Rindu juga pada banyak perkara lain ...
1. Rindu pada kak Lin di zaman kanak-kanak dulu ( Kak Lin yang suka memasak)
2. Rindu pada abang tatan sewaktu bujangnya
( Seorang abang yang dulu ... sentiasa mendahulukan adik- adiknya - tapi itu dulu!)
3. Rindu pada sungai tempat aku curi-curi belajar berenang dan abah yang merambat kami (aku , kak lin dan ima) dengan motor vespanya sambil memegang kayu di tangan! ( Hahaha kenangan terindah-malu gilerrr kot ... 3 anak gadis berlari tak cukup tanah kerana diperambat dengan rotan oleh bapak mereka dengan menaiki motor pulak tu!!!)
4. Rindu pada gelongsor dan buaian abah buat masa kecil dulu dan kak Lin yang menyanyi kuat sambil berbuai.
5. Rindu pada buah limau bali yang penuh pokoknya di keliling rumah- sampai aku tak larat nak makan. (Sekarang setahun belum tentu sekali fapat makan limau bališ¤¤)
6. Rindu pada sahabat baikku di sekolah rendah - Anita Bahari yang sangat kuat berlari ( sentiasa nombor 1 di hadapan sedangkan aku selalu di belakang ... tercungap2 dengan muka merah padam - aku kalau berlari memang muka akan merah bercapuk2. Aku bayangkan darah mengalir cepat ke muka dengan tidak sekataš)
7. Rindu ... rindu pada semua.
Doaku dan harapku agar Allah sentiasa memberkati hidup kalian ... "Ya Allah , berkatilah mereka yang telah membahagiakan hidupku ... Amiiinnnn"
-peace-
>__<
No comments:
Post a Comment