BAB 3: CINTA ITU BUTA
“Cinta itu buta!”
Sejak malam itu ,
Raziq dan Diah semakin akrab. Diah sedar , hubungan mesra mereka berdua itu
tidak seharusnya berlaku. Pesanan Ustaz semasa di sekolah dulu sentiasa terpahat
dalam ingatan. ‘Bila berdua , yang ketiga pasti syaitan!’.
Walaupun begitu Diah tidak mampu
menolak pelawaan Raziq. Perasaannya berbunga-bunga setiap kali bertemu Raziq.
Amat bahagia ... memang benarlah , cinta itu buta. Cinta juga bisa mengubah
manusia.
“ Hah , cuba kau fikir ... aku Mardiah Amir , dia Raziq Amir , kan ke
serasi nama tu? Bagai irama dan lagu ,
mana boleh dipisahkan!”. Itulah jawapan Diah apabila Ziah mempertikaikan keakraban
hubungannya dengan Raziq.
Ziah mulai risau melihat
perubahan sikap Diah. Diah kini tidak seperti dahulu lagi. Hilang sudah sifat
malunya ... tiada silu bila keluar berdua-duaan. Setiap kali ditegur , “Kami
tak buat apa-apapun! . Kami sekadar keluar berdua , makan-makan , bercerita ...
itu saja!”. Itulah jawabnya.
“Jangan Diah , nanti kalau sampai berlaku
sesuatu menyesal kau. Kita ni perempuan , ada yang perlu kita pertahankan.
Terlajak perahu masih boleh diundur. Aku tak mahu kau menyesal di kemudian
hari”. Nasihat Ziah. Ziah benar-benar tidak mahu sahabatnya itu tersilap
langkah.
“Kau jangan risaulah. Taulah aku
menjaga diri , lagipun Raziq itu baik orangnya. Dia memang benar-benar ikhlas
berkawan dengan ku. Malah kami sama-sama bercadang akan bernikah sebaik saja tamat
kursus ni. Bukannya lama ,
tinggal beberapa bulan je lagi kan?”. Diah cuba mendapatkan pengertian daripada sahabatnya itu.
“Please Ziah , sokonglah aku.
Patutnya kau tumpang gembira bila aku sudah bertemu lelaki yang sesuai dengan
jiwaku. Kami serius dengan hubungan ini. Sudahlah , janganlah kau risau. Apa
yang aku perlukan sekarang adalah doa kau agar tiada halangan untuk kami
mencapai impian kami menjadi suami isteri yang sah”. Pinta Diah
bersungguh-sungguh.
“Baiklah Diah , jika itu kata kau.
Aku tak boleh nak buat apa-apa lagi. Pandai-pandailah menjaga diri”. Ziah
akhirnya terpaksa mengalah. Nasihatnya kepada Diah sia-sia sahaja , Diah
benar-benar sedang mabuk cinta. Menasihatinya samalah seperti mencurah air ke
daun keladi. Ziah kini hanya mampu mendoakan kebahagiaan sahabatnya itu.
“Ziah , aku tahu kau risaukan aku
tapi aku janji ... tiada apa yang akan berlaku!”. Diah mengangkat tangan
seperti berikrar lalu dengan segera mencium pipi Ziah sebelum berlari keluar
mendapatkan Raziq yang sedia menunggu di luar rumah. Ziah hanya mampu memandang
sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
... kancil putih meluncur laju mengarah ke lebuh raya pantai timur ...
Ketika Ziah masih terfikir-fikirkan
dan risau akan keselamatan sahabatnya , Diah pula sedang bergembira dan merasa
amat bahagia duduk di sebelah Raziq , buah hati dan pengarang jantungnya kini.
“Nak makan apa hari ni?”. Tanya Diah
sambil tersenyum manja .
“Makan angin ... mahu?”. Balas Raziq
, mengerling sebentar kekasih hatinya sebelum memandang ke depan untuk
meneruskan pemanduan.
“Taknaklah ... nanti kembung perut!” .
Balas Diah dan mereka sama-sama tertawa.
“I sebenarnya nak bawa Diah ke
tempat istimewa ... bolehkan?”. Sambung Raziq sambil cuba mencapai tangan Diah.
Diah menepis lembut. Tersenyum sambil menggelengkan kepala.
“Oppss!!!”. Raziq akur. Memang selama ini jarang sekali dia dapat
memegang tangan atau mengusik mana-mana bahagian tubuh Diah. Sungguhpun
cintakannya separuh nyawa namun gadis ini tetap pandai menjaga
kehormatannya. Itu yang membuatkan Raziq
bertambah sayang dan yakin dengan pilihannya.
“Ke mana dan kenapa?”. Tanya
Diah.
“Hari ni hari istimewa ... hari lahir
I tau!. I nak sambut dengan orang yang
istimewa di suatu tempat yang sangat
istimewa di hati I ini ”. Suara
Raziq menggoda sambil mengerling ke arah Diah.
“Opps ... betul ke hari ini ‘birthday’
awak?. Sorry , saya tak tahu hari ni birthday awak. Sorry yea ... ‘Happy birthday!’. Err ...
masih tak terlambatkan?. Saya doakan semuga hidup awak akan sentiasa diberkati Allah dan semuga segala
hajat awak akan tercapai”. Kata Diah sambil mengangkat tangannya berdoa. Dia rasa bersalah kerana tidak tahu tarikh lahir
kekasih sendiri. “Macamlah ramai sangat kekasih!” . Fikirnya sambil
mengutuk-ngutuk diri sendiri.
“Disamping orang yang tersayang!”. Sampuk
Raziq segera.
“Apa?”.
“Ya. Doa you. Semuga hidup I diberkati Allah dan segala hajat
I akan tercapai ... disamping orang yang tersayang , youlah tu orang yang I sayang!”. Jawab Raziq
sambil tersenyum manis.
“Aminnn ...”. Kata mereka
serentak.
Kereta kancil putih yang dipandu
Raziq terus meluncur laju meninggalkan pekan Kajang.
“ Kalau boleh saya tanya , kita ni nak
ke mana?”. Diah bertanya lagi.
“Surprise ... nak sampai nanti I
bagitahu you”. Jawab Raziq. Dia ingin
membuat kejutan buat Diah. Sudah lama
dia merancang dan menanti-nantikan tibanya hari ini.
“Tapi ... jauh ke tempat yang kita
nak pergi ni?” . Diah tetap ingin tahu.
“Kenapa? Takkan you takut keluar
dengan I ... apa , you takut I hilang kawalan? Takut I tak dapat kawal diri
bila berdua-duaan dengan you lama-lama?”. Usik Raziq sambil tersengih , sengaja
keningnya dinaik-naikkan.
“Yelah ... tentulah takut!”. Balas
Diah spontan.
“Sayang , I takkan apa-apakan you.. Percayalah , I cadangkan you bertenang dan cuba berehat. Nak tidur pun tak apa sebab perjalanan kita ni
lama tau. Lagi lima jam baru sampai”. Terang Raziq.
“Apa ?... lima jam?. Biar betul ... Awak
serius ke Raziq?” . Diah bagaikan tidak
percaya. Terbeliak matanya memandang
Raziq.
“ Ha ha ha . Kalau yapun , janganlah
pandang I begitu. You nampak lucu!”. Raziq berkata sambil terus tertawa.
Diah mencebik.
“Ok. Sorry , I betul-betul gelihati lihat
reaksi you tadi. Hmm ... janganlah risau.
Hari ni jugak I akan hantar you balik , okey?”. Janji Raziq.
Diah akhirnya terpaksa akur. Apa
hendak dibuat , hati kata sayang maka segalanya terpaksa diturut saja. Namun
hatinya tetap resah , matanya sibuk
memerhati papan tanda jalan , cuba mencari jawapan ke mana arah tuju
kancil puitih hari ini. Raziq hanya tersenyum melihatkan telatah dan kelakuan
Diah.
Setelah
sejam perjalanan , kancil putih terus juga meluncur laju mengarah ke lebuh raya pantai timur. Diah memerhati papan tanda jalan. ‘Anak panah ke kiri - 500m
ke simpang Bentong’.
“ Raziq , kita ke Bentong ke ?. Nak
buat apa ke sana?”. Diah penasaran
ingin tahu.
“SShhh ... sabar sayang , nanti you
akan tahu juga”. Jawab Raziq , masih juga berahsia.
Diah mencebik dan Raziq tertawa. Pertanyaan
Diah akhirnya terjawab sendiri. Mereka
tidak ke Bentong. Kancil putih terus dipandu laju meninggalkan simpang Bentong.
Perjalanan yang sudah memakan
masa lebih satu jam itu membuatkan Diah
letih . Akhirnya tanpa disedari matanya sudah terlelap. Hembusan angin
sejuk dari penghawa dingin kereta membuatkan Diah terus lena dibuai mimpi.
Sedangkan kancil putih masih terus meluncur laju. Raziq mengerling ke arah Diah
yang sedang lena . Diah nampak sungguh cantik di matanya.
“Mimpikan yang indah-indah tentang
kita berdua ya sayang”. Fikirnya . Tersenyum bahagia.
Puisi cinta bermain di dada hati.
Bahagia ... itulah perasaannya kini.
Bahagia
Bagaikan
bulan jatuh ke riba
Akan
ku peluk lekapkan di dada
Harapan
bersulam mimpikan si dara
Agar
belayarlah bahtera cinta
Gah
membelah lautan asmara
Indah
berombak tak gentar gelora
Ah! Bahagianya mimpiku nyata”.
|
Kancil terus meluncur
laju. Jam di kereta menunjukkan pukul 11:30 pagi. Perjalanan masih jauh ...
cuaca sudah mulai panas. Raziq menguatkan penghawa dingin keretanya .
“Biar Diah selesa dalam tidurnya!”.
Fikir Raziq. Sudah lebih empat jam dia
memandu. “Harrrggghhhhh ... mengantuk
pulak mata ni!”. Sangap besar sambil
membiarkan mulutnya terbuka luas.
“Heeee ... kalaulah Diah nampak ni
mesti malu!. Alah , sekarang malulah tapi nanti bila sudah menjadi isteri tiada
apa yang perlu disorokkan lagi”. Raziq tersengih membayangkan saat mereka sah
menjadi suami isteri kelak. “Ah! Bahagianya!!”.
Tiba-tiba ... “Ya Allah!!!” Raziq
terkejut. Spontan kakinya menekan pedal brek. Kancil terhenjut ke hadapan
sebelum mendadak berhenti.
“Uuushh! ... ooiiii lembu! , tak ada
ke tempat lain kau nak landing?”. Raziq merungut setelah keretanya hampir terlanggar sekawan lembu yang
sedang berehat di atas jalan raya.
“Kenapa ziq , awak marahkan lembu?”. Diah terbangun daripada tidurnya sambil tertawa kecil.
“Hai sleeping beauty , dah bangun ?”. Tanya Raziq lembut.
“ Yelah , marah awak pada lembu tu
tadi mengejutkan saya”. Jawab Diah sambil terus tertawa.
“ Hmm sorry ye sayang sebab buat you
terjaga ... you nak tau tak , dulu bapak
I pernah kata yang lembu ni lebih hebat
daripada raja tau” . Cerita Raziq.
“Apasal lak?. Macam mana pulak lembu
boleh jadi lebih hebat dari raja?”. Tanya Diah.
“Yelah!. Dia boleh suka-suka landing kat mana-mana saja. Tenguklah
tadi , tengah-tengah jalanpun dia landing
semacam aje. Mana boleh marah. Kalau
marahpun dia takkan peduli!”. Jawab Raziq dan mereka sama-sama tertawa.
“Ada-ada saja awak ni ... eh , kita
dah sampai mana ni ?”. Tanya Diah
setelah kembali segar. Tangannya menggosok-gosok matanya sambil memandang sekeliling.
“ Kita dah nak sampaipun. Tu cuba
pandang sebelah kanan. Nampak tak laut tu?” . Jawab Raziq sambil menudingkan
tangannya ke kanan.
“Yelah ... cantiknya. Kita kat Pantai
Timur kan. Tapi apa ye nama tempat ni?”. Tanya Diah. Rasa teruja melihat keindahan laut
pantai timur.
“Sayang , kita dah sampai Ceratinglah!”. Raziq memberitahu. Puas hatinya melihat
senyuman di bibir Diah. Terasa hilang penat lelahnya memandu hampir lima jam
lamanya.
“Eh, kita nak berkelah kat sini ke?”. Diah bertanya penuh harap.
“Tidak sayang , I bagi tahu you
sekarang. Lebih kurang 15 minit lagi kita akan sampai ke rumah I. Inilah
kampung I. I nak bawa you jumpa mak I. Hari
ini , sempena hari lahir I maka I nak
perkenalkan mak I dengan calun menantunya.
Barulah I rasa yakin yang you akan menjadi milik I dan
... itulah hadiah hari lahir yang
terhebat buat I”. Kata Raziq sambil menarik nafas lega. Puas sambil menatap sayang wajah
Diah.
“Apa?!.Kampung
awak?. Tapi awak langsung tak macam orang Terengganupun. Macam
orang KL
adalah. Cakap pun I – you saja”. Balas Diah. Raziq hanya tersengih mendengar
komen Diah.
“Seperkara
lagi , saya tak bersedia. Saya tak bersedia nak berjumpa keluarga awak. Yang
awak
pandai-pandai buat rancangan nak jumpakan saya dengan keluarga awak tu
kenapa?!!”. Diah tiba-tiba terasa cemas.
“Tak adillah awak bagitahu saya last
minit macam ni”. Diah sedikit jengkel.
“Maksud you?”. Raziq tidak faham. Sepatutnya Diah tidak perlu jengkel.
Pertemuan ini nanti akan menjadi bukti keikhlasan hatinya untuk menyunting Diah
sebagai suri hidupnya.
“Yelah ... ini perkara besar.
Sekurang-kurangnya awak kenalah beritahu saya lebih awal. Saya perlu bersedia
mental dan fizikal. Sekurang-kurangnya
memilih pakaian yang lebih baik , lebih sopan dan ...” . Diah tidak
berpuashati.
“Sayang , janganlah risau . You
look great. Lagipun mak I tu sangat baik orangnya”. Raziq terasa lucu melihat Diah yang mula
menggelabah.
“Ayah awak atau adik beradik awak
yang lain ...”. Diah masih juga
cemas.
“Relakslah sayang , tak ada apa yang kurang dengan you. Kita cuma
nak pergi jumpa mak I. I ni anak tunggal
dan ayah I pula dah lama meninggal dunia. Sejak I berumur 12 tahun. Lemas di
laut”. Jelas Raziq. Diah terdiam agak lama.
“Hmmm ... betul?. Apalah
saya ni , kata saja teman istimewa tapi ... banyak perkara tentang diri
awak yang saya tidak tahu. Kesian awak dapat special girlfriend macam sayakan!”.
Diah malu sendiri.
“Ya kesian I tapi tak pe , nanti bila
kita sudah kahwin , kita akan ada sepanjang hayat untuk tahu tentang satu sama
lain. Eee ... rasa tak sabar. Tentu hebat malam pertama kita kan?”. Kata Raziq
, sengaja ingin melihat respon daripada Diah. Wajah Diah serta merta bertukar
menjadi merah.
“ Eee ... tak sukalah!”. Balas Diah.
“Eh, apa pulak tak suka?. Cakap
ajepun , takkan lah malu. Lagipun ... I tak katapun tentang apa yang kita ‘buat’
pada malam pertama kita nanti. I cuma cakap secara general je. Hah, you fikir
apa ni?!”. Raziq seronok menyakat Diah. Sengaja
perkataan ‘buat’ itu disebut dengan kuat.
“ Raziq , hentikanlah!”. Diah terasa malu dan benar-benar tidak selesa
.
“Sorry sayang , I saja nak bergurau
dengan you. I suka tengok wajah you bila malu. Merah , cantik!”.Usik Raziq
lagi. Diah tersipu.
Mak , Inilah calun menantu mak!
Akhirnya kancil putih
merangkak masuk ke satu perkarangan rumah kayu. Pintu rumah sudah sedia terbuka.
Sebuah rumah kampung yang sederhana besar dengan anjung veranda yang
dihiasi tumbuhan gantung pelbagai warna. Deretan pelbagai jenis pokok
bunga disusun kemas pada setiap anak
tangga rumah tersebut. Di hadapan rumah tersebut pula ada sebatang pokok manggis
yang agak rendang. Sebuah pangkin kayu yang
dilapik dengan tikar mengkuang menambah indah pemandangan pada waktu itu.
“Wah ... indahnya! Errr ... Raziq ,
mak awak tahu ke kita nak datang ni?” . Tanya Diah.
“Heee ... tak. Hari ni I nak bagi kejutan pada dua
wanita yang I paling sayang dalam dunia!” . Raziq menjawab dengan sepenuh hati.
Sengaja matanya dipejam-pejamkan.
“Yelah tuuu ... belum dapat memanglah
paling sayang. Cuba kalau dah dapat!”. Diah mencebik.
“Eh , betullah tu. Belum dapat paling
sayang , nanti kalau dah dapat berlipat ganda sayang!” . Raziq merenyih. “
Jom!”. Mengambil peluang menarik tangan Diah.
“Eeee ... dosalah!. Belum halal
lagi!”. Marah Diah lalu merentap tangannya.
“Oppss!!”. Raziq mengangkat kedua
tangannya sambil tertawa.
“Assalamualaikum ... mak! mak! Mak!”
Raziq tangkas berlari masuk ke dalam rumah. Mencari ibunya. Diah dapat mendengar dengan jelas suara Raziq dari luar rumah.
“Mak! Anak mak dah balik ni. Bawa
calun menantu mak!”. Sengaja suaranya dikuat-kuatkan.
“Mak! Mana mak ni , tak nakke jumpa
calun menantu mak ni?!”. Jeritnya lagi. Akhirnya Raziq muncul semula di hadapan
pintu rumah. Tersengih pada Diah sambil mengangkat kedua-dua belah bahunya ,“Mak
tak adalah”.
“Habis tu?”. Tanya Diah , mulai resah.
“Hmm ... tak apa!. Tentu mak pergi ke rumah jiran je tu. Mesti
tak lama pasal tu pintu ni dibiarkan
terbuka. Tak apalah , kejap lagi baliklah tu . Marilah naik. Kita tunggu di
dalam”. Pelawa Raziq. Diah hanya menurut. Menanggalkan kasut dan menaiki anak
tangga lalu berdiri di anjung
rumah.
“Eh takkan nak duduk di luar saja , marilah
masuk.” . Ajak Raziq lagi.
“Eeee tak mahulah. Nanti kena tangkap
basah!”. Diah berseloroh. Tersengih memandang Raziq.
“ Heee ... tangkap basahlah best ,
boleh kahwin free”. Balas Raziq.
“Eee ... siapa nak kahwin dengan
awak?. Perasan. Tak malu!”. Sakat Diah
pula.
“Err ... betul tak nak?. Kalau gitu
sekarang jugak I terjun laut , pergi mati. You mesti tak sedihpun kan?!”. Jawab
Raziq , buat muka sedih.
“Heiii! Celuparnya mulut. Tak baiklah
kata yang bukan-bukan”. Tegur Diah. Teringat pesan ibunya , ‘jangan suka cakap
yang bukan-bukan sebab kata-kata tu boleh jadi doa!’.
“Habis tu , buat apa I hidup kalau you
tak nak kahwin dengan I. Masuk rumah I pun tak sudi”. Raziq mengada-ngada .
Sengaja buat aksi merajuk.
“Heee jangan merepeklah. Kat luar ni lagi best tau ,
boleh rasa angin bertiup , segar ... nyaman”. Balas Diah.
“Hah! . Itulah hebatnya rumah kampung
I ni. Kalau kita dah kahwin nanti , bolehlah you lepak sini lama-lama. Mak mesti suka sebab selama ni pun mak duduk
sorang saja”. Jawab Raziq sambil
tersengih. Sengihnya cukup lebar apabila membayangkan saat-saat Diah menjadi
miliknya nanti. Pada ketika itu tentulah emaknya merupakan orang yang paling
bahagia. Bukan sekali dua emaknya itu mendesaknya agar segera beristeri malah sudah berbuih-buih
mulut orang tua itu berkata. “Mak dah tak sabar hendak menimang cucu!”.
“Heee ... lebarnya senyum.
Beranganlah tuu. Tak baik tau berangan lebih-lebih. ”. Usikan Diah mematikan
angan Raziq.
“ Eh mestilah. Kan you dah tak
sabar-sabar nak jadi wife I. Rupa
hensem macam I ni mana tahan setakat
tengok je!”. Raziq mengangkat keningnya. Tersengih.
“Ada-ada saja awak ni Raziq. Perasan
lebih!”. Balas Diah sambil membalas senyuman.
”Ada benar juga apa yang dikatakan
Raziq”. Fikirnya.
Wajahnya terpancar kabahagiaan ...
Tidak berapa lama kemudian ,
terdengar suara dari bawah ... “Heh , siapa pulak yang riuh-riuh dalam rumah mak ni!.
Eeee ... alahai , seronoknya anak mak dah
balik. Raziq! Raziq!. Alah rindunya mak!”.
Raziq dan Diah segera menjengahkan
kepala melalui tingkap rumah yang sedia terbuka lalu segera memandang ke bawah.
Kelihatan seorang wanita separuh umur berlari anak , riang menaiki anak tangga.
Wajahnya terpancar kabahagiaan.
“Bila sampai nak ooiiii?!. Kenapa nak
balik tak bagi tahu?”. Tanyanya sambil terus memeluk anak tunggalnya itu. Raziq
membalas pelukan ibunya.
“Baru saja sampai mak. Saja balik
mengejut , nak buat surprise untuk
mak. Mak dari mana ni tadi?” Tanya Raziq.
“Mak ke rumah kak Temah kau tu , dia
baru bersalin malam tadi. Tolong apa yang patut. Kesian ... suaminya masih di
laut. Ikut bot besar. Esok lusa baru balik.”
Terang Mak Mah.
“ Eh, siapa ni?” Tanya Mak Mah
setelah terpandangkan Diah.
“Oh ya mak , inilah surprise untuk mak. Mak ingat lagi tak
dengan gadis yang Aziq bagitahu mak dua
minggu lepas?”. Tanya Raziq kepada
ibunya.
“ Ya , ingat! Ingat!. Jadi ... inilah
gadis tu ? Bakal menantu mak. Betul Ziq?” . Tanya Mak Mah minta kepastian. Wajahnya berseri-seri memandang Diah.
“ Ya mak. Inilah orangnya!”. Jawab Raziq. Diah hanya berdiri tegak
memandang keakraban dan kemesraan dua beranak ini. Berdebar jantungnya menunggu
reaksi dari bakal mertuanya.
“Alah ... comelnya. Mardiah kan?”. Mak Mah melahirkan perasaan gembiranya lantas segera merangkul erat bakal anak
menantunya. Diah hanya mampu tersenyum dan merelakan dirinya dipeluk. Terkejut
juga dia kerana ibu ini tahu akan namanya. Raziq pula memandang keduanya penuh
bahagia.
Peristiwa hitam...
Hari itu terasa
berlalu begitu pantas sekali. Kebaikan dan kemesraan Mak Mah membuatkan
Diah yakin dengan pilihannya , Raziq. Masak gulai tempuyak ikan patin yang
dihidang Mak Mah bagaikan masih terasa-rasa di tekak Diah.
“ Hmmm ... seronoknya!. Punya ibu
mertua sebaik Mak Mah”. Fikir Diah sendirian. Senyuman tidak lekang menguntum
di bibirnya. Bersama pengalaman manis
yang telah dilaluinya hari ini , Diah kini kembali berada dalam perut kancil
putih. Hari terang yang membahagiakan kini beransur gelap.
“ Baik sungguh mak awak Raziq.
Bertuah betul awak.” Puji Diah ikhlas.
“Hmmm ... baru tahu?. Tadi masa nak
datang menggelabah semacam , takut sangat!”. Balas Raziq.
“Yelah!. Dah awak tak bagitahu awal.
Tiba-tiba je nak kena jumpa bakal mak mertua. Mana tak menggelabah!”. Balas
Diah pula. Raziq hanya tersenyum mendengar kata-kata Diah.
“Mak I adalah manusia paling penting
dan sentiasa ada di hati I. Tapi sekarang
dah tambah lagi sorang!”. Balas Raziq. Diah tersenyum mendengar kata-kata Raziq
sambil terus menikmati pemandangan laut Cherating , “Sementara boleh ,
cantiknya pemandangan di sini. Entah bila lagi agaknya aku akan ke mari. Ke
laut Cherating , bertemu lagi dengan mak Mah , bakal ibu mertuaku!”. Fikir Diah.
“Hmm ... apa lagi yang difikirkan tu?.
Esok-esok kalau rindu nak ke mari lagi , bagitahu saja I. Kita balik kampung
sama-sama”. Tanya Raziq , bagai tahu sahaja apa yang sedang bermain di fikiran
Diah.
“Hmm ... terima kasih kerana telah bawa saya ke mari.
Saya betul-betul gembira hari ini. Err
... Jauh lagi perjalanan kita nikan.
Esok saya ada kuliah pagi. Saya tidur dulu ya”. Mata Diah terasa berat. Mana
tidaknya , perut sudah kenyang ditambah dengan sejuknya penghawa dingin , bagai
dodoian mesra memujuk tidur.
“Eh, tak takut ke kalau tiba-tiba I
jadi nakal?!. Maklumlah ... kan dah gelap ni. I kalau malam-malam macam ni jadi
serigala tau!”. Usik Raziq.
“Ziq , saya percayakan awak. Lagipun
, kan awak sayangkan saya. Takkanlah!”. Balas Diah dengan yakin. Terus
memejamkan matanya.
“Hmm ... jangan disangka air yang
tenang tiada buaya!”. Pantas Raziq memotong kata-kata Diah.
“Tak ... awak tidak begitu. Saya
percayakan awak!”. Jawab Diah pasti.
“Jangan percaya sangat!”. Balas Raziq
tersengih.
“Awak biar betul Raziq!”. Marah Diah
dipermainkan begitu. Duduk tegak
memandang Raziq sambil berpeluk tubuh.
“Ok , jangan marah. Tidurlah sayang ,
nanti dah sampai I kejutkan you”. Janji Raziq. Diah senyum , memejamkan matanya
semula.
Kancil dipandu penuh
hemah. “Hati-hati bawa kereta Ziq. Awak tu bawa anak dara orang. Kang susah mak
nak jawab pada mak bapak dia kalau jadi apa-apa”. Pesan mak Mah sambil
tersenyum memandang Diah. Raziq hanya mengangguk-nganggukkan kepala. Raziq
ingat pesan ibunya itu. Lagi pula Diah adalah segalanya dalam hidupnya kini.
Masakan sanggup dia membiarkan sesuatu yang tidak diingini berlaku
kepadanya.
“Akan ku pastikan kau selamat. Aku
janji akan membahagiakanmu selagi hayat dikandung badan”. Bersama janji itu ,
Raziq terus memandu. Hari semakin gelap , kancil terus membelah malam.
Jika berdua pasti yang ketiga adalah syaitan!
Diah terkejut dari
tidurnya. “Eh, apasal sunyi sangat ni? Mana Raziq?. Eeee ... belum sampai lagi
ni!”. Diah melihat jam ditangannya. 1:30 pagi. “Biar betul. Takkan lah Raziq
tinggalkan aku sendirian kat tengah-tengah hutan ni!”. Fikir Diah.
Diah melihat-lihat sekeliling. Serun
hatinya menyedari dirinya kini berada di tepi jalan yang dikelilingi
pokok-pokok hutan. Pepohon yang hanya nampak berbalam-balam itu membentuk
pelbagai imej yang menakutkan. Dedahan dengan daunan merimbun bagaikan momok
yang melambai dan mendepang tangannya. Takut , cukup menakutkan!.
“Eeee ... seramnya!”. Fikir Diah
sambil meraba tengkuknya sendiri.
Mana tidaknya , tiada
lampu jalan di kawasan itu. Hanya cahaya bulan dan lampu kereta yang dipasang
menerangi malam. “Raziq , mana awak?”. Katanya perlahan.
Setelah puas memerhati sekeliling , Diah terpandang pula sesusuk tubuh sedang terbongkok - bongkok di
tepi kancil putih.
“Ya Allah! Apa tu!!”. Pekik suara
hatinya. Lantas matanya terus mencari sepasang kaki milik sesusuk tubuh itu.
“Kata orang tua-tua hantu tak menjejak ke tanah”. Fikir Diah.
Setelah pasti dengan apa yang dilihat
. “Heee ...”. Diah tertawa sendiri. Tertawakan kebodohannya , takut tidak
bertempat!. Lalu pintu kereta dibuka.
Diah melangkah turun.
“Raziq?!”. Kata-katanya terhenti. Berbekalkan cahaya bulan , Diah dapat melihat
Raziq sedang bersusah payah menukar tayar kereta.
“Kenapa Ziq , tayar pancit ke?”.
Tanya Diah.
“Ya sayang. Sorry la sebab you
terjaga”. Raziq menjawab.
“Takpa ... kenapa tak kejutkan saya?”.
Tanya Diah lagi.
“Buat apa?. Lagipun kan you ada kuliah pagi esok. Nanti
you mengantuk”. Jawab pula Raziq.
“Habistu ... you tak de kuliah?. Hei , kita kan satu kuliah. Raziq , berat sama
dipikul , ringan sama dijinjing. Sekurang-kurangnya saya boleh temankan awak
berborak”. Balas Diah.
“Okey juga, I pun dah penat sangat
ni. Lepas ni bolehlah you tolong picit pinggang I. Penat terbongkok-bongkok ni!” . Gurau Raziq
dan tiba-tiba ...
“Aduh!”. Raziq separuh menjerit.
“Kenapa Ziq?”. Tanya Diah , cemas.
“Tangan I terkepit kat jet ni! Tolong
Diah ...”. Diah pantas bergerak, memegang dan cuba menarik tangan Raziq. Raziq
menangkap tangannya dan tertawa. Diah tersedar. Raziq hanya bergurau.
“Jahatlah you ni!”. Lalu memukul bahu
Raziq. Raziq menyambut tangan itu. Diletakkan di dadanya. Diam dan wajahnya
begitu serius memandang Diah , “I sayangkan you sangat-sangat Diah”. Diah diam
, terpaku mendengar kata-kata tulus Raziq.
“Saya pun sayangkan awak”. Kata hati
Diah.
Di bawah sinaran bulan
segalanya tampak lebih indah. Tanpa sedar tangan Raziq telah merangkul tubuh Diah. Wajah mereka cukup dekat. Lama ... tiada sebarang
gerakan.Tiada bantahan. Tiada kata. Lama ... Diah tidak mampu menolak. Diah sendiri hanyut dengan
perasaannya , suasana malam yang
disinari cahaya bulan itu cukup mengasyikkan.
‘Bila berdua pasti yang
ketiga itu adalah syaitan’
Akhirnya malam yang sunyi
itu menjadi saksi dosa mereka. Dosa yang
sering dilakukan oleh mereka yang asyik bercinta. Perkara terlarang telah dilanggar.
Diah terlupa , walaupun Raziq seorang yang budiman ... pesan ustaznya selalu benar. “Jika berdua
pasti yang ketiga adalah syaitan!”.
“Ha ha ha!!”. Pastinya syaitan
tertawa gembira meraikan kemenangan mereka. Mudah benar manusia diperdaya ...
Mengapa harus sebuah cinta suci
dicemari onar berduri?. Semuanya kini bagai sekam yang membakar hangus.
Terperangkap dalam jerat buatan sendiri.
Siapa yang harus dipersalah tatkala
syaitan-syaitan menari riang meraikan kejayaan mereka menjahanamkan anak adam. Maka merataplah anak adam ... menyesali
takdir diri.
Gadisku kini terenggut jua
Oleh sidia sanjungan jiwa
Dambakan kasih sayang darinya
Apakan daya ternoda pula
Aku ternoda di malam durjana
Nafsu serakah merobek semua
Syaitan tertawa merasuk jiwa
Yah! Benar aku berdosa
Aduhai malang mengundang derita
Impian hancur punah segala
Tamatkah sudah cita bahagia?
Ayuhai sedih jiwa merana
Nasibku kini apa sudahnya?
Ratapan
Mardiah : Mac
1994
|
No comments:
Post a Comment