Popular Posts
-
Lukis jea ... saat kamu jatuh Cebisan kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri ... kisah ini adalah satu daripada jutaan rasa yang...
-
Bab 25 : Kita redah bersama Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama Dan setelah hati itu memilih ... Maka teruslah m...
-
Lukis jea ... yang tidak sempurna... Inilah lukisanku yang tidak sempurna...pudar...sepudar rasaku sekarang ni. Hilang mood aku untuk m...
-
Lukis jea ... Hajatku ***Selamat ulang tahun ojai...*** ojai Dalam ingatan jelas terbayang Mengusik rasa yang lama tenggelam ...
-
Berbekas ... Air terjun yang mengalir tak mungkin pernah kembali ke laluannya ... Tika kaki melangkah Tinggalkan jejak-jejak Berb...
-
Lukis jea ... Layanz... Jom layan ... cantik tu nombor 2... Yang penting... aku layan n nikmati apa yang aku buat Dari jari yang melo...
-
Ceritakan ... C eritakan kisah nan gemilang E rti hidupnya jiwa insan nan malang? R ia pilu tawa sendu nan bersilang I ndah sang mata ...
-
Aku suka Fizik ... Sebab ... ia ajar aku menghargai ilmu ia ajar aku menghargai orang bijak pandai ia ajar ...
-
Lukis jea ... Rapuh Semalam aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat. Berat kepalaku. Dalam umur begini , urat2 di kepala n...
-
Hee ... gambar ni aku lukis n aku hantar pada 2 orang. Orang pertama tak terima sebab dia kata raut wajah yang ku lukis tu tak sama deng...
Thursday, 30 October 2014
Lukis jea...Helang...hadiah hari lahir bukh
Labels:
Lukisan jea ...

Tuesday, 28 October 2014
Lukis jea...Teratai oh teratai...
Labels:
Lukisan jea ...

Monday, 27 October 2014
Lukis jea ... Seterik Sahara
![]() |
Lukis jea...seterik Sahara |
***Andai satu hari...***
Mengingatiku bagai api dalam sekam
Membahang lalu membakar
Mengundang resah berpanjangan
Punah damai nan mematikan ria
Maka usahlah kau ragu
Lontarkan aku di pasir pantai
Biar dibawa ombak lalu
Andai satu hari
Kabarku bagai gunting dalam lipatan
Mengoyak dan menghancurkan
Mengundang bisa membenih benci
Menyubur dendam di kesumat hati
Maka usahlah kau ragu
Hapuskan kesanku disetiap alur
Biar hilang jejak sebal itu
Andai satu hari ...
Hadirku bagai duri dalam daging
Mengasak dan meyusuk tajam
Meninggal luka parah
Hingga tidak mampu dirawat sudah
Maka usahlah kau ragu
Nyatakan saja padaku
Nescaya aku pergi tanpa kesal di hati
Andai hari itu adalah hari ini
Namaku berbau hanyir
Kabarku sepahit hempedu
Hadirku seterik Sahara
Nah! Nyatakan dengan berani
"Nyahlah kamu dari duniaku"
Maka usahlah kau ragu
Kerna aku sememangnya menunggu
***Saat kau menyatakan itu***ojai
-peace-
>__<
>__<
Berani berdepan masalah dan kebenaran adalah jauh lebih baik
Labels:
Lukisan jea ...

Friday, 24 October 2014
Lukis jea...dua warna
Labels:
Lukisan jea ...

Thursday, 23 October 2014
Lukis jea ... d sebalik awan
Labels:
Lukisan jea ...

Wednesday, 22 October 2014
Lukis jea ... andai hati serapuh sarang lelabah
![]() |
Lukis jea ... andai hati serapuh sarang lelabah |
Carilah hati pada tiga tempat... Cari hatimu sewaktu bangun membaca al-qur'an , Jika kau tidak temui... Cari hatimu ketika mengerjakan solat Jika tidak temui juga , cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati -mutiara kata- .....Imam Al- Ghazali.....
Indah...penuh makna
Moga aku sentiasa mempunyai hati yang mengharap hanya kepada penciptaku...
-peace- >__< Jalinan yang terbina dalam hati sesama insan tidak seharusnya berlandaskan rasa kasihan atau keterpaksaan. Itu adalah seburuk2 dan serendah2 penghinaan yang ditawar. Lebih baik jika ianya tidak pernah wujud. |
Labels:
Lukisan jea ...

Tuesday, 21 October 2014
Lukis jea ... sebuah lukisan , uar2kan kebaikan?
![]() |
Lukis jea...sebuah lukisan , hadiah daripadaku buat diriku... Setelah melalui hari- hari yang sukar >__< |
Aku kumpulkan mereka berlima di library dan bimbing mereka menyelesaikan soalan 1 bahagian B (kertas 2). Soalan itu bernilai 12 markah. Persamaan , ploting graph dan penyelesaian persamaan serentak.
Sangat mencabar buat mereka yang nak guna kalkulatorpun teragak2...namun syukur alhamdulillah , mereka berjaya menyelesaikannya!
Seorang rakanku yang kebetulan ada di situ secara senyap mengambil gambar kami lalu dimuatkan dalam whatsapp group.
Antara lain ayatnya adalah tentang keikhlasan aku(guru) dalam membimbing pelajar yang bagaikan 'tiada harapan'.
Asalnya aku tidak berapa senang dengan tindakannya tetapi bila kufikirkan kembali ... Ada kebaikkannya.
' Sebarkanlah perkara2 kebaikan yang kita lakukan- bukan untuk riak tetapi untuk merangsang orang lain agar sama2 berbuat kebaikan'.
"Budaya berbuat baik/ kebajikan harus kita suburkan dalam masyarakat".
Bagi aku ... 'Aku sayang anak bangsaku dan aku mahu mereka cemerlang dalam hidup dan cemerlang sebagai hamba Allah'
...dan aku percaya , Sayang itu tiada batasnya...
-peace-
>__<
Labels:
Lukisan jea dan Fikiranku

Thursday, 16 October 2014
Lukis jea ... 'pepatung'
Labels:
Lukisan jea ...

Wednesday, 15 October 2014
Lukis jea...'perangkàp'
Labels:
Lukisan jea ...

Lukisan dan Puisi ... 'Berhentilah sejenak...'
![]() |
Lukis jea ... Berhentilah sejenak dan kutiplah kuntum-kuntum bunga yang menghiasi perjalananmu ... |
***Berhentilah sejenak …***
Hahh!! Lepaskan lelah itu sebentar
Nikmati seadanya segala yang zahir
Menghiasi atau menghantui
perjalananmu yang panjang
Ini … di sini
Ada kuntum-kuntum bunga
Menebar haruman nan mengasyik
Menjamu alam dengan rona warna nan membugar
Berdendanglah Sang hati yang walang
Justru kutiplah wahai hati …
Akan kuntum-kuntum bunga itu
Kelak menemani hari-harimu nan sepi
Ini … di sini
Juga ada pepohon yang dulunya
menghijau
Kini menguning gugur bertaburan
Luruh sudah dedaunan nan merimbun
itu
Dek musim kemarau yang panjang
Datangnya tanpa diundang tidak
juga dialu
Namun … di sebalik luruhan itu
Masih ada renek dan herba yang
tumbuh
Di celah-celah timbunan dedaunan
yang gugur
Ini … di sini
Masih terus berdiri kaku
Merenung jalan yang kelam di hadapan
Sambil tangan menggenggam
kuntum-kuntum bunga
Yang sempat di petik di tepian
denai
Biar terjana harapan di hari yang
suram
Sedang keraguan tegar bersarang di
rongga hati
Dalam bayang yang kian berbalam
Hingga cuak meracuni yakin diri
Ini … di sini
Usah bimbang pada bayang kelam
Usah resah bila kemarau panjang
Nan memasak mimpi ngeri dibenak alam
Lantaran kuntum bunga tetap kemas
digenggaman
Renek dan herba masih mampu
menghijau
Menghiasi duniamu yang kian picik …
***Gantungkan harapan … teruskan
perjalanan …***ojai
-peace-
>__<
"Jom! Teruskan perjalanan"
>__<
"Jom! Teruskan perjalanan"
Labels:
Lukisan jea ...,
puisi

Monday, 13 October 2014
Lukisan dan Puisi ... Lihatlah semahumu
![]() |
Lukis jea ... Lihatlah dunia dari kaca matamu sendiri |
Lihat saja dunia ini
Seperti yang kau inginkan
Jangan biarkan dia ... dia ... atau dia
Membantut keinginanmu
Lihat saja dunia ini
Seperti yang kau mahu
Jangan biarkan itu dan ini
Mematikan kemahuanmu
Lihat saja dunia ini
Seperti yang kau hajatkan
Jangan biarkan wujud diri
Menghalang langkahmu
Lihat saja dunia ini
Dari sudut manapun yang kau idamkan
Asal saja tahu batas digaris tuhan
Hanya DIA yang bisa
Merosak semua rencanamu
Kerna Dia hanya memberi yang terbaik buatmu
-peace-
>__<
>__<
"Bersangka baiklah pada Tuhanmu"
Labels:
Lukisan jea ...

Saturday, 4 October 2014
Fikiranku ... 'Miliki hati yang besar'
Selamat hari raya Eidul adha....
Jom solat raya...
Sempena hari raya korban ini aku ingin menyeru para pembaca budiman agar korbankan terus sifat buruk sangka atau pandangan negatif pada sesiapa saja.
Sebenarnya ada kisah yang ingin ku kongsikan dengan sesiapa saja yang sudi. Moga ada pengajaran dari kisah ini ...
Ianya tentang ... Pentingnya memiliki hati yang 'besar' untuk menampung hati- hati yang lain.
Semuanya bermula dua tahun lepas. Aku mula mengenali seorang murid yang ku panggil 'Akim' (Bukan nama sebenarnya).
Akim seorang murid yang sangat terkenal dengan sikapnya yang sering melanggar disiplin sekolah. Tidak minat belajar dan sering sahaja menyebabkan guru-guru yang mengajar 'sakit jiwa' dengan sikapnya yang keterlaluan.
Biarku senaraikan kes-kes salahlaku disiplin yang sering/pernah dilakukannya ;
1. Ponteng sekolah
2. Ponteng kelas
3. Bergaduh (bertumbuk)
4. Membuli emosi ( mengejek/mengata)
5. Merokok
6. Lambat datang ke sekolah ( 8:00 -9:00 pagi - itu biasa)
7. Mengganggu Pengajaran dan pembelajaran
8. Lambat hingga melebihi 20 minit untuk masuk ke kelas.
9. Membawa barangan terlarang - lighter , rokok
Sikapnya yang seringkali mengganggu PnP menyebabkan ketidakhadirannya dianggap sebagai satu 'rahmat' oleh para guru yang mengajar dan murid lain yang ingin belajar.
Jika dilihat daripada senarai di atas , tentu saja ramai yang akan bertanya , apa yang dibuat oleh pihak sekolah , khususnya unit disiplin?
Sekarang biarku senaraikan pula tindakan yang kami ambil;
1. Memberi amaran
2. Menghantarnya untuk sesi kaunseling ( sudah berkali-kali)
3. Memasukkannya dalam program keagamaan - Nasuha
4. Memasukkannya dalam program khas -Kembali ke Landasan di mana melibatkan program khas disiplin Daerah (program sepanjang tahun)
5. Memanggil ibubapa ke sekolah
6. Meletakkan guru disiplin (aku) sebagai mentor kelasnya
7. Meletakkannya di bawah pengawasan kaunselor sepanjang sesi persekolahan di mana semua bahan PnP diberikan kepadanya untuk disiapkan di bawah pengawasan kaunselor.
Mungkin saja ada yang bertanya , mengapa tidak digantung atau dibuang saja dari sekolah?
Ops!! Itu bukan polisi kami. Kami (khususnya aku) percaya bahawa menggantung atau membuang murid yang tidak minat bersekolah akan hanya lebih menjarakkannya dari sekolah. Hukuman itu lebih 'menggembirakannya' dan langsung tidak memberikan kebaikan kepadanya melainkan sekadar memuaskan emosi atau amarah kita sahaja.
Aku juga percaya malah sangat percaya bahawa setiap orang akan pasti berubah ke arah kebaikan asal saja diberikan peluang. Tinggal lagi , bila masa dan ketika perubahan itu terjadi bukanlah kuasa kita menentukannya.
Ingat ... bukan kita yang memegang hati mereka tapi Allah. Sebagai manusia tidak seharusnya kita cepat berputus asa dan mengalah lebih-lebih lagi dalam urusan mendidik manusia. Usaha dan usaha , selebihnya kita serahkan kepada Allah , barulah tiada kecewa jika hasilnya tiada.
Dan aku juga selalu ingat bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan bukanlah suatu kebetulan maka kita dipertemukan dengan sesiapapun dalam perjalanan hidup ini. Pasti ada sebab tiap sesuatu itu ditimpakan kepada kita. Mungkin juga kita adalah insan-insan terpilih yang diberi kelebihan untuk diuji , merasai dan melalui semua itu.
Berbalik kepada kisah Akim ...
Sikap Akim yang sering melampau itu membuatkan aku menukar strategi - Akim ini harus kudekati.
Maka aku mula membina hubungan baik dengannya , bermula dengan bertegur sapa selalu , berbincang tentang salahlaku disiplinnya ( untuk lebih memahaminya) , memberi kata-kata semangat untuknya belajar terutamanya bila tiba ujian atau peperiksaan (Malah aku pernah beri kad khas yang kubuat sendiri kepadanya sewaktu peperiksaan tiba).
Menggalakkannya menjawab soalan sewaktu peperiksaan setiap kali aku bertugas sebagai pengawas peperiksaan kelasnya ( Aku lakukan dengan menunjukkan kata-kata kunci sesuatu soalan-biasanya Akim hanya akan tidur dan menghantar kertas kosong , maka galakan seumpama itu perlu baginya)
Pernah suatu ketika , dia dan beberapa murid lain dihadapkan kepadaku atas salahlaku disiplin; ponteng dan merokok. Aku yang buntu seketika hanya mengajak mereka beristighfar dan berdoa. Doa itu ku ucapkan dalam bahasa Melayu dan ku pohonkan kepada Allah apa jua yang terlintas dari lubuk hatiku yang benar-benar inginkan mereka berubah. Mereka mengaminkan doaku itu. Harapku agar doaku itu dapat menyentuh hati-hati mereka.
Masa berlalu ...
tiada banyak perubahan yang berlaku kepadanya , cuma Akim kini tidak lagi terlibat dengan kes-kes berat seperti bergaduh dan membuli.
Aku masih lagi mentor kelasnya. Tiap kali ada peluang aku akan masuk ke dalam kelasnya , memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepada mereka. Ada kalanya aku mengajar Sains dan matematik jika diminta oleh mereka.
Melayan kerenahnya dengan sabar ...
Lebih-lebih lagi pada suatu hari dia terlalu lewat ke sekolah , dan ketika kupanggil , Akim menunjukkan kepadaku kesan lebam dan bengkak di lengannya. Bila kutanya , Akim menjawab ...
"Semalam saya bergaduh dengan bapak saya. Dia pukul saya dengan kayu besball. Saya kata dia bukan lagi bapak saya. Bapak saya marah. Dia baling baju saya keluar. Ni bengkak sebab saya tahan kepala saya dengan tangan masa dia pukul".
Ya Allah ...
"Habis tu sekarang awak tinggal di mana?"
"Saya tinggal di rumah nenek".
Akim...Akim...Akim... Bagaimana mungkin keluarga yang sebegini dapat membantu Akim untuk berubah?
Masa terus berlalu ...
Minggu terakhir sebelum cuti pertengahan penggal kedua , Akim datang menemuiku ...
"Cikgu , boleh jumpa tak?"
"Oh! Sekarang saya nak ke kelas. Nanti lepas rehat saya free. Saya cari awak di kelas k?"
Maka seperti yang dijanjikan , aku meminta izin daripada guru yang mengajar untuk mengambil Akim.
"Hah! Ambillah ... eloklah tu cikgu ambil". Kata guru itu. Aku hanya tersenyum mendengar responnya. Berat mata memandang , berat lagi bahu guru ini memikul kerenah dan perangai Akim.
Dalam blik disiplin ...
"Cikgu , saya sebenarnya nak bagi tahu. Saya tak tahu macam mana nak belajar untuk SPM ni. Dah banyak sangat tertinggal. Semua tak faham".
Uh?!
Apa yang bolehku buat?
Maka aku mengambil sekeping kertas dan pen. Bermula dengan menyenaraikan semua matapelajaran yang diambilnya , memaklumkan syarat lulus SPM dan merancang Jadual masa cuti untuknya bersama-sama. Target kami , hanya lulus SPM (Wajib lulus BM dan Sejarah).
Naik cuti sekolah ... sewaktu berselisih jalan
"Cikgu saya tak buatpun apa yang kita bincang. Buku tak dapat beli. Buku teks tinggal kat sekolah. Saya baiki kereta bapak yang rosak je"
Uh?!
Hmm ... dah berbaik dengan bapaklah tu. Alhamdulillah...
Sekali lagi , "Cikgu , boleh jumpa?"
"Boleh"
"Cikgu saya bosan. Kat rumah bosan. Kat sekolah bosan. Lepak dengan kawan-kawanpun bosan. Gelak-gelak lepas tu bosan. Tak tahulah cikgu". Katanya dengan wajah berserabut.
"Hmm ... awak bosan sebab awak tak ada tujuan hidup. Awak tak ada impian. Awak ak ada cita-cita. Sebabtulah bosan. Hmm ... awak nak jadi apa?"
"Entahlah... tak tahu. Dulu adalah nak jadi askar. Saya minat jadi askar. Semua cerita perang saya tengok. Cikgu tanya aje".
"Hmm ... bagus juga jadi askar. Tapi awak mestilah lulus SPM. Apa kata awak usahakan untuk lulus SPM dan kenalah juga lulus beberapa subjek lain selain BM dan sejarah?
"Boleh ke?". Tanya Akim
"Kita usahalah. Moga cita-cita awak nak jadi askar akan tercapai".
Maka kami sekali lagi membincangkan strategi pembelajaran yang sesuai di saat-saat akhir ini. Beberapa buku yang perlu aku belikan terus untuknya (Bukan guna duit aku tetapi duit seseorang yang kukongsikan dengannya tentang Akim - "Saya pun nak buat pahala" -kata penderma itu)
Sebelum berakhir pertemuan kami hari itu ...
"Akim , cikgu nak tanya sikit. Awak solat tak?". Tanyaku terus tanpa berdolak dalih.
"Tak!. Last saya solat masa bulan Ramadhan hari tu. Saya siap buat solat tarawih lagi. Tapi lepas solat hari raya , saya tak solat langsung"
"Kenapa?"
"Entahlah cikgu"
"Hmm ... patutlah cikgu tengok wajah awak berserabut dan kusam. Tak ada cahaya dan seri langsung.
Sebab itulah awak 'bosan' dengan semua benda. Awak tak bina dan jaga hubungan awak dengan Allah".
"Akim , boleh janji dengan cikgu. Mulai hari ni Akim jaga solat. Nanti zohor , asar , maghrib , isyak jangan tinggal. Esok bangun pagi jangan lupa solat subuh".
"Subuh tak bolehlah cikgu. Bas datang awal. nanti tertinggal bas".
"kalau macam tu , sampai sekolah , Akim solat subuh". Cadangku.
Akim setuju...
Dan mulai hari itu , aku akan bertanyakan tentang solatnya tiap kali kami berselisih. Malah ada ketikanya dia yang datang mendapatkanku untuk memaklumkan tentang solat yang dikerjakannya. Ops! jangan ada yang mempertikaikan keikhlasannya.Tak mengapalah dia begitu ... keikhlasan itu bukan urusan kita menentukannya ...
Perjalanan masih jauh dan urusan masih banyak ... tolong doakan agar Akim lulus SPM , berjaya menjadi askar dan cemerlang sebagai hamba Allah.
Sedikit kisah untuk renungan - moga ada manafaatnya
-peace-
>__<
>__<
Labels:
Fikiranku

Friday, 3 October 2014
Lukisan dan puisi ... ' Tebarlah jala itu'
![]() |
Lukis jea ... Tebarkan jala itu Jangan dibiar tergantung molek menadah mentari Kelak mereput tiada berguna... Maka 'Tebarlah jala itu' |
***Suara azan berkumandang memecah hening subuh***
Lantang kokokan si ayam jantan sahut menyahut
Unggas-unggas riuh berkicauan mulai menebar sayap
Membingit kuping yang masih tegar menuli
Nah! Bangunlah ... hari baru sudah menjelma
Nun di sana ... di pinggiran pantai itu
Pak nelayan sudah menolak kolek
Mencecah gigi air menuju ke dada laut
Di hujung kolek ada bekal dari isteri tercinta
Nasi kepal berlaukkan ikan masin bakar
Hmm ... harumnya bau mengasak perut yang keroncong
Sabar ya perut ... nanti tatkala mentari meninggi , kau ku isi
Tebarlah ... tebarlah jalamu duhai pak nelayan
Biar yang masuk kali ini jenahak sebesar lengan
Isi penuh kolekmu dengan kerapu , alu-alu dan sembilang yang panjang
Agar lebar senyum bibirmu tika memikul hasil sarat di bahu
Berlari riang anak-anakmu melihat ayah pulang
manis wajah isterimu menanti di ambang pintu
Tebarlah ... tebarlah jala kehidupan
Kaut semua pengalaman suka duka perjalanan
Ceduk jerit perih yang membangkitkan semangat
Kutip segala ruwet dugaan buat mematangkan fikiran
Cakna segala isi ujian yang menguji sabar
Kumpulkan segala hikmah yang terpencar
Agar tercanai tuah membuahkan untung
Buat kau pak nelayan ... juga kita yang mencari bahagia***ojai
-peace-
>__<
>__<
Ada kalanya sukar mengerti mengapa kita diuji dengan sesuatu yang
tidak masuk di akal
Tika itu , tiada lain yang dapat dilakukan melainkan ... pasrah.
Labels:
puisi

Wednesday, 1 October 2014
Lukis jea ... Nabil
![]() |
Lukis jea ... Nabil Farish , Anak muridku... Moga cemerlang dalam SPM |
Labels:
Lukisan jea ...

Subscribe to:
Posts (Atom)