Popular Posts

Friday 12 August 2016

Novel 2 : Selepas Hujan Bab 3

BAB 3 :       KAMAL ...
... aku dipostingkan ke tempat jin bertendang ...
         Ziah termenung lagi. Baru seminggu tinggal menumpang di rumah ini , sudah terlalu banyak perkara yang berlaku. Bermula dengan sikap sombong dan kebencian abang Anip , ditambah dengan kejadian lemas di sungai dan kini tentang cadangan makcik dan pakcik untuk menjodohkannya dengan abang Anip pula.
“Huhh!!!!”. Keluhan berat dilepaskan.
“Baru seminggu dah nak jadikan aku anak menantu mereka?!”. Keluh Ziah lagi. Kalau boleh ingin saja rasanya Ziah menjerit melepaskan semua yang terbuku di hati.
“Eeeee ... apalah pulak yang akan terjadi lepas ni?”.  Ziah terus-terusan berfikir. Perasaannya cukup tidak enak memikirkan perlu menempuh hari-hari 'janggal'nya di sini. Lebih-lebih lagi setelah mengetahui niat dan hajat makcik Midah dan cikgu Karim.
“Kenapalah aku dipostingkan ke tempat jin bertendang macam ni?. Nak sewa rumah pun tak ada. Kalau duduk di rumah sewa sendiri tentu lebih seronok. Bebas berbuat apa saja ... Huhhh! ... apalah kesudahannya kisah aku di sini?!”. Fikir dan rungut Ziah sendirian. Wajahnya muncung mencuka.              Rerumput yang tumbuh meliar di tebing sungai ditarik-tarik. Mana-mana yang putus dicampakkan ke dalam sungai. Tidak cukup dengan itu , batu-batu kecil dan tanah gumpal yang ada di sekeliling turut menjadi mangsa. Ziah bingung ... betul-betul bingung!
“Assalamualaikum! ... cikgu Ziah!!!”. Tiba-tiba terdengar satu suara melaung dari kejauhan. Ziah berpaling ke arah suara itu. Seorang anak muda sedang menentang arus mendayung sampannya menuju ke arah tempat Ziah berdiri. Ziah tersenyum lalu melambai-lambaikan tangannya.  Sampan semakin menghampiri dan akhirnya mencecah tebing sungai.
“Heh ...  sorang saja cikgu?”. Tanya Kamal dari dalam perahu.
“Ya”. Jawab Ziah sambil tersenyum. Gembira benar rasa hatinya melihat kehadiran anak muda ini.
“Awak dari mana?”. Tanya Ziah.
“Tu. Dari rumah. Saja nak menjengok cikgu. Lama tak jumpa!”. Jawab Kamal sambil menunjuk ke arah hulu sungai. Dia tidak habis merenyih sambil matanya tidak berkalih memandang Ziah.
“Lama apanya pulak. Kan Selasa lepas kita ramai-ramai mencari etok. Dah lupa?” . Jawab Ziah sambil menjeling ke arah Kamal.
“Hah ya. Betullah tu. Errr ... agaknya saya rindulah kot. Baru beberapa hari tak jumpa dah rasa lama benar!”. Seloroh Kamal sambil tertawa.
“Ada-ada saja awak ni!”. Balas Ziah sambil tersenyum.
“Hmm ... cikgu free tak sekarang?”. Tanya Kamal.
“Yup. Tengah bosan sangat ni. Awak ada rancangan ke?”. Tanya Ziah.
“Ada ... kalau cikgu free , saya nak ajak cikgu naik sampan. Kita susur sungai sampai ke rumah saya. Petang ni mak saya masak pengat pisang. Bolehlah singgah , kenal-kenal mak saya sambil makan pengat pisang”. Ajak Kamal.
Ziah diam berfikir.
“Daripada aku duduk membuang masa di sini , baiklah aku ikut Kamal. Sekurang-kurangnya boleh gak release tension. Tak payah nak fikir pasal orang yang tinggal di rumah ini!”. Fikir Ziah.
“Errr ... kalau cikgu tak sudi tak mengapa. Saya faham”. Tiba-tiba Kamal bersuara setelah melihat Ziah terus diam membisu. Timbul rasa bersalah dalam hatinya.
 “Mungkin ajakan aku tak kena masa”. Fikirnya.
“Eh tak tak. Saya suka sangat nak ikut awak. Lagipun saya memang suka makan pengat pisang!”. Jawab Ziah , cuba mengambil hati Kamal. Serba salah pula kerana tanpa sedar perlakuannya tadi telah menyinggung hati anak muda ini.
“Betul?”. Tanya Kamal , bagai tidak percaya. Wajahnya berseri-seri mendengar jawapan Ziah.
“Betullah. Jom ...  kita pergi sekarang”. Jawab Ziah. Tiba-tiba teruja dan rasa gembira untuk bersampan dan menyusuri sungai. Pengalaman pertama dalam hidupnya!
“Eh , tak perlu beritahu sesiapa?”. Tanya Kamal . Hairan.
“Hmm ... tak payahlah. Mereka semua sedang sibuk!”. Jawab Ziah ringkas.
“Hmm ... menyibukkan diri!!”. Fikir Ziah di dalam hatinya.
“Kalau gitu marilah cikgu”. Kamal menghulurkan tangannya , membantu Ziah melangkah dari tebing masuk ke dalam sampannya. Ziah menyambutnya dan dengan berhati-hati melangkah besar untuk masuk ke sampan.
“Hati-hati cikgu. Sampan ni akan bergoyang. Jangan sampai jatuh pulak!”. Kamal mengingatkan. Namun sebaik saja Kamal habis berkata , Ziah hilang keseimbangan dan  terdorong ke hadapan. Mujurlah Kamal masih memegang tangannya. Jatuhnya tidak teruk kerana dapat ditahan oleh Kamal. Tapi Ziah cukup malu. Wajahnya terasa panas. Walaupun dia tidak jatuh tersungkur ke dalam sampan , dia telah tersembam ke dada Kamal!.
“Cikgu hati-hati”. Kamal membantu Ziah bangun yang kemudiannya duduk di hulu sampan. Kamal sendiri mengambil tempat dan mula mendayung. Duduk bertentangan dengan Ziah di petang yang indah itu. Kamal tersenyum bahagia. Senyumannya melebar apabila mengingatkan  keadaan Ziah yang tersembam di dadanya tadi. Lucu! Bahagia!! ...
“Maafkanlah saya Kamal. Saya tak biasa naik sampan. Boleh jatuh tersembam pulak!”. Ziah bersuara sambil ketawa mengekek.
“Tak mengapa cikgu. Saya sebenarnya risaukan cikgu. Takut cikgu cedera”. Jawab Kamal. 
Sampan terus di dayung. Kamal menunjukkan dan bercerita tentang apa saja yang dilihatnya di sepanjang perjalanan mereka. Ziah cukup terhibur. Tanpa mereka sedari , gerak laku mereka sedang diperhatikan. Sepasang mata tajam memandang sampan yang semakin menjauh.
“Hahhhh!!!!!” Bersama jeritan tersebut , parang yang digenggamnya dilontar kuat lalu jatuh terpacak di atas busut jantan yang tertogok di kebun itu.

... buaya melibas orang ...
         Sampan di dayung terus ....
“Tu cikgu ,  lubuk buaya”. Kata Kamal sambil menunjukkan kawasan sungai  yang tenang airnya dek dikepong  akar bakau yang melutut tinggi.
“Eeeee ... betul ke?. Err ... ada buaya ke di sungai ni?”. Tanya Ziah , kecut membayangkan gigi-gigi buaya yang tajam dan cerita buaya melibas orang yang pernah dibacanya.
“He he he takkanlah cikgu takut kot”. Usik Kamal.
“Di sungai ni memang ada buaya tapi jarang sangat dapat kita jumpa pasal buaya ni sebenarnya bukan suka bertembung dengan manusia”. Sambung Kamal lagi.
“Errr ... pernah ke orang nampak?”. Tanya Ziah , ingin tahu.
“Hmm  ...  kalau setakat nampak tu , saya sendiripun pernah. Masa tu saya pergi menangguk udang galah. Nun di hulu sana , banyak udang galah”. Cerita Kamal.
“Habis tu , apa awak buat?”. Balas Ziah.
“Buat apa pulak cikgu?. Buat bodoh ajelah! Ha ha ha”. Seloroh Kamal.
“Hishhh awak ni , orang tanya betul-betullah!”. Balas Ziah , turut tertawa.
“Eh , betullah cikgu. Mula-mula tu saya buat-buat bodoh. Lekas-lekas kemaskan barang dan terus cabut dari situ”. Terang Kamal.

... kelihatan cukup comel apabila cuba melepaskan diri ...
“Marilah cikgu. Itulah pondok buruk saya”.  
Kamal menuding jari telunjuknya ke arah sebuah pondok kecil yang terletak tidak jauh dari tebing sungai. Sekeliling pondok disapu bersih. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan disekelilingnya namun tiada sehelai dedaun pun yang dibiarkan gugur ke tanah. Di hadapan halaman rumah pula terdapat beberapa serkap buluh yang digunakan untuk mengurung ibu ayam  beranak kecil. Anak-anak ayam bewarna kekuningan kelihatan cukup comel apabila cuba melepaskan diri melalui celah-celah anyaman serkap buluh yang renggang.
“Kuang! Kuang! Kuang!”. Tiba-tiba kedengaran bunyi bising dari suatu arah dan ianya kian menuju menghampiri Ziah. 
“Syuhhh! Syuhhh! Cikgu jaga-jaga!”.  Kamal yang berjalan di belakang Ziah memberi amaran . Ziah segera memusingkan badannya. Terkejut!. Sepasang angsa sedang mengepak-ngepakkan sayap sambil meluru laju ke arahnya. Lehernya yang panjang dibengkokkan ke bawah dan kepala bermuncung lebar itu bagaikan mata tombak yang diteneng tepat ke arah betis Ziah.
Kamal  cuba menghalau. “Syuhhh! Syuhhh!!”. Dia mengambil putik kelapa yang gugur lalu membalingkannya  ke arah angsa-angsa tersebut. Malangnya putik kelapa itu tidak cukup besar untuk menakutkan sang angsa. Melihatkan kesungguhan si angsa untuk menerkam betisnya , Ziah sepantas kilat mencapai penyapu lidi yang memang sedia tersandar di dinding pondok lalu mengagahnya ke arah sang angsa.
“Hah!. Marilah kalau berani!!” . Jerit Ziah sambil terus mengagah penyapu lidi. Sang angsa pula menjadi takut lalu berpaling lintang pukang pergi menjauhi Ziah. Ziah terus mengejar dan mengacahnya.
“Ohh , kau fikir aku takut ya!!”. Kata Ziah kepada sang angsa. Langsung terlupa yang Kamal ada di situ!.
“Wah , tak sangka. Berani jugak cikgu ni!”. Puji Kamal sambil tersenyum melihat telatah Ziah.
“Eh , kan saya ni orang kampung jugak. Lupa?”. Balas Ziah , membalas senyuman. Penyapu disandarkan semula ke dinding pondok.
“Heee ... ingat-ingat!”. Jawab Kamal , senyumannya masih belum hilang ...
“Jemputlah ...”. Kamal mengacukan ibu jarinya ke arah pintu pondoknya. Ziah mengangguk lalu mengikutinya dari belakang. Sebuah pondok kecil yang hanya mempunyai dua bahagian ruangan , ruang dapur dan ruang rehat yang  hanya dipisahkan oleh dinding buluh yang disusun jarak-jarak. Sungguhpun begitu segalanya tersusun kemas ... regen pakaian , tilam gulung dan beberapa biji bantal serta beberapa barang keperluan lain. Terlalu sederhana.
“Mak! .... Kamal balik bawak kawan ni hah!”. Kamal memanggil lembut ibunya.
“Aa ahhh . Yelah mak datanglah ni”. Ibu Kamal menjawab . 
Dari pintu masuk lagi Ziah sudah dapat melihat terus ke arah dapur. Seorang ibu tua sedang terbongkok-bongkok meniup api kayu. Di atas tungku dapur yang diperbuat daripada susunan batu sungai tertenggek kuali kecil yang telah legam buritnya. Ibu tua membalik-balikkan sesuatu dari dalam kuali itu.
“Hmm ... sedapnya bau. Mak masak apa?”. Tanya Kamal sambil menarik tangan Ziah menuju ke arah  ibunya. Ziah hanya menurut  saja bersama senyuman yang tidak pernah lekang dibibir. Juga tidak membantah tangannya ditarik oleh Kamal.
“Ahh! Kamal lelaki yang baik”. Fikirnya.
“Ni hah , mak buat cocok pisang”. Jawab ibu tua sambil bangun , berdiri dan berpusing memandang anaknya dan tetamu mereka petang itu.
Ziah segera menghulurkan tangan. “ Apa khabar makcik?”. Ziah berbahasa.
“Khabar baik. Tak payahlah salam. Tangan mak ni kotor”. Jawab ibu tua sambil menunjukkan tangannya yang comot hitam dek arang dapur.
“Heee ... tak pa makcik”. Ziah tersenyum lalu terus menangkap tangan ibu tua.
“Eh , bukan mak kata nak buat pengat pisang ke tadi?”. Tanya Kamal kepada ibunya.
“Heee ... yalah!. Tapi mak lupa buah kelapanya tak di cari lagi. Patutnya suruh kau yang mencarinya sebelum kau keluar tadi. Malas betul mak nak ke kebun. Tu yang pengat jadi cocok!”. Jawab ibu tua sambil tersengih menampakkan giginya yang kekuningan dek tembakau dan sireh.
“Hmm ...  takpalah makcik , goreng pun sodap!”. Ziah bercanda. Entah mengapa Ziah terasa mesra dan  selesa benar bersama Kamal dan ibunya. 
“ Mungkin kerana mereka ini sangat tulus hati. Kekurangan material itu telah  ditutupi oleh keikhlasan hati yang jelas terpancar pada wajah dan perilaku mereka”. Ziah membuat kesimpulan sendiri.
Begitulah berlalunya petang itu dengan segala keseronokan dan kegembiraan. Bermula daripada berkenalan dengan ibu Kamal , berbual mesra dengan kedua beranak tersebut , menikmati cocok pisang yang dimasak menggunakan dapur kayu , akhirnya Ziah berada di tebing sungai semula.
“Terima kasih Kamal. Seronok betul saya petang ni!”.  Ucap Ziah ikhlas. Dia sangat menghargai pertemuan mereka petang itu.

Kamal tersentak lalu memandang kepada yang empunya suara...
“Hemm ... tak ada apapun cikgu. Sebaliknya saya dan mak sayalah yang sangat gembira sebab  cikgu sudi datang ke pondok kami. Maklumlah kami orang miskin ,  jarang sekali mendapat tetamu. Pondok kecik cikgu! ”. Jawab Kamal , jujur dan merendah diri.
“Janganlah  merendah diri sampai begitu sekali Kamal. Ketulusan hati jauh lebih penting daripada itu semua”. Jawab Ziah. Ikhlas. 
“Betulkah cikgu , setahu saya orang hanya memandang kita jika kita berharta atau berilmu. Sudahlah tak berharta , ilmupun tak tinggi. Siapalah yang sudi nak memandang kami dua beranak ni”. Balas Kamal , merendah diri.  
“Hmm ... ada betulnya kata-kata awak tu Kamal. Tapi saya masih memandang budi bahasa”. Ziah berkata sambil tersenyum. 
“Hmm ... mungkin cikgu seorang dalam sejuta!”. Balas Kamal.
         Sedang mereka leka bercerita tiba-tiba ...
“Huhh!.  Dah nak maghrib baru tahu balik!!”.  Satu suara menyergah dari belakang. Ziah dan Kamal tersentak lalu memandang kepada yang empunya suara sebelum kembali memandang satu sama lain  , hairan dang bengang!. Abang Anip dengan wajahnya yang bengis memandang tajam ke arah mereka.
“Eh Anip , apa khabar?”. Sapa Kamal. Abang Anip diam .....
“Saja aku ajak cikgu Ziah menyusur sungai”. Kamal cuba memecahkan ketegangan suasana. Pada pandangan Kamal , sikap abang Anip sungguh pelik , biadap!. Seperti tidak suka akan kehadirannya atau tidak suka dia berkawan dengan cikgu Ziah.
“Errr ... kau apa khabar sekarang?”. Kamal mengulangi pertanyaannya , dia jadi serba salah dengan sikap abang Anip itu. Abang Anip tetap juga diam tidak menjawab pertanyaan Kamal. Matanya tepat memandang Ziah. Pandangan yang penuh kemarahan. Bagaikan Ziah telah membuat kesalahan yang maha besar. Namun kemarahan itu sedikitpun tidak menimbulkan rasa takut atau bersalah di hati Ziah sebaliknya Ziah betul-betul geram dan benci melihat kebiadapan dan keangkuhan abang Anip!.
“Apahal pulak orang tua ni nak marah-marah?. Bukannya aku ni adik , tunang atau isteri dia!!. Suka hati akulah  nak bersama siapa. Mentang-mentanglah aku ni menumpang!” . Hati Ziah berkata dan matanya menjeling benci ke arah abang Anip.
“Kasihan Kamal!”. Fikir Ziah lagi.
“Err ...  Kamal. Terima kasih ye sebab bawak saya naik sampan awak. Lain kali bila ada masa lapang  janganlah serik nak ajak saya lagi!”.  Ziah bersuara. Sengaja suaranya dikuatkan.
“Err ... tak ada masalah. Saya balik dulu cikgu!”. Kamal menjawab lalu memusingkan sampannya sambil memandang abang Anip dengan bengang. Dia berakit pergi ...
Ziah pula melangkah laju menuju ke rumah. Tidak mengendahkan langsung abang Anip yang masih tercegat memandangnya.
“Benci!!”.  Bisik hati Ziah sambil menjeling ke arah abang Anip. Sengaja matanya dilirikkan tajam dan bibirnya dimuncungkan. Mencebik!
Belumpun masuk tiga langkah , tangannya direntap dari belakang. Ziah terhenti.
“Apa ni? Sakitlah!”. Jerit Ziah sambil cuba melepaskan tangannya.
“Eh engkau jangan nak malukan orang rumah ni ye. Keluar sesuka hati dengan jantan! Tak malu ke?. Tak ada maruah!” . Marah abang Anip. Ziah tersentak mendengar tuduhan itu. Tangannya direnggut kasar. Wajahnya didongakkan sedikit. Matanya memandang tepat ke dalam mata abang Anip. Mereka berpandangan. Penuh kebencian.
“Abang jangan menuduh sebarangan ye!. Kami cuma  bersampan dan tak lebih dari itu ... Arrghh! Tak gunalah bercakap dengan orang sombong dan tak beradap !!”. Itulah kata-kata yang mampu dihamburkan oleh Ziah sebelum kakinya  berlari meninggalkan abang Anip. Masih tercegat memandang  ... terpukul dengan kata-kata itu - ‘sombong dan tak beradap’?!.

Makan malam yang menjengkelkan ...
          Malam itu sewaktu makan malam , Ziah benar-benar terasa bagaikan sedang duduk di atas bara api. Mana tidaknya , selepas satu – satu lagi soalan yang diajukan kepadanya ...
“Err ... petang tadi Ziah ke mana?. Puas pakcik cari”. Tanya cikgu Karim.
“Huh!?. Err ... Ziah ikut Kamal menyusur sungai”. Jawab Ziah.
“Berdua?”. Tanya pula makcik Midah.
“Errgh ... Ya!”. Jawab Ziah , serba tidak kena.
“Hmm ... macam mana kau boleh pergi bersama dia?. Dah janji ke?”. Tanya pula Miah.
“Eh! Taklah. Sebetulnya petang tadi saya saja duduk-duduk di tebing sungai belakang. Kebetulan pula masa tu Kamal ada berdayung ke mari. Jadi  dia ajak saya ikutnya menyusur sungai. Saya tak keberatan sebab kami memang dah saling kenal”. Jawab Ziah , bengang!.
“Tak takut keluar berdua?”. Tanya Miah lagi.
“Kenapa?. Bukankah Kamal tu kawan kita?”. Balas Ziah.
“Lagipun saya memang dah lama sangat teringin hendak bersampan menyusuri sungai”. Sambung Ziah lagi.
“Betul tu Ziah , tapi kita bukannya kenal sangat budak Kamal tu. Lagipun masa tu kita keluar berlima , lain keadaannya. Mujur tak ada apa-apa yang berlaku. Janganlah  sampai keinginan kita akan meletakkan diri kita dalam bahaya”. Balas Miah.
Ziah diam , bagaikan mahu menitis air matanya. Mujur dapat ditahan.
Abang Anip yang duduk berhadapan dengan Ziah hanya mendiamkan diri. Beraksi seperti tiada apa yang berlaku antaranya dengan Ziah lewat petang tadi.
“Tak salah keluar dengan kawan tu Ziah. Cuma kalau boleh janganlah keluar berdua. Dan satu lagi , maklumkanlah pada pakcik atau makcik dulu. Kami ni cuma risaukan keselamatan kamu”. Kata cikgu Karim , separuh memujuk.
“Ya. Maafkan saya pakcik , makcik!”. Ziah memohon maaf. Abang Anip yang sedari tadi diam , tiba-tiba tertawa. “Ha ha ha! Ha ha ha! Ha ha ha!”. Tawanya berdekah-dekah.
“Abannnggggg!!!”. Tegur Miah. Memandang wajah abangnya dengan tajam.
“Kenapa kau ketawa Nip?”. Tanya mak Midah.
“Saja. Geli hati!!”. Jawab abang Anip selamba sambil terus memandang Ziah.
“Apa yang lucunya?”. Tanya Miah , menyindir tajam. Abang Anip buat-buat pekak.
“Sudahlah!. Sudahlah!. Mari makan , nanti sejuk pulak lauk pauk ni”. Cikgu Karim mengendurkan suasana.
“Yelah. Mohlah kita makan”. Sampuk mak Midah.
Tanpa disuruh , Miah bangun menyendukkan nasi . Ziah terus duduk , diam , geram dan bengang , menundukkan kepalanya sambil mengetap bibir. “Benci! Benci! Benci!”.

              Puisi : TERPERANGKAP!!
Aku terperangkap di sini
Kerna nasib atau kebodohan sendiri?
Umpama tali terjerut dileher ini

Tak upaya melepaskan diri
Entah apa puncaku begini
Resah melanda meronta hati
Penat mengeluh sedih menyesali
Enak saja aku diperli
Rakus tak kesah apa lagi peduli
Agaknya mana hilang harga diri
Nasib ini sesukanya dibuli
 Benci menyelubungi diri
Kalaulah aku bisa berdiri
Akan ku tunjal dengan hujung jari
Pada mukamu yang sangatku benci!!

                               -Peace-

         























No comments:

Post a Comment