Popular Posts

Monday, 11 August 2014

lukis jea...'Ceritaku tentang hujan'



Lulis jea ... hujan

Banyak peristiwa melibatkan hujan yang telah aku lalui...hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang hujan yang sering buat aku tersenyum ....

Peristiwa 20 tahun lepas , ketika itu hari hujan ... Tatkala aku mahu mula berjalan laju menuju ke perhentian bas untuk balik ke Raub , Pahang...tiba2 sehelai jaket dihulurkan kepadaku.
Aku tergamam seketika dan spontan bertanya , "Nak buat apa?"
Lalu siempunya jaket menjawab ,
"Untuk tutup kepala , hujan..."
"Laa ... poyo nya!" Kataku dalam hati.
(Tak pernah seumur hidupku takut kena hujan - pakai payungpun jarang sangat, inikan pula sampai nak pakai jaket untuk menutup kepala! Eeee...Memang poyo!. Heee...)

Oleh kerana siempunya jaket itu begitu serius dan bersungguh ingin aku menggunakan jaketnya maka dengan rasa 'malu-malu alang' dan sambil menahan rasa lucu di hati) jaket itu aku ambil dan letakkannya di atas kepala!!! (Eeeeuuuuu...poyo gilerr!)

Sampai di perhentian bas aku menyerahkan kembali jaket itu kepada tuannya sebelum menaiki bas menuju ke destinasiku.
Si empunya jaket mengiringi pemergianku dengan pandangan matanya ....

Hmm ... Kini, sudah 20 tahun peristiwa itu berlalu dan sudah 20 tahun jugalah siempunya jaket menjadi pelindungku bukan saja daripada hujan malah lebih dari itu ...
Dialah lelaki anugerah Tuhan yang lengannya sering menjadi alas tidurku...

-Alhamdulillah ...syukur padamu Tuhan-


-Peace-
>__<

Benarlah ... kalau sudah jodoh tidakkan ke mana



No comments:

Post a Comment