bawa dia balik dan rawat di rumah”. Kata Lia.
“Okey … jomlah kita bawa dia balik sekarang”. Jawab Meow , teruja.
“Jap meow!”. Balas Lia lalu mengambil beberapa helai daun
ketapang yang lebar. Daun-daun itu dilipat berbentuk mangkuk dan dikemaskan dengan
ranting kecil. Seekor burung bayan hutan
yang patah sayap diangkat dan
diletakkan di dalamnya.
“Jom meow!”. Ajak Lia dan meow seperti biasa akan
mendahului langkah Lia.
Bertambahlah ahli baru dalam hidup Lia dan Meow. Seekor
bayan hutan kini tinggal bersama mereka. Lia menumbuk daun ubat hingga lumat
lalu ditepekkan pada bahagian sayap bayan yang patah. Kemudian sayap itu
dibalut dengan kain. Setiap petang , Lia dan meow akan membawa bayan menikmati angin
petang di luar pondok mereka … dan setiap kali itu jugalah Lia dan meow dapat
melihat seekor bayan liar akan
bertenggek di pohon beringin tidak jauh
dari pondok mereka.
“Bayan , itu keluarga kau ke?. Ke itu isteri kau?” Tanya
Lia. Bayan diam tidak menjawab.
“Dia tak faham kitalah Lia” Sampuk meow.
“Takpe meow , nanti lama-lama dia mesti faham apa yang
kita katakan”. Balas Lia sambil mengusap-ngusap badan meow. Bayan yang ada di
ribaan Lia mulai berkicau.
“Hmm … sedap suara kau bayan” Puji meow
“Ya Bayan , sedap suara kau” Lia mengiakan.
Hari berganti minggu…minggu berganti bulan. Sudah cukup
satu bulan bayan tinggal bersama Lia dan meow. Sayap bayan juga sudah kembali kuat. Setiap hari bayan juga sama
seperti meow akan mengikut Lia mencari
daun-daun herba dan akar-akar kayu di hutan. Bayan akan bertenggek di bahu Lia
atau terbang mengelilingi Lia dan meow dan tiap kali itu jugalah akan ada seekor
bayan liar terbang mengekori jejak mereka bertiga.
Pagi yang indah
Lia dan meow kawan
setia
Kini bayan datang
menjelma
Meredah hutan yang
kian tebal
Mencari akar buat
ditukar
segenggam beras…segenggam
beras
Lalalala lalalala
lalalala
Pagi yang indahhhh
Lia , meow dan
bayan
Pagi yang indahhh
Lia , meow dan
bayan
Kawan yang setia
Segenggam beras
Lalalalalalalalala
Lalalalalalalalala
“Bayan … itu keluarga kau ke?” Tanya Lia lagi.
Bayan tidak menjawab , sebaliknya hanya terbang pergi dan
balik ke bahu Lia.
“Kalau itu keluarga kau , aku rasa dia mahu kau kembali
bersamanya bayan”. Ujar Lia lagi.
“Kenapa kau tak terbang saja bersama dia bayan?. Kesian
dia … dah hampir sebulan dia mengekori kita tanpa jemu. Aku rasa kau patut
terbang pulang bersamanya bayan”. Kata Lia lagi.
“Lia , bayan tak faham apa yang kita kata. Kita
selamatkan dia dan kini dia mahu bersama kita”. Meow memberikan pendapat.
“Hmm … betullah tu meow. Tapi sampai bila keluarganya itu
akan terus mengekori kita?. Lagi pula bayan ini tidak akan pernah faham kita.
Sudah sebulan bersama tapi dia masih tidak faham apa yang kita katakana”. Balas
Lia
“Tapi bayan sayang kita. Biar sajalah dia bersama kita”.
Meow menyatakan pendapatnya.
“Tapi Lia kasihankan keluarganya itu. Lia rasa itu adalah
isteri atau kekasihnya. Setia betul dia”. Keluh Lia. Rasa bersalah pula
memisahkan bayan dari kekasihnya.
Keadaan berlarutan selama seminggu lagi. Bayan liar yang
sama masih mengekori jejak mereka. Lia semakin diserang rasa bersalah sedangkan
bayan semakin hari semakin mesra dengan lia dan meow.
“Hmm … sesuatu perlu dilakukan”. Fikir Lia
Petang itu seperti biasa Lia , meow dan bayan menikmati angin
petang di luar pondok mereka. Lia mengusap-ngusap kepala bayan yang leka
bertenggek di ribaannya. Meow yang duduk disebelahnya pula menggesel-geselkan
kepalanya ke kaki Lia.
“Meow , Lia sudah buat keputusan”. Lia memberitahu meow.
Meow yang sedang asyik menggesel mengangkat kepalanya memandang Lia.
“Keputusan?”. Tanyanya minta kepastian.
“Tentang bayan”. Bisik Lia
“Jom! Ikut aku”. Kata Lia tegas dan kuat kepada meow lalu
berdiri. Meow tersentak namun meow faham arahan lia itu.
Lia berjalan menuju ke pintu pondok dan seperti biasa meow mendahuluinya masuk ke
dalam pondok. Bayan pula terpinga-pinga lalu segera terbang dan bertenggek di
bahu Lia. Sebaik sahaja Lia masuk ke dalam pondok , Lia memegang bayan dengan
tangan kanannya lalu mencampaknya ke luar sebelum menutup pintu pondok dengan
segera.
Meow terkejut dengan perbuatan Lia itu … “Lia! Kenapa
buat begitu kepada bayan?”. Meow mengiau kuat tanda protes.
“Sshhhh…diamlah meow!”. Arah Lia tegas.
Meow masih tidak berpuashati , meow cuba membuka pintu
pondok.
“Hishh meow! Jangan dibuka pintu itu. Biarkan bayan di
luar. Lia mahu dia kembali kepada ke asalnya” Tengking Lia dan meow terpaksa
mengalah.
Maka malam itu Lia dan meow tidur tanpa bayan di sisi
mereka.
Sesekali tergerak di hati Lia untuk menjenguk keluar ,
kalau-kalau bayan masih ada di situ …
“Hmm … agak-agak bayan dah kembali ke keluarganya ke
meow?”. Lia memecahkan kesunyian malam. Meow diam tidak menjawab. Meow masih
tidak setuju dengan perbuatan Lia mencampak bayan keluar dan memaksa bayan kembali kepada keluarganya.
“Hmm … suka hati kaulah meow. Nak protes sangat. Tidurlah
kau sendiri!”. Kata Lia sebelum berpaling membelakangkan meow.
Keesokan paginya , seperti biasa meow mengejutkan lia dan
mereka kembali berdua mencari daun-daun herba dan akar-akar kayu di hutan.
Sesekali kedengaran lia mengeluh apabila teringatkan
bayan. Meow juga rasa kurang bersemangat hari ini. Meow juga terkenangkan
bayan. Acapkali matanya memandang ke pepohonan melihat-lihat kalau-kalau bayan
ada berhampiran.
Setelah guni kecil yang dibawa hampir penuh , mereka
melangkah pulang. Hari ini tiada nyanyian , tiada keriangan…
Petang itu , tika lia dan meow berehat di luar pondok …
“Eh! Lia, tengok itu…bayan pulang!!”. Kata meow riang sambil menggoyang-goyangkan
ekornya.
Lia melihat ke arah yang dimaksudkan meow. Kelihatan bayan
sedang terbang laju menuju ke arah mereka.
Tanpa berlengah , “Meow! Cepat!!!”. Jerit Lia lalu berlari
laju masuk ke dalam pondok sebelum menghempas pintu pondok dengan kuat. Mujur
tidak tersepit ekor meow yang panjang!
“Lia!!!” Jerit meow , tidak faham mengapa lia perlu berbuat
begitu sedangkan meow dan lia sendiri rindukan bayan.
Dari rekahan pintu yang telah lama ada , Lia dan meow
mengintai keluar. Mereka melihat bayan berdiri lama memandang pintu pondok. Bagai nak luluh hati lia dan
meow melihatnya.
Setelah lama dibiarkan menunggu di luar , bayan akhirnya
terbang ke dalam hutan.
“Lia…”Keluh Meow lalu lia mendakap dan memeluknya erat.
Keadaan berterusan beberapa lama dan bayan masih tetap
mencuba.
“Meow , hari ini kita jangan lari menutup pintu. Kita
hadapi bayan ya”. Lia memberitahu meow.
“Apa lagi yang lia nak buat?” Tanya meow
“Hmm … adalah”. Jawab Lia sambil tersenyum.
Petang itu seperti biasa , lia dan meow ke luar pondok. Kali
ini lia bawa bersama penyapu lidi yang selalu digunakan untuk membersihkan
lantai pondok.
“Nak buat apa?”. Tanya meow cuak.
“Adalah”. Jawab Lia sambil mengusap kepala meow.
Seperti yang dijangka lia , petang ini juga bayan datang
lagi. Kali ini Lia sudah bersedia menghadapinya.
Sebaik sahaja bayan terbang menghampirinya , lia mencapai
penyapu lidi yang disandarkan pada dinding luar pondok lalu
menghayun-hayunkannya ke arah bayan.
“Syuhhhh! Syuuhhhh!!! Syyuuuhhhh!!!! Pergi kau dari sini.
Kami tidak mengingini kau lagi. Pergi!! Pergi!!!!!” Jerit lia sekuat hati.
Jeritannya itu memeranjatkan meow dan bayan. Bayan yang ingin hinggap di bahu
lia terkejut dan ketakutan yang amat sangat lalu terbang laju menjauhi lia dan
kembali ke hutan.
Setelah kelibat bayan sudah tidak kelihatan , Lia
mengeluh … “Pergilah bayan , jangan kembali lagi”
“Lia , kenapa mesti sampai berbuat begitu?. Kasihan bayan”.
Tanya meow.
“Tidak meow , itulah yang sememangnya harus dibuat” jawab
Lia
“Mengapa sampai begitu?” Tanya meow lagi , masih tidak
berpuas hati.
“Meow , lia mahu bayan ingat yang buruk saja tentang lia
, tentang kita” Terang Lia
“Mengapa?”. Tanya lagi meow.
“Biar bayan pergi tanpa kesal di hati” Balas Lia sebelum
melangkah masuk. Seperti biasa meow pasti mendahuluinya…***ojai
Sekian …. Moga terhibur!!
-peace-
>__<
|
No comments:
Post a Comment