Popular Posts

Sunday 5 April 2020

Lukis jea ... Al-Luqman

Lukis jea ... anakanda ; Al Luqman
Sepanjang PKP (MOC) ... Al-Luq berada di rumah. Bersama kami yang sempat berkumpul. Maka , menjadi tanggung-jawab aku memantau dan memastikan Al-Luq melaksanakan rutin hafazannya sama seperti ketika dia berada di Mahad Uthmaniah Smart Tahfiz.

Mengadap luqman setiap hari ... berjam2 menjadikan aku kagum.pada anak2 yang belajar tahfiz. Jadual yang agak ketat ... rutin harian yang sama ... semua itu menuntut kesabaran dan ketabahan. Aku juga mengagumi kesungguhan tenaga pengajar menjalankan amanah mereka ... dengan tegas dan 'garang'😅. Walaupun disebalik telepon bimbit!!! Hebattt ...

Aku juga bersyukur ... dengan rahmat dan pemurahnya Allah, tuhan yang Esa dan Maha Agung, merezekikan aku untuk memiliki anak yang meminta sendiri untuk dihantar ke sekolah tahfiz. Tanpa paksaan ... hanya sekadar dorongan dan doa. Alhamdulillah ... semua ini adalah kerana Maha Hebatnya Allah (s.w.t).

Sahabat ... marilah kita sama2 berusaha untuk melahirkan generasi Al-Qur'an.
Memiliki anak2 yang Qur'an penuh di dadanya ...bukankah itu nikmat yang paling besar.
Anak2 harus didorong ...didodoikan dengan cita2 menjadi huffaz sedari kecil lagi ... ceritakan pada mereka kisah para sahabat ... kisah perjuangan  ... kisah pengorbanan ... kisah cintaNya Rasulullah(s.a.w) terhadap kita ...umatnya.

Juga ... kisah dunia hari ini ... di mana islam semakin diinjak.
Titipkan juga di hati anak2 tanggungjawab memuliakan kembali islam di bumi ini.

Bisikkan di hati anak2 .... bahawa
"Kita tiada pilihan melainkan cemerlang"
Dunia ... akhirat

Semoga Allah berkati kita semua dan melindungi kita dari wabak covid19.
Hadirnya untuk mengajar kita berusaha menjaga diri dan menggantungkan harapan hanya kepada Allah.


-peace-
>__<

No comments:

Post a Comment