Popular Posts

Wednesday 20 November 2019

Lukis jea ... "Mensyukuri Kurnia"

Lukis jea ... mensyukuri kurnia

Bersyukurlah kita atas kurniaan segala nikmat yang telah dianugerahkan Allah utk  kita kecapi.

Hari ini ... aku ditakdirkan bersama beberapa orang sahabat menyelami ... memahami ... simpati dan empati akan nasib seorang anak murid kami.

Memahami dia  menginsaf kan aku akan betapa kurangnya aku bersyukur atas segala yang kumiliki ... kehidupan ... keluarga ... keriangan dan segalanya.
Sedang anak ini hidup dalam air mata ... terkapai2 mencari tempat berpaut dengan segala kezaliman yang melingkari.

... dan betapa aku merasai , tiap satu perkara diatur Allah dan betapa kita manusia ini terlalu kerdil.
Benarlah ...
'Kita merancang dan Allah juga merancang ... dan perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan'

Biar aku belanja kalian sebuah cerpen dan puisi yang pernah kutulis  lama dulu ... moga terhibur membacanya ^__^

Cerpen: Ibrah Sebuah Kehidupan
***ojai“Waalaikumussalam. Maaf atas setiap kesalahan. Semoga awak berbahagia sentiasa dan itu memang sudah pasti kerana itu adalah pilihan awak. Terus pandang ke hadapan. Saya bukan orang yang istimewa untuk dirindui. Terima kasih atas segala”.
Dilaila memandang kosong pesanan terakhir yang diterima dari  seorang teman yang telah terlalu lama bertapa dalam hatinya. Untuk hari ini sahaja , sudah lebih lima kali Dilaila membaca pesanan ringkas itu.
Dilaila memejamkan mata , “Terima kasih atas segalanya?. Terima kasih untuk apa?. Apa yang pernah kuberikan untuknya hingga dia harus berterima kasih?. Tiada yang pernah kuberikan melainkan kenangan luka yang sentiasa menusuk tiap kali dikenang. Huh!!” Keluh Dilaila
“Maafkan aku awak … maafkan aku kerana melorek sejarah hitam dalam hidup awak. Aku juga telah maafkan awak atas apa jua warna rasa yang pernah terhimpun dan masih kekal dalam sanubariku ini. Hingga kini … dan tak mungkin kulontar”.

“ Dilaila … sayang?”. Tegur Amri , sengaja bahu Dilaila yang membelakangkannya itu disentuh.
“Eh! Abang”. Balas Dilaila , lantas dengan segera telepon bimbitnya dimatikan.
“Kenapa termenung panjang, fikir apa?”.
“Err… takde apa. Teringatkan zaman muda-muda dulu…zaman sekolah”. Dilaila berdalih.
“Hmm … sekarang ni dah tua sangatlah ya?”. Usik Amri sambil menyelak rambut isterinya yang jatuh menutupi mata.
“Heee…”Dilaila membalas dengan senyuman.
“Err…abang cari Dilaila sebab apa ye?”
“Laa…cari isteri sendiri pun kena ada sebab?. Ni…sekarang dah masuk waktu isya’ , jom kita solat”
“Oh!...ingatkan apa tadi. Hmm… abang pergilah ambil wuduk dulu. Lepas tu baru Dilaila”.

Sementara , Amri membersihkan diri dan berwuduk , Dilaila termenung lagi. Terimbau kenangan saat mula-mula bertemu Amri.
“Hmm … saya Amri. Saya betul-betul nak berkawan dengan awak. Malah, kalau awak sudi , saya ingin segera menikahi awak”. Begitu telus dan mudahnya Amri menyatakan hasratnya.
“Err … saya tak tahu. Itu bergantung pada penerimaan orang tua saya. Lagi pula , sejauh mana awak mengenali saya?. Nama saya … awak tahuke?”.
“Tidak , saya memang tidak tahu nama awak. Tapi , kali pertama saya nampak awak , saya sangat yakin...saya sukakan awak dan awak memiliki ciri-ciri wanita idaman saya”.
Bagai terpukau Dilaila mendengar jawapan pemuda di hadapannya ini. Inilah kali pertama dalam hidupnya , seorang pemuda dengan yakin dan berani mengetuk pintu hatinya tanpa silu.
“Err … entah. Saya serahkan segalanya pada mak dan abah saya. Kalau awak serius , awak jumpalah mereka”.
“Maknanya , kalau mereka setuju , awak akan setuju?”. Tanya Amri , bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. “Masakan begitu mudah?”. Fikirnya.
Dilaila diam , sukar baginya untuk menjawab soalan itu. Mana tidaknya , wajah ‘dia’ yang ditinggalkannya masih segar dalam ingatan. Malah beban rindu yang ditanggungnya tidak pernah berakhir.
“Awak?...betul ni. Kalau saya jumpa mak dan abah awak dan mereka setuju , maknanya awak pun akan setuju, begitu?”.
“Ya. Rasanya betullah”. Jawab Dilaila ragu-ragu.
“Err…bas saya dah nak gerak, saya pergi dulu”.
“Eh, nanti!. Beri saya alamat atau nombor telepon awak. Saya akan hubungi awak lagi lepas ni dan saya pasti akan jumpa mak dan abah awak dalam masa terdekat”. Kata Amri penuh yakin.
Tanpa berfikir panjang , Dilaila menuliskan nombor telepon rumahnya pada sehelai kertas lalu dihulurkan pada  Amri sebelum berlari anak menaiki bas yang sudahpun dihidupkan enjinnya.

“Hei! Berangan ya?”. Sergah Amri.
Dilaila tersentak lalu memberikan senyuman manis buat suaminya itu.
“Adalah sikit … berangan”. Balasnya sebelum masuk ke bilik air untuk berwuduk.

Lewat solat hari itu , Dilaila berdoa … “Ya Allah , bantulah aku untuk menjadi hambamu yang pasrah dengan segala ketentuan takdir yang telah Kau corakkan untukku. Bantulah aku untuk melepaskan apa yang patutku lepaskan sejak lama dulu. Kurniakan aku ketenangan dan kesabaran dalam menghadapi ujianMu ini.
Ya Tuhanku , diriku  … hatiku  seluruhnya adalah milikMu yang kau pinjamkan padaku untuk hayat ini. Kau amanahkan kepadaku buat mencari redhoMu … maka ampunkanlah aku atas kelancangan tindakku hingga aku melukakan hati insan lain sedangkan hak diriku sendiri tidakku tunai. Sesungguhnya  aku amat sedar bahawa syurga dan neraka itu benar.
Ya Allah , tiada yang terselindung dariMu … maka maafkanlah aku , ampuni aku.
Ya Allah dari lubuk hatiku kupohon , simpulkanlah hatiku dengan sifat seorang hamba hingga redhaMu menjadi matlamat hidupku. Amiinnn…”


Ibrah sebuah kehidupan …

Tika hening menghentak jiwa resah
Gerangan apa mengocak jenjam sukma
Menyendal  tersumpal mengundang gundah
Mencengkam nadi membunga lara

Tika hening menghentak jiwa resah
Ku harap biar alah diri ini membawa bungkam
Ke suatu arah yang tak kunjung
Tika pangkalnya kian menjauh
Tenggelam dek pandangan
Diselaputi kabus bergalas amanah
Memberat lalu memasung tangan menjangkau

Kiranya aku sudah terlalu lama faham
Akan ditarik songsang rasa itu
Lalu kukaut segala biar tersisip rapi
Hingga menjadi untaian sejarah nan tak terlepas
Kupasak pada sudut paling diam
Dalam sukma diri bagai ukiran terpahat mati***ojai


-peace-
>__<

No comments:

Post a Comment