Kususuri laluan menuju muara itu
Sukar ... tapak itu kian hilang dimakan hari
Rerumpai melata kian tebal menutupi jejak
Becak hujan menyulitkan perjalanan
Kabus tebal mengaburi pandangan
Dan aku tersesat lagi ...
Jauh ... jauh dan semakin jauh tersesat
Hari ini ...
Jerih itu bagaikan masih terasa
Sengal kaki masih tidak mahu menghilang
Tapak kaki terasa geleman dek lembik becak semalam
Calar tubuh dek deduri yang meliar masih dapat dilihat
Kepala berdenyut tika kelamnya kabus masih terbayang di mata
Hela nafas satu persatu buat mencari tenang diri
Esok ...
Mentari pasti menyinsing semula
Embun didedaunan kian menyejat
Bebunga kan mekar melatakan haruman ditiub bayu
Unggas rimba pasti terbang berkawan mencari makan
Mungkin juga lantai bumi kan basah lagi ditimpa hujan
Sayangnya ... muara itu masih tetap di situ
Sedang aku masih lagi keliru di laluan yang kian pudar
Dan aku ...
Serik sudah mencari laluan ke muara
Enggan membiar kaki sengalku terus terusan mencari jejak
Tidak rela deduri meliar menggores tubuh lalu meninggal bekas
Geli rasanya memijak becak lembik basah yang mendingin di telapak kaki
Jemu menyusuri laluan dihalang kabus tebal berpanjangan
Jalan itu sudah hilang seri
Dan aku tidak ingin tersesat lagi ...
-peace-
>__<
>__<
Hmm ... aku menulis lagi
Bukan untuk kamu tapi untuk aku agar aku sentiasa ingat apa yang ku mahu
No comments:
Post a Comment