Popular Posts

Saturday 12 March 2016

Lukis jea .... teratai , tika tuhanku menegurku!

Lukis jea ... Oh teratai...
Dalam banyak2 jenis bunga yang ku tahu , teratai juga yang tercantik di mataku


2. Lalu aku 'trace' menggunakan pen dakwat basah sebelum kulorek tona warnanya ... malas mahu bermain warna. Lagi pula hitam putih itukan kehidupan! >__<

1. Kumulai dengan lakaran lembut pensil biasa.
Agar kutentukan bentuk dan duduk daun dan bunganya ...


Zzzzoooommmmmm ...

Tika Tuhanku menegurku ...
Ditakdirkan perasaanku disakiti oleh orang yang seharusnya aku hormati. Masakan tidak ... aku dimarahi semahunya atas kesalahan orang lain!
Apabila kemarahannya tidak juga reda-reda , aku pula dijadikan sasaran.
Dengan tangan menuding2 ke wajahku. "Ini semua salah awak! Ini semua salah awak! Awak kena fikir!! Guna kepala otak awak!!"
Hmm ... sesedap rasa saja aku menjadi sasaran. Kalau ikut hati, mahu saja aku menjawab. Tapi ... sebaliknya, aku hanya tadah semua itu ... pandang wajahnya dengan mata terkelip2.
Kuketap mulutku biar terus diam. Usah disimbah minyak pada api yang menyala! Itulah fikirku.
Setelah melihat aku diam seribu bahasa ... dan setelah puas 'menyembur', dia akhirnya berlalu pergi.

Adakah segalanya selesai?
Pada dia, ya. Tapi tidak padaku ... hatiku bergelumang rasa tidak puas hati...sakit hati...tersinggung...dan segala macam rasa yang mendorongku menyisih diri.

Hinggalah suatu petang, aku hadiri majlis usrah ...
Dimulai dengan bacaan al-qur'an, tafsir surah ... dan pengisian hari itu ...
Sedikit tazkirah sebagai penutup ...
"Kita harus memiliki hati yang bersih yang sentiasa memaafkan sesama kita. Mengapa?. Kerana dosa sesama manusia harus dimaafkan oleh manusia juga. Usah berdendam jika ada orang berbuat salah kepada kita kerana kita juga pasti ada berbuat salah dan dosa pada orang lain dalam sedar atau tidak.
Sebagai contoh, apabila kita menceritakan sesuatu tentang orang lain yang mana jika dia mengetahuinya , pasti akan membuatkan dia marah ... maka itu sudah dikira mengumpat. Perkara benar yang kita ceritakan tapi akan membuatkan dia marah maka itu sudah dikira mengumpat. Lebih teruk lagi jika cerita itu tidak benar , ianya menjadi fitnah!. Oleh itu ... jangan berdendam, maafkanlah sesiapa juga yang berbuat salah atau dosa kepada kita. Mana tahu dengan sifat kita yang sentiasa memaafkan orang lain maka Allah lembutkan hati orang2 yang kita pernah berbuat salah atau dosa padanya untuk memaafkan kita pula"

Itulah sedikit tazkirah yang diberikan  pada petang itu ... dan mulutku terdiam mendengarnya!. Bicara itu terkesan di hatiku ...

"Astarghfirullah ... siapalah aku untuk tidak memaafkan?"
Alhamdulillah ... syukur padaMu ya Allah kerana menegurku!

Maafkan aku teman2 kiranya aku ada berbuat salah dan dosa pada kalian dan aku juga memaafkan kalian atas segalanya.

Moga kita sama2 dapat berjumpa kelak di syurga Firdaus yang tertinggi.
Amiinnnn


-peace-
>__<

2 comments: